Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Membina Hubungan

Kemahiran membina hubungan merupakan dorongan antara kaunselor dan klien supaya
klien bersedia untuk memulakan perbincangan. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran yang selamat dan bersifat terbuka. Ini juga akan melahirkan perasaan tenang
dan positif antara kaunselor dan klien. Selain itu, kaunselor haruslah melahirkan
persekitaran dan perlakuan yang mesra supaya lebih meyakinkan klien tersebut. Contohnya,
dengan membina suasana yang positif, ruang untuk bertukar-tukar pendapat atau
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki,
nada suara, senyuman dan etika di dalam bilik kaunseling.

Dalam membina suasana yang positif, kerusi dan meja yang sesuai haruslah disediakan
supaya klien duduk dengan selesa dan menyenangkan sesi kaunseling atau perbincangan
yang serius. Suhu bilik juga haruslah dipantau supaya tidak terlalu panas, sejuk dan tiada
sebarang bunyi yang boleh menganggu klien. Tempat juga haruslah bersih dan kemas
supaya dapat meyakinkan lagi klien dalam sesi perbincangan tersebut. Ruang untuk
berkomunikasi juga amatlah penting supaya sesi perbincangan berjalan dengan lancar tanpa
ada gangguan fizikal dan mental. Kaunselor haruslah memantau jarak antara klien supaya
klien tidak merasa janggal apabila berunding. Dari segi penampilan diri, kedua-dua pihak
perlu menjaga etika berpakaian yang sesuai dan raut wajah haruslah ceria apabila tampil di
depan klien supaya menunjukkan kemesraan. Ekspresi muka juga perlu dijaga semasa
berinteraksi dengan klien. Dalam pada itu, kontak mata juga memainkan peranan yang
penting supaya menunjukkan minat terhadap apa yang diluahkan oleh klien serta
menggalakkan kepercayaan kepada klien. Pergerakan tangan dan kaki juga perlu sesuai
untuk memudahkan komunikasi antara klien serta nada suara yang lembut. Contoh
kemahiran membina hubungan tersebut:

Klien : “Saya selalu dibanding-bandingkan oleh kedua ibu bapa saya”

Kaunselor : “Oh ya teruskan…” *menganggukkan kepala*

Klien : “ Kadang-kadang rasa diri ni macam tidak berguna hari-hari saya risau takde
sapa pun nak

bagi dorongan dekat saya”

Kaunselor juga haruslah mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengamalkan kemahiran


ini kerana klien juga belum bersedia dalam menghadapi konfrontasi serta merasakan dirinya
terancam. Ini kerana klien tersebut bersifat agresif dan tidak terbuka.
Kesimpulan

Oleh itu, beberapa penekanan dalam menilai tahap keberkesanan bimbingan dan kaunseling
di sekolah. Guru-guru dan pentadbir haruslah melihat bahawa perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan merupakan kayu ukur dalam keberkesanaan bimbingan dan kaunseling di
sekolah yang melibatkan klien seperti pelajar. Menurut Brott (2006) menyatakan bahawa
keberkesanan kaunselor berkaitan dengan penilaian yang telah dibuat pada hasil khidmat
kaunseling sendiri. Guru kaunseling perlu menilai klien seperti pelajar dari aspek minda, jiwa
murid merangkumi sensitiviti, kecerdasan dan personaliti. Kaunselor haruslah bertindak
profesional dengan menguasai kemahiran-kemahiran yang ada supaya masalah-masalah
klien dapat ditangani oleh kaunselor. Terdapat beberapa kategori masalah yang dihadapi
seperti masalah biasa dan serius. Dalam pada itu juga bagi memastikan khidmat kaunseling
berjalan dengan lancar dan profesional, langkah-langkah pembaikan berlandaskan apa-apa
masalah yang dialami kaunselor perlu diberi fokus yang serius. Latihan semasa yang
diterima oleh kaunselor perlulah dipertingkatkan supaya mereka tidak ketinggalan dalam
menyelesaikan masalah serius yang dianggap begitu mencabar. Jika kaunselor tersebut
sudah cukup mahir, semua masalah ini dari keseluruhannya boleh diatasi oleh kaunselor
dengan baik dan mereka mempunyai kemahiran untuk menyelesaikannya kerana kurang
melibatkan pihak luar. Ini akan mencapai khidmat kaunseling yang membanggakan dan
berkesan sepenuhnya.
Talib, J. (2009). Profesionalisme kaunselor sekolah rendah.

Mustaffa, Mohamed & Ahmad, Roslee & Shakib, Sulaiman. (2003). KEMAHIRAN ASAS
SEORANG KAUNSELOR

Anda mungkin juga menyukai