Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN INDIVIDU

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tajuk:
PENERAPAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS )
DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI PERSEDIAAN BAGI BAKAL
GRADUAN MENGHADAPI DUNIA PEKERJAAN

Pensyarah:
PROF. MADYA DR. MAIMUN AQSHA LUBIS

NAMA SISWAZAH : MOHD FADHIL BIN ISMAIL


NO. MATRIKS : GP05585
KOD SUBJEK : GC6033
BIDANG : SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Senarai Kandungan
1
Halaman
Muka Depan Tugasan 1
Senarai Kandungan 2
Abstrak . 3
1.0 Pengenalan .. 3-6
2.0 Definisi dan Konsep Kemahiran Insaniah .... 6-8
3.0 Kepentingan Kemahiran Insaniah Untuk Bakal Graduan IPT . 8
4.0 Isu Dan Masalah Penerapan Dan Pembinaan Kemahiran Insaniah .. 8-11
5.0 Rumusan .. 12
6.0 Rujukan 12-13

Abstrak

2
Kemahiran Insaniah atau kemahiran Generik merupakan kemahiran yang sangat
penting dan amatlah ditekankan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
mahupun Swasta ke atas calon mahasiswa atau mahasiswi sebelum diterima
untuk melanjutkan pelajaran. Kemahiran insaniah ini seharusnya disemai ke
dalam diri para pelajar semenjak mereka berada di bangku sekolah lagi untuk
menjamin perkembangan diri mereka pada masa akan datang. Di samping itu,
kokurikulum dan kurikulum memainkan peranan yang penting dalam hampir
semua proses pendidikan. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua elemen
yang amat dititikberatkan dalam menjana individu yang seimbang dari sudut
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh itu menjadi tugas semua institusi
pengajian tinggi untuk memastikan setiap bakal graduan diterap dan dibina
kemahiran insaniah di dalam diri mereka. Artikel ini bertujuan melihat
keberkesanan penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah di institusi
pengajian tinggi di samping melihat isu-isu yang berkaitan dengannya.

1.0 Pengenalan
Pada era globalisasi masa kini, bakal mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja perlu mempunyai
keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi yang ditawarkan,
akan tetapi kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, berkomunikasi, proaktif,
berfikiran kritis serta pelbagai lagi kemahiran juga diambil kira. Kemahiran insaniah atau
kemahiran generik amatlah diperlukan untuk menjadi modal insan yang lebih fleksibel dan
berkebolahan seterusnya menjadikan modal insan sesebuah negara itu berkualiti tinggi yang
dapat mengusai kemahiran insaniah dan mempunyai kelayakan akademik.
Menurut Jumaatol (2006), kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan seseorang individu
mempersembahkan aktiviti mental dan fizikal dan ianya mampu diperkembangkan melalui
latihan dan pengulangan. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ada menyatakan
dengan jelas bahawa objektif kemahiran adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan
serta berdaya saing demi mencapai kecemerlangan diri serta mampu memberi sumbangan dari

3
sudut kemakmuran dan keharmonian keluarga, komuniti dan seterusnya negara. Ianya
merupakan elemen penting dalam melatih setiap bakal graduan supaya bertindak secepat
mungkin terhadap segala proses yang dilalui semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selain itu, para bakal graduan seharusnya juga sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
rintangan dan cabaran selari dengan falsafah kerja.
Dalam pada itu, di antara kekurangan yang telah dikenal pasti yang ada pada setiap
graduan termasuklah mereka gagal mempamerkan keterampilan serta tidak mempunyai
kemahiran lebih-lebih lagi kemahiran insaniah yang mana ia merupakan tuntutan majikan serta
bagi pasaran kerja yang kian mencabar (Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006).
Kenyataan ini disokong dan ditegaskan oleh Mohd (2008), di mana beliau menyatakan bahawa
pelajar atau graduan yang hanya memiliki keterampilan dari sudut akademik semata-mata
sebenarnya masih tidak mampu untuk menjamin mereka untuk mendapatkan pekerjaan
disebabkan pada masa kini berlakunya persaingan sengit di dalam dunia pasaran kerjaya. Rata-
rata majikan pada masa kini telah menjadikan aspel pengusaan kemhiran insaniah (soft skills) di
kalangan calon temuduga (graduan) sebagai kayu ukur atau kriteria dalam pemilihan untuk
mengambil mengambil mereka sebagai pekerja yang menunjukkan bahawa graduan bukan sahaja
perlu cemerlang dalam aspek akademik semata tapi juga perlu menguasai dan kaya dengan
kemahiran insaniah.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kemahiran insaniah bagi
membangunkan modal insan kelas pertama. Pihak kementerian juga menggariskan beberapa
elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi setiap bakal graduan di intitusi pengajian
tinggi. Elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional serta kemahiran kepimpinan.
Institusi pengajian tinggi awam dan swasta bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran
insaniah dalam kurikulum dan kokurikulum bagi mempersiapkan pelajar mereka dengan
kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran kerja masa kini. Pelajar juga diharapkan dapat
mengambil peluang untuk yang disediakan oleh institusi pengajian masing-masing sebagai
persiapan untuk menempuh alam pekerjaan.
Penegasan berkaitan pentingnya penerapan kemahiran insaniah dalam diri para pelajar
yang selepasnya akan bergelar graduan turut dinyatakan oleh Aini (2006), daripada kajian beliau

4
mendapati setiap majikan sememangnya mahukan kejayaan perniagaan masing masing. Oleh
itu mereka mengambil dan mengekalkan kakitangan yang memiliki kemahiran yang pelbagai
termasuk mempunyai ciri ciri keperibadian yang unggul. Pernyataan ini turut selari dengan
kajian oleh Fadilah (2011), beliau mendapati majikan pada hari ini terlalu memilih pekerja
disebabkan faktor kepentingan mereka untuk melancarkan produktiviti dan kualiti syarikat
mereka, maka seharusnya mereka perlu menekankan dan memperketatkan proses pemilihan
pekerja. Oleh hal yang demikian, graduan yang hanya cemerlang dan terampil di dalam
akademik semata mata seharusnya sedar dan merasa bimbang serta mencari berusaha mencari
jalan penyelesaian yang baik untuk meneroka alam pekerjaan kelak. Jika mereka masih alpa dan
terbuai dengan pencapaian cemerlang mereka dalam akademik semata-mata tanpa memikirkan
dan berusaha memperkayakan kemahiran kemahiran insaniah, maka tidak mustahil sijil
akademik mereka hanya sekadar layak dijadikan bahan pameran semata mata dan tidak
membantu mereka untuk bekerjaya kelak.
Semua institut pengajian tinggi di Malaysia harus dijadikan sebagai batu loncatan dalam
sistem pendidikan negara yang diberi perhatian oleh kerajaan. Ia sebagai sebuah institusi
pendidikan berperanan sebagai tempat melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri modal
insan berkualiti tinggi sebelum melibatkan diri dalam dunia kerjaya. Penerapan dan pembinaan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan modal insan berkualiti seharusnya
bermula di institusi ini. Justeru semua pensyarah mahupun tenaga kerja memainkan peranan
penting untuk memastikan penerapan dan pembinaan kemahiran-kemahiran insaniah terhadap
penunutut-penuntut berlaku di samping penguasaan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Penerapan
dan pembinaan kemahiran insaniah atau kemahiran generik di kalangan bakal graduan dari
peringkat pengajian tinggi akan dapat melahirkan modal insan yang dikehendaki oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan dalam
menerapkan dan membangunkan kemahiran insaniah di dalam diri pelajar sangat bergantung
kepada kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
( Uminadiha, 2011).
Jika dilihat dari segi halatuju atau matlamat pembangunan sesebuah negara, kemahiran
insaniah atau generik merupakan satu suntikan yang paling tepat dan cepat untuk pembangunan
modal insan yang merupakan teras utama pembangunan sesebuah negara. Tanpa penekanan
terhadap pembangunan modal insan, negara tidak akan mampu untuk bersaing dengan negara

5
negara membangun dan maju yang lain. Oleh itu adalah amat wajar universiti menjadi tempat
untuk mahasiswa mempersiapkan diri dengan ilmu, pengalaman, serta pelbagai bentuk
kemahiran sebelum mereka bergelar graduan nanti. Perkara ini ternyata jelas kerana kemahiran
insaniah merupakan nilai tambah bagi pelajar menentukan pembangunan dan perkembangan
sesebuah organisasi yang mereka sertai disamping turut menjamin kecemerlangan diri mereka
pada masa akan datang.

2.0 Definisi Dan Konsep Kemahiran Insaniah


Kemahiran insaniah memiliki pelbagai nama seperti soft skills, essential skills, human skills,
employability skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang menjelaskan
tentang kemahiran insaniah. Mahyudin (2011) menyatakan bahawa definisi sedia ada berkaitan
dengan kemahiran insaniah lebih memberi tumpuan terhadap aspek tingkah laku, kemahiran
komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan suatu permasalahan, cara memeperolehi keputusan
dan pengurusan organisasi. Elemen elemen kemahiran insaniah yang terdiri daripada kerja
berpasukan, nilai positif, pembelajaran berterusan, kepemimpinan dan komunikasi telah
dijadikan perkara utama dalam modul pembangunan kemahiran insaniah dimana ia merupakan
aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan akademik.
Kemahiran generik atau insaniah dapat didefinisikan sebagai kemahiran-kemahiran yang
boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ada juga menyatakan ia
adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan
melakukan kerja dengan baik ( Azam, 2007 ). Namun begitu semua definisi kemahiran ini
memberi gambaran kepada kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara
berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus
organisasi.
Setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran insaniah, hal ini kerana kemahiran insaniah
tidak hanya memberi tumpuan kepada pelbagai perkara dalam suatu bidang sahaja. Zamri (2012)
mengemukakan bahawa kemahiran insaniah merangkumi kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran moral dan etika,
kemahiran mengurus aktiviti dan kemahiran berkomunikasi. Oleh demikian, kemahiran insaniah
perlu dimiliki oleh setiap graduan supaya mereka boleh bersaing dalam alam kerjaya sama ada di
peringkat tempatan mahupun antarabangsa (Shahrom et al., 2007).

6
Khatijah (2006) pula menyatakan kemahiran insaniah merupakan kemahiran asas yang
dapat membantu pelajar selama pengajian dan kemahiran ini berhubungan dengan kemahiran
berfikir, kemahiran ICT, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pendedahan mengenai
kemahiran insaniah kepada pelajar diharap dapat memberi pengetahuan awal berkaitan dengan
kepentingan kemahiran ini. Selain itu, dengan mengetahui manfaat kemahiran insaniah, para
pelajar dapat mengembangkan keyakinan dengan mengenal pasti keupayaan yang mereka miliki.
Hal ini juga berkaitan dengan kemahiran komunikasi, dimana menuntut pelajar menggunakan
pelbagai bahasa khususnya bahasa melayu dan juga bahasa inggeris untuk berinteraksi dengan
orang ramai (Tuan Mohd, 2009).
Kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam memastikan para graduan yang
sedia ada memperolehi kerjaya sesuai dengan bidang pengajiannya. Kecemerlangan akademik
masih menjadi tumpuan utama yang harus diambil berat oleh para pelajar namun cemerlang
berdasarkan pengetahuan secara teori sahaja tidak mencukupi untuk mampu bersaing di pasaran
kerja. Sehubungan ini, Noorashidi (2009) menjelaskan kemahiran komunikasi dan keupayaan
pelajar dalam menguasai pelbagai bahasa akan menjadi tunjang para graduan mendapat tempat di
alam pekerjaan.
Kesimpulannya, kemahiran insaniah terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan mahupun
pekerjaan. Kemahiran insaniah merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran keusahawanan,
kemahiran peribadi, kemahiran berkaitan manusia serta kemahiran yang berhubungan dengan
kemasyarakatan. Proses penerapan kemahiran insaniah merupakan tanggungjawab pelbagai
pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan masyarakat. Kemahiran insaniah dapat
dipelajari sepanjang hayat dan dalam persekitaran pekerjaan, kehidupan harian dan juga institusi
pendidikan. Aini (2005) mengemukakan bahawa pada masa kini penerapan kemahiran insaniah
dalam pengajaran dan pembelajaran semakin meningkat.

3.0 Kepentingan Kemahiran Insaniah Untuk Bakal Graduan IPT


Para bekas graduan harus mengunakan pengetahuan teori-teori pembelajaran serta memiliki
kemahiran insaniah yang tinggi di alam pekerjaan, tetapi kebanyakan graduan kini kurang
mengambil berat mengenai isu kekurangan kemahiran insaniah yang boleh menyebabkan berlaku
pengangguran yang kian meruncing. Salah satu kenyataan yang dinyatakan oleh Ahmad (2007)
bahawa masalah pengangguran berlaku ialah graduan merasakan belum lagi memikirkan

7
masalah ini disebabkan mereka belum menempuh alam pekerjaan dan sekarang hanya
menumpukan pada pelajaran sahaja. Selain daripada itu, pengangguran di kalangan graduan
disebabkan kekurangan pembelajaran kemahiran insaniah di peringkat pengajian tinggi semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian (Quek, 2005).
Kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang kehidupan pekerja ilmu dalam persaingan
ekomoni pengetahuan yang dicadangkan oleh Majmudar (2002) seperti berikut:
i. Kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritikal.
Sentiasa meningkatkan daya pemikiran berfikir kritikal untuk menyelesaikan sebarang
permaslahan yang dihadapi seperti dalam keadaan yang kompleks, cemas, formulasi,
analisis, kategori, cadangan penyelesaian dan mendapatkan alternatif pada seseorang
pekerja yang berilmu.
ii. Kemahiran berkomunikasi.
Komunikasi bukan sekadar melalui percakapan, tetapi dengan menggunakan pelbagai
media atau peralatan moden khususnya komunikasi dengan internet dapat memajukan
diri sendiri untuk menjadikan seorang pekerja yang berilmu

4.0 Isu-Isu Dan Masalah Penerapan Dan Pembinaan Kemahiran Insaniah.


Kelemahan dalam penguasaan kemahiran insaniah bagi bakal graduan mampu memberikan
kesan kepada diri sendiri dan keperluan pasaran kini bagi menghasilkan pekerja yang produktif
dan berpengetahuan luas. Menurut Turner (2000), kemahiran insaniah di alam pekerjaan yang
paling dikehendaki oleh majikan ialah kebolehan bekerja berpasukan, kemahiran berkomunikasi
serta keupayaan untuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan
ketiga-tiga elemen kemahiran merupakan kriteria utama yang dikehendaki oleh majikan dalam
pengambilan pekerja. Pernyataan diatas juga disokong oleh Ali @ Alik, (2012) yang menyatakan
bahawa sebahagian pelajar yang kurang menguasai kemahiran insaniah, antaranya ialah
penyelesaian masalah dan komunikasi. Kebanyakan bakal graduan setelah tamat pengajian
kurang menguasai kemahiran dari aspek komunikasi, dimana ia merupakan komponen yang
penting dalam pengurusan.
Selain daripada itu, bakal graduan juga tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang diberikan oleh majikan, lebih-lebihan lagi, hasil kerja yang diberikan kepada
majikan tidak memuaskan kehendak yang diingini oleh sesebuah majikan. Elemen kerja

8
berpasukan dalam seseorang bakal graduan juga tidak dapat diaplikasi dalam alam kerja sebenar,
ini kerana pelajar lebih melakukan sesuatu kerja persendirian dengan mengabaikan ahli rakan
sekerja tersebut. Bakal graduan perlu memenuhi kehendak majikan yang mana lebih cenderung
untuk mengambil pekerja yang berketerampilan serta berkebolehan bukan sahaja dari segi
kemahiran teknikal malah cemerlang dari segi kemahiran insaniah bagi membantu
perkembangan syarikatnya. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini amat penting kepada bakal graduan
Politeknik Premier sebelum menceburi dalam alam pekerjaan.
Hasil kajian daripada temubual yang dijalankan oleh Long Muda (2009), didapati
keperluan latihan dan kemahiran kebolehpasaran dalam industri pembuatan automotif di
Malaysia tidak mampu lagi untuk memenuhi keperluan negara untuk mencapai tahap negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, dimana dalam aspek pembangunan sumber manusia. Di
samping itu, menurut ucapan dari Dato Sri Dr Haji Shafiee Bin Afdal, keluhan majikan
mengenai graduan tempatan yang kekurangan kemahiran insaniah seperti keyakinan diri,
kreativiti dan kerja berpasukan sudah diketahui umum (Berita Harian, 2006, Februari 12).
Menurut beliau, setelah melakukan beberapa tinjauan melalui kolaborasi dengan industri,
termasuk pasaran, perindustrian dan tinjauan majikan, lapan perkara yang mesti ada pada
seseorang graduan seperti berikut:
i. Graduan perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang mereka.
ii. Graduan mestilah mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, dengan nilai
positif yang tinggi, sikap dan beretika.
iii. Graduan mempunyai akauntabiliti sosial.
iv. Graduan mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang yang diceburi termasuk ICT.
v. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.
vi. Mempunyai pengetahuan dalam kemahiran pengurusan dan komitmen dalam
pembelajaran sepanjang hayat.
vii. Kemahiran berfikir secara kritis.
viii. Kemahiran kepimpinan dan keusahawanan.
Pemilihan dan penerimaan pekerja bagi sesuatu majikan kini bukan sekadar memilih pekerja
yang mempunyai kemahiran teknikal yang cemerlang, tetapi juga memerlukan pekerja yang
modal insan dari segi kemahiran insaniah untuk meningkatkan produktiviti majikan dan
berupaya untuk berdaya saing (Hasan, Abdul Rahman, Abdul Ghafar & Zakaria 2005). Pekerja

9
yang mempunyai kemahiran insaniah akan cepat dan mudah dapat menyesuaikan diri dengan
semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh. Selain daripada itu, menurut Fong (2000)
menyatakan bahawa untuk menjadikan seorang pekerja yang produktif perlu menyesuaikan diri
dengan kemajuan teknologi, minat untuk belajar sesuatu yang baru, berfikiran terbuka dan
kemampuan untuk membuat keputusan yang rasional. Oleh itu, kemahiran-kemahiran ini
sangatlah diperlukan dari semua sektor untuk menjadikan graduan atau pekerja menjadi lebih
efektif, berkesan dan cemerlang.
Antara masalah utama pengangguran dalam kalangan graduan Institut Pengajian Tinggi
(IPT) juga dikaitkan dengan isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak
IPT tersebut. Masalah utama yang sering diluahkan majikan atau industri dengan graduan lemah
dalam kemahiran berkomunikasi dengan berbahasa Inggeris, kemahiran penyelesaian masalah
secara kritis serta kemahiran kerja berpasukan (Jackson, 2008). Merujuk kepada Ali & Noordin
(2006), membuktikan faktor masalah berkomunikasi ialah tidak penguasaan dalam bahasa
Inggeris. Graduan tidak menguasai bahasa semasa bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Sebenarnya, mereka mempunyai idea yang bernas dan pengetahuan teknikal yang cukup mantap
untuk diutarakan, tetapi masalah yang timbul ialah mereka tidak dapat melontarkan idea dan
pendapat mereka dalam berbahasa Inggeris serta penggunaan kata yang cukup terhad. Omar
(2012) pula berpendapat punca utama kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah di
negara kita adalah siswazah sering suka bertukar kerja dan lemah dalam pertuturan dan penulisan
bahasa Inggeris serta kemahiran komunikasi semasa dalam alam pekerjaan. Dalam pernyataan
tersebut menyatakan bahawa kegagalan seseorang pelajar untuk mendapatkan pekerjaan adalah
disebabkan oleh kekurangan dan kelemahan mereka sendiri dalam menguasai kemahiran-
kemahiran insaniah yang diperlukan dalam alam pekerjaan khasnya.
Hasil temubual telah dilakukan oleh Sikor, Mohd Razali, Hassan, & Madar (2010)
didapati bahawa sebahagian pensyarah menyatakan bahawa kebanyakan pelajar tiada kemahiran
berkomunikasi untuk mengutarakan sesuatu idea dalam bahasa, terutamanya dalam bahasa
Inggeris. Tambahan pula, pelajar lemah dari segi komunikasi secara lisan atau mahupun bukan
lisan. Beliau juga berpendapat bahawa kegagalan pelajar berfikir secara kritis dengan baik
mungkin adalah punca berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
universiti. Di samping itu, elemen kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang paling
nyata kelemahannya pada graduan di Malaysia. Graduan Malaysia tidak berupaya

10
menyampaikan sesuatu maklumat secara terperinci dan jelas maksudnya (Lee & Tan, 2003)
hingga menyebabkan tidak dapat melakukan persembahan projek dengan lancar dan baik. Abd
Razzaq, Md Yunos, Hashim & Sawah (2010) pula mengatakan bahawa pelajar-pelajar secara
teorinya ada kemahiran dalam penyelesaian masalah tetapi masih memerlukan pemahaman dan
pendedehan kaedah untuk menghadapai masalah dan cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Salah satu lagi isu kelemahan menyelesaikan masalah secara kritis dengan hasil temu
bual yang dilakukan oleh Abdul Fatah (2012) terhadap Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong
Leong Bank Roman Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru tidak mempunyai kemahiran
pemikiran kritikal dalam penyelesaian maslaah yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia
yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif. Masalah kemahiran kerja berpasukan
turut diambil kira dalam pengambilan sesebuah majikan atau syarikat sehingga banyak organisasi
mula memberikan perhatian pada kerja-kerja yang dilakukan secara berkumpulan (Bidin, 2006).
Mengikut hasil kajian yang dilakukan oleh National Association of Colleges and Employers pada
tahun 2011, para majikan meletakkan kemahiran kerja berpasukan antara kemahiran yang
penting iaitu kedudukan ketiga keatas daripada dua puluh satu kemahiran atau kualiti yang
diperlukan oleh majikan daripada bakal pekerja mereka.

5.0 Rumusan
Secara umumnya, kemahiran insaniah merupakan kemahiran bukan teknikal atau kemahiran
bukan akademik yang merangkumi pelbagai kemahiran komunikasi secara lisan atau bukan lisan,
kerja berpasukan, menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif, mempunyai daya kepimpinan
yang tinggi dan apa jua kemahiran yang tidak kaitan dengan akademik. Antara kriteria elemen
yang terkandung dalam kemahiran bukan akademik termasuklah kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan juga
kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis.
Untuk melahirkan graduan dan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah khususnya,
institusi pendidikan tinggi di Malaysia seharusnya mengatur langkah untuk melaksanakan
revolusi dan perubahan pendidikan yang perlu dalam usaha memantapkan dan memperkasakan
pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh demi kemakmuran negara dan

11
kehendak pasaran kerja. Dengan langkah ini, IPT dilihat mampu menjana gradan yang mampu
memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh dari sudut kualiti intelektual serta
keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya (KPT, 2006).
Justeru itu, segala peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab
seharusnya diperkasakan lagi bagi memastikan pelajar pada hari ini dapat diterapkan secukupnya
dengan kemahiran insaniah. Ini untuk memastikan aset negara yang berupa modal insan pada
masa akan datang dilengkapi dengan segala kebolehan yang utuh kerana merekalah yang bakal
meneraju arah tuju negara kelak. Kejayaan pada sesebuah organisasi pada masa akan datang
hanya dapat dicapai sekiranya graduan yang dibentuk pada hari ini benar-benar berkualiti dari
sudut kemahiran insaniah yang tinggi.

6.0 Rujukan
Azam Awang. 2007. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Kejuruteraan Di
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan Terengganu. Tesis Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunus. 2008. Halangan-Halangan Kepada
Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Dlm. Prosiding SKIKS 08.
Ahmad Esa, Jailani Mohd. Yunus, & Fadilah Mat Assain @ Hashim. 2011. The Implementation
Of Generic Skills At Technical Schools: Comparative Analysis In Different Platform.
Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940 | Vol. 3 No. 2 October 2011.

Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Mohd. Yunus dan Noraini Binti Kaprawi. 2004. Penerapan
Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik.

Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos dan Noraini Binti Kaprawi. 2004. Peranan Kokurikulum
Dalam Pembangunan Kemahiran Generik.

Aini Hussain, Che Husna Azhari, Dzuraidah Abdul Wahab, Noriah Ishak dan Siti Rahaya Ariffin.
2005. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model
Tersebati. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005.

12
Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Analisis Keperluan Majikan Terhadap Kemahiran Generik
Bagi Pembangunan Modal Insan. Dlm. Zamri Mahamod et al. (pnyt). Transformasi
Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohd Salleh Abu dan Mohd Zaki Kamsah dan Wahid Razzaly. 2008. Laporan Kajian Soal
Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Laporan ini
dibentangkan kepada Jawatankuasa Penerapan KI Kepada Pelajar IPTA Peringkat
Kebangsaan pada 12 Februari 2008.

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin. 2011. Menyelesaikan Masalah
Pembangunan Akhlak Pelajar : Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Amalan
Pendidikan. Journal Of Edupres, Vol. 1 September 2011.

13

Anda mungkin juga menyukai