Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pendahuluan

Kehidupan seseorang individu bermula dengan dirinya dan bagaimana dia


berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya. Manusia hidup secara
berkelompok. Kelompok merupakan satu entiti masyarakat yang paling
berpengaruh untuk perkembangan diri individu, pembentukan tingkah
laku, nilai dan norma hidup, potensi dan sikap manusia. Tidak ada
manusia yang boleh hidup berasingan bersendirian dan tersisih daripada
manusia lain. Interaksi serta komunikasi dalam kelompok mampu
membantu seseorang individu membentuk imej dan peribadi. Pergaulan
mencorakkan tingkahlakunya serta pilihan dalam kehidupannya sama ada
untuk terus pasif tanpa apa-apa perubahan atau mengubah kehidupan
kearah yang lebih baik.
Selain itu, keperluan fizikal dan mental seseorang individu perlu
dipenuhi oleh individu lain. Semenjak zaman dahulu, manusia hidup
berkelompok kerana beberapa tujuan

tertentu. Hidup berkelompok

terutamanya memberi perlindungan fizikal kepada ahli kelompok serta


memberi pertolongan dengan apa yang termampu bersesuaian dengan
permasalahan yang dihadapi mampu membentuk kepercayaan yang jitu
antara ahli kelompok. Masalah yang wujud antara ahli kelompok adalah
dalam bentuk yang pelbagai dan sesetengahnya tidak mungkin mampu
diselesaikan secara bersendirian, malahan memerlukan pertolongan
orang lain meskipun hanya berbentuk idea dan nasihat yang berguna.
Di samping itu, keperluan psikologikal pula dipenuhi dengan rasa
dipunyai oleh kelompok dan seseorang itu mendapat perlindungan
kelompok dari sebarang ancaman. Penghargaan dan rasa dihargai oleh
kelompok juga adalah suatu yang menjadi keperluan kepada ahli
kelompok. Kasih sayang dan keperihatinan yang diberikan mampu
mengubah situasi kehidupan seseorang serta memotivasikan dirinya
dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar. Justeru,
saling perlu memerlukan. Dengan

manusia

ini untuk membolehkan seseorang


1

itu berfungsi dengan berkesan, dia harus hidup berkelompok atau hidup
dalam satu masyarakat.

2.0

Definisi Kaunseling Kelompok

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan


berkesan bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu menyelesaikan
permasalahan klien. Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu
biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan isu
permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal.
Kaunseling kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal
process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli
atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Proses tersebut
menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan (Corey, 1990).
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses
membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah
laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian
dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Manakala menurut Rogers (1970),
mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan
dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong
penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok.
Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang
individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah
yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau
pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Kaunseling kelompok
ialah proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan klien yang
menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik
2

atau bidang sosial. Kelompok dibentuk berdasarkan ciri-ciri yang sama


yang terdapat pada klien dan pemilihan ahli kelompok ditetapkan
berdasarkan ciri-ciri tersebut. Sebagai contoh, ahli kelompok dipilih
berdasarkan minat yang yang sama, umur yang sebaya, permasalahan
dan latar belakang yang sama serta bilangan ahli kelompok yang dibentuk
sekitar 5-10 orang.

Dyer dan Vocind (1973) mengatakan bahawa kaunseling kelompok


merupakan pertolongan sosial dan psikologi seseorang individu yang
bertujuan supaya ia berubah perlakuan daripada berperanan di samping
pengalaman baik dan sempurna. Dengan itu dapatlah individu itu
mengubah diri dalam tingkah laku dan berdamping dengan alam sekitar.
Perkara

ini

juga

difahami

sebagai

suatu

pertolongan

sosial

dan

psikologikal secara menyeluruh yang bertujuan untuk mengubah tingkah


laku atau mendapatkan perubahan baru dalam tingkah laku seseorang
individu serta penyesuaian dirinya dengan alam semulajadi.

Fokus perbincangan di dalam kelompok ini biasanya berkaitan


dengan masalah peribadi, pendidikan, sosial dan kerjaya. Kebaikan yang
diperoleh dalam kelompok adalah melalui interaksi interpersonal, tindak
balas dan sumbangan pengalaman ahli dari semasa ke semasa sesi
kelompok dijalankan. Kaunseling kelompok bertujuan untuk memberikan
kemudahan kepada individu itu bagi mengubah sikap, nilai, tanggapan
dan apa jua tingkah lakunya sendiri yang dianggap bercanggah dengan
keperluan dan keinginan kelompok. Justeru, kaunseling kelompok dapat
memberikan khidmat dan bantuan melalui ahli yang dibentuk dalam
kelompok.
Di samping itu, pelaksanaan kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform
yang amat berkesan dalam membantu ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di
persekitarannya dan isu yang dibangkitkan oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat
3

dan informasi dalam menemui solusi yang paling sesuai dan tepat. Menurut Mahler (1971)
melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara berpasukan malah mereka juga
merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut. Melalui kaunseling kelompok
akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki tingkah
laku. Klien diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan membantu peserta lain mencari
jalan penyelesaian yang mungkin tidak disedari oleh peserta itu sendiri.
Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling kelompok mempunyai prosedur yang
sedikit berbeza dari kaunseling individu. Namun, pendekatan ini turut memperlihatkan
positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan yang ingin dijalankan
oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari pelbagai sudut agar pendekatan
yang dijalankan berkesan dalam proses menolong klien. Proses yang yang lancar dan teratur
mampu menjadikan sesi lebih berkesan dan memberikan impak positif kepada klien dalam
mengubah tingkah serta apa jua permasalahan dirinya dengan bantuan kaunselor.
3.0

Matlamat Kaunselling Kelompok.

Dalam kaunseling kelompok terdapat beberapa matlamat yang perlu dicapai. Hal ini
demikian kerana dalam kaunseling kelompok ini mempunyai beberapa elemen seperti
kaunseling individu yang mana tujuan utama dan matlamat kaunseling adalah untuk
memperbaiki perlakuan serta sikap klien yang tidak mendatangkan faedah dan juga tidak
memberi kesan yang terbaik dalam kehidupan klien. Menurut Corey kaunseling kelompok
mempunyai matlamat auuat tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. kemudian Hansen pula
menjelaskan tentang tujuan pencegahan adalah agar klien itu boleh mengatasi
permasalahannya yang sedia ada sebelum masalah itu bertambah rumit sementara tujuan
pemulihan pula merujuk kepada klien yang sedang mengalami permasalahan yang agak
serius dan kaunseling kelompok pula merupakan sebuah proses intervensi untuk mengubah
tingkahlaku klien kepada lebih baik dan juga berkesan. Cara terbaik ialah setiap ahli
kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Terdapat beberapa matlamat
umum yang dikongsi bersama ahli kelompok antaranya setiap ahli perlu kepada belajar
mempercayai diri sendiri dan juga orang lain. Hal ini kerana dengan mempercayai diri sendiri
klien akan lebih yakin dalam melakukan tindakan serta lebih bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Dengan mempercayai orang lain juga dapat menyakinkan klien bahawa orang di
4

sekeliling juga mampu membantu sekiranya mereka terdapat permasalahan dan permasalahan
tersebut sukar untuk diatasi.
Seterusnya, memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan
identiti diri. hal ini dapat membantu klien dalam mengenali kemampuan diri sendiri dan
kelemahan yang terdapat dalam diri klien. Ini sangat membantu klien dalam mengenal pasti
potensi diri klien. Keunikan identiti juga perlu dibentuk sekiranya identiti klien yang sedia
ada lebih bercenderung kepada meniru atau mengadaptasikan identiti orang lain yang mana
kemampuan dan kebolehan mereka tidak sama seperti kebolehan yang dimiliki oleh klien.
Seterusnya sebagai ahli kelompok, keperluan dalam mengenalpasti kesamaan
mengenai keperluan dan masalah ahli. Oleh yang demikian, ia akan berusaha dalam
mewujudkan perasaan sejagat. Dengan ini akan lebih jelas bahawa terdapat persamaan sama
ada jenis permasalahan atau kaedah dalam menangani permasalahan yang dialami oleh klien
itu sendiri. Selain itu, ahli kelompok juga perlu meningkatkan penerimaan, keyakinan dan
hormat diri agar dapat melihat diri dari perspektif yang baru dan berbeza. Hal ini membantu
dalam melihat kemampuan diri dan melahirkan sifat-sifat yang lain pada diri klien.
Seterusnya mencari alternatif iaitu dalam menangani isu perkembangan dalam hidup
dan mengatasi konflik tertentu. Menerusi kaedah ini, klien akan lebih jelas dan matang dalam
menjalani kehidupan yang mana apabila klien mampu mencari alternatif dalam mengatasi
masalah, maka klien itu sudah mampu berdikari dan tidak mengharapkan orang lain untuk
membantu menyelesaikan permasalahannya. Meningkatkan arah diri. outonomi dan
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain merupakan salah satu daripada
matlamat bersama ahli kelompok. Ini bagi memastikan sikap klien lebih terurus dan akan
timbul rasa tanggungjawab kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain. Dan yang
terakhirnya yang boleh dikongsikan adalah menyedari akan hak dalam membuat pilihan
secara bijaksana dan mampu menyelesaikan segala jenis permasalahan mendatang dengan
lebih matang.

4.0

Langkah-langkah Penubuhan Kelompok

Setelah
pengendalian

langkah-langkah
beralih

ke

arah

awal

dilaksanakan,

penubuhan

kelompok

maka

proses

yang

hendak

dikelolakan. Sekali lagi, beberapa faktor penting ha-rus diambil kira dalam
menentukan jenis kelompok; membuat pernilihan ahli bagi satu-satu
kelompok;

dan

melaksanakan

kaunseling-kelompok

dengan

berkesan.Pakar-pakar kaunseling kelompok (Ee, 1997; Schmidt, 1999;


Zuraidah Abdul Rah-man, 1996) menyenaraikan perkara-perkara berikut
sebagai asas dalam penubuhan ke-lompok yang berkesan:
4.1

Memilih Ahli Kelompok

Dalam usaha mernilih ahli kaunseling-kelompok di sekolah, kerjasama dari


pengetua,guru-guru, dan ibu bapa adalah sangat penting. Kaunselor perIu
mendapatkan pandangan,reaksi, dan maklum balas pihak-pihak tersebut
untuk mengenal pasti keperluan-keperluan pelajar yang boleh dibantu
dalam kaunseling-kelompok. Bagaimana pun, adalah lebih baik sekiranya
kaunselor iru sendiri menemu bual pelajar yang dirujuk atau yang
datangsendiri. Malah, menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996) dalam
etika kaunseling kelompok, faktor rnenemu bual sangat diutamakan
kerana tujuannya untuk mernahami pelajar;menilai sejauh mana faedah
kaunseling-kelompok dapat dinikmati; dan menentukan ke-lompok mana
yang

patut

ia

sertai,

Matlamat

kaunseling

kelompokjuga

dapat

menentukankriteria-kriteria ahli yang akan dipilih. Untuk menjamin


keberkesanan kelompok adalahlebih baik sekiranya: 1) Ahli-ahli datang
secara sukarela; 2) Ahli-ahli adalah homogeneous atau seimbang dari segi
umur, tema masalah yang sarna tetapi berlainan peringkatdan latar
belakang; dan 3) Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai
rnasalahyang berlainan tetapi bukanlah masalah yang rumit atau
kompleks. Bagi masalah yangrumit, kaunseling-individu merupakan jalan
penyelesaian yang sesuai.
4.2

Saiz Kelompok

Penentuan saiz kelompok bergantung kepada faktor seperti jenis masalah;


umur ahli; pengalaman kaunselor; tempat pertemuan; dan matlamat
6

kelompok. Biasanya, tujuhhingga sepuluh orang ahli dianggap sesuai bagi


satu-satu kelompok kerana lebih daripada bilangan tersebut akan
menyebabkan kaunseling-kelompok tidak berkesan. lni kerana ke-lompok
yang terlalu ramai akan sukar untuk dikendalikan se1ain mengurangkan
interaksiantara ahli.
4.3

Kekerapan Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar di sekolah adalah memadai jika sesi kaunselingkelompok diadakandua kali seminggu. Ini berujuan untuk mengekalkan
minat dan semangat ahli-ahli, Tam- bahan pula, perkara-perkara yang
telah dipelajari pada sesi yang lalu masih boleh diingatkembali. Ahli juga
berpeluang mencuba perlakuan barn tersebut di luar kelompok dan boleh
memberi dan menerima maklum balas segera daIam sesi berikutnya.
4.4

Jangka Masa Setiap Sesi

Sekiranya keahlian kelompok terdiri daripada pelajar-pelajar remaja


sekolah, adalahdicadangkan supaya satu-satu sesi yang dijalankan tidak
terlalu lama. Tempoh rnasa satu jam untuk setiap sesi adalah sangat
sesuai. Jangka masa yang terlaIu lama akan meletih-kan, menghilangkan
minat dan tumpuan ahli-ahli, selain mengganggu proses pembelajaran
akademik pelajar dan menimbulkan masaIah kepada guru.
4.5

Jangka Masa Kelompok

Kadang kala kaunselor perlu meletakkan bilangan sesi untuk satu-satu


kelompok.Bagaimanapun, faktor ini bergantung kepada betapa seriusnya
satu-satu masalah yangakan dibincangkan. Sekiranya ahli-ahli ingin
belajar kemahiran berkomunikasi, mungkinlima sesi sudah memadai. Bagi
masalah yang lebih serius seperti menghadapi keretakanrurnah tangga
ibu bapa atau penyalahgunaan dadah, bilangan sesi mungkin meningkat
kepada sepuluh atau lebih.
4.6

Tempat Bertemu

Zuraidah Abdul Rahman (1996) mengatakan kaunseling kelompok boleh


dijalankan dimana-mana sahaja asalkan tempat itu jauh dari sebarang
gangguan. Jika di sekolah, tem- pat bertemu perlu selesa dan menarik.
Biasanya, bilik kaunseling adalah tempat tumpuanutama kerana bilik
tersebut dihiasi dan diletakkan tikar atau permaidani. Inimembolehkan
ahli-ahli duduk bersila dan suasana tidak formal ini amat terapeutik bagi
ahli-ahli kelompok. Tempat yang aman dan tenteram akan menggalakkan
penyertaan ahli dan melicinkan lagi proses kaunseling kelompok.

5.0

Peringkat-peringkat kaunseling kelompok

5.1

Peringkat pengenalan/taaruf

Ini merupakan peringkat permulaan berlakunya sesi kaunseling


kelompok, dalam sesi pengenalan ini ahli kelompok akan mengenali
antara satu sama lain sebagai permulaan kepada sesi kaunseling
kelompok. Untuk memulakan sesi kaunseling sememangnya perlu kepada
sesi pengenalansebagai permulaan untuk berkomunikasi antara ahli
kelompok dan kaunselor akan memimpin sesi kaunseling tersebut. Selain
daripada pengenalan dan taaruf daripada ahli kelompok kaunselor juga
akan memberi penjelasan dan penerangan mengenai sesi kaunseling
kelompok, bagaimana ia dijalankan, peraturan-peraturan semasa sesi
kaunseling, dan sebagainya. Pengenalan daripada kaunselor amat penting
bagi memulakan membina kepercayaan daripada ahli kelompok supaya
ahli

kelompok

berasa

selamat

untuk

kelompok. Dan dalam peringkat ini

meneruskan
kaunselor

sesi

perlu mendapatkan

persetujuan daripada ahli untuk meneruskan sesi kaunseling.

5.2

Peringkat penerokaan

kaunseling

Kaunselor memainkan peranan yang amat penting dalam peringkat


ini kerana pada peringkat ini ahli kelompok akan merasa sedikit risau dan
terancam serta takut untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Kaunselor
perlu menggunakan teknik yang diperlukan bagi membuatkan setiap ahli
kelompok ingin meluahkan masalah yang dihadapi. Mungkin sedikit sukar
untuk permulaan proses meluahkan akan tetapi apabila telah ramai ahli
yang meluahkan, ahli-ahli kelompok yang lain akan berasa semakin
selamat dan yakin untuk meluahkan dan mendedahkan diri. Dan perasaan
risau, takut dan terancam sedikit-demi sedikit semakin hilang. Di sini
kaunselor perlu memainkan peranan untuk mengatur proses ini, kaunselor
perlu memilih masalah apakah yang ingin dibahas terlebih dahulu dan
kaunselor akan mempersilakan ahli kelompok untuk mengemukakan
masalah masing-masing secara bergilir-gilir. Setelah semua ahli dapat
mendedahkan diri, ahli kelompok akan berasa selesa untuk berkomunikasi
antara satu sama lain. Dengan itu, proses sesi kaunseling akan berjalan
dengan lancar.
5.3

Peringkat alternatif & strategi

Selepas daripada proses penerokaan, sesi kaunseling akan melalui


proses alternatif dan strategi dimana ahli kelompok akan memulakan
perbincangan antara satu sama lain. Ahli kelompok dapat mengenal pasti
isu/permasalah yang dihadapi. Dan ahli juga dapat mengenal pasti punca
masalah yang terjadi dan di situ ahli kelompok akan berbincang
bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di peringkat
ini ahli kelompok sudah pun berasa selesa antara satu sama lain dan
mereka juga sudah mampu untuk berfikir dan merancang sesuatu untuk
meyelesaikan masalah yang dihadapi. Di peringkat ini ahli kelompok akan
merancang beberapa strategi yang dikongsikan daripada ahli yang lain
dan memilih strategi yang terbaik yang mampu untuk membantu mereka
menyelesaikan

masalah.

Ahli

kelompok

masing-masing

akan

cuba

melontarkan idea masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


5.4

Peringkat rumusan & penamatan

Pada peringkat ini kaunselor akan memberi peluang kepada ahli


kelompok untuk memberikan sedikit pandangan mengenai sesi kaunseling
yang dijalankan sebelum mereka menamatkan sesi kaunseling. Pada
peringkat akhir sesi kaunseling ini ahli kelompok akan mengemukakan
kesan-kesan dan menilai kemajuan yang dicapai masing-masing semasa
sesi kaunseling dijalankan. Adakah mereka berasa semakin baik atau
sebaliknya setelah melakukan sesi kaunseling. Setiap ahli kelompok diberi
peluang untuk menilai. Selain daripada itu, mereka juga akan membahas
sedikit kegiatan lanjutan iaitu apakah yang akan dilakukan diwaktu akan
datang, iaitu pada sesi yang seterusnya. Ataupun kaunselor akan
memberi sedikit penerangan dan penjelasan untuk sesi kaunseling yang
akan datang. Seterusnya sesi kaunseling tamat

6.0

Kemahiran Kaunseling Kelompok

6.1

Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas

Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menjelaskan kembali maklumat yang telah


diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus atau tidak
langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli kelompok iaitu
berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif. Kaunselor perlu sedar tentang
maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk
mengelak dari berbincang tentang hal-hal sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan
menggalakkan proses mengenalpasti, menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya
ahli faham dan sedar apa yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat
dengan jelas peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada
proses terapi kumpulannya
6.2

Kemahiran mendengar

Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah


kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah tetapi

10

perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat yang dikeluarkan
oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti
kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli
dan tidak membuat prejudgemental. Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli
menceritakan pandangan mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka. Kaunselor
menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta menunjukkan minat
terhadap pendapat dan pandangan ahli..
6.3

Mewujudkan Suasana Teraputik

Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan


pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Kaunselor harus berhati-hati supaya keadaan yang
tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor tidak seharusnya menyekat dan
mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan pendapat. Kaunselor harus masuk campur
terutama apabila menjadi agresif semasa berinteraksi. Kaunselor perlu mewujudkan suasana
teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur.
6.4

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan


kaunselor perlu memahami dan bersedia menghadapi keadaan tersebut. Memahami mengapa
kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam kumpulan tidak biasa
bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa untuk berfikir samada mereka telah
sedia untuk menghadapi pendedahan diri. Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan
diri dari menjadi orang yang mula-mula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan
bertanya, mengeluarkan komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati
gerak laku ahli-ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksireaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data tanpa bahasa
dari ahli.
6.5

Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas

Kaunselor perlu memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan


menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Tanda-tanda ahli tidak
memahami atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila
terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini berlaku ahli

11

mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan dan akhirnya ahli
menjadi pengikut tanpa soal jawab.
6.6

Kemahiran Konfrantasi

Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang


mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini harus
berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia untuk menerima
hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih atau
ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan cara ini ahli akan
menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan mereka.
6.7

Kemahiran Intervensi

Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor untuk


mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk perkembangan proses
kaunseling kelompok menuju matlamat kumpulan seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses
perkembangan kelompok ahli-ahli memberi maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan
untuk mencapai matlamat, kaunselor perlu menghalang dan mengalihkan kembali
perbincangan kepada tajuk yang berkaitan.
6.8

Kemahiran Meneroka

Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih


mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya ragu-ragu
untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan dari kaunselor. Namun kaunselor
jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya memberi kebenaran kepada ahli
mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam.

7.0

Proses Kaunseling Kelompok

Dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok, terdapat beberapa fasa atau


peringkat yang perlu berlaku dan perlu dilalui oleh kaunselor dan klien-kliennya untuk
memastikan

sesuatu

Kaunseling

Kelompok
12

itu

mencapai

kejayaan

serta

keberkesanannya.Fasa-fasa yang perlu berlaku dalam proses Kanseling Kelompok


ialah fasa pengenalan atau permulaan, fasa konflik dan konfrontasi, fasa perkembangan dan
bersepadu, fasa hasil dan akhir sekali ialah fasa penamatan. Setiap fasa-fasa dalam proses
perkembangan Kaunseling Kelompok ini mempunyai sifat-sifat dan ciri-cirinya yang
tersendiri dalam menentukan sesi Kanseling Kelompok itu mencapai matlamatnya.

7.1

Fasa Pengenalan

Fasa yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. Peringkat ini
biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli- ahli kelompok.
Selain itu, ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi itu
dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu (Zuraidah,1999). Matlamat
dan tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan
membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini
juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang mesra, terbuka
, bebas, ikhlas serta jujur di mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di
antara

mereka

dalam menghadapi

dan

mengambil

tindakan

bagi

menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi (Malek,2007).


7.2

Fasa Konflik

Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat pertama iaitu selepas
fasa pengenalan atau orientasi. Menurut

Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik

timbul apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan
kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu. Pada
fasa ini, ahli-ahli masih lagi bertopeng, berasa gemuruh, ragu dan berasa tidak

selamat.

Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri,


berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini
juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan
melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis.
7.3

Fasa Bersepadu

13

Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu yang
merupakan peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Ini
disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih
terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina (2006), peringkat

ini

memperlihatkan

penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain dan
bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok
digerakkan ke arah mencapai matlamat

yang

ditetapkan.

Ahli-ahli

kelompok

dapat

bekerjasama, saling percaya, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ahli-ahli
mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan berbincang akan menghasilkan banyak
pendapat, idea dan pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli sendiri.
7.4

Fasa Kejayaan

Salah satu peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat
keempat iaitu Fasa Kejayaan. Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut
dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah. Peringkat ini memecahkan masalah dan semua
mesti terlibat dan sama-sama merancang.
masalahnya

lebih

dekat, berbincang

Ahli-ahli
tentang

diberi

pilihan

peluang
resolusi

menyelidik

dan

mencuba

tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali.
Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti. Kaunselor dalam fasa
ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan
dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat membantu klien meletakkan
keutamaan ke atas masalah yang telah dikenal pasti.
7.5

Fasa Penamatan

Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi
keperluan kelompok atau ahli. Penamatan ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah
diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan. Seorang kaunselor
harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Kaunselor

harus

biasa

dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat. Ketua kelompok akan cuba mengingatkan
ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan. Dengan itu, keseluruhan
kelompok akan cuba pula untuk menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk berpisah.

14

8.0 Gaya Kepimpinan Kelompok

Kaunseling adalah merupakan tempat luahan bagi seseorang


individu yang berada dalam kecelaruan, individu yang tidak pasti, tidak
dapat membuat keputusan atau individu yang mempunyai masalah lalu
berjumpa dengan kaunselor bagi membantu menyelesaikan masalahnya
supaya dapat membuat keputusan atau seseorang individu itu kembali
merasionalkan dirinya. Di dalam kaunseling hanya mempunyai dua
perkara yang terlibat iaitu klien (orang yang menghadapi masalah) dan
keduanya kaunselor (orang yang membantu menyelesaikan masalah).
Selain itu, di dalam kaunseling terdapat beberapa jenis yang diketahui
antaranya adalah kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling
kerjaya, kaunseling kelompok dan lain-lain lagi.
Kaunseling kelompok bermaksud suatu sesi yang melibatkan
seseorang individu dengan individu lain dalam satu kelompok melibatkan
permasalahan atau objektif yang sama dalam satu kelompok itu. Dalam
sesebuah kaunseling kelompok, kaunselor turut juga dikenali sebagai
pemimpin

kelompok.

Kaunselor

bertindak

sebagai

pemimpin

yang

memimpin atau memantau sepanjang perjalanan kelompok berlaku agar


dapat tercapai matlamat yang telah dibentuk oleh pemimpin dan juga
ahli-ahli kelompok. Apabila berbicara mengenai pemimpin kelompok,
terdapat

gaya

kepimpinan

pemimpin

kelompok

samada

memberi

kebaikan mahupun keburukan kepada pemimpin kelompok itu sendiri. Di


dalam kaunseling kelompok, terdapat tiga gaya kepimpinan kelompok
yang kebiasaannya dikendalikan dalam kaunseling kelompok antaranya
yang pertama kepimpinan autokratik, keduanya demokratik dan akhir
sekali laissez faire.
8.1

Gaya Kepimpinan Autokratik

Pemimpin kelompok atau kaunselor yang menggunakan gaya


kepimpinan autokratik ini adalah merupakan pemimpin yang mampu
menggerakkan sesi dengan melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.
15

Kebiasaannya pemimpin yang menggunakan gaya kepimpinan autokratik


ini adalah pemimpin yang mengarah, memberi tugasan, memberi nasihat
dan melakukan pentafsiran secara aktif. Pemimpin yang menggunakan
gaya kepimpinan ini biasanya berpengaruh dan berkarisma. Pemimpin
autokratik ini menjadi ikutan ahli dan dapat menyampaikan arahan
dengan berkesan dan dengan itu pemimpin autokratik ini berhapah ahli
kelompok mengikut arahannya.
8.2

Gaya Kepimpinan Demokratik

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik ini tidak akan


bertindak sebagai pengarah akan tetapi saling bekerjasama dan berkongsi
pendapat sesame ahli lain sebelum membuat sebarang keputusan yang
berkaitan dengan kelompok. Di dalam gaya kepimpinan ini juga pemimpin
mendapatkan pandangan daripada ahli kelompok sepanjang aktiviti
dijalankan.

Disamping

itu

gaya

kepimpinan

demokratik,

pemimpin

memberi ruang kepada ahli untuk menyatakan idea atau pandangan bagi
membantu keberkesanan sesi pada masa itu. Ahli juga akan berasa
dihargai dan gembira apabila mereka dapat memberi pandangan yang
kreatif dan inovatif. Kepimpinan demokratik menggunakan konsep dua
hala iaitu pemimpin dan ahli di mana setiap ahli dalam kelompok itu
bebas untuk menyuarakan pendapat, perasaan serta pengalaman sesame
ahli kelompok manakala pemimpin pula memberi sokongan yang padu
kepada ahli kelompok untuk membantu memperkembangan kemampuan
ahli.
8.3

Gaya Kepimpinan Laissez Faire

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini sebenarnya tidak


memiliki sebarang daya kepimpinan dan ia hanya pemimpin pada nama
sahaja. Pemimpin yang menggunakan laissez faire ini gagal membekalkan
struktur dan arahan yang diperlukan bagi memastikan keberkesanan sesi
kelompok. Selain itu, pemimpin seperti ini mempercayai bahawa ahli
dapat bergerak sendiri tanpa bantuan pemimpin malahan bantuan
diberikan sekiranya ahli meminta. Ini dapat disimpulkan bahawa ahli
16

kelompok itu sendiri yang bertanggungjawab merancang, mengendali,


menjalankan aktiviti dan membuat keputusan tanpa dorongan juga
sokongan daripada pemimpin dan pemimpin hanya menjadi pemerhati.
Dengan gaya kepimpinan laissez faire ini juga kelompok gagal mencapai
objektif yang diingini kerana ketiadaan matlamat atau tujuan yang jelas.
Laissez Faire adalah merupakan tidak berstruktur, jadi ahli kelompok tidak
mendapat peluang untuk berinteraksi sesame ahli bahkan pemimpin
kelompok hanya berkomunikasi dengan beberapa orang ahli sahaja dan
mengharapkan

interaksi

selebihnya

berjalan

dikalangan

ahli

sahaja.Konklusinya kepimpinan laissez faire adalah sangat tidak berkesan


kepada kelompok.

9.0

Pelaksanaan Kaunseling-kelompok Berkesan

Sekiranya sernua persiapan dan langkah-langkah awal pengendalian


kaunseling-kelompok telah dijalankan, proses pengendalian seterusnya
adalah untuk memulakan sesikaunseling kelompok yang dirancang.
Keberkesanan satu-satu kelompok dapat dicapai sekiranya kaunselor dan
ahli memahami konsep dan tujuan kaunseling kelompok

prinsip-prinsip

kaunseling kelompok dan kejayaan rnereka melakukan peranan masingmasing. Dalam soal ini, ZuraidahAbdul Rahman (1996) mengatakan
keberkesanan kaunseling kelompok bergantung kepada keberkesanan
proses

terapeutik

yang wujud didalam kelompok

tersebut.

Proses

terapeutik ini ditentukan oleh prinsip-prinsip berikut:


1. Suasana demokratik hendaklah diwujudkan oleh kaunselor.
2. Objektif-objektif kaunseling-kelompok perlu diterangkan kepada bakalbakal ahli.
3. Ahli-ahli yang dipilih harus bersedia berkongsi perasaan, pengalaman
dan bersediauntuk berubah
17

4.

Ahli-ahli

hendaklah

diingatkan

bahawa

rnereka

adalah

bertanggungjawab terhadapkelakuan kelompok mereka


5.

Setiap

ahli

hendaklah

mernelihara

kerahsiaan

rnaklumat

yang

dibincangkan di dalamkelompok
6.

Matlamat-rnatlarnat

jangka

pendek

(untuk

rnembolehkan

ahli

rnernahami diri danorang lain) dan matlamat jangka panjang (untuk


mernbolehkan ahli rnencapai perkembangan so sial) perlu dijelaskan dan
dicapai.Tercapai

atau

tidak

matlamat

kaunseling-kelompok

amat

bergantung kepada kemahirandan keberkesanan seseorang pemirnpin


ke1ompok. Ee (1997) menggariskan sepuluh peranan kaunselor dalarn
kaunseling-kelompok yang boleh membantu keberkesanan ke-lompok
antaranya:
a) Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinan
perjalanan sesi kaunseling-kelompok.
b) Mernberi rangsangan serta penghargaan kepadaahli yang
sentiasa mencuba serta berusaha.
c) Untuk rnenarik perhatian terhadap perubahan-perubahan positif
yang terdapat pada setengah-setengah abli
d) Menggalakkan seba-rang tanda positif yang menuju ke arab
penyembuhan dan penyelesaian masalah.
e) Menerima hakikat babawa emosi ahli yang dikongsi dapat
menambahkan

kerapatan

dankesepaduan

antara

ahli-abli

kelompok.Kelompok juga akan berfungsi dengan lebih berkesan sekiranya


setiap abli memainkan peranan masing-masing antaranya:
1) Aktif mengambil babagian dengan cara mem- beri pendapat atau
cadangan;
2) Hormat-menghormati sesama ahli;

18

3) Mematuhi norma-norma kelompok seperti tidak datang lambat dan


merahsiakan segala perbincangan yang berlangsung di dalam kelompok
itu;
4) Mendengar secara aktif masalah yang dikemu-kakan oleh ahli lain di
dalam kelompok dan turut berempati dengannya
5) Bersediauntuk berkongsi masalah dengan menceritakan kepada ahliahli

lain.Faktor-faktor

keberkesanan

terapeutik

lain

pengendaliandan

yang

perjalanan

boleh

meningkatkan

kaunseling-kelompok

antaranya:
1) Suasana yang menolong;
2) Komitmen untuk berubah;
3) Harapan (kepercayaan bahawa perubahan adalah mungkin);
4)Mutu kesepaduan;
5) Kesediaan untuk menanggung risiko dan kepercayaan;
6) Keakraban dan kesepaduan kelompok;
7) Kebebasan untuk mencuba;
8) Kemahiran antaraindividu
9) Kelucuan (Be, 1997; Zuraidah Abdul Rahman, 1996). Faktor-faktor ini
amat penting dititik beratkan dalam kelompok untuk menjayakan
kaunseling kelompok yang dikendalikan.
Perlu diingat, kaunseling-kelompok yang terdiri daripada pelajarpelajar sekolah menengah memerlukan bimbingan dan pimpinan yang
aktif

daripada

kaunselor

kerana

pelajar

sedang

melalui

peringkat

perkembangan remaja yang amat kritikal dalam pertum- buhan diri


terutama sekali dalam membentuk konsep kendiri (Durkin, 1995). Oleh
itu, kaunselor sekolah haruslah seorang individu yang telah mendapat
latihanyang secukupnya dalam bidang ini dan menyedari proses terapi
19

yang berlaku dalamkelompoknya. Kaunselor juga harus mengetahui


dengan mendalam mengenai perkembangan fizikal dan psikologikal
pelajar-pelajar di alam remaja dengan itu ia akandapat memperkukuh dan
merangsang

perkembangan

ahli-ahli

kelompok

kaunselingnya.Tanpa

pengetahuan yang mendalam, latihan yang cukup serta pengalaman yang


luas, pengendalian kaunseling-kelompok berkesan tidak akan dapat
dijalankan dan mungkinakan menimbulkan salah tanggap terhadap
keseluruhan konsep kaunseling-kelompok.

Rujukan
1) Memimpin Kaunseling Kelompok, 2006, Ida Hartina Ahmed Tharbe, PTS Profesional
2) Teori dan Praktis Kaunseling Kelompok Kontemporari, 2006, Mohamed Syarif
Mustaffa, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor

20

Anda mungkin juga menyukai