Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa
memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial
seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya.
Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat
lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan
peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang pelajar lebih


memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar
belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa
manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut. Jadi dengan adanya
bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat
dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa
menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling, pelajar dibantu untuk


memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat
dia berada. Ia juga membawa maksud seseorang pelajar akan dibantu agar mampu
mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang
bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia
berada.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling, ia akan menolong pelajar


untuk bertingkah laku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan
peluang untuk penyempurnaan kendiri. Pelajar dapat membuat persediaan yang
bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai. Ini penting
agar segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa
yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya iaitu ke arah
penyempurnaan kendiri. Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita
seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi
seorang saintis, maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan
beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan
tentang mata pelajaran yang penting yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika
pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.

Kepentingan lain adalah menolong pelajar mencapai keperluan untuk


mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini, pelajar
dibimbing untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan
sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang difikirkannya dan apa sahaja
keputusan yang bakal diambilnya. Perkara ini akan menjadikan seseorang pelajar itu
tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang penting dalam hidupnya
sendiri.

Selain itu, bimbingan dan kaunseling penting membantu semua kakitangan


sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat
tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih
memahami lagi tentang pelajar. Bimbingan dan kaunseling berperanan membantu
bukan pelajar sahaja tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk
mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak
yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati. Ini merupakan suatu perkara
penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan
sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat
khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin
berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar
yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunseling.

Bimbingan dan kaunseling juga mampu menentukan atau memastikan


pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan
menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain. Kaunselor berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang
dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut
perkembangan psikososial. Ini menunjukkan bahawa setiap program yang
dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor
bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.
Penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap
perkembangan pelajar perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan
para pelajar mendapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada
di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Di samping itu, khidmat bimbingan dan kaunseling juga penting sebagai


pemberitahuan dan makluman kepada pihak pentadbiran tentang perubahan-
perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan
program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar
berjaya, laporan juga harus diberikan kepada pihak sekolah akan perkembangan
yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan. Laporan ini perlu
dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan
situasi pelajar di sekolah berkenaan.

Antara kepentingan yang seterusnya adalah membantu ibu bapa untuk


memahami kemajuan perkembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan
peluang-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan
kebolehan dan memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka
sendiri. Bimbingan dan kaunseling membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui
kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,
keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai
kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan
peluang-peluang yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.
Memahami kemajuan perkembangan anak, keperluan dan peluang perlu
diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara
lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak
mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan
dalam peperiksaan atau perubahan sikap.

Di samping itu, bimbingan dan kaunseling penting bagi membuat interpretasi


kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi
sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor perlu membuat
interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa
untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling
yang dijalankan di sekolah. Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap
bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk
merealisasikan.

Akhir sekali, bimbingan dan kaunseling penting dalam membantu


melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk
perkembangan pelajar. Khidmat bimbingan dan kaunseling mampu memperjelaskan
kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh
seseorang pelajar. Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang
perlu dimiliki oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.
Karnival kerjaya, karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar
seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat
dan kecenderungan masing-masing. Melalui karnival ini, para pelajar sebenarnya
didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi
sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti. Selain daripada itu, program
anjuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum, jadi kaunselor
berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan
masyarakat agar mereka faham dan seterusnya dapat membantu anak mereka
untuk mencapai kejayaan.

Rujukan.

Ee Ah Meng. 2003. Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jantan dan Mahani Razali. 2002. Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari.


McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C. 1980. Fundamentals Of Counseling. Boston. Hughton


Mifflin Company.

Tang Chee Yee. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .
Zulkifli Yusuf. 1990. Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai