Anda di halaman 1dari 15

DISEDIAKAN OLEH

AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ

Dip. Pend. Pengurusan Perniagaan & Perdagangan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Email :amirazros@yahoo.com
Blog :http://amirazros.blogspot.com/
Facebook :http://facebook.com/amirazros
Laman web :http://wangianpemikat.com/
KANDUNGAN Muka Surat

Pendahuluan

1.0. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)


1.1. Elemen Kemahiran Insaniah
1.2. Konsep Asas Kemahiran Insaniah
2.0. Model Konseptual Kemahiran Insaniah & Perkaitannya Dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
3.0. Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk
Kemahiran Insaniah Pelajar
3.1. Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah
3.1.1. Peranan Guru
3.2. Kepentingan Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Sebagai
Elemen Kemahiran Insaniah
3.2.1. Peranan Guru
3.3. Kepentingan Kemahiran Berpasukan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah
3.3.1. Peranan Guru
3.4. Kepentingan Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Sebagai
Elemen Kemahiran Insaniah
3.4.1. Peranan Guru
3.5. Kepentingan Ilmu Keusahawanan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah
3.5.1. Peranan Guru
3.6. Kepentingan Etika Dan Moral Profesional Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.6.1. Peranan Guru


3.7. Kepentingan Kemahiran Kepimpinan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah.
3.7.1. Peranan Guru

Penutup

Rujukan
PENDAHULUAN

Berdasarkan kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 2006 yang
menunjukkan 70% daripada graduan yang menganggur adalah terdiri daripada graduan
universiti awam. MTEN mendakwa punca sebenar graduan menganggur adalah kerana
kurangnya kemahiran asas lain selain segulung ijazah. Kemahiran asas yang dimaksudkan
termasuklah kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai solf skill.

Pelbagai laporan dan isu yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kekurangan
kemahiran insaniah dalam kalangan siswazah . Antara laporannya ialah di mana Laporan
Bank Dunia yang meletakan pendidikan tinggi di Malaysia pada tahap kritikal, secara
tersirat menegur kekurangan kemahiran insaniah (soft skill) dalam kalangan graduan
tempatan.

Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed. berkata selain daripada
lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri
kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. "Dalam dialog kita
dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja
kerana tidak memiliki kemahiran insaniah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
perjumpaan dengan pelajar ambilan baru Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.
Manakala para cendiakawan dan tokoh perindustrian telah bersependapat bahawa graduan
universiti tempatan bukan sahaja lemah dalam kemahiran teknikal bahkan juga dalam
kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang dianggap sangat
penting bagi membolehkan seseorang pekerja untuk bekerja. (Dewan Masyarakat, Jan
2008)

Kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai “soft skill” adalah gabungan 7 elemen
kemahiran di dalamnya. Ia termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan
menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral professional dan yang terakhir
adalah kemahiran kepimpinan.
1.0 KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

1.1 7 ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH;

1) Kemahiran Berkomunikasi; (communication)


2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah; (critical thinking and
problem solving)
3) Kemahiran Berpasukan; (team work
4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; (life long learning &
information management)
5) Kemahiran Keusahawanan; (entrepreneurship)
6) Etika dan Moral Profesional;(professional ethics & moral)
7) Kemahiran Kepimpinan. (leadership)

Setiap elemen mengandungi beberapa objektif tertentu yang perlu dicapai untuk
memastikan ilmu kemahiran insaniah ini dihayati secara menyeluruh oleh setiap modal
insan. Di dalam pendidikan, guru adalah berperanan untuk menterjemahkan kepada pelajar
secara langsung atau tidak langsung melalui P&P, Ko-Kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah.
Di sinilah peranan guru amat penting untuk memastikan setiap pelajar adalah seimbang
sama ada di dalam bidang akedemik mahupun ilmu kemahiran insaniah.

1.2 KONSEP ASAS

KIM - Kemahiran Insaniah Mesti

 ”Kemahiran Insaniah Mesti” Merupakan Kemahiran Yang Wajib Dimiliki Oleh Setiap
Pelajar. Jika Kemahiran Ini Tidak Ada, Pelajar Dianggap Tidak Kompeten Dalam
Elemen Berkaitan.

KI - Kemahiran Insaniah (Bernilai Tambah)

 ”Kemahiran Insaniah” ini dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai


tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar di samping KIM,
beliau dianggap kompeten cemerlang. Setiap KI mempunyai tahap/ aras yang perlu
dicapai mengikut elemen-elemen tertentu. (KI1,KI2,KI3,KI4,KI5,KI6,KI7,KI8)
2.0 MODEL KONSEPTUAL KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILL) & PERKAITANYA
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

HURAIAN:

RMK-9 telah mengenal pasti pembangunan modal insan sebagai salah satu teras utama
dalam membawa transformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Pendekatan ini ditekankan di dalam sistem pendidikan dengan mengambil kira kepada
pembangunan modal insan yang harus dibuat secara holistik, dan menekankan kepada
peningkatan penguasaan ilmu pengetahuan melalui kemahiran pemikiran secara kritis,
kemahiran komunikasi, kerja berpasukan serta modal intelektual termasuk ilmu sains,
teknologi dan keusahawanan. Seiring dengan penekanan kepada ilmu, tumpuan juga perlu
diberi kepada pembudayaan sikap progresif dan memupuk masyarakat yang memiliki
kekuatan nilai dan moral.

3.5 KEPENTINGAN ILMU KEUSAHAWANAN SEBAGAI ELEMEN KEMAHIRAN


INSANIAH

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekan aspek pembentukan individu sebagai


warganegara yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan
seterusnya kepada negara. Kesejahteraan diri pula dapat diukur salah satunya melalui
kemantapan sumber ekonominya.

Namun begitu, pada masa kini pengangguran merupakan salah satu masalah utama
negara yang melibatkan masyarakat tempatan terutamanya dari golongan graduan
universiti. Merujuk Dewan Masyarakat, Oktober 2007, pada tahun 2007 sahaja, sebanyak
2.32 juta peluang pekerjaan diwujudkan berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang
memberansangkan. Malangnya, pertumbuhan guna tenaga ini hanya diisi oleh pekerja asing
sedangkan banyak pengangguran wujud dikalangan rakyat tempatan. Sekiranya disemak
semula, didapati kadar pengangguran masih berada pada tahap 3.3% daripada 11.8 juta
tenaga kerja. Malah dari sumber ini juga sebanyak 90 ribu belia tempatan berdaftar untuk
mencari pekerjaan dangan Jabatan Tenaga Manusia. ( Massa 16-22 Febuari 2002)

Sekiranya masalah pengangguran ini masih berleluasa, bagaimana kita dapat mengukur
keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan
yang diajar selama 11 tahun di alam persekolahan? Punca sebenar yang menggalakkan
masalah ini berleluasa ialah disebabkan kurangnya kemahiran insaniah dari segi
keusahawanan dalam diri pelajar hari ini yang bakal menjadi modal insan masa depan
negara.

Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, RMK-9 telah menyediakan satu
Pelan Pembangunan Modal Insan yang menitikberatkan pembangunan modal insan dari segi
kemahiran insaniah. Di dalam kemahiran insaniah ini pula diperincikan lagi mengenai
kemahiran keusahawanan yang menjadi satu benteng pertahanan modal insan negara
dalam menghadapi persaingan dalam merebut peluang pekerjaan dengan tidak berharap
kepada peluang pekerjaan yang tersedia tetapi bersedia dan mampu menjadi usahawan.
Dengan pendekatan ini, diharapkan masalah pengangguran akan berkurangan dan
seterusnya memupuk masyarakat yang berdaya saing dan kreatif.
3.5.1 PERANAN GURU DALAM MEMBIMBING PELAJAR MENGENALPASTI,
MERANGKA, MEREBUT PELUANG PERNIAGAAN DAN BERSEDIA UNTUK
BEKERJA SENDIRI MELALUI ILMU KEUSAHAWANAN KEPADA PELAJAR.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 1 hingga 3,


terkandung elemen-elemen keusahawanan dan perniagaan yang menjadi sukatan teras
matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Manakala, subtopik bidang
keusahawanan dan perniagaan pula diperincikan di dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Pilihan 1 (Perdagangan dan Keusahawanan).

Di sinilah peranan guru Kemahiran Hidup untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Modal
Insan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam skop kemahiran insaniah:
Keusahawanan.

Guru Kemahiran Hidup seharusnya dapat menterjemahkan sukatan pelajaran mata KHB
secara holistik kepada pelajar melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan
mampu menstimulasikan keadaan sebenar dunia hari ini melalui kegiatan Ko-kurikulum dan
aktiviti sekolah dalam memastikan pelajar mempunyai beberapa aspek penting kemahiran
insaniah dalam bersaing dengan globalisasi dan cabaran masa depan. Walaupun objektif
KHB secara formal telah menghuraikan mengenai keusahawanan dan perniagaan, namun
ada beberapa objektif di dalam ilmu kemahiran insaniah yang tidak disertakan di dalam
huraian sukatan dan memerlukan guru menyampaikan dan mengenalpsti secara tidak
langsung. Antaranya objektifnya adalah berkaitan ilmu kemahiran insaniah iaitu:

1. Pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluang pernigaan. (KIM)


2. Pelajar berkebolehan untuk merangka perangcangan perniagaan.(KI1)
3. Pelajar berkebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan
dan pekerjaan. (KI2)
4. Pelajar berkebolehan untuk bekerja sendiri. (KI3)

Perkara utama di dalam bidang keusahawanan ialah pelajar perlu kreatif dan inovatif. Untuk
mencapai maksud kreatif ialah pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluang-
peluang yang ada sebagai satu perniagaan. Guru yang memahami keperluan ilmu
keusahawanan ini sebagai satu nilai tambah kepada pelajar untuk menjadi modal insan
yang cemerlang, seharusnya berupaya untuk membuka mata pelajar supaya agresif dan
kreatif dalam melihat semua perkara dan kejadian yang berlaku disekeliling mereka sebagai
satu peluang perniagaan.

Melalui simulasi di dalam proses P&P, guru boleh mengaitkan setiap topik di dalam
matapelajaran KHB untuk dilihat sebagai satu peluang perniagaan dalam aktiviti ‘ice-
breaking’. Sebagai contoh, guru secara tidak langsung mengaitkan topik kerja paip tidak
hanya satu ilmu kemahiran tetapi jika pelajar bersungguh-sungguh dengan kerja paip,
pelajar boleh menjadi tukang paip yang pakar (KIM). Seterusnya membuka kedai paip dan
secara beransur-ansur mengembangkan perniagaan paip sebagai pengedar paip kepada
kontraktor.(KI1) Untuk lebih kreatif, guru boleh meminta pelajar memikirkan apakah boleh
mereka suatu hari nanti untuk menjadi pereka paip dan membuka kilang membuat paip
(KI2& KI3).

Dengan meminta pelajar berfikir, secara tidak sedar guru mengajar pelajar untuk mencari
dan mencipta peluang perniagaan berdasarkan hal-hal disekeliling mereka. Pendekatan
pengajaran untuk berfikir secara kreatif dan berfikir yang telah diterangkan sebelum ini
adalah kesinambungan untuk melahirkan pelajar yang menguasai ilmu keusahawanan.

Guru perlu menjadi pembimbing kepada pelajar untuk melihat, mencari dan mereka
peluang perniagaan dan bukannya memberi maklumat secara terus kepada pelajar
mengenai peluang-peluang perniagaan. Arah pandu (guide line) yang diberikan kepada
pelajar perlu sesuai dengan tahap mereka.

Guru KHB juga boleh mengaitkan dengan situasi tertentu bagi memupuk minat dan daya
saing pelajar untuk kreatif berfikir dan berdaya maju. Sebagai contoh, guru mengaitkan
tabiat atau didikan bangsa tertentu seperti Cina, Jepun yang sangat menitik beratkan
kemahiran teknikal sebagai satu perniagaan. Malaysia kini yang giat mempromosikan
bidang pertanian dan perikanan sebagai satu perniagaan juga perlu dijadikan contoh
bahawa setiap aktiviti boleh mendatangkan sumber ekonomi dan boleh dilihat sebagai satu
peluang perniagaan.
Kemahiran Berpasukan

Kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen yang penting didalam


kemahiran insaniah. Secara amnya, kemahiran berpasukan merujuk kepada kebolehan
individu tersebut untuk membina hubungan yang baik, dapat berinteraksi dengan orang lain
dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan yang lain untuk mencapai objektif yang
sama. Berpasukan dikategorikan sebagai fokus kepada kerja, bergantungan dengan setiap
ahli, belajar untuk menerima perbezaan pendapat ( Arcaro, 1995). Menurut Arcaro juga,
berpasukan adalah strategi yang sangat berkuasa untuk digunakan untuk menggalakkan
kebergantungan yang positif antara ahli pasukan.

Kajian menunjukkan aktiviti berpasukan selalunya akan memberikan hasil yang lebih
baik berbanding tugas tersebut dibuat secara individu. Rationalnya apabila bekerja dalam
kumpulan setiap ahli kumpulan dapat memberi sumbangan buah fikiran yang pelbagai
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pastinya hasil tersebut adalah lebih baik jika
dibuat secara individu kerana keputusan di buat berdasarkan pendapat ramai setelah dinilai
dari pelbagai aspek. Dalam konteks ini, institusi pendidikan merupakan ejen yang
bertanggungjawab untuk menggilap kemahiran tersebut dikalangan pelajar menerusi
jentera penggeraknya iaitu guru. Guru merupakan insan yang bertanggungjawab untuk
memberi ruang dan peluang kepada anak didiknya mengasah kemahiran berpasukan
melalui P&P mahu pun aktiviti kokurikulum di sekolah.

Ibu bapa menghantar anak – anak mereka ke sekolah bukanlah semata – mata
untuk melihat anak mereka berjaya didalam akademik sahaja, malah mereka anak – anak
mereka mampu menjadi insan yang dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan
negara. Menyedari hakikat itu, guru haruslah mengetahui tanggungjawabnya dan bersedia
memikul amanah tersebut dengan sebaik – baiknya. Untuk mencapai kemahiran
berpasukan, guru seharusnya menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran
koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu
meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar disamping mencapai objektif
pembelajaran yang ditetapkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003).
Pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan yang kecil, satu sama lain untuk
memenuhi kehendak tugasan yang diberikan melalui hubungan yang saling bergantungan
secara positif. Melalui kaedah pengajaran seperti ini, pelajar juga lebih bertanggungjawab
sesama individu, interaksi serentak, penglibatan yang saksama dan interaksi bersemuka
yang sihat. Pembelajaran secara koperatif memberi banyak manfaat atau kebaikan kepada
pelajar seperti kesedaran diri, saling hormat menghormati, serta dapat bekerja bersama
tanpa mengira kaum, warna kulit serta tahap kebolehan. Kaedah ini mampu mencapai
objektif kurikulum yang seimbang dan menyeluruh meliputi bidang akademik,
perkembangan sosial pelajar serta menimbulkan suasana yang kondusif selesa dan
bermakna.

Contohnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah,
guru boleh mengarahkan murid- murid membentuk kumpulan masing – masing untuk
menyiapkan tugasan yang diberi seperti pemasangan paip secara berkumpulan di dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap ahli kumpulan diminta memasang paip
seperti yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. Melalui aktiviti berkumpulan ini, pelajar
dapat mencapai objektif pembelajaran iaitu sebelum tamat pembelajaran pelajar dapat
memasang paip dengan betul, disamping itu pelajar juga didedahkan dengan kemahiran
berpasukan secara tidak langsung.

Selain berkebolehan memberikan sumbangan kepada perancangan tugasan tersebut,


pelajar juga mampu menyelaraskan segala hasil usaha kumpulan. Walaupun di dalam
objektif P&P tidak menyatakan di akhir pembelajaran pelajar dapat mempelajari kemahiran
berpasukan, namun secara implisitnya kemahiran tersebut dapat dipelajari dan dibentuk
melalui pengalaman mengendalikan tugasan secara berkumpulan.

Melalui kemahiran berpasukan juga, pelajar dapat menonjolkan kebolehan mereka


untuk memahami dan mengambil peranan silih berganti antara ketua kumpulan dan ahli
kumpulan yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, setiap ahli kumpulan tersebut
haruslah mengetahui tugas masing – masing di dalam pasukan mereka. Segala bebanan
akan menjadi ringan apabila setiap ahli kumpulan bersama memikul tanggungjawab
tersebut dan tidak meletak seratus peratus bebanan kepada ketua kumpulan. Bak kata
pepatah Melayu, ” Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.”

Selain sesi P&P, kemahiran ini juga boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang
diadakan di sekolah. Sebagai contoh, didalam Kelab Bola Sepak, untuk pemilihan pemain
sekolah, pelajar haruslah membentuk pasukan mereka sendiri yang terdiri daripada 11
orang pemain. Objektif yang diletakkan semestinya untuk menjuarai pertandingan tersebut.
Setiap ahli diberi posisi yang bersesuian dengan kebolehan masing – masing. Ahli kumpulan
akan sama – sama berbincang strategi dan menghadiri sesi latihan untuk mengalahkan
pihak lawan. Disinilah kita dapat melihat setiap ahli pasukan tersebut bersatu tenaga dan
pandangan untuk mencapai objektif mereka. Kemenangan tidak dapat diraih jika pasukan
tersebut tidak mempunyai semangat berpasukan yang kuat. Kejayaan tidak dapat dicapai
jika hanya bergantung kepada kekuatan ketua pasukan sahaja, sokongan dan komitmen
dari setiap ahli kumpulan diperlukan untuk memastikan kemenangan dipihak mereka.

Kemahiran berpasukan tidak seharusnya dipandang remeh oleh pelajar. Ini kerana
berbekalkan kecemerlangan akademik sahaja belum mampu menjanjikan pekerjaan yang
baik kelak. Kebanyakan majikan menggunakan pendekatan yang lebih ketat untuk
pemilihan calon bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam firma mereka. Contohnya dalam
salah satu ujian saringan yang dilakukan ialah, penemuramah akan membahagikan calon
kepada beberapa kumpulan. Satu topik akan diberi untuk dibincangkan dan dibentangkan
oleh kumpulan tersebut. Calon akan dinilai cara dia berinteraksi dengan ahli kumpulan yang
lain dalam menyampaikan buah fikirannya. Penemuramah juga akan menilai kebolehan
calon untuk menerima dan menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Kebolehan di
dalam kemahiran berpasukan merupakan nilai tambah kepada calon tersebut dan ia
merupakan ciri atau kemahiran yang dicari - cari oleh majikan hari ini.

Oleh itu guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan tanggungjawabnya agar
objektif pembelajaran tercapai dan dalam masa yang sama murid dapat manfaat yang lebih
iaitu mempelajari kemahiran berpasukan hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dalam
sesi P&P mahu pun aktiviti kokurikulum.

Kemahiran kepimpinan

Setiap orang adalah pemimpin. Walaupun dia tidak memimpin organisasi yang
besar, paling kurangnya dia merupakan pemimpin dirinya dan keluarganya sendiri. Justeru
sifat kepimpinan seharusnya ada di dalam diri seseorang itu kerana dia yang
bertanggungjawab terhadap dirinya dan setiap keputusan yang bakal dilakukan kelak.
Secara amnya kemahiran kepimpinan bermaksud kebolehan individu untuk memimpin
orang bawahannya dengan baik. Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai proses
mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah
dirancangkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003). Beliau juga mendefinisikan
kepimpinan sebagai keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi melaksanakan
kerja mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimana tambah beliau selalunya kepimpinan
akan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Menurut Sergiovanni dalam artikelnya yang bertajuk ” The roots of school


leadership”, kepimpinan dalam konteks persekolahan ialah kepimpinan berdasarkan
berkongsi nilai dan kepercayaan, selain daripada peraturan dan personaliti. Kemahiran
berpasukan juga boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang itu untuk menyelia anggota
pasukan. Kemahiran ini merupakan elemen atau komponen yang terkandung didalam
kemahiran insaniah.

Seperti kemahiran – kemahiran yang lain, kemahiran kepimpinan merupakan


kemahiran yang penting untuk dipelajari oleh pelajar semasa di alam persekolahan lagi.
Kemahiran insaniah serta elemen – elemen yang terkandung didalamnya merujuk kepada
kurikulum yang tersembunyi. Kurikulum tersembunyi merupakan pembelajaran yang tidak
formal yang dipelajari di sekolah. Ia merupakan sesuatu yang dirancang dan tidak diajarkan
secara langsung oleh para guru (Amir hasan Dawi,2006). Ia merupakan pembelajaran yang
diterima secara implisit oleh para pelajar melalui aktiviti P&P mahupun kokurikulum yang
dijalankan di sekolah. Menurut beliau lagi, kurikulum tersembunyi lebih berpengaruh dan
berkuasa berbanding kurikulum formal dalam membentuk keperibadian murid.

Menyedari hakikat bahawa kemahiran kepimpinan sangat penting dan harus dimiliki
setiap insan, guru sebagai ejen penyebar ilmu di sekolah seharusnya memainkan peranan
untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi selain
kemantapan akademik.Guru berkuasa untuk membentuk jawatan kuasa kecil bagi kelasnya
yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan lain – lain jawatan
lagi. Melalui perlantikan jawatan ini, pelajar yang dilantik yang mendapat sokongan majoriti
akan memahami tanggungjawabnya sebagai wakil yang dilantik untuk mewakili seluruh ahli
didalam kelas tersebut.

Kebiasaannya tugas sebagai seorang Ketua Kelas ialah memastikan kelas berada di
dalam kebisingan yang minima terutamanya ketika ketiadaan guru semasa pertukaran mata
pelajaran. Jika ketua kelas merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, dia mampu
mengawal kebisingan tersebut. Persoalannya bagaimana mahu membentuk seorang
pemimpin yang berkaliber? Antara sikap yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkaliber dan disegani oleh orang bawahannya ialah dia mampu memahami dan
menghormati orang bawahannya. Ini akan menjadikannya seorang pemimpin itu lebih
mesra dan dihormati. Natijahnya pengalaman yang sedikit itu mampu menjadikan individu
tersebut menjadi seorang pemimpin berketrampilan kelak baik di Institusi Pengajian Tinggi,
tempat kerja serta di dalam keluarganya sendiri.

Menerusi aktiviti kokurikulum juga guru dapat mengenal pasti dan mengasah
kemahiran kepimpinan pelajar. Contohnya melalui Persatuan Kawad, pelajar akan bersatu
tenaga berkawad dalam pergerakan yang serentak yang sama. Namun mampukah
kontingen kawad berkawad dengan bagus tanpa mendapat arahan yang baik daripada ketua
kawad tersebut? Keupayaan kontingen kawad tersebut berkawad dengan pergerakan yang
serentak adalah hasil daripada arahan yang jelas dan baik daripada ketua mereka. Hasil
sifat dedikasi yang ditunjukkan oleh ketua kontingen tersebut mampu menjadikan setiap
ahli pasukan menerima arahan yang diberikan.
RUJUKAN:

1. http://www.angkasa.coop : Koperasi : sekolah pupuk pembangunan modal insan.


2. http://www.punb.com.my : Disiplin perkukuh Modal insan.

3. htpp://www.mkm.edu.my : Memperkasakan Kualiti Modal Insan Gerakan Koperasi


Dalam Era K-Ekonomi.

4. Drs.H Balnadi Sutadipura, Aneka Problema Keguruan, penerbit Angkasa Bandung ,


1985.

5. Joyce Nesker Simmons, Walter Pitman, Teachers:Models of Excellence in Today’s


Classroom, Pembroke Publishers, 1994.

6. Abdullah Hassan, Ainon Mohd, Kemahiran Interpersonal Untuk Guru, PTS


Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2002.

7. Dewan Masyarakat, Januari 2008, ‘Disebalik Kejayaan’.

8. Dewan Masyarakat, Oktober 2007, ‘Kuala Lumpur Siapa Yang Punya?’

9. Massa 23-29 Mac 2002, Rohaiza Ismail, Nasional: ‘Dilema Siswazah Melayu-menjadi
golongan paling ramai ketiadaan pekerjaan’.

10. Massa 16-22 Febuari 2002, Johardy Ibrahim, Isu Pendatang Asing: ‘Dasar kita tidak
Konsisten’.
11. Massa 16-22 Febuari 2002, Siti Haniza Abdul Rahman, Isu Pendatang Asing: ‘Tiada
Lagi Monopoli’.

12. Massa 23-29 mac 2002, Aziz Ishak, Seimbas pandang: ‘Wawasan 2020- Harapan
Samar Kepada Generasi Muda?’

13. Utusan Malaysia (17 Julai 2006 ),Dr. Siti Hawa Mohd, Kuala Lumpur: Sikap buruk
punca pengangguran

Anda mungkin juga menyukai