Anda di halaman 1dari 10

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

PENDEKATAN INTEGRASI DALAM KAUNSELING &


PSIKOTERAPI

NAMA MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR


NO MATRIK M214014746
KOD KURSUS KPK 6113
NAMA KURSUS TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI INDIVIDU
NAMA PENSYARAH DR. MOHD SUHADI BIN MOHAMED SIDIK
TARIKH SERAHAN 11 DISEMBER 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................. 3


2.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN KAUNSELING ........................................................... 4
3.0 PENDEKATAN INTEGRASI ........................................................................................ 5
4.0 KELEBIHAN PENDEKATAN INTEGRASI .............................................................. 6
5.0 CONTOH KES & PENDEKATAN INTEGRASI ...................................................... 7-9
6.0 PENUTUP ......................................................................................................................... 9
RUJUKAN ............................................................................................................................ 10

2
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini akan mengemukakan cadangan pendekatan integrasi dalam kes kaunseling
yang telah dijalankan ke atas seorang klien. Tujuan kajian ini juga untuk memperolehi tahap
kebolehpercayaan melalui integrasi model yang digunakan. Kertas kerja ini juga
membincangkan jenis-jenis pendekatan kaunseling yang sesuai dengan kes yang dihadapi oleh
klien. Dalam merungkai punca masalah, andaian dari klien dan menelusuri klien dari aspek
yang utama.

Selain itu, terdapat kelebihan pendekatan integrasi yang dilaksanakan bagi mencapai
matlamat dan keberkesanan strategi integrasi.

Kertas kerja ini mengandungi 2 model kaunseling yang merangkumi aspek emosi, tingkah
laku dan pemikiran. Ahli terapi telah menggunakan pendekatan terapi realiti bagi merungkai
permasalahan yang dihadapi oleh klien dan teknik-teknik di dalam pendekatan terapi tingkah
laku sebagai rawatan atau alternatif. Kajian ini memfokuskan kepada masa kini dan membawa
perubahan kepada diri klien dalam membentuk diri klien yang baru dan membantu klien
mencapai apa yang diinginkan.

Akhir sekali, kertas kerja ini menyenaraikan kelebihan dari integrasi pendekatan yang
digunakan bagi mendapatkan tahap kebolehpercayaan dan kesesuaian teknik yang digunakan.
Segala perubahan di dalam sesi kaunseling direkodkan bagi melihat dengan lebih jelas
keefisienan model ini.

3
2.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN KAUNSELING

Ahli terapi telah menggunakan pendekatan terapi realiti bagi merungkai permasalahan
klien dan ahli terapi juga menggunakan rawatan menggunakan teknik pendekatan terapi
tingkah laku.

Pendekatan realiti bermula apabila William Glasser mengandaikan bahawa proses


perubahan manusia merupakan permulaan yang penting dalam “psychology community”.
Ramai penyelidik dan pengamal menekankan kebolehan manusia untuk memilih dan
mengawal pemikiran, emosi dan tingkah laku (Norinah, 2013).

Terapi ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan
bertanggungjawab terhadap pilihan mereka (ini juga bertepatan dengan prinsip autonomi yang
dimiliki oleh klien). Secara pandangan holistik, terapi ini berorientasikan tingkah laku yang
melibatkan komponen tingkah laku, kognitif, emosi dan fisiologi.

Manakala pendekatan terapi tingkah laku memfokuskan kepada tingkah laku luaran yang
boleh diubah dan diukur. Ia juga bertindak sebagai modifikasi tingkah laku yang tidak normal.
Pendekatan ini membentuk pembelajaran setelah melalui prinsip peneguhan dan dendaan.
Pendekatan yang sistematik dalam memahami tingkah laku manusia terhasil daripada faktor
persekitaran, kesan sejarah individu serta peneguhan dan hukuman.

Menurut B.F Skinner, pendekatan terapi tingkah laku merujuk kepada pembelajaran yang
disebabkan oleh kesan daripada tingkah laku dan beliau mendapati tingkah laku boleh berlaku
atas kehendak sendiri, bukan disebabkan rangsangan luaran.

Menurut Albert Bandura pula, konsep terapi tingkah laku yang diketengahkan oleh beliau
pula adalah modeling dan peniruan. Ini di mana, sebahagian besar manusia belajar melalui
pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain yang diertikan sebagai
modeling. Peniruan pula dimaksudkan dengan proses pemerhatian dan meniru sikap dan
tingkah laku orang lain sebagai model yang merupakan tindakan pembelajaran.

4
Dalam menongkah permasalahan yang dihadapi oleh klien, seiring dengan apa yang
diinginkan oleh klien iaitu mengubah tingkah laku klien yang negatif kepada positif, membantu
klien mempelajari proses menyelesaikan masalah secara berkesan dan demi mencapai
perubahan tingkah laku yang boleh ditukarkan kepada bentuk tindakan. (Sidik, 2022)

Hal ini kerana, klien dapat mendapat celik akal dengan baik dan pantas sekiranya bertindak
dan meningkatkan tahap kualitatif pendekatan integrasi ini.

3.0 PENDEKATAN INTEGRASI

Pendekatan integrasi adalah pendekatan yang menggabungkan pelbagai pendekatan dalam


sesi kaunseling. Hal ini dipercayai bahawa tiada satu teori kaunseling dan psikoterapi sehingga
saat ini yang berupaya memahami semula pengalaman manusia. Maka dari itu, penggabungan
pendekatan ini dapat membentuk suatu model yang lebih berkesan dan kebolehpercayaan yang
tinggi dalam mencapai membantu klien menyelesaikan masalah.

Penggunaan pendekatan integrasi ini didorong oleh kepelbagaian budaya seperti sifat,
persekitaran dan pengalaman. Selain itu, seiring dengan perkembangan penyelidikan dan
psikoterapi yang diinovasikan oleh kaunselor-kaunselor yang melihat kelompangan sesuatu
teori.

Kertas kerja ini juga mengkaji sejauh mana kesesuaian dan kekongruenan pendekatan yang
digunakan oleh penulis dalam menyelesaikan masalah klien. Selain itu, kewujudan kajian-
kajian seperti ini membantu kaunselor dan ahli terapi menilai sesuatu masalah. Kertas kerja ini
menggunakan jenis pendekatan jenis integrasi teori, dimana kaunselor atau ahli terapi
mengintegrasikan dua atau lebih teori dalam rawatan kaunseling. Terapi yang digunakan
adalah pendekatan terapi tingkah laku dan terapi realiti.

5
4.0 KELEBIHAN PENDEKATAN INTEGRASI

Pendekatan integrasi iaitu dengan gabungan pendekatan terapi realiti dan terapi tingkah
laku sememangnya bukanlah penggabungan yang tidak memberikan apa-apa manfaat malah
memberikan kelebihan yang banyak dalam membantu klien memenuhi kehendak diri dan
menjadi lebih kuat dari segi emosi agar bertingkah laku dengan lebih rasional dan normal.
Terapi ini dapat menguatkan lagi keberkesanan dengan memandang aspek yang terkait iaitu
rasa dimiliki, kuasa, keseronokan, daya tahan dan kebebasan dan membantu klien
meningkatkan celik akal.

Dengan merungkai masalah klien menggunakan pendekatan terapi realiti melalui sistem W
(Wants), D (Doing and Direction), E (Evaluation) dan P (Planning) telah mendapat pencerahan
bagi mengaitkan rawatan dengan menggunakan pendekatan terapi tingkah laku iaitu shaping
(pembentukan), role play dan latihan asertif.

Teknik role play memberikan suatu kelebihan kepada klien dalam meningkatkan
keyakinan diri dan membantu klien yang mengalami kesulitan untuk menyatakan atau
menegaskan diri apabila berhadapan dengan orang lain.

Selain itu, teknik latihan asertif diberikan apabila tiada kemajuan pada tingkah laku klien.
Teknik-teknik ini mestilah dilakukan sehingga klien mendapat kemajuan diri dan mencapai
matlamat. Teknik latihan asertif digunakan kerana klien menunjukkan peningkatan yang
sedikit setelah penggunaan teknik role play dilakukan. Latihan asertif adalah ahli terapi
berperanan membawa klien dan memperlihatkan kepada klien bagaimana kelemahan klien
dalam situasi nyata. Kemudian klien akan diajarkan dan diberi semangat dan dorongan untuk
berani menegaskan diri dihadapan orang lain.

Teknik shaping (pembentukan) juga digunakan dalam pendekatan ini. Shaping merupakan
proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara
beransur-ansur. Ahli terapi memberikan arahan semasa proses pengajaran bagi memahami
tindakan yang wajar diambil oleh klien. Hal ini dapat membantu klien membuat penyesuaian
tindakan malah memberi perhatian terhadap proses pembentukan tingkah laku serta memupuk
kerjasama yang erat antara ahli terapi dan klien.

6
5.0 KES DAN APLIKASI PENDEKATAN INTEGRASI

Kes : Klien seorang lelaki yang berumur 25 tahun. Klien telah menamatkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Klien sudah
2 tahun setengah menganggur dan tidak pernah lulus ketika sesi temuduga. Klien berasa putus
asa untuk mencari pekerjaan. Klien juga tidak yakin untuk menceburkan diri dalam bidang
yang diambil. Hal ini kerana, klien dipaksa belajar atas desakan ibu bapa klien. Keputusan
PNGK klien juga hanyalah sebatas cukup syarat lulus. Klien akan cepat emosi sekiranya ada
dikalangan rakan-rakan yang lain bertanyakan tentang pekerjaan. Suara klien agak bergetar
dan tersekat-sekat serta banyak menundukkan kepala semasa sesi dijalankan.

Ahli terapi menggunakan sistem WDEP untuk mengenalpasti punca masalah yang dihadapi
oleh klien dengan merujuk aspek keperluan (rasa dimiliki, keseronokan, daya tahan, kuasa dan
kebebasan).

Rasa dimiliki -
Keseronokan Klien berasa tidak seronok kerana tidak dapat menceburi bidang yang
sebenarnya klien minati. Klien dipaksa mengikut kehendak ibu
bapanya. Klien tidak berasa bermotivasi dalam melakukan apa-apa.
Daya tahan -
Kuasa Klien tidak mempunyai pengiktirafan dan dorongan atas apa yang ia
mahu lakukan. Klien melihat diri sebagai individu yang gagal kerana
tidak mencapai sebarang kejayaan.
Kebebasan Klien tidak berasa bebas untuk membuat keputusan dan pilihan hidup
sendiri keran adiatur oleh kedua ibu bapanya.

Analisis sistem WDEP :

W (Wants) - Klien mahukan kehidupan yang lebih baik


- Klien menginginkan pekerjaan mengikut bidang yang ia
minati
- Klien ingin memberanikan diri dan yakin dalam
menyatakan apa yang ia mahukan

7
D (Doing and Direction) - Klien belajar untuk bercakap dihadapan cermin bagi
membina keyakinan diri untuk sesi temuduga yang akan
datang
- Klien mencuba mencari pekerjaan yang bersesuaian
dengan minat
- Klien mengawal emosi yang negatif untuk mengelakkan
tingkah laku yang tidak baik
E (Evaluation) - Klien berfikiran positif kerana klien mahukan
kehidupan yang lebih baik
- Kehendak klien menginginkan pekerjaan yang ia minati
tidak selaras dengan kelayakan yang sepatutnya.
(kelayakan bidang : Pengajian Islam)
(minat bidang : Mekanikal)
- Klien mengawal emosi yang negtaif menunjukkan
perubahan positif sedang berkembang
P (Planning) - Menerima takdir dan berfikiran terbuka dengan mencari
pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan
- Melakukan latihan asertif untuk lebih jujur dan berani
menentukan matlamat hidup
- Ahli terapi memainkan role play dengan klien untuk
mengurangkan rasa tidak yakin dan takut klien

Rekod Tingkah Laku Negatif (sebelum rawatan)


Tarikh Negative Behaviour Kesan
25/10/2022 Mengurung diri dan tidak mahu makan Klien mengalami masalah
kesihatan
27/10/2022 - Tidak bersosial (tidak mahu keluar dari Tertekan dan mudah
bilik dan bergaul dengan orang lain) tersentuh
- Diri klien tidak dipedulikan oleh ibu bapa
28/10/2022 Tidak bermaya, selalu tidur untuk Ibu bapa klien menyedari
melupakan masalah yang ada, cepat marah keadaan klien setelah
jika ditanya berkaitan dengan pekerjaan. beberapa hari klien
mengurungkan diri.

8
Klien berasa tidak yakin,
tidak dapat mengawal
perasaan, cenderung
melakukan kekerasan dan
bertindak diluar kawalan
sekiranya diprovok.

Rekod Tingkah Laku Positif (semasa-selepas rawatan)


Tarikh Positive Behaviour Kesan
5/11/2022 Klien menunjukkan minat untuk Klien melakukan semua tugasan
berubah dan mengikuti arahan yang disuruh
oleh ahli terapi
19/11/2022 Klien yakin untuk bercakap dengan Klien bertekad untuk mencuba
ahli terapi tanpa menundukkan mencari pekerjaan dengan
kepala dan percakapan lebih teratur kelayakan yang ia ada
26/11/2022 Klien jujur dengan apa yang Klien berjaya menentukan
diidamkan matlamat dan merancang apa yang
akan dilakukan selepas ini dengan
sendiri

6.0 PENUTUP

Terapi integrasi merupakan satu pendekatan yang bersifat individu dan personal. Ini
bermakna pendekatan tekniknya diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan klien.
Dengan penggunaan pendekatan ini, klien telah menunjukkan beberapa perubahan dan
keberkesanan dalam terapi integratif. Namun, walaupun klien berjaya menunjukkan reaksi
positif dan perubahan yang baik. Ia belum mampu mengubah sepenuhnya terutamanya dari
aspek perasaan. Hal ini kerana, perubahan klien tertumpu pada merasionalkan tingkah laku
klien. Dengan demikian, hasil kajian mengintegrasikan antara terapi realiti dan terapi tingkah
laku tidaklah dapat disuaikan dengan semua jenis pengalaman manusia. Akhir sekali, penulis
berharap agar model ini dapat diaplikasikan dengan baik pada situasi dan kes yang
bersesuaian.

9
RUJUKAN

(Norinah, 2013) Teori Realiti William Glasser. 2013. Retrieved from http://mazlan-
kk.blogspot.com/2013/04/pengenalan_9.html

(Sidik, 2022) Terapi tingkah laku. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah

(Adan, 2017) Terapi Integratif.2017. Retrieved from


https://www.slideshare.net/adanzsmith/terapi-pendekatan-integratif

(Endra, 2009) Terapi Realiti- William Glasser.2009. Retrieved from


https://www.slideshare.net/adeendra/teori-realiti-william-glasser

10

Anda mungkin juga menyukai