Anda di halaman 1dari 2

7.

3 JENIS-JENIS KELOMPOK KAUNSELING


KELOMPOK KAUNSELING Menumpukan perhatian yang lebih terhadap individu daripada pokok permasalahan. (Mahler,1969). Proses pemulihan dan mempercepatkan masalah individu itu diputuskan atau di atasi bersama kelompok. Lebih sesuai bagi mereka yang mengalami kesukaran, atau rasa tidak puas hati ataupun mereka yang memiliki tingkahlaku ketewasan diri.

KELOMPOK BIMBINGAN memberikan pertolongan kepada individu untuk mengenali, menemui dan menyelesaikan masalah-masalah serta membina kemahiran-kemahiran untuk membuat pilihan dan pertimbangan dalam tiap-tiap tahap perkembangan hidupnya. Diertikan sebagai peringkat-peringkat perkembangan bimbingan atau program personalia yang dilaksanakan dalam kelompok individu dan tidak lagi antara seorang kaunselor dengan klien.

KELOMPOK TERAPI Kelompok yang khusus tentang orang-orang sakit jiwa atau terganggu perasaan sehingga menjadi tidak normal ataupun kurang siuman akibat daripada tingkahlaku dan fikiran yang tidak rasional. Banyak melibatkan rawatan-rawatan terhadap pesakit jiwa maka ketua-ketua kelompok adalah orang yang bertanggungjawab akan membentuk campurtangan yang lebih mendalam dan serius.(Liebergman, Yalom dan Miles 1973)

KELOMPOK-T (LATIHAN) Diambil sempena daripada awal perkataan latihan (training) iaitu T. Lebih berorientasikan tugas serta menumpukan perhatian kepada bagaimana kelompok itu berfungsi serta mendidik peserta-peserta supaya menjadi seorang ahli kelompok yang baik.

KELOMPOK PERTEMUAN ATAU KEPEKAAN Lanjutan daripada Kelompok-T yang memusatkan pada isu peribadi dan sesama peribadi, pertumbuhan dan peribadi seorang individu dikatakan lebih menekankan kepada dalaman diri bukan sahaja kepada kemajuan kelompok sebaliknya terhadap individu. Memberikan kesejahteraan, individunya berfungsi dengan baik, berpeluang meneroka dan mengenali potensinya dalam bentuk keadaan diri dan hubungan sesama peribadi.

KELOMPOK TEGAS DIRI Menolong ahli-ahli yang kurang tegas seperti berani menyatakan hal-hal yang tertentu, yang tidak berani menyuarakan perasaan tidak puas hati, kurang arif untuk bertindakbalas dan sentiasa membenarkan orang lain memperalatkannya. Untuk individu-individu yang memerlukan latihan bagi menegaskan diri dan hak-hak mereka dengan cara yang tidak agresif.

KELOMPOK KAUNSELING KERJAYA menumpukan perhatian kepada aspek maklumat tentang pelbagai jenis kerjaya serta menerokai pelbagai bidang pekerjaan dari segi minat, kebolehan serta maklumatmaklumat mengenai satu-satu kerjaya dan bantuan untuk membuat keputusan terhadap kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai