Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

KEBERKESANAN KURSUS PENGUCAPAN AWAM


TERHADAP KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR
(The Effectivenesss of Public Speaking Course Toward Students’ Soft
Skills)
Hazila Kadir@Shahar1*, Meizareena Mizad1, Nurizah Md. Ngadiran1
1
Pusat Pengajian Bahasa, UTHM Johor, Batu Pahat, Johor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: hazila@uthm.edu.my

Accepted: 1 February 2020 | Published: 15 February 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dikalangan pelajar kokurikulum di mana-mana IPTA di Malaysia, kemahiran


Insaniah amat penting bagi mendepani zaman revolusi perindustrian 4.0. Oleh itu para
pelajar perlu melengkapkan diri dengan 7 elemen Kemahiran Insaniah yang disarankan oleh
kerajaan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di IPTA seperti kemahiran
berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja
berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, moral dan
etika profesional dan kemahiran kepimpinan. Ini bertujuan bagi membolehkan
kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi kelak. Namun begitu, persoalan samada sejauh
mana pelajar peka tentang pentingnya elemen kemahiran insaniah ini masih terbatas dan
perlu ditekankan disetiap kursus yang ditawarkan di mana-mana IPTA di Malaysia. Kajian
ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap kesedaran pelajar tentang kepentingan kemahiran
ini dikalangan pelajar Kursus Pengucapan Awam di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan keberkesanan kursus ini dalam melahirkan pelajar berkemahiran insaniah.
Seramai 50 orang responden dari kalangan pelajar yang mengikuti kursus ini dipilih untuk
memberi maklumbalas terhadap kajian soal selidik yang dijalankan. Daripada jumlah
tersebut, seramai 33 responden memberi maklumbalas yang jelas. Hasil kajiselidik
menunjukkan kepekaan pelajar yang tinggi tentang elemen kemahiran insaniah yang
diterapkan dalam kursus ini. Kepercayaan pelajar yang tinggi mengenai keberkesanan
kemahiran insaniah dalam kursus pengucapan awam melalui aktiviti yang diterapkan juga
menunjukkan pelajar yakin bahawa kursus ini dapat membantu mereka memenuhi aspirasi
kerajaan untuk melahirkan pelajar serba boleh dan berinsaniah pada masa hadapan.
Penambaikkan usaha dari segi aktiviti program juga perlu dilihat dari masa ke semasa bagi
melahirkan pelajar yang lebih mahir, berketrampilan dan bercita-cita tinggi bagi
menghadapi cabaran di alam pekerjaan dan kehidupan.

Kata kunci: kemahiran insaniah, cabaran revolusi perindustrian 4.0, Kesedaran dan
keberkesanan

Abstract: Among students who take up co-curricular courses in any higher education
institutions in Malaysia, soft skills are now really important, especially for them to adapt and
cope themselves with the 4.0 Industrial Revolution. Therefore, these students need to equip
themselves with 7 elements of soft skills, such as Communication, Cognitive and Complex
Problem Solving, Teamwork, lifelong learning and Information Management,
Entrepreneurship skills, Moral and Professional Ethics and Leadership skills. The
Government has urged that each activity for co-curricular courses should implement these
soft skills so that students could be marketed in any job prospects upon graduation. However,

34
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

how far that students are alert on the importance of these soft skills are still questionable and
thus soft skills should be exposed more in any courses offered in any Public Universities in
Malaysia. This research was done in order to find out the students’ awareness on these
elements among those students taking Public Speaking Course in Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) and to find out the effectiveness of this course in providing soft skills for
them. Around 50 respondents were chosen among those students taking this course to give
feedback based on a questionnaire given. From the total, 33 respondents gave clear
descriptions of the feedback. The data showed that the students have a high general
awareness about the element of soft skills. The students also believed that the soft skills
integrated in activities in the course have helped them to fulfill the government’s aspirations
in developing a well talent generation in the future. Several improvements on activities can
be done from time to time, so that students are well equipped with relevant soft skills,
becoming skillful and ambitious to adapt with all the challenges they may face at the
workplace and life ahead.

Keywords: soft skills, challenges of Industrial Revolution 4.0, awareness and effectiveness
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan Kemahiran Insaniah untuk dipelajari


dikalangan semua pelajar dalam aktiviti dan penglibatan mereka melalui kursus Kokurikulum
berkredit yang ditawarkan oleh IPTA. Kemahiran Insaniah merupakan proses yang berlaku
sepanjang hayat, yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dan peribadi yang tinggi
serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar-pelajar bagi mendepani era revolusi
industri 4.0. Selain itu, Kemahiran Insaniah yang dipelajari dapat membantu dalam
membangunkan aspek-aspek sosial, rohani dan jasmani seseorang individu bahkan juga
membina daya pemikiran yang tinggi dalam menghasilkan idea-idea dan cadangan yang
bernas dan jitu. Kemahiran Insaniah meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja
berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
pembelajaran berterusan dan teknologi maklumat, kemahiran etika moral, kemahiran
keusahawanan, dan kemahiran kepemimpinan (Bokhari et. al., 2011). Dengan adanya,
Kemahiran Insaniah, graduan tersebut mampu untuk berjaya dalam bidang akademik dan
sahsiah bahkan juga cemerlang di tempat kerja.

Menurut Musa & Othman (2014), bermula bulan September 2008, Jabatan Pengajian Tinggi
telah menyasarkan agar pelaksanaan kursus Kokurikulum berkredit bermula seawal sesi
pengajian 2010/2011 di semua institusi pengajian tinggi (IPT). Terdapat lapan teras utama
dalam kursus-kursus kokurikulum di universiti iaitu Teras Sukan, Teras Kebudayaan, Teras
Daya Usaha dan Inovasi, Teras Pengucapan Awam, Teras Kesukarelawanan, Teras Khidmat
Komuniti, Teras Keusahawanan dan Teras Kepemimpinan. Kursus Kokurikulum berkredit di
IPT merupakan satu ruang atau platform bagi membentuk sahsiah pelajar universiti dalam
mengembangkan bakat dan kebolehan serta kemahiran insaniah mereka Aktiviti-aktiviti
Kokurikulum yang mantap dan dinamik juga dapat melahirkan graduan universiti yang dapat
memenuhi kebolehpasaran kerja mengikut keperluan industri dan negara masa kini.

Salah satu daripada teras utama dalam kursus-kursus kokurikulum di universiti adalah
pengucapan awam. Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kemahiran Insaniah
dapat dipelajari dengan baik melalui kursus Pengucapan Awam. Pengucapan awam
merupakan satu aspek dalam sains kemanusiaan dan seni bujukan yang diterjemahkan dalam

35
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

bentuk komunikasi berkesan dan menarik (Jamaludin et. al, 2011; Musa & Othman, 2014).
Komunikasi yang berkesan, rasional dan menarik penting untuk dikuasai oleh pemimpin,
organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta individu yang berdepan dengan orang
ramai agar penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan jelas, tepat dan berkesan.
Bokhari et. al., (2011) menyatakan bahawa Kemahiran Insaniah merupakan aspek kemahiran
generik yang mencakupi elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik
seperti nilai dan sikap positif, kepimpinan, kerjasama pasukan, komunikasi dan pembelajaran
berterusan.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kursus Pengucapan Awam di UTHM, seperti
pengucapan dinamik, teknik daya memujuk, aktiviti berkumpulan dan penganjuran program
berupaya menjana kreativiti dan inovasi, kefahaman mengenai kepentingan komunikasi,
kepemimpinan dan pendedahan kepada pengucapan awam. Para pelajar juga berpeluang
untuk menerapkan elemen kemahiran insaniah bagi membolehkan mereka menjadi pelajar
yang berketrampilan tinggi, berfikiran kritis dan kreatif serta mempunyai kecemerlangan
akhlak atau dalam erti kata lain melahirkan modal insan yang bersepadu dalam pelbagai
aspek terutama dalam menghadapi cabaran sebenar setelah menamatkan pengajian di
universiti dan melangkah ke alam pekerjaan. Menurut Osman (2010), penerapan kesemua
unsur ini penting dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang
tinggi, beretika, berintegriti dan berakauntabiliti, berpengetahuan dan berkemahiran serta
berketerampilan dalam memberikan sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan
datang.

2. Ujian Kajian Lepas

Berkenaan tahap penguasaan kemahiran insaniah di kalangan pelajar, terdapat beberapa


kajian yang telah dijalankan. Di antaranya ialah satu kajian oleh Zakaria et. al (2017). Para
penyelidik ini telah menjalankan tinjauan berkenaan tahap penguasaan kemahiran insaniah
pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di sebuah universiti awam tempatan. Dari hasil
dapatan kajian ini, para pelajar menguasai enam kemahiran insaniah pada tahap tinggi.
Namun begitu, tahap kemahiran keusahawanan para pelajar ini berada pada tahap sederhana
tinggi. Manakala kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran yang paling tinggi
dikuasai oleh para pelajar. Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha di dalam
menggalakkan para graduan pengajian Islam terlibat dalam bidang keusahawanan, adalah
dicadangkan agar kemahiran keusahawanan, iaitu kemahiran yang paling rendah dikuasai,
perlu dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, mereka turut mencadangkan agar pelajar
Pengajian Islam menceburi bidang-bidang profesional yang lain. Akan tetapi, peranan
sebagai penyebar mesej keislaman perlu dititik beratkan, walaupun para pelajar terlibat
dengan karier yang tiada kaitan secara langsung dengan pengajian masing-masing.

Quah et. al (2018) telah menjalankan satu kajian berkaitan tahap penerapan kemahiran
insaniah menerusi sukan petanque dalam kalangan pemain di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kajian ini mempunyai dua
objektif. Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti tahap tujuh kemahiran insaniah
menerusi sukan petanque dalam kalangan pemain di IPTA dan IPTS. Manakala objektif
kedua ialah mengenalpasti hubungan antara bilangan tahun bermain petanque dengan tahap
kemahiran insaniah. Dalam kajian ini, seramai 224 pemain yang menyertai Kejohanan
Petanque Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2017 menjawab soal selidik berkenaan
penyelidikan ini. Berdasarkan dapatkan kajian, kesemua tahap kemahiran insaniah berada
pada tahap yang tinggi. Hasil dapatkan bagi ujian khi kuasa dua (2) pula menunjukkan

36
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

bahawa tiada hubungan bererti antara bilangan tahun bermain petanque dengan tahap
kemahiran insaniah dalam kalangan pemain di IPTA dan IPTS. Oleh yang demikian,
menerusi sukan petanque, para pengkaji membuat kesimpulan bahawa kesemua kemahiran
insaniah dapat diterapkan di kalangan pemain petanque di IPTA dan IPTS. Oleh itu, para
penyelidik bersetuju bahawa sukan petanque harus dijadikan sebagai salah satu budaya di
institusi pengajian tinggi (IPT). Para pengkaji juga berpendapat bahawa sukan ini perlu
diperkenalkan kepada segenap lapisan masyarakat.

Satu lagi kajian berkenaan tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam penglibatan aktiviti
kokurikulum badan beruniform telah dijalankan oleh Jumelan (2014). Berbeza dengan Quah
et. al (2018), pengkaji ini menjalankan kajian berdasarkan persepsi pelajar UTHM dan
jurulatih. Kajian ini juga mengenal pasti kedudukan elemen kemahiran insaniah di kalangan
pelajar berdasarkan persepsi pelajar dan persepsi jurulatih. Kajian ini turut mengenal pasti
perbezaan yang signifikan berkenaan persepsi pelajar terhadap penguasaan kemahiran
insaniah berdasarkan jantina. 285 orang pelajar dan 32 orang jurulatih badan-badan
beruniform UTHM terlibat dalam kaji selidik ini. Berdasarkan hasil dapatan kajian, tahap
penguasaan kemahiran insaniah para pelajar adalah tinggi. Kajian ini turut menunjukkan
bahawa tiada perbezaan yang signifikan berkaitan persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan
kemahiran insaniah melalui penglibatan aktiviti badan beruniform berdasarkan jantina.
Keseluruhan dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh elemen kemahiran
insaniah telah dikuasai oleh para pelajar dengan jayanya. Pengkaji berharap agar hasil
dapatan kajian yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat.

3. Metodologi

Seramai 33 responden dari 50 orang dipilih secara rawak dari kalangan pelajar kursus
pengucapan awam pada semester 2019/2020 untuk memberi maklumbalas tentang beberapa
soalan. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap kesedaran terhadap kepentingan kemahiran
insaniah dikalangan pelajar pengucapan awam di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan keberkesanan kursus ini di dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran
insaniah. Sebanyak 10 soalan telah disediakan menggunakan google form dimana 2 elemen
persoalan kajian di ajukan kepada responden. Terdapat 5 soalan diajukan kepada responden
bagi mengetahui tahap kesedaran pelajar dan 5 soalan untuk mengetahui kerkesanan kursus
terhadap kemahiran insaniah pelajar. Soalan yang diberikan adalah soalan berbentuk pilihan
jawapan dan juga soalan terbuka yang memerlukan jawapan ringkas. Kesemua data dianalisa
dan dijelmakan dalam bentuk peratusan dan jawapan pendek diulas bagi memberi gambaran
secara keseluruhan mengenai dua elemen persoalan kajian tersebut.

4. Dapatan Kajian

Bagi mengetahui tahap kesedaran pelajar tentang program, pelajar diajukan soalan berkaitan
minat, penyebab utama menyertai kursus dan tahap kesedaran mereka tentang kemahiran
insaniah di dalam kursus, keupayaan dalam menggunakan kemahiran insaniah dalam kursus,
kepentingan kemahiran insaniah pada masa hadapan serta keupayaan pengajar menggunakan
kemahiran insaniah serta kewajaran penggunaan kemahiran insaniah di peringkat awal.

4.1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir (87.9 %) pelajar berminat mengikuti kursus
ini. Antara faktor utama penyebab para pelajar mengikuti kursus ini adalah berkaitan minat
yang mendalam (39.4%), diikuti pengaruh rakan (36.4%), tiada pilihan untuk kursus yang
lain yang dipilih (21.2%) dan pengaruh pelajar senior (6%). Manakala peratusan terendah

37
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

(3%) adalah berkaitan dengan kesedaran awal untuk menambahbaik softskill dan bakat,
kemahiran bertutur dan berkomunikasi serta kemahiran berdebat. Maklumat ini dapat
dijelaskan melalui jadual di bawah:

Jadual 1: Faktor Utama Pelajar Mengikuti Kursus Pengucapan Awam

Faktor Peratus Kekerapan


Minat mendalam 39.4 %
Pengaruh rakan 36.4 %
Tiada pilihan 21.2%
Pengaruh pelajar senior 6%
Lain-lain (kesedaran penambahbaikan 3%
skil dll.)

Dapatan menunjukkan bahawa pada awalnya kemungkinan pelajar belum memahami dan
kurang pendedahan akan kepentingan kursus bagi membantu mereka pada masa akan datang.

4.2. Kebanyakan pelajar mendapat makluman mengenai kursus ini melalui beberapa pihak
utama iaitu dari pihak pusat kokurikulum (45.5%), dari rakan-rakan (37.4%) dan selebihnya
dari sumber-sumber lain seperti bantuan risalah, sistem dan maklumat pengajar (17.1%)

Jadual 2: Faktor Utama Pelajar Mengikuti Kursus Pengucapan Awam

Makluman mengenai kursus Peratus Kekerapan


Pusat Kokurikulum 45.5 %
Rakan-rakan 37.4.9%
Sumber lain 17.1%

Tahap kesedaran pelajar mengenai kursus menjadi titik tolak mereka bagi memulakan
langkah untuk memahami keberkesanan kursus bagi membantu mereka memperolehi
kemahiran insaniah tertentu.

4.3. Pelajar diajukan persoalan samada kursus ini dapat membantu mereka dalam
meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Seramai 97% bersetuju bahawa kursus ini sangat
membantu mereka. Ini dapat dijelaskan melalui maklumbalas pelajar yang mengatakan
bahawa kursus ini dapat melatih mereka untuk memperbaiki kemahiran yang relevan dengan
pengucapan awam seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan.

4.4. Lima kemahiran insaniah yang utama diperolehi sepanjang mengikuti kursus ditunjukkan
dengan jadual di bawah di mana kemahiran berucap dan kemahiran berkomunikasi dan
kemahiran kerja berpasukan adalah yang paling utama.

Jadual 3: Kemahiran Insaniah yang diperolehi Sepanjang Kursus

Kemahiran Insaniah Peratus Kekerapan


Kemahiran berkomunikasi 100%
Kemahiran kerja berpasukan 93.9%
Kemahiran berucap 90.9%
Kemahiran berfikir 63.6%
Kemahiran kepimpinan 72.7%

38
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

4.5. Pelajar mengakui bahawa kursus ini dapat membantu mereka menggunakan kemahiran
ini dengan kekerapan peratusan yang sama iaitu dengan sepenuhnya dan dengan kadar
sederhana (48.6% )
Dapatan kajian menunjukkan pelajar yakin bahawa beberapa kemahiran insaniah yang utama
dapat diperolehi sepanjang mengikuti kursus ini.

4.6. Maklumbalas responden turut melaporkan terdapat beberapa halangan yang dihadapi
dalam mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kehidupan seharian mereka.
Walaubagaimanapun kesemua halangan ini tidak menunjukkan kekerapan peratusan yang
ketara. Jadual dibawah menunjukkan beberapa halangan tersebut:

Jadual 4: Halangan untuk mengaplikasikan Kemahiran Insaniah dalam Kehidupan Seharian.

Halangan Peratus Kekerapan


Sifat malu semulajadi 6.1%
Kurang yakin 3.1 %
Tekanan dari rakan sekursus 3.1 %
Kurang kemahiran 3.1%
Persekitaran semasa 3.1%

4.7. Sebanyak 93.9% responden mengakui bahawa kemahiran insaniah yang dipelajari dalam
kursus ini bakal membantu mereka menambah merit untuk mendapatkan pekerjaan kelak. Hal
ini memberi gambaran bahawa mereka yakin akan kursus ini secara amnya dan sedar bahawa
ianya dapat membantu mereka mengaplikasikan teori yang berkaitan untuk digunakan di
alam pekerjaan kelak.

Selain itu, responden telah memberi maklumbalas bagi penerapan kemahiran insaniah sejak
awal (100%) berdasarkan sebab yang dicadangkan. Antara sebab mengapa perlunya
kemahiran insaniah diterapkan sejak awal kursus adalah seperti jadual di bawah:

Jadual 5: Pandangan Pelajar Tentang Kepentingan Penerapan Kemahiran Insaniah Pada Peringkat
Awal
Sebab Utama Keperluan Peratus Kekerapan
Lebih berkeyakinan 16%
Untuk keperluan temuduga 5%
Untuk menjadi seseorang yang proaktif 5%
Persediaan awal untuk lebih 4%
pengalaman
Membantu menyelesaikan tugasan 3%
berkaitan kursus dengan lebih mudah

4.8. Responden juga memberi cadangan untuk jurulatih menerapkan kesemua kemahiran ini
didalam kursus. Antara cadangannya adalah melalui kerja kumpulan (63.6%) dan semasa sesi
pembelajaran (30.3%). Dapatan ini bermakna pelajar sangat berharap agar jurulatih
membantu mereka untuk memperolehi kemahiran insaniah semasa mengikuti kursus
sepanjang semester.

5. Perbincangan dan Kesimpulan


Berdasarkan kesemua dapatan kajian, dapatlah disimpulkan bahawa di awal penyertaan para
pelajar dalam kursus pengucapan awam di UTHM, tahap kesedaran mereka tentang
kemahiran insaniah yang bakal diterapkan dalam kursus masih terbatas walaupun terdapat

39
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

segelintir pelajar yang benar- benar berminat untuk mengikuti kursus. Terdapat faktor lain
juga yang mempengaruhi tindakan mereka menyertai kursus ini.
Walaubagaimanapun, setelah mengikuti beberapa slot pembelajaran dan pengajaran kursus
ini, pelajar-pelajar mula memahami bahawa kursus ini dapat membantu mereka
meningkatkan kemahiran insaniah tertentu yang relevan dengan kursus pengucapan awam di
mana kemahiran terpenting seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara
kritis, kemahiran kepimpinan dan berkerja secara pasukan merupakan kemahiran insaniah
utama yang dipilih. Secara keseluruhan pelajar menggunakan kemahiran yang diperolehi
samada di dalam kelas atau diluar kelas dan di dalam kehidupan seharian mereka.

Pelajar mengakui bahawa sejak mengikuti kursus ini, mereka lebih berani mengeluarkan
pandangan, mengatasi perasaan malu berhadapan dengan masyarakat tertentu terutama
melalui aktiviti pengurusan program (UCE- University -Community Engagement) dan
memperbaiki semangat berpasukan dalam melaksanakan segala tugasan diberikan.

Walaupun terdapat beberapa halangan yang dihadapi, namun pelajar -pelajar ini tidak
menganggap bahawa ianya sesuatu yang menganggu mereka untuk mengaplikasi kemahiran
yang diperlukan dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar-pelajar ini juga yakin bahawa
kursus ini melalui kemahiran insaniah yang diperolehi bakal membantu mereka mendapatkan
beberapa merit tertentu bagi mendapatkan pekerjaan. Dengan erti kata lain, kursus ini
memberi mereka keyakinan untuk bersaing dengan graduan lain semasa sesi temuduga.

Kemahiran insaniah ini juga dicadangkan oleh responden untuk diterapkan seawal yang
mungkin kerana pelajar-pelajar ini yakin bahawa lebih banyak kemahiran insaniah diperolehi
peringkat awal, lebih banyak pengalaman yang akan diperolehi serta digilap untuk kegunaan
mereka pada masa yang diperlukan. Antara saranan yang diberikan kepada jurulatih adalah
melalui aktiviti yang boleh mengasah bakat mereka semasa sesi pembelajaran dan melalui
kerja kumpulan.

Dapatan kajian di atas dengan jelas telah menunjukkan bahawa tahap kesedaran awal pelajar
meningkat setelah mengikuti kursus ini. Aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan semasa dan di
luar sesi pembelajaran dilihat sebagai pengasah bakat dan pengilap kemahiran insaniah di
kalangan pelajar. Kursus ini juga dilihat sebagai pemangkin mereka membentuk kemahiran
insaniah tertentu yang membolehkan mereka bersaing dengan pelajar- pelajar yang lain.
Justeru, kursus pengucapan awam ini dilihat sebagai sangat berkesan dalam melahirkan
pelajar yang berkemahiran insaniah pada masa hadapan. Sebagai langkah seterusnya, amatlah
diharapkan kajian seperti ini dapat diteruskan dengan lebih pemerhatian dijalankan bagi
mencari bukti kukuh bagaimana kursus ini berkesan dan mempengaruhi setiap individu yang
terlibat secara langsung dengan kursus pengucapan awam ini. Penambahbaikkan aktiviti dari
masa ke semasa turut perlu dilaksanakan agar lebih banyak kemahiran insaniah dapat
diterapkan dikalangan pelajar kursus pada masa akan datang.

Rujukan

Jumelan, J. E. (2014). Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar dalam Penglibatan Aktiviti


Kokurikulum Badan Beruniform di UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia).

40
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 34-41, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Quah, W. B., Thalaha, A., Silim, A. Z., & Ahmad, H. A. L. (2018). Penerapan Kemahiran
Insaniah Menerusi Sukan Petanque Dalam Kalangan Pemain Di IPTA Dan
IPTS. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(2), 12-21.
Zakaria, S. K., Azman, N., Amir, R., & Daud, M. N. (2017). Tahap Penguasaan Kemahiran
Insaniah Pelajar Pengajian Islam. Ulum Islamiyyah, 19, 89-108.
Bokhari, M., Yahya, A., Rajikon, M. A. N., Hassan, S. N. S., & Pilus, A. M. (2011).
Keberkesanan Kursus Kokurikulum Berkredit dalam memperkasakana Kemahiran
Insaniah dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. (The effectiveness
of Credited C0-Curriculur Courses in Empowering Students in Higher Learning
Institutions with Soft. S. S. Journal of Human Capital Development (JHCD), 4(1),
109-123.
Musa, W. A., & Othman, R. (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti Kokurikulum dan
Keberkesanannya Kepada Remaja. Proceeding of the Social Sciences Research
ICSSR, 9-10.
Osman, M. R. (2010). Peranan Kursus Pengajian Umum dalam Pembangunan Kemahiran
Insaniah: Pengalaman UiTM. Dalam MALIM-Jurnal Pengajian Umum Asia
Tenggara, 11.

41
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai