Anda di halaman 1dari 21

Proses Kaunseling Kelompok

1. Fasa Pengenalan / Orientasi 2. Fasa Konflik 3. Fasa Bersepadu / Integrasi 4. Fasa Kejayaan 5. Fasa Penamatan

# Fasa Pengenalan.
Dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli kelompok. Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain itu, ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi itu dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu (Zuraidah,1999). Matlamat dan tujuan utama fasa ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlas serta jujur di mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi

Fasa Pengenalan 2
Tugas-tugas ahli pada peringkat ini :
Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen kepada kelompok. Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung. Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok.

Fasa Pengenalan 3
Peranan Pemimpin pada peringkat permulaan
Memulakan proses berkenal-kenalan antara satu sama lain. Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan, penerimaan tanpa syarat, kejujuran, keterbukaan dan lain-lain. Pemimpin mesti membuat penstrukturan Pemimpin juga perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan dan batas-batas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi penglibatan dalam kelompok. Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas kepada ahli lain seperti kemahiran mendengar dan memberi respon.

# Fasa Konflik.
Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu. Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi bertopeng, berasa gemuruh, ragu dan berasa tidak selamat. Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis.

Fasa Konflik 2.
Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.
i. ii. iii. Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli. Konflik yang wujud antara ahli kelompok. Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok.

Beberapa tanda-tanda peringkat konflik.


ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta kaunselor di luar kelompok ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain, ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong, ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah, ahli kurang rela mengambil bahagian, ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap dan

Fasa Konflik 3
Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor tetapi dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok. Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan cara yang sesuai dan berkesan. Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya
o o o o o Bersikap positif Mendengar dengan aktif Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok Guna teknik yang sesuai

# Fasa Bersepadu.
Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu yang merupakan peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama, saling percaya, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ahliahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan

Fasa Bersepadu 2..


Ciri-ciri fasa ini
o kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli. Menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam komunikasi terbuka, menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat yang jujur . o Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang. o Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin dibincangkan. o Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu.

Fasa Bersepadu 3
Ciri ciri lain fasa ini :
o Wujudnya empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang. o Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli mementingkan norma-norma kumpulan. o Maklumbalas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati.

Fasa Bersepadu 4
Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga memainkan peranan
membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang meningkatkan perpaduan dan produktiviti. bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja. memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli. mendorong, menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.

# Fasa Kejayaan
Salah satu peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa Kejayaan. Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah. Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama merancang. Ahli-ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali. Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti. Kaunselor dalam fasa ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor

# Fasa Penamatan
Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli. Penamatan ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan. Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya.

Fasa Penamatan 2.
Fungsi kaunselor pada fasa ini ialah
Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok. Membantu ahli menangani perasaan berkaitan penamatan atau feelings related. Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan unfinished business dalam kelompok. Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi berakhir. Mengenal pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan.

Ketua kelompok yang sentiasa peka dengan perkembangan ahliahlinya akan menjadi orang pertama yang menyuarakan supaya kelompok itu ditamatkan pada masa yang sesuai dan ditetapkan selepas merasakan matlamat kelompok telah tercapai. Ketua kelompok akan cuba mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan. Dengan itu, keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk

Peranan Kaunseling Sebagai Pemudahcara


Pastikan ahli merasa selesa & faham sebab mereka berada dalam kelompok. Sediakan suasana yang selamat supaya ahli dapat berkenalan & mengikuti kelompok dengan gembira. Penggerak kepada proses kelompok supaya ahli berpeluang berkongsi pengalaman, reaksi dan perasaan. Bersifat positif sebagai contoh teladan

Galak ahli ambil bahagian dalam perbincangan & aktiviti. Fokus kepada matlamat & tujuan kelompok supaya tidak terpesong. Lindungi ahli daripada dikutuk @ diserang oleh ahli lain. Menjadi madiator (orang tengah) kepada konflik yang meungkin berlaku antara ahli. Galakkan aplikasi tingkahlaku & sikap baru

Peranan Kaunseling Sebagai Pemudahcara 2

Dinamika Dalam Kelompok

Maksud Dinamika..
i. Tenaga kekuatan ii. Selalu bergerak iii. Berkembang & dapat suaikan diri secara memadai terhadap keadaan. iv. Adanya interaksi & saling bergantung antara anggota kelompok dengan kelompok secara keseluruhan.

# Dinamika Kelompok #
Suatu kelompok yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang memiliki hubungan psikologi secara jelas antara anggota satu dengan yang lain dapat berlangsung dalam situasi yang dialami secara bersama.

Fungsi Dinamika Kelompok


Bentuk kesamaan saling menguntungkan dalam mengatasi persoalan hidup. Memerihalkan interaksi yang berlaku antara ahli & sesama ahli termasuk impak peranan kelompok serta pemudahcara & penglibatan ahli. Memudahkan pekerjaan atasi pekerjaan yang perlukan permasalah & kurangkan beban pekerjaan yang terlalu besar sehingga selesai lebih cepat, efektif dan efisien. Cipta iklim demokratik dalam kehidupan masyarakat dengan memungkinkan setiap individu berikan pendengaran berinteraksi. Boleh diukur seperti teknik main peranan, aktiviti berkelompok, mainan dan sebagainya.

Objektif Penyertaan Kelompok


Tolong setia ahli & fahami diri masing-masing Tingkatkan penerimaan diri & perasaan harga diri. Bina kemahiran sosial & kemahiran interpersonal. Kenal perasaan orang lain. Tingkatkan ketegasan diri. Tingkatkan kebolehan selesaikan masalah. Tingkatkan kebolahan membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai