Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana CTRT boleh menyelesaikan masalah?

a)

Mengapa anda memilih teori kaunseling CTRT ?

Saya memilih teori pilihan dan terapi reality(CTRT) kerana matlamat keseluruhan
teori ini adalah menolong individu mencari apa yang berkesan untuk memenuhi
keperluan untuk dipunyai, berkuasa, kebebasan dan berseronok. Sebagai
manusia itulah lumrah kehidupan. Setiap manusia tidak lari daripada untuk
memiliki semua itu. Malah itu adalah menjadi keperluan utama manusia. Tanpa
keperluan tersebut, manusia akan mudah tertekan kerana dalam kehidupan,
manusia memerlukan sokongan untuk terus hidup.

Teori ni juga menekankan bahawa kesedaran klien tentang sesuatu masalah


berkesan untuk mengawal hidupnya. Ia akan lebih terbuka kepada alternatif cara
untuk bertingkah laku. Terapi ini juga lebih kepada menilai sendiri sama ada
perbuatan yang dilakukan adalah betul atau tidak untuk menolong dirinya
sendiri. Glasser (1989, 1992) juga menekankan bahawa kita hanya boleh
mengawal tingkah laku kita sendiri. Cara yang terbaik untuk mengawal peristiwa
yang berlaku di sekeliling kita ialah melalui apa yang kita lakukan.

b)

Apa menariknya teori berkenaan dengan diri anda?

Teori realiti ini sangat menarik bagi saya kerana ia selari dengan terapi
kewujudan, terapi pemusatan-perorangan dan terapi gestalt. Kesemua terapi ini
berkaitan dengan dunia fenomenologi seseorang yang menekankan kepada
tanggapan cara subjektif dan berinteraksi kepada dunia daripada lokus penilaian
dalaman. Teori ni menarik kerana teori ni lebih bersifat lembut dan tekniknya
tidak terlalu berat untuk dibuat oleh klien. Terapi ni lebih kepada klien menilai
sendiri masalah yang dihadapi yang dibantu oleh kaunselor.

Prosedur ke arah perubahan iaitu sistem WDEP juga menarik bagi saya untuk
menggunakan teori ni. Perkara yang dimaksudkan dengan WDEP ialah W yang
bermaksud wants(kemahuan); D bermaksud direction and doing (arah dan
lakukan); E yang bermaksud evaluation (penilaian) dan P bermaksud planning
(perancangan). Melalui prosedur ini, saya dapat menilai perkara sebenar yang
saya mahukan dengan jenis-jenis soalan yang ditanya bagi menjawab soalan ini.
Selain itu, teori ini menarik kerana ia menekankan bahawa manusia mempunyai
kebebasan untuk membuat pemilihan dan bertanggungjawab dengan setiap
pemilihan yang telah dibuat. Kita hanya boleh membuat kawalan hidup kita
secara berkesan jika kita bersedia berusaha untuk membentuk destinasi kita,

kerana semua tingkah laku adalah datang daripada dalaman diri untuk
memenuhi lima keperluan asas seseorang.

c)

Apakah dalam teori itu benar-benar signifikan dengan anda?

Ya. Teori realiti ini benar-benar signifikan dengan saya kerana dalam teori ini
menyatakan tentang lima keperluan asas manusia yang saya setuju ianya
merupakan faktor motivasi dalaman seseorang iaitu keperluan untuk dipunyai,
kuasa, kebebasan, berseronok dan keperluan untuk terus hidup. Saya juga
sangat bersetuju dengan kepercayaan yang dikatakan Glasser bahawa kita
bertanggungjawab atas apa yang kita pilih untuk melakukan sesuatu dalam
hidup kita. Teori ini menekankan bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk
membuat pemilihan dan perlu bertarung dengan tanggungjawab yang datang
dengan setiap pemilihan yang dibuat. Contohnya, saya yang memilih untuk tidak
mengulang kaji pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh dan tiada sesiapa
pun yang menggalakkan saya berbuat begitu. Saya sendiri yang pilih jalan itu
dan saya perlu bertanggungjawab atas kegagalan yang disebabkan oleh diri saya
sendiri. Kita boleh membuat kawalan hidup kita secara berkesan jika kita
bersedia berusaha untuk membentuk destinasi kita, kerana semua tingkah laku
kita adalah datang dari dalaman diri untuk memenuhi lima keperluan asas
seseorang.

d)

Bagaimana teori kaunseling tersebut menyelesaikan masalah anda?

Teori kaunseling yang saya pilih ini membantu saya dengan menggunkaan
prosedur ke arah perubahan iaitu menggunakan sistem WDEP. Menurut Glasser
(1992), prosedur kea rah perubahan adalah berdasarkan kepada andaian
bahawa manusia dimotivasi untuk berubah apabila ia yakin bahawa tingkah laku
masa kininya tidak dapat menolongnya mendapat apa yang ia kehendaki dan ia
percaya bahawa ia boleh memilih tingkah laku lain yang akan mendekatkannya
kepada apa yang ia ingini. Contohnya, saya tahu saya selalu gagal mendapat
apa yang saya mahukan kerana tiadanya usaha untuk saya menuju ke arah itu
seperti belajar bersungguh-sungguh dan apabila saya mendapat kesedaran saya
memilih jalan untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran di waktu malam dan
belajar secara berkumpulan untuk memiliki perkara yang saya ingini. Saya
menggunakan system WDEP untuk merubah diri saya kearah yang lebih baik.

W (Work) = Kehendak (meneroka kemahuan, keperluan dan persepsi)


Saya menghadapi masalah sukar mendapat apa yang saya ingini dan banyak
halangan untuk saya menempuh semua itu. Saya sering dipermainkan oleh lelaki
dan perhubungan dengan rakan saya juga menjadi satu halangan bagi saya

kerana salah faham antara rakan saya membuatkan saya tidak dapat
menumpukan perhatian dalam menghadapi peperiksaan. Faktor kesihatan juga
menjadi halangan bagi saya semasa saya ingin menjawab PMR. Aapa yang saya
kehendaki di sini ialah saya mahu sentiasa diterima oleh orang lain dan mahu
mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.

D (Direction) = Arah dan lakukan


Terapi ini menekankan tingkah laku masa kini dan juga mengambil kira peristiwa
masa lalu hanay dari segi kaitannya bagaimana peristiwa ini mempengaruhi
tingkah laku sekarang. Saya mendapat keputusan yang agak teruk disebabkan
gangguan-gangguan seperti masalah percintaan dan salah faham antara rakan.
Saya mengarahkan diri saya untuk tidak terlibat dengan percintaan dan lebih
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan sentiasa menjaga hubungan yang
baik antara rakan.

E (Evaluation) = Penilaian
Saya menilai tindakan yang saya buat sebelum ini dan merasakan bahawa
adakah tindakan yang saya buat sebelum ini dapat membuatkan saya mencapai
apa yang saya ingini. Saya merasakan bahawa saya perlu belajar bersungguhsungguh dan tidak terlibat dengan percintaan dan hanya menumpukan kepada
belajar. Saya perlu lebih menumpukan perhatian di dalam kelas dan sentiasa
mengulangkaji pelajaran secara bersendirian atau pun berkumpulan.

P (Planning) = Perancangan dan komitmen


Setelah saya menentukan apa yang saya ingini,saya perlu merangka pelan
tindakan dengan membuat jadual belajar, kurangkan bersosial, belajar secara
berkumpulan, tidak menangguhkan kerja, menumpukan sepenuh perhatian di
dalam kelas dan sebagainya. Seoanjang proses perancangan ini, saya perlu
sentiasa mengingatkan diri saya agar bertanggungjawab untuk pilihan dan
tindakan ini. Saya perlu sentiasa ingat bahawa tiada sesiapa di dunia ini yang
akan melakukan perkara untuk diri saya melainkan diri saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai