Anda di halaman 1dari 53

Ringkasan Inti Teori Alfred Adler

Ringkasan Teori Alfred Adler


Alfred Adler berpendapat bahwa manusia adalah mahluk individual yang
dimotivasikan oleh dorongan-dorongan social yang sudah dibawa sejak lahir.
Adler menjadi pelopor dalam psikologi perkembangan yang mengemukakan
teori bahwa kesadaran (consiusness) merupakan bagian yang penting dalam
kepribadian (personality). Teori Adler yang bertentangan dengan Freud,
terletak pada kesadaran individu yang berusaha memperbaiki kehidupannya
dengan konsep bagaimana memahami seseorang yang bekerja keras dapat
menjadi sukses, sedangkan bagi orang yang kurang bekerja keras dan tidak
sukses merupakan tanggung jawab mereka dalam membuat kesalahan
memilih. Menurut Adler, manusia adalah mahluk social utama. Kebutuhan
pemuasan seksual manusia hanya merupakan salah satu dari banyaknya
kebutuhan dasar manusia, tergantung bagaimana manusia mengaturnya,
merencanakannya dan melakukannya dalam aktifitas hidup sehari-hari.
Konsep diri yang kreatif, mencari pengalaman-pengalaman yang akan
membantu pemenuhan gaya hidup pribadi yang unik.
Struktur Kepribadian Teori Adler, iaitu :
Perasaan rendah diri dan kompensasi (Inferiority feeling and
compensation)
Tujuan yang semu (Fictional finalism)
Berjuang untuk menjadi superior ( Striving for Superiority)
Minat Sosial (Social Interest)
Gaya hidup (Style of life)
Aku yang kreatif (Creative self)

1.Perasaan rendah diri dan kompensasi (Inferiority feeling and


compensation)
Semua individu memiliki kekurangan / kelemahan, dan hal itu seringkali
memicu perasaan rendah diri. Untuk menutupi kekurangannya tersebut,
individu berusaha mengkompensasi dalam bidang lain.
2.Tujuan yang semu (Fictional finalism)

Pada dasarnya individu melakukan sesuatu adalah karena


adanya tujuan ke masa depan dan bukan ke masa lalu.
Tujuan itu bersifat semu tapi dapat menjadi pendorong bagi
individu dalam melakukan sesuatu.
3.Berjuang untuk menjadi Superior (Striving for superiority)
Setiap individu selalu ingin menjadi yang sempurna /
mengejar kesempurnaan. Superioritas merupakan suatu
gerak yang mengarahkan individu pada kesuksesan
terutama dalam konteks social.
4.Minat Sosial (Social interest)
Minat-minat social mencakup kerjasama, relasi, interpersonal
dan social, identifikasi kelompok dan empati. Individu
dikatakan sehat apabila termotivasi oleh perasaan inferiority
yang normal disertai dengan minat social yang tinggi.
5.Gaya hidup (Style of life)
Merupakan cara yang unik dari setiap individu yang berjuang
untuk mencapai tujuan. Setiap individu memiliki gaya hidup,
tetapi tidak ada dua orang yang mengembangkan gaya
hidup yang sama.
6.Aku yang kreatif (Creative self)
Individu menciptakan kepribadiannya sendiri dengan
mengkonstruksi sifat-sifat aslinya dengan pengalaman yang
diperolehnya. Individu memiliki kekuatan sendiri untuk bebas
menciptakan gaya hidupnya sendiri-sendiri.
Kepribadian seorang individu mulai terbentuk dan cenderung
menetap sejak usia 5-6 tahun. Ada 3 pengaruh masa kanakkanak yang menetap dalam suatu gaya hidup yang salah :

Perasaan rendah diri ( feeling of inferiority )

Pemanjaan ( pampering )
Pengabaian ( neglectful )
Adler mengembangkan teori urutan lahir, didasarkan pada
keyakinan bahwa keturunan, lingkungan, dan kreatifitas
lingkungan bergabung membentuk kepribadian.

Adler menggambarkan perbedaan sifat anak sesuai dengan


urutan kelahiran :
Anak pertama : menjaga, melindungi, pengatur yang

baik, kecemasan tinggi, pengkritik


Anak kedua : motivasinya tinggi, suka bersaing, dapat
bekerjasama, pemberontak, mudah putusasa.
Anak bungsu : ambisius, realistis, manja, tergantung
pada orang lain
Anak tunggal : dewasa secara sosial, manja, ingin
selalu menjadi pusat perhatian, perasaan kerjasama
rendah, takut bersaing
Teori Adler

LATAR BELAKANG TEORI ALFRED ADLER


Afred Adler mengemukakan beberapa perkara penting yang terdapat dalam teori
personaliti Freud. Antaranya mimpi dan pengalaman kanak-kanak mempengaruhi tingkah
laku seorang dewasa, sistem. Sistem personaliti merupakan sistem yang berkembang
serta pernyataan luaran berkait dengan masalah-masalah yang terpendam di alam bawah
sedar.
Manusia sebagai makhluk sosial berkeinginan untuk berhubungan dengan ahli
masyarakat yang lain untuk memperolehi matlamat tertentu. Keinginan tersebut bukan
semata-mata didorong oleh keperluan ataupun esakan seks semata-mata. Keinginan
tersebut menampilkan seseorang itu sebagai individu yang berbeza dengan orang lain
atau unik. Bagi Adler, tujuan utama seseorang itu bertingkah laku adalah untuk
memperoleh rasa selamat dan mengatasi masalah inferioriti.
Pusat personaliti seseorang itu berasal dari alam sedar. Apabala menyedari dengan
jelas, seseorang itu akan mengarahkan dirinya untuk bertingkah laku. Antara usaha untuk
mengatasi masalah rendah diri ialah dengan mendorong diri ke arah kreativiti. Usaha
yang ditunjukkan ini memberi tafsiran kepada kita bahawa manusia bukanlah suatu
makhluk yang pasif ataupun menyerah kepada nasib semata-mata seperti yang
diterapkan dalam teori personaliti Freud.
Perkembangan personaliti berpusat kepada aspek-aspek dalaman individu.
Kelebihan yang terdapat dalam aspek ini ialah kendiri kreatif yang berfungsi untuk

mentafsir semua pengalaman yang dipunyai oleh individu. Apabila dibandingkan dengan
teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud, teori personaliti yang dikemukakan oleh
Adler tidak mengandungi sebarang konsep yang agak kontroversial.
Matlamat teori ini agak jelas untuk menggalakkan perkembangan individu,
keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan demokrasi yang berlandaskan kerjasama dan
persamaan sosial. Pendekatan ini mengimbangkan keperluan individu secara optima dan
tanggung jawab sosial kepada masyarakat. Oleh itu, teori personaliti yang dikemukakan
oleh Adler merupakan teori personaliti yang pertama menyentuh aspek kesihatan mental.

KONSEP-KONSEP ASAS TEORI PERSONALITI ALFRED


ADLER
Terdapat enam konsep utama dalam teori personality Alfred Adler iaitu :
I. Kendiri kreatif
II. Gaya hidup
III. Minat sosial
IV. Perasaan Inferio dan pampasan
V. Superioriti
VI. Fictional Finalism
Kendiri Kreatif
Penemuan Alfred Adler adalah sangat besar dalam bidang psikologi. Kemuncak
huraiannya ialah Teori Personaliti iaitu kendiri kreatif yang dipunyai oleh setiap manusia
yang normal. Kendiri kreatif menjadikan seseoarang mempunyai personaliti yang
teragung dan ia juga merupakan pengantara di antara ransangan dan gerak balas.
Perantara kendiri kreatif boleh diaktifkan seoptima yang mungkin. Kendiri kreatif
mewarnai seluruh kehidupan seseorang individu serta ia juga menjadi penentu utama
masa depan kepada seseorang individu dalam usahanya untuk mencapai sesuatu yang
dihajatinya.
Gaya Hidup
Matlamat utama kehidupan seseorang individu ialah nirwana kendiri ataupun
kesempurnaan. Seserang individu akan berusaha untuk mencapai cita-cita melalui
tingkah laku yang spesifik. Setiap individu mempunyai perwatakan,perangai dan tabiat
spesifik yang berbeza. Perbezaan ini digelar sebagaigaya hidup. Untuk memahami
perbezaan gaya hidup ia hendaklah dirujuk kembali kepada konsep Inferioriti dan
keseimbangan. Contohnya bayi mengalami inferiority dengan memberi perangsang untuk
menjadi seorang yang ringan tulang dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi
memperolehi keseimbangan tersebut, seseorang kanak-kanak memerlukan satu set
tingkag laku.
Set tingkah laku terbentuk dengan memberi keseimbangan terhadap inferiority
yang dialami. Aktiviti ataupun kegiatan yang dilakukan dikenali sebagai pasti ataupun
dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang.Gaya hidup juga boleh dipelajari daripada
interaksi sosial pada masa kanak-kanak. Gaya hidup terbentuk dengan nyata dan kekal

pada semasa kanak-kanak berumur empat ataupun lima tahun, gaya hidup yang
terbentuk ini amat sukar untuk diubah.
Interaksi sosial sangat penting dilalui oleh kanak-kanak ialah interaksi
penghubung kanak-kanak, ibu bapa dan urutan kelahiran. Contonya ialah kealpaan ibu
bapa gagal memberikan masa secukupnya kepada anak-anak akan membentuk Inferioriti
dalam diri kanak-kanak tersebut. Kesannya kanak-kanak sukar meniru dan menyesuaikan
diri dengan masyarakat sekeliling.Kanak-kanak tersebut juga mudah mempinyai perasaan
balas dendam dan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain dan merasakan apa yang
difikirkan bersesuaian dengan perkara-perkara yang dilakukannya.
Dalam konteks ini,Adler telah menganggapn manusia sebagai deterministic iaitu
bersamaan dengan anggapan Sigmund Freud. Namun begitu menurut Adler manusia
bukanlah mangsa yang sepenuhnya interaksi ataupun ransangan yang diwujudkan
semasa interaksi sosial.Beliau juga mengaitkan tanggapan ini dengan konseo-konsep
kendiri kreatif.
Minat Sosial
Konsep merujuk kepada potensi dalaman individu untuk bekerjasama dengan orang
lain bagi mencapai matlamat peribadi dan masyarakat (Ansbacher dan Ausbacher,1956).
Adler mempercayai hidup bersama orang lain ataupun bermasyarakat merupakan perkara
utama yang harus dicapai dalam kehidupan.
Tahap penyesuaian sosial merupakan sebahagian gaya hidup seseoarang
mempengaruhi cara-cara kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler,
seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding dengan unsur-unsur biologi. Potensi
minat sosial terdapat dalam diri setiap individu. Untuk membangkitkan dan melebarkan
minat sosial yang sedia ada dalam diri individu ia bergantung kepada pengalaman sosial
semasa kana-kanak.
Awal kehidupan manusia tidak hidup bersendirian. Seseorang manusia mempunyai
keluarga,puak ataupun kaum dan yang seterunya ialah negeri ataupun negara. Ahli
komuniti bergantung kepada ahli-ahli yang lain bagi tijuan keselamatan dan kehidupan.
Tujuan tersebut menuntut seseorang individu supaya memberi kerjasama dan
membenarkan individu mengamalkan minat sosial yang dipunyai untuk menerima dan
mencapai matlamat diri dan komuniti.
Adler telah menegaskan bahawa perlunya dipupuk hubungan yang baik diantara si
ibu dengan si anak yang baru dilahirkan. Begiti juga dengan hubungan yang konstruktif
mengenai kanak-kanak dengan ahli keluarga dan guru-guru ataupun penjaganya.Ibu
adalah orang yang pertama berhubung dengan bayi dan boleh mempengaruhi serta
mempertingkatkan minat sosial ataupun merencatkan minat tersebut.
Walaubagaimanapun, proses ini bergantung kepada cara bayi menginterprestasikan
tingkah laku ibu mereka. Kaedah ini mengingatkan kita kepada konsep kendiri kreatifyang
kita huraikan.
Perasaan Inferrior dan Pampasan

Inferioriti merupakan salahsatu istilah psikologi yang berasal daripada kaedahkaedah yang diperkenalkan oleh Alfred Adler untuk mendalami aspek personality
manusia. Adler percaya bahawa perasaan inferiority sentiasa wujud dan memberi
motivasi kepada perkembangan personality manusia. Inferioriti merupakan perkara
umum yang berlaku dikalangan manusia yang tidak menunjukkan tanda kelemahan dan
abnormal kepada seseorang individu. Perasaan inferiority juga merupakan sumber kepada
perjuangan manusia dan mewarnakan keseluruhan tingkah laku individu. Perkembangan
individu merupakan hasil daripada usaha kita untuk mengimbangi perasaan inferioriti.
Proses inferioriti bermula sejak bayi lagi. Bayi kecil ( fizikalnya ) adalah
bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.Seorang bayi
mula menyedari kekuatan yang dipunyai oleh penjaga mereka disamping kelemahan
yang menghantui dirinya.Adalah sukar bagi seorang bayi untuk mencabar sumber
kekuasaan orang dewasa.Kesannya, seseorang bayi mula mengembangkan perasaan
inferioriti yang relatifnya bergantung kepada kekuatan orang dewasa yang ada
disekelilingnya.
Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara
genetic. Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti
bukan sahaja merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi
juga merupakan satu bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian
hari .
Kadang kala proses inferioriti tidak berlaku dengan begitu mudah seperti yang
diterangkan. Terdapat beberapa masalah bagi seseorang bayi yang tidak berjaya
mengimbangi masalah inferioriti tentang dirinya sendiri. Kegagalan untun mengimbangi
perasaan inferioriti menghasilkan inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks merupakan
seseorang yang mempunyai pandangan yang sempit terhadap dirinya sendiri dan sukar
untuk menyahut cabaran kehidupan,tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah
kehidupan. Menurut Adler, inferioriti kompleks bermula melalui tiga cara :
a. Inferioriti Organik
Disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada struktur fizikal seseorang yang
mengalami kecacatan. Biasanya individu yang mengalami kecacatan fizikal akan
bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kecacatan fizikal bukanlah penyebab
kepada kegagalan termasuklah mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, aktivis
masyarakat ataupun penghibur .

b. Kemanjaan ataupun tabiat buruk


Kanak-kanak mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan yang dikatakan
menjadi pusat perhatian di rumah. Semua kehendak mereka diikuti oleh orang dewasa,
hanya sedikit sahaja kehendak yang tidak dilayan. Akibatnya golongan ini merasakan
mereka merupakan individu penting dalam sebarang situasi.
Mereka beranggapan bahawa orang lain yang ada disekeliling mereka memberi
perhatian yang sepenuhnya kepada mereka. Masalah inferioriti kompleks mula timbul di
sekolah ( mungkin pada hari pertama persekolahan ). Apabila kanak-kanak tersebut tidak
lagi menjadi pusat perhatian utama seperti di rumah, situasi ini merupakan suatu kejutan
yang tidak disangkakan oleh kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut tidak

bersedia lagi untuk menerima keadaan ini.


Kanak-kanak yang mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan seperti
mempunyai perasaan sosial yang minima. Kana-kanak tidak sabar dalam menghadapi
sesuatu masalah ataupun desakan apabila berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti
kata lain, mereka tidak mahu belajar untuk bersabar bagi mendapatkan sesuatu yang
mereka mahu.
Kanak-kanak yang tidak belajar cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
ataupun menyesuaikan diri dengan kehendak orang lain lain. Apabila berhadapan dengan
suasana ini, dalam konteks penghargaan diri kanak-kanak mempunyai sifat kemanjaan
atau tabiat buruk yang merasakan mereka mempunyai beberapa bentuk kekurangan diri
yang menyebabkan mereka seperti terbuang apabila berhadapan dengan masyarakat.
Kesannya inferioriti kompleks akan terbentuk.
c. Kanak-kanak yang tidak diterima
Kanak-kanak yang tidak diterima atau dilupakan kehadiran mereka akan mudah
membentuk inferioriti kompleks dalam diri mereka. Kehidupan semasa bayi dan kanakkanak diwatakkan oleh kekurangan kasih saying dan keselamatan kerana ibu bapa kerana
ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepenuhnya. Akhirnya kanak-kanak tersebut
akan merasakan dirinya tidak berguna,pemarah dan tidak mempercayai kepada sesiapa.
Alfred Adler tidak meninggalkan hujah beliau mengenai inferioriti kompleks begitu
sahaja. Sebaliknya beliau mengemukakan konsep superiority kompleks. Konsep ini
merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengendalikan dirinya sama ada dalam
bentuk dalaman ataupun luaran .
Superioriti
Konsep asas adalah dikatakan sangat penting dalam teori personaliti yang
dikemukakan oleh Alfred Adler. Superioriti ini merupakan hala tuju atau cita-cita yang
hendak dicapai dalam kehidupan kita. Ianya bukan bermaksud satu usaha yang
menandingi orang lain dan ianya tidak merujuk ataupun menunjukkan perkaitan lansung
dengan konsep superiority kompleks. Superioriti bukannya memberi implikasi seseorang
itu berusaha untuk mendominasikan orang lain dari segi idea ataupun kebolehan yang
bertujuan menonojolkan diri. Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Adler mengenai istilah
superioriti tersebut ?
Menurut Adler, istilah superioriti ataupun kesempurnaan berasal daripada istilah
Latin yang bermaksud lengkap ataupun selesai. Jadi beruasaha kearah kesempurnaan
bermaksud berikhtiar untuk melengkapkan diri secara keseluruhannya. Tujuan kehidupan
manusia dalam mengejar dan mencapai keseluruhan potensi diri dan melengkapkan diri
kita dengan potensi-potensi tersebut.
Tujuan murni ini menorientasikan sikap dan tingkah laku kearah masa depan.
Harapan kita pada masa hadapan ialah memotivasikan manusia.Hanya cita-cita manusia
untuk mencapai superiority ataupun kesempurnaan mampu dan berupaya menerangkan
dengan lebih panjang lebar mengenai tingkah laku dan sikap seseorang. Bertentangan
dengan huraian oleh Sigmund Freud telah menegaskan tingkah laku dan sikap manusia

dipengaruhi dan ditentukan masa yang lalu. Masa yang yang dimaksudkan ialah
pengalaman pada zaman kanak-kanak.
Fictional Finalism
Alfred Adler telah menghuraikan dengan lebih mendalam konsep superiority
ataupun kesempurnaan. Ia telah memperkenalkan istilah dan konsep Fictional Finalism.
Tujuannya ialah ingin mencapai bentuk-bentuk potensi bukannya sesuatu yang reality dan
dipercayai sepenuhnya. Hala tuju merupakan bayangan semata-mata dan ianya sukar
bagi diri kita ataupun orang lain yang mengujinya. Hala tuju bersifat subjektif iaitu
kehidupan manusia berpaksikan idea-idea yang terdapat dalam fictional finalism.
Manusia pada asasnya membina dan mengikuti idea-idea tersebut. Kepercayaan
kepada cita-cita sebegini bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi orang lain.
Umpamanya seseorang manusia mempercayai ada syurga, oleh itu mereka bertindak dan
bertingkah laku serta berfikir kearah idea dan kepercayaan tersebut.
Menurut Alfred Adler, kepercayaan kewujudan syurga bukanlah sesuatu yang
reality. Namun begitu, bagi mereka kepercayaan tersebut merupakan sesuatu perkara
yang pasti dan tidak dapat dapat dipertikaikan. Kehidupan manusia yang sebenar
dilingkungi oleh tujuan-tujuan dan kepercayaan yang mempunyai cirri-ciri fiksyen. Fiksyen
yang utama ialah dominant dalam diri seseorang individu. Konsep atau pun fiksyen
mengenai ketuhanan merupakan contoh utama yang dipegang oleh Alfrd Adler dalam
menghuraikan konsep fictional finalism.

PUNCA MASALAH MENURUT AFRED ADLER


Adler tidak mengganggap seseorang individu (klien) bermasalah apatah lagi sakit
mental tetapi
i)

Kekurangan galakan dan matlamat tentang cara mendapat kesejahteraan


hidup
Seseorang individu akan mengalami masalah dalam hidupnya apabila dia tidak
dapat menentukan cara dan kaedah tertentu sebagai panduan untuk mencapai
kesejahteraan hidupnya. Oleh itu, individu tersebut amat memerlukan segala
unsure yang boleh mengalakkan bagi mengubahsuaikan persepsi yang silap
terhadap pandangan gaya hidupnya. Seterusnya dapat menguntungkan dirinya
dalam masyarakat bagi memupuk minat sosial.

ii)

Wujud matlamat yang salah dalam diri individu


Matlamat yang salah dalam diri individu perlu diterokai bagi mengenalpasti segala
andaian yang tersilap terhadap dirinya. Ini kerana andaian-andaian yang salah
menyebabkan individu salah meletak matlamat dan boleh merosakan dirinya.

Oleh itu ia memerlukan kepada pendidikan, tunjuk ajar, maklumat dan galakan
agar perasaan rendah diri diperbetulkan.

iii)

Perasaan rendah diri yang keterlaluan di samping


masyarakat
Menurut Adler, perasaan itu wujud sejak kecil lagi kerana seseorang individu lahir
dalam serba kekurangan dibandingkan dengan orang disekitarnya. Namun
seseorang individu sentiasa bergerak ke arah sesuatu matlamat tertentu untuk
mencapai keunggulan diri. Apa yang dimaksudkan dengan keunggulan diri bukan
semata-mata untuk kepentingan diri tetapi bahkan sentiasaan bergerak untuk
mendapatkan perasaan kekitaan dengan mesyarakat.

PROSES YANG DILALUI


Terdapat beberapa peringkat proses yang perlu dilalui semasa sesi kaunseling. Antaranya
ialah :

Mengalakkan minat sosial.


Menolong klien mengatasi perasaan rendah diri.
Mengubah pandangan dan matlamat klien atau mengubah cara hidup sebelumnya.
Mengubah dorongan yang salah.
Membantu dan menolong klien merasakan dirinya sama dengan orang lain.
Menolong klien menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Adler, proses terapi ini mirip kepada penerokaan matlamat salah yang
wujud dalam diri klien itu sendiri, di samping mengenal pasti semua andaian yang tersilap
yang wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada beberapa unsur yang
penting iaitu:
a. Pendidikan
b. Tunjuk ajar
c. Memberi matlamat dan
d. Memberi galakkan kepada klien yang merasa rendah diri
Selain itu, proses terapi ini juga bertujuan untuk mewujudkan gaya hidupyang
lebih sejahtera iaitu dengan menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan
yang setaraf dengan ahli keluarga yang lain.
Sehubungan dengqn itujuga, proses terapi ini memberi perhatian kepada
beberapa aspek yang dianggap penting dalam usaha kita untuk memulihkan diri
seorang klien. Antara aspek yang diangap penting itu ialah:
a. Perhubungan perlu wujud perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan
klien agar segala permasalahan yang dialami oleh klien dapat diselesaikan
dengan baik.
b. Analisis iaitu kaunselor mengenal pasti sejauh mana diri klien dipengaruhi
oleh gaya hidupnya.
c. Wawasan mentafs perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan pada
diri klien.

d. Orientasi mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang


bernas untuk klien.

MATLAMAT TERAPI DAN KAUNSELING MENURUT


ALFRED ADLER
1. Mengatasi Perasaan Rendah Diri
Perasaan rendah diri akan mendorong individu untuk lebih berusaha
mengatasinya bagi mencapai rasa superiority dan kesempurnaan. Ia menumpukan
perhatiannya kepada inferioriti anggota. Selain itu ia juga telah memasukkan
perasaan inferior yang muncul lantaran psikologi,sosial dan fizikal ke dalam
konsep inferioriti ini.
2. Berusaha Kearah Superioriti
Alfred berpendapat manusia agresif semasa bertindak untuk mencapai
matlamat hidupnya. Adler telah mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai
kedudukan yang tertinggi bagi menjadi pemimpin dan sebagainya.
3. Mendidik Klien Untuk Bersosial
Minat bersosial perlu dipupuk dalam diri seseoarang klien sejak lahir lagi.
Minat untuk bermasyarakat ini wujud bukan sahaja sekadar untuk memenuhi
hasrat untuk bermasyarakat.
4. Membantu Klien Untuk Berfikir Dengan Matang Dan berkualit
Berfikiran matang dapat menjadikan komponen personality yang teragung
bagi seseorang klien. Berfikiran matang dan berkualiti ini terdapat diantara
ransangan yang bertindak balas keatas individu (organisma ) dan gerak balas
yang dilakukannya .
5. Gaya Hidup
Setiap individu akan berusaha ke arah memaksimakan potensi atau
keupayaannya,bakatnya dan sebagainya yang ada pada diri seseorang klien.Tidak
ada seoarang pun individu yang akan mempunyai gaya hidup yang sama dengan
orang lain.Kaunselor juga akan membantu seseorang klien untuk mewujudkan
gaya hidup yang lebih sejahtera.
6. Menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf
dengan ahli lain dalam masyarakatnya

Perhubungan mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor


dengan klien.

Analisis mengenal pasti sejauhmana klien dipengaruhi oleh gaya hidup


serta matlamat hidupnya.

Wawasan mentafsir wawasan yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan.

Orientasi mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang


bernas untuk klien.
7. Mewujudkan perhubungan melalui empati.

8. Membantu klien untukmemahami kepercayaannya,motivasinya dan


matlamat yang telah menentukan gaya hidupnya.
9. Meneroka dan mentafsir huraian serta laporan yang diberikan oleh klien
agar klien celik akal.
10. Klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya
tida kena, mengapa tingakah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya
hidunya tidak wajar.

KESIMPULAN
Afred Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai Adlerian membawa beberapa
konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama
terhadap keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh
kesedaran dan realiti yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengruhi oleh
faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya
pada zaman kanak-kanak dahulu.
Sebaliknya, perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan dan
perjuangan manusia. Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut adalah
akibat daripada sikap tidak mahu menolong dan pergantungan semasa seseorang itu
masih kanak-kanak. Kehidupan seseorang individu berlandaskan kepada matlamat yang
tertentu. Beliau menamakan matlamat sebagai Superioriti ataupun kesempurnaan.
Manakala Fictional Finalism merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen
yang terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan.
Begitulah seterusnya idea beliau berkenaan gaya hidup yang mana ia akan dipengaruhi
oleh oder kelahiran iaitu beliau

2. Teori-Teori Kaunseling
- TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) Pengenalan
Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau
teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan
(humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom
Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukanarahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatanpendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang
mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan
berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang.
Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk
nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis
dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers

semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia


itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai
keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta
menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa
campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian
bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika
mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi.
Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara
klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi
kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan
yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan
selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.
Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan
psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan
pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun
1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam
tahun 1962.
Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan
minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan
pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah
mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan
juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak
kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan
teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.
2.0 Latar Belakang Tokoh
Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois
Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik
beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Keduadua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers
mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada
mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat.
Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.
Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar.
Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan
seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah.
Beliau sangat sensitif orangnya.
Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi
pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti
itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk
rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student
Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya
dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah
kedoktorannya pada tahun 1931.
Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau

mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak


dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensiagensi kepada Child Study Department of the Society for the
Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi
pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia
menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945
sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling
Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke
University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western
Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun 1968
sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di
Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa
buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and
Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a
Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).
Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau
merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American
Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi
American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946 1947 .
Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987
ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang
punggung yang patah akibat satu kemalangan.
3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia
Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan
yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia
boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan
percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan
dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia
itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi
atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa
manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran,
dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa
manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan
dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi
peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaankeadaan yang sesuai.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan
membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan
bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang
membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada
manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai,
bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif
yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud
akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan

penerimaan.
Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti :
1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan
interaksi kita dengan orang-orang lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan
konsep kendirinya.
3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara
konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu
akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.
Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat
positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup
dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan
untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan
sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya.
Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya
menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan
atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia
akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa
sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang
dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar
manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang
lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap
mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan
terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya
merupakan realiti baginya.
Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara
positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;
1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat
3. Kefahaman yang mendalam
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di
dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati
sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk
menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.
4.0 Matlamat Terapi
Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan
Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau
dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk
mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu
itu.
Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses
perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah

masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.


Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien
haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang
selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya
berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat
beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu
sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling :
i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang
sebenar, tanpa mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan
struktur kendiri seseorang itu. Klien tidak lagi bimbang atau takut
untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri
baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan
dapat terus berkembang.
ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin
yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta
dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima
dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula
mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan
mengarah hidupnya.
iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya
sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian
kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu perlu juga
mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat
inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui
inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat
membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.
iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di
dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami
peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran
dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap
positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia membuat
ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamatmatlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada
orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah
berupaya menuju ke arah matlamat baru.
5.0 Teknik Pemusatan Insan
Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan
mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk
berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah
kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan
teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman
klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai
boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang

menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.


Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien
dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam
perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang
mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang
fasilatatif iaitu :
i. Ketulenan sebenar atau kongruen
ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik
iii. Mempunyai kefahaman empati
Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan
yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan
peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui
kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan
kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah
mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan
ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982),
satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan
dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab
pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor.
Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan
beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori
ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari
semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta
tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan,
dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti.
Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia
fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat
kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri.
Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif
ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan
dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus
mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.
Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu
normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh
kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima kliennya tanpa
syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan
sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling.
Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur,
mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan
untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien
bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan
dialaminya masa kini dan pada ketika itu.
Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara
kaunselor dan klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor
dan klien terlibat secara langsung di dalam proses berkembang untuk

menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak


dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien
juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan
kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).
Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :
5.1 Penerimaan Tanpa Syarat
Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima
klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau
perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain,
kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan
apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa
prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga
sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya
yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang
terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai
kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding)
hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik
batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa
ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya
persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses
perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang
ancaman.
5.2 Empati
Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti
perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien
daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk
klien.
Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman
empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia
subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu
sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui
gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami
dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan
mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya
dari realiti yang sebenar.
5.3 Ketulenan
Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang
menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi
sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya
menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak

dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.


Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekatsekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang
dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian
ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk
juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan
dan pengalamannya.
5.4 Aktif Mendengar dan berfikir
Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi
kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah
diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau
bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap
membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang
apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga
sebab iaitu ;
a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh
kliennya
b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar
c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa
kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap
lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan
yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983)
menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor
bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah
parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.
5.4.1 Parafrasa
Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang
telah
dikatakan oleh klien seperti;
apa yang saya faham
dengan kata lain
Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu
yang penting kepadanya.
5.4.2 Penjelasan
Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan
penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan
yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara
berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.
5.4.3 Maklum Balas
Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang
untuk kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk

menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka


apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.
5.5 Kongruen
Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika
kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia
menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen.
Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia
kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.
5.6 Mendengar untuk merasa
Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam
terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada
klien. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang
merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer &
Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam
sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;
perasaan kamu sekarang
jika apa yang saya dengar ini betul
5.7 Mendengar dengan empati
Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa
walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga
membantunya. Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana
kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh
mengurangkan kerisauan klien.

5.8 Menghormati
Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan
penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap
perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi
dengan orang lain secara sama rata.
5.9 Penerimaan yang mesra
Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan
menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh
menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian
untuk mendengar.

5.10 Konfrontasi
Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang
individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap
dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi,
tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan
untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya
menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.
5.0 Peranan Kaunselor
Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah
berperanan seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);
a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan
seseorang klien. Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik
iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat
menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan
mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya. Oleh itu klien
dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus
menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha
mengenali masalahnya.
b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada
dalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak
kongruen. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan
tidak beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor harus berempati
bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien.
c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia
dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama
mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan
mengatasinya.
d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi
sebagai cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan
masalahnya dengan jelas.
Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di
atas, haruslah wujud:
a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara
kaunselor dengan klien
b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di
dalam keadaan tidak kongruen
c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang
prasangka dan anggapan
d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang
dirasai dan dialami oleh klien
e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka

f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit,
sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor
6.0 Peranan Klien
Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak
terlepas memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah
seperti:
a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat
kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan
atau disuruh oleh orang lain
b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan
perasaan dan fikiran
c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa
diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan
menjelajah diri
e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien
sendiri
f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor
hanya bertindak membantu klien dalam membuat pilihan
g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari
matlamat baru
7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling
Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia
menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian
kerana teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah
berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai
untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori
ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.
8.0 Kekuatan Terapi
Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai
ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu
antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah :
a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor
dengan klien
b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta
kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi
mewujudkan perhubungan
c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam
hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

9.0 Limitasi Teori


Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga
mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;
a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang
tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.
b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan
hubungan kaunselor dengan klien
c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan
diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

10.0 Kesimpulan
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan
oleh Rogers melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang
keupayaan dan kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah
nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan
maruah dan darjat kepada manusia, yang akan berusaha
mencerminkan kepercayaan sedemikian.
Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikapsikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan
menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa
syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata
dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran,
keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana
melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi
contoh atau model yang berguna bagi orang lain.
Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien
akan lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana
dia yakin bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi
nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai mengancam dirinya.
Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsepkonsep yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula
dapat diukur dengan mudah, kerana ianya bersifat konsep yang
abstrak.
Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang
tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran
kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan
tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulankesimpulan yang juga tidak tepat.

Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling


akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun
kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang
tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk
meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra di
antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor
merupakan orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab
serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya.
- TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPITokoh Teori
Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau
dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini
terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang
dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk
pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah
menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah
laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu
beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori
tingkah laku kognitif.
Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami
gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk
menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang
bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau
mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling.
Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan
seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian
secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa
terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang
lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani
pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi
berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan
daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional,
klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal
dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri
seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya
aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan
bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy dan
bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku
berjudul A Guide to Rational Living.

Pendekatan Teori
RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu
teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain
terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan
lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek
utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi
penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan
membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada
kepercayaan yang tidak rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan
yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan
supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional.
Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang
mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang
membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan
satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan
pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah
yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi
pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan
tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai
satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagaibagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang
memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai
keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak
rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan
kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula
hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan
utama RET iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa
berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan;
dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya
dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis
seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Womans Guide To
Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive
Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya,
kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis
menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah
berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional

mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam


kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.
Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya
Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu
menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi
Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe.
Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan
pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: When people emote
they also think and act. When they act, they also think and emote.
When they think, they also emote and act. To understand self-defeating
behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives
and acts.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak
boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan
kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan
pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan Cristiani
(1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai
penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah
laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan
seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan
menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET
juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa
kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi
mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk
berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah
mereka pelajari.
Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET
berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan
keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia
berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir,
menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan
orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga
berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak
sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu
menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan
pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat
membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri
setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat


andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh
pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran
terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia
juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan
rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang
menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah
disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri
individu itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses
kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk
bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang
normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya
terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang
minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang
dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan
kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir
supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya
manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia
menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem
kepercayaan mereka.
Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk
berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang
individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk
berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka
individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap
peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga
sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat
sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor
perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan
individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya
memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu
sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan
kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau
dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang
pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu
mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting
atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia
seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu

juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan


kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan
menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa
lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup
seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah
yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.
Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat
kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan
masalah kepada kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia
perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau
tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkara-perkara
yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu
memikirkannya dan akan risau tentangnya.
Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan
fikiran berlaku maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah
dinyatakan oleh Ellis iaitu A ialah penggerak pengalaman activating
experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami
oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula adalah
sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief
system. Misalnya, saya tidak kelihatan cantik atau hodoh. Manakala
C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas
A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak
bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar,
mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak
rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi
yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang
menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya. Dan
akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem
kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya
rasa gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah
seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi
adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak
rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini
menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu
dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Dari
perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana
memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan
ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga
terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha
klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran.
Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak
dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak

produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan


hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk
mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan
emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak
realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran
yang logik, matang dan realistik. Persoalannya, bagaimanakah
emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang
individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang
mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayatayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat
kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya
berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia
yang paling bodoh
Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam
diri seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal
berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan
inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar klien tersebut dapat
merasionalkan dirinya dalam menghapuskan fahaman-fahaman dan
kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.

Teori pengajaran tingkahlaku


Edit 0 33
Teori pengajaran tingkahlaku
Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan mengkaji
tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini
melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini
juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk
merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk
bagaimana murid belajar.
Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman
(Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin,
2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya.
Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang
berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon
berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang
terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan
tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan
oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori
ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi
atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.
Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran
ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi

Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu
disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek
tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran
mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing
dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat
dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran
Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson,
Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau
menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya
menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor
anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati
bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam
mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik
adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim.
Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang
dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil
sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya
lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan
melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang
tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda
menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda
mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini.
Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman
klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al.
1996sm. 225)
Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh
dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak
lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak
menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi apabila satu bunyi
yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert menjadi takut dan
mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi
pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan dan jenis gerak balas yang akan
dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.
TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)
Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh idea dan
pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam terhadap system
pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap pengurusan perniagaan
(Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam proses pembelajaran, teori dan
konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman Operan dimana teori ini telah

diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu tindak balas yang
beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang menjadi
instrumen dalam menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad Saleh
Lebar, 1999).
EKSPERIMEN SKINNER
Kebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang ( Skinner

misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi organisma apabila
dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada
proses kognitif.
Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun
tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep
berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan
apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran
melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu
gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen
tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini Skinner
telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan 'programmed
instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori ini. Sebagai contoh
dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi murid yang menjawab
soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah
atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan murid tersebut belajar. Murid yang
terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.
Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai gerak
balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul
Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak
diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam Teori
Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.
Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada
organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian
berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan
bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya
sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan
bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya
sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi
menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap
oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi
balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya
berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan
yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu
yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh,
seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan
untuk mendapatkan pujian.
Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang
menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan,
Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman
persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment)

3.

Teori Behaviorisme
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam
diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh
setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara
pembelajaran dengan tumbersaran kerana kedua-duanya saling berkaitan. Ahli Behaviorisme juga
menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur

(Suppiah Nachiappan, 2008).

Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan manusia atau
haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih melihat kepada perubahan tingkah
laku manusia sedia ada terhadap sesuatu rangsangan luar yang boleh membawa kepada perubahan
tingkah laku, sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Rangsangan yang diberikan juga
mungkin boleh menukar perubahan tingkah laku menjadi lebih buruk jika pendekatan yang diberikan
tidak tepat.
Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku yang kurang baik
yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk kekerasan seperti desakan atau
pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan untuk melakukan kesalahan seperti pembohongan
apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng kelas atau ponteng sekolah. Walaupun
masalah sebenar adalah kerana kurang minat terhadap sesuatu matapelajaran di sekolah. Tujuannya
adalah untuk menyelamatkan diri dari dikenakan hukuman oleh guru.
Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik
Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut Thorndike (dalam
Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan konsep pembelajaran manusia dikawal oleh hukum
pembelajaran yang terdiri daripada hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum ini
ditafsirkan oleh beliau melalui pengkajian beliau terhadap seekor kucing yang lapar dan cuba untuk
mendapatkan makanan di luar sangkarnya. Kucing tersebut menggunakan teknik cuba jaya dan
mengulanginya apabila berjaya. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan
stimuli atau ransangan dan respon atau tindak balas.
Dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa pelajar perlu
mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi memudahkan mereka
memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah dimana pelajar telah pun mendapat
pendedahan awal seperti pernah menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat tugasan atau
bermain dengan permainan komputer. Hukum kesediaan menyatakan bahawa pelajar perlu
mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan tidak dikategorikan sebagai
paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.
Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan pemikiran (Suppiah Nachiappan,
2008).

Biodata pengasas
Edward Lee Thorndike

Nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike


Dilahirkan di Williamsburg, Mass
Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan 1895 dan mendapat Sarjana di
Universiti Harvard pada tahun 1896
Edward Lee Thorndike mendapat P.H.D pada tahun 1898 dari Columbia.
Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi
Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology 1903, Mental
and Social Measurements 1904 dan Animal Intelligence 1911
Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western Reserve
University.
Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu
pada tahun 1898
Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2.
Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the Advancement Of
Science pada tahun 1934.
Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi
latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika diulang-ulang.
Disini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang. Sebagai contoh setelah teknik
atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih baik. Pertama dengan menggunakan kaedah
visual seperti peta minda dan kemudiannya menghafal. Tambahan lagi kini, penggunaan ICT yang
memudahkan dapat mempercepatkan proses pemahaman setiap pelajar kerana kepelbagaian pelajar
yang unik membawa kepada penerimaan gaya belajar yang berbeza. Secara tidak langsung pelajar
akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku
akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap.
Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat sesuatu tindak
balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi. Mengikut hukum kesan, setelah
sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan kepuasan seperti mendapat pujian, ia akan diulang
tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan seperti ditampar oleh ibu, tingkah laku itu akan lenyap. Hukum
kesan menyatakan jika satu tindakan yang mengalami perubahan mendatangkan keseronokan
kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi akan meningkat dan begitulah sebaliknhya.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) lagi pendekatan seperti yang dinyatakan
olehnya boleh digunapakai oleh guru bagi merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Antara strategi tersebut adalah :
a) Guru sentiasa perlu menilai aspek kesediaan pelajar iaitu kesediaan psikomotor.
b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian computer dan
tayangan video untuk
menwujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon yang
betul.
d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria, bersih,
tersusun, selesa dan
harmoni.
.
APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK
PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG MINAT MURID
DALAM MATEMATIK

Prinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner.
Prinsip ini sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini
boleh menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak
disukai. Menurut Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang
kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack yang juga dikenali sebagai
Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar rehat selepas kamu
habiskan latihan Matematik ini ( Suppiah & etc).
Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam

kelas dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu
murid-murid yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang
diajar oleh guru. Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak membuat bising tetapi mereka hanya akan
berangan dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh murid dalam
kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada murid tentang mata
pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah yang akan timbul dikalangan
murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru mengenal pasti minat mereka kerana
tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh melihat kepada isu semasa atau
minat dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini remaja pada masa kini lebih cenderung
kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan era moden. Menurut Hamisan dalam kajiannya
menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada golongan murid di mana muzik menjadi
pilihan berhibur utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh
mengaplikasikan ke dalam suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan
pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur, tenang dan
tidak tertekan.
Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik. Sebelum
menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan memberikan peluang mereka
menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Lagu yang dipilih hendaklah sesuai
dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh mencipta atau mencari lagu yang
berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu topik sepeluh iaitu poligon
untuk mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh memuat turun lagu yang bertajuk
mengira isipadu dan menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas. Lagu ini adalah lagu yang di
olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu bapaku pulang. Lirik lagu ini ditukar kepada formula untuk
mengira isipadu dan topik yang terdapat dalam matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru
perlu mengajar seperti biasa dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka
menyelesaikan masalah matematik tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan menyediakan
lagu hafalan formula.
Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan pengajaran
matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan, prestasi dan boleh
membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah mengajar
bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan objektif utama sistem
pendidikan.
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM MATAPELAJARAN
PERDAGANGAN
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Teori Pembelajaran Behaviorisma telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan


kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori
pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku.
Mengikut pendekatan teori pengajaran tingkah laku ini, perasaan, pemikiran dan
kepercayaan adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari (Hyman 1997). Melalui
pendekatan ini tingkah laku dibentuk melalui pengalaman. Oleh itu untuk membentuk

tingkah laku pelajar ialah dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran pelajar melalui
unsur-unsur nasihat dan perbincangan. Dengan memahami pelajar yang bermasalah
disiplin, pembentukan tingkah laku dapat dilakukan. Tingkah laku bermasalah ataupun
tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik
(Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983). Dengan
beranggapan semua tingkah laku boleh dipelajari, guru berperanan penting untuk
membantu pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah laku
yang positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran pula berlaku setelah melalui
prinsip-prinsip peneguhan dan dendaan. Pendekatan ini melihat peneguhan sebagai
pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. Di samping itu tingkah laku, pemikiran,
dan perasaan dapat diukur, diramal dan dikawal. Mereka menambah bahawa tingkah laku
dapat dimodifikasi dengan cara peneguhan yang sistematik, menarik keluar peneguhan,
mengenakan dendaan dan mendesak secara rasional. Ini dapat melahirkan tingkah laku
yang
dikehendaki.
IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TINGKAHLAKU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Teori Pengajaran Tingkahlaku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkahlaku
seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal tingkah laku
pelajarnya.
Contohnya: Guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau ganjaran
kepada pelajar terutamnya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan yang
diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut sebelum dan selepas
diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal tingkahlaku pelajar
itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut pada kelas yang
seterusnya.
2.Proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kawalan kelas amat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh
itu, kaedah peneguhan positif dalam Teori Operan Skinner boleh diaplikasikan dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh peneguhan positif ialah kata-kata
pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya.
Setiap kali pelajar menjawab soalan atau menunjukkan perubahan tingkahlaku, guru boleh
memberi ganjaran kepada pelajar tersebut. Contohnya, pelajar cuba menjawab soalan yang
diajukan, guru boleh memberi pujian kepada pelajar yang memberikan jawapan yang betul.
Manakala pelajar yang memberikan jawapan yang salah, guru boleh memberikan kata-kata
semangat supaya pelajar tersebut tidak berputus asa.
Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara berterusan,berkala tetap, berkala
berubah, berkala nisbah tetap ataupun secara berkala nisbah berubah.
3. Meningkatkan minat pelajar.
Guru perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
Guru perlu memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk
meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran.
Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya, Azmi
telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi guru boleh
memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal ini akan

menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha untuk menyiapkan
latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata
pujian daripada guru.
__
Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada empat, salah satu daripadanya ialah, Teori
Pelaziman Klasik.
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat
daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan
satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.
Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan
menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul kesan daripada rangsangan
manakala rangsangan pula ialah tenaga yang menghasiklkan gerak balas (Pavlov, 1894).
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan
cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan
ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.
Teori Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas
terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil
yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
Kamarudin Hj. Husin di dalam buku Psikologi Bilik Darjah (1997) menjelaskan bahawa penggunaan
kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan
terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh
dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak
balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid
mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan
berterusan. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat galakan untuk belajar subjek Sejarah dengan
tekun, maka sudah pasti pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan
rangsangan itu.
Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada pelajar. Hal ini
kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu
tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu
sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan rangsangan dan peneguhan kepada
murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses
penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik.
-Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.
-Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.


-Objektif hendaklah khusus.
-Satu objektif bagi satu langkah kecil.
3. Buat analisis tugasan.
-Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.
4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat.
-Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran.
-Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.
-Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah
seterusnya.
5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.
-Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku.
-Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.
-Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah
-Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah
6. Aplikasi hukum kesediaan.
-Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada.
-Sediakan situasi yang merangsangkan.
-Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan.


-Banyakkan pengulangan dan latih tubi.
-Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.
8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.
-Adakan aktiviti pengukuhan.
-Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai.
-Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.
9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.
-Amalan rutin belajar.
-Amalan rutin keceriaan.
-Peraturan bilik darjah yang positif.
-Amalan dinamika kumpulan.

4. TEORI-TEORI KAUNSELING - TERAPI REALITI


TERAPI REALITI
4.1 PENGENALAN
Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam
kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis
di California dalam tahun 1965. realiti adalah selari. Terapi realiti
adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada
cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan
dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian dalaman

internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa


manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan
bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan
bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan
bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal
secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha
menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip
teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang
menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku
secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling
dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk
memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang
mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam
ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan
pemikiran.
Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan
kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam
usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk
terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru, dan juga
sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika
perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwaperistiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang
dipolopori oleh teori psikoanalisis.
Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan
suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan
psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah
laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling
individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling
keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan
perkembangan serta kemajuan masyarakat.
4.2 Latar Belakang Tokoh
William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau
dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau
merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya.
Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang
mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat
bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika
berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam
bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat
tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical
Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis untuk
mendapatkan PhDnya telah ditolak. Semasa berumur 28 tahun(1953),

Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang sama.


Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura
School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan
California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar
peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961, Glasser
menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental
Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah
memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan programprogram yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi
digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya
yang bertajuk Reality Therapy : A Realistic Approach To The Young
Offender dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal
bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah
diterbitkan.
Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti
terapinya dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya
telah dimuatkan ke dalam bukunya yang ketiga iaitu Schools Without
Failure(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah mengasaskan
penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini
menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli
fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam,
hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970,
William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La
Verne di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus
kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.
Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan
teori kawalan (Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku
dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh dari luar hanyalah
maklumat (information). Bukunya yang bertajuk Stations of the
mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our
Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan
bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.
Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity
Society(1972), Positive Addiction(1976), Control Theory In The
Claaroom(1986), The Quality School :Managing Students Without
Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993). Glasser juga
sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat
antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.
4.3 Latar Belakang Terapi
Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam
dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu
seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada
ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik.

Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan


suatu pendekatan mengajar yang menekankan kepada penyelesaian
masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani
atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya lagi
terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa
setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau
gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti
berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada
menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia.
Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan
menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai
orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan
bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku
yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan
seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah
membina identiti individu itu ke arah kejayaan.
Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa
perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau
mencadangkan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling
berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang telah dipilihya.
Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat
konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.
Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih
menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a
fulfilments of psychology needs). Secara amya didapati terapi realiti
adalah untuk menyediakan individu dalam susasana yang boleh
membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau
menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan
dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan,
kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok,
crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan
masyarakat.
4.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian Manusia
Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap
kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :
4.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa
dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.
4.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat.
Dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan
psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada
manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi
oleh keinginan untuk kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam
bentuk psikologikal pula, terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti


keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan
bersaing.
c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan
dan keputusan.
d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat,
ketawa, gembira dan lain-lain .
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri
seseorang individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima
oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan
psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta
dan rasa dihargai.
Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan
mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang
keyakinan diri dan cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti
diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan di zaman
kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10 tahun.
Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal
berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan
sebaya. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami
perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-kanak
memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan dari ibu bapa.
Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk
identiti yang kekal.
Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan
terlibat dengan alam persekolahan dan mula memperolehi
pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat ini, kanakkanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah
pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak
belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu
boleh belajar di waktu selepas itu.
4.4.3 Individu mampu menentukan dan mengawal diri
Mengikut Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu masalah
timbul apabila manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap
mereka. Manusia perlu disayangi dan menyayangi, berasa dihargai,
gembira dan mampu mengawal keadaan sekeliling di atas sebab
tertentu. Ee Ah Meng(1989), telah mengatakan bahawa untuk
menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman
jiwa seseorang Glasser menggunakan istilah seperti memuaskan ,
telah maju ,baik dan moral. Menurutnya lagi, bagi memperoleh
harga diri kita perlu mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya
kita telah melakukan kesilapan sebaliknya kita hendaklah memuji diri

kalau melakukan sesuatu yang betul.


Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita
membentuk keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain
dan dengan imej diri sendiri. Kuasa pertumbuhan akan membantu
kita mencapai identiti yang berjaya. Natijahnya, penderitaan peribadi
hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian itu sendiri kerana
individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan tingkah
laku mereka. Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila
menghadapi kekecewaan kehendak diri. Mereka mungkin kehilangan
tujuan sebenar, hilang kebolehan bagi melihat keadaan nyata yang
sebenar.
Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing
individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan
dengan bayangan diri yang dengannya individu itu akan merasa relatif
berhasil atau sebaliknya. Manusia mencakupi pernyataan bahawa
sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya untuk berusaha
mencapai sesuatu identiti keberhasilan. Individu boleh mengubah
cara hidup, perasaan dan tingkah lakunya.Idividu juga mampu
mengubah identitinya. Justeru itu, perubahan identiti bergantung
kepada perubahan tingkah laku.
Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai
dua keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan
wujudlah kekecewaan. Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk
menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk
merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi
Glasser, beliau percaya bahawa kematian merupakan keputusan yang
dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal
kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang
mungkin menyebabkan kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu
membunuh diri dan sakit jiwa.
Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan
identiti seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat:
a. Peringkat lakukan atau buat iaitu orang akan mula untuk
mengerjakan sesuatu. Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk
mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil manapun usaha
permulaan tersebut.
b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada
peringkat ini, pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas
dalam menunjukkan diri dan meningkatkan penampilan diri serta
mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua, berfikiran positif iaitu
berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan
mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal
pembangunan atau perkembangan yang positif secara berterusan.
Ketiga, berfikiran rasional dan tidak rasional. Seseorang itu akan dapat
mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan secara

keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti


dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang
bersesuaian dengan keperluan fizikal.
c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan
merasakan suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta
disayangi oleh orang lain. Seseorang itu juga harus merasakan
kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri.
Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia
akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri,
kemuraman dan kemarahan dan mungkin akan tersingkir dari
masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai
pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu
bukan disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi
dalaman seseorang berpandu kepada keinginannya untuk mencapai
sesuatu.
Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila
menerima kasih sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting
bagi dirinya dan juga orang lain. Beliau juga berpendapat bagi
memperolehi harga diri seseorang itu perlu memperbaiki dirinya
dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri menyebabkan
seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia perlukan kasih
sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.
4.5 Konsep-konsep Utama Terapi Realiti
Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori
kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai
konsep-konsep tertentu. Walau bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri
tertentu. Di antaranya ialah :
Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman
adalah disebabkan pengabaian tanggungjawab. Menurutnya, apabila
individu itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka akan
menyebabkan timbulnya tingkah laku yang bilazim.
Terapi realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan
bukannya perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku
itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien pada
masa kini. Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi
perhatian kerana sejarah yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga
masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.
Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi
individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu
tersebut. Melihat individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan
sebaliknya.

Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada


yang positif atau negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah
mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan menyedarkan individu itu
tentang punca kegagalan pada masa kini.
Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap
bertanggungjawab perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang
masa kehidupan.
Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi
mencapai matlamat dan memenuhi keperluan individu tersebut.
Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep
dalam terapi.. Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada
perasaan klien dalam menilai tingkah lakunya agar dapat menentukan
siapakah yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam
kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah sangat penting.
Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat keperluan
yang diinginkan maka tingkah laku yang ditonjolkan itu merupakan
pemusnah diri.
Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi
realiti menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran
yang istimewa atau latihan mengajar seseorang individu tentang apa
yang sepatutnya dipelajari semasa hidup yang normal pada masa yang
singkat.
Secara menyeluruhnya, terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam
pentadbiran, dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya
telah didokumentasikan dalam beberapa idea termasuk bekerja
bersama pelajar istimewa, konsep kendiri pelajar dan hala tuju diri
pelajar.

4.6 Matlamat Terapi Realiti


Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah
untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan
mengabaikan dunia realiti.
Kottler dan Brown (1996) pula menyatakan terapi ini menggalakkan
klien bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya
ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang berjaya.
Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi
realiti ialah:

Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam


hidupnya.
Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta
sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halanganhalangan yang wujud.
Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam
membuat tindakan dan pemikiran.
Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :
Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu
individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan
mereka dari segi rasa kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan
berseronok.
Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien
meningkatkan kesedaran itu.
Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa tidak kira bagaimana kejam
atau ganas dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada
tingkah laku seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa
kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku
yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepadanya di masa
lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa
dilaksanakannya sekarang
Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :
Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai
autonominya.
Membantu orang-orang dalam menentukan dan memperjelaskan
tujuan-tujuan mereka.
Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat
kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.
Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai
tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuantujuan itu.
Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah
untuk membantu klien menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga
diri menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah. Dalam erti
kata lain, terapi ini membantu klien agar berada dalam situasi yang
rasional.
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan
bahaw matlamat terapi realiti ialah:
Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak
bertanggungjawab dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih
positif.
Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan
klien mengalami kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula
memperolehi sedikit deria kesejahteraan kendiri.

Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab


terhadap tingkah laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila
hajat itu dapat dipenuhi dengan tidak menyakiti diri sendiri mahupun
orang lain.
Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi
realiti. Antaranya ialah :
Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa
bergantung kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk
mencapai autonomi.
Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah
tertentu bagi mencapai matlamat hidupnya.
Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan
berhubung dengan matlamat hidup yang bertanggungjawab dan
realistik serta strategi-strategi yang boleh digunakan bagi mencapai
matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri mesti menentukan apa
yang baik bagi dirinya.

4.7 Proses Kaunseling Dalam Terapi Realiti


Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang
melibatkan beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau
kecindan, perbincangan, penetapan matlamat, menunjukkan (pointing
out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga
prosedur:
i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri
dengan klien secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami
dan menerima klien seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan
yang baik dan memudahkan proses kaunseling kemudiannya.
ii. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku
yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai
individu. Ini memberitahu klien bahawa sikapnya yang tidak disukai
dan bukannya sebagai orang atau individu.
iii. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan
yang lebih baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan
apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya
adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor
mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.
Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan
terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti :
Langkah 1 : Keterlibatan
Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan
klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan

dapat memberikan perhatian kepada klien.


Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan
jangan sampai terperangkap.
Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.Walaupun
tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat,
namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada
tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi
tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih
mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.
Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya
dibincangkan untuk membantu :
- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan
masa kini.
- Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.
- Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa
beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa
tingkah laku semasa dapat diubah.
Langkah 4 : Menilai kendiri
Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor
hanya memberikan perangsang dan panduan.
Langkah 5 : Membuat Pelan
Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkahlangkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan
ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.
Langkah 6 : Komitmen
Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila
klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan
tingkah lakunya maka dia sudah bersedia.
Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasan
Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak
dapat melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien.
Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk
memenuhi
tanggungjawabnya.
Langkah 8 : Hapuskan dendaan
Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah
elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal
menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam
mengubah tingkah laku yang negatif.
Muhd Mansur Abdullah(1993), telah menjelaskan bahawa proses
kaunseling terapi realiti adalah seperti berikut :

Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin


kaunselor terhadap klien.
Pemusatan utama kepada tingkah laku.
Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.
Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan
kendiri, tingkah laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah
kepada pertolongan kaunseling.
Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah
tingkah laku . Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk
bertulis.
Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan
rancangan.
Kaunselor menjelaskan kepada klien bahawa alasan tidak
menyiapkan rancangan tidak boleh diterima.
Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.
4.8 Peranan Kaunselor
Corey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor
adalah seperti berikut :
kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien
secara mesra, empati dan penuh perhatian.
Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina
hubungan yang baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul
untuk proses kaunseling seterusnya.
Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori
kawalan , memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif
semasa sesi kaunseling berjalan.
Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang
anda lakukan mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya?
Sekiranya klien merasakan atau sebaliknya maka kaunselor akan
mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
Membina struktur dan had sesuatu sesi.
Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.
Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang
dapat mengarahkan kepada kejayaan.
Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak
menggalakkan klien memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang
tidak bertanggungjawab.
Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang
ingin dicapai secara realistik.
Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan
untuk mengubah tingkah lakunya.
Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka
dan menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.
E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai

pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah


lakunya sendiri secara realiti. Terapi ini juga berasumsi bahawa klien
mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri dan mendapatkannya
maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab. Kaunselor juga harus
berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya dengan klien
dan mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah
kebahagiaan
Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :
Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.
Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluankeperluan dan nilai-nilainya.
Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih
daripada fikiran dan perasaan klien.
Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.
Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.
Tumpukan pada tingkah laku sekarang.
Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.
Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan
percakapannya.
Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan
kaunselor seperti berikut :
memberikan galakkan kepada klien.
Menumpukan kepada tingkah laku.
Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan
percakapannya.
Wujudkan hubungan yang terbuka.
Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan
itu.
Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.
4..9 Peranan Klien
4.9.1 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku
dan tidak pada perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya
meneliti dan menilai tingkah laku sendiri bagi menentukan adakah
tingkah laku itu membina atau menghalang untuk mencapai matlamat
hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu perasaan
tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.
4.9.2 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi
yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan
menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
4.9.3 Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang
dirancangkan. Klien mestilah komited pada rancangan tindakannya.
Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba memberi alasanalasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini hendaklah
dilaksanakan oleh klien.

4.9.4 Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia


juga haruslah bersikap realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecamankecaman itu menjadi terlalu hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi
ini wujud maka tentukan usaha-usaha klien untuk megubah tingkah
lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah sekiranya kecaman
dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku yang
tidak sesuai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang
lebih sesuai.
4.10 Teknik DanTatacara Terapi Realiti
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti
ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai
kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang itu
melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran dan
menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini
menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul
tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang mereka
mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancanganperancangan yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat
mereka .
Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup
mereka dan menerangkan cara-cara untuk mencapaikannya maka
terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik tertentu yang berbentuk
tingkah laku. Di antarannya ialah :
4.10.1 Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini kaunselor mestilah
menjadi contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang
pendidik. Sebagai pendidik, kaunselor cuba menolak tingkah laku klien
yang negatif tanpa meminggirkan klien tersebut. Kaunselor perlu
mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi
kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien
menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang
tidak realistik.
4.10.2 Kelucuan : Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius.
Ini bermakna kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang
melucukan dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan
yang dihadapi klien.
4.10.3 Konfrantasi : Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien
tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu.
Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan
yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar
tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon
kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.
4.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan
komunikasi dalam main peranan bersama klien. Dalam permainan
tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada di sini

dan pada ketika ini dan elakkan daripada memberi penumpuan


kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang
tidak baik.
4.10.5 Tindak balas : Kaunselor akan meminta kepada klien melihat
tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu
tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada klien adakah
tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu berfaedah
kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada
hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.
4.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung
dengan menggunakan kata-kata seperti saya mementingkan anda,
saya bertanggungjawab pada anda. Tingkah laku yang ditonjolkan
oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang telah dilafazkan
itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari
arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai
kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.
4.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat
perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk
tulisan dan ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian
terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat
peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga
perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi
yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar
dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien
kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.
4.10.8 Formulate Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik :
Dalam hal ini kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk
mengubah tingkah laku klien. Klien boleh ditanya adakah cara yang
lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk ubah tingkah
lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan
dalam merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang
disukainya. Rancangan itu hendaklah berbentuk bagaimana dan bila
klien akan melakukannya dan dibuat secara positif.
4.11 Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti
4.11.1 Kekuatan Terapi Realiti
Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk
kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu
bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan
kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C.
Hansen (1990) yang mengatakan ;
although now used with a variety of clients in a number of different
settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office
patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers.
Much of Glaciers work with juvenile offenders grew out of this years of
work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority.

Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas


dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai
terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan
klien.
Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan
secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor
sebagai panduan bagi penyelesaian masalah.
Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir
secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan
sendiri.
Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk
membantu klien kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain
seperti psikoanalisis dan pemusatan insan.
Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang
menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek
(1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai
stimulates active mental processes.. Kottler (1996) berpendapat
bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam
seting di sekolah dan selanjutnya reality therapy is a short-term
treatment that has been widely used in schools, institutions and
correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can
be mastered withaut length training and supervision.
Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa
terapi realiti applicable to many different populations; effective with
certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center;
promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here
and now; integrates control theory.
4.11.2 Kekurangan atau Kelemahan Terapi Realiti
Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung
hanya kepada memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi
seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara
menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan
sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai
keupayaan yang terbatas.
Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini
atau here and now dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil
kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap
manusia berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang
disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai
dan lain-lain lagi.
Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem
komunikasi kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau
tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi
realiti.

Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya


yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif
dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada
kaunselor.
Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan
terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan
menimbulkan kesan negatif ke atas klien. Berkemungkinan klien akan
melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan
nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor.
Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti
telah wujud diperingkat awal designed for used in early treament
stages and for the disoriented; efficacy limited...
John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa although the
therapist might be viewed as a tough and controlling person, he or she
is also uninterested and sensitive human being who understands and
accepts behavior uncritically, but who never agrees with the clients
irresponsibility. Being more concerned with behavior than with
attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to
make someone responsible
4.12 Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling
Terapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam
banyak bentuk perkhidmatan kaunseling , misalnya kaunseling individu
dan kelompok, kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa,
keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan, pencegahan,
kerjaya dan sebagainya.
Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini
berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk
proses pemulihan. Oleh itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam
perkhidmatan kaunseling pemulihan.
Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus
dipaksa atau terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah
lakunya sendiri. Justeru itu, klien perlu menilai tingkah laku , membuat
pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat atau
sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka klien harus
bertanggungjawab berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.
Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan
memandangkan bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau
potensi dan kelayakan klien itu sendiri. Tambahan pula ianya dilakukan
dalam jangka masa yang pendek iaitu memfokuskan kepada
permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak memberi peluang
untuk klien menghuraikan peristiwa masa lalu.
Kesimpulan

Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat


realistik dan praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk
perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat terapi ini ialah untuk
mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang negatif
dikalangan remaja dan belia.
Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap
kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang
bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan
sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu
bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk
membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk
mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya.
Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan
dilihat maka. Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat
dikesan dan dinilai oleh klien itu sendiri. Keadaan ini mendorong klien
untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya.
Di antaranya ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah,
malah oversimplistic sehingga boleh menimbulkan keraguan. klien
kepadanya. Kaunselor pula kadangkala akan mengambil kesempatan
terhadap diri klien dengan memberikan beberapa aktiviti untuk
dilaksanakan oleh klien. Bagi pihak klien pula ianya akan mejadi
kebergantungan terhadap kaunselor. Oleh itu situasi ini akan
menjadikan klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya
sendiri untuk menyelsaikan masalahnya.
Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang
lampau. Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami
tentang diri klien dengan sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan
mempengaruhi pendekatan dan pandangan kaunselor di dalam sesi
atau bidang terapi.
Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas
terapi William Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan
pendekatannya. Terdapat banyak bukti meunjukkan kejayaan terapi ini
dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia yang mengalami
penyelewengan tingkah laku .

Anda mungkin juga menyukai