Anda di halaman 1dari 26

PROSES, STRATEGI

DAN TEKNIK
KAUNSELING
KERJAYA

PROSES KAUNSELING
KERJAYA
Memang jelas, kerja adalah suatu yang
amat penting dalam kehidupan
kebanyakan orang.
Bukan suatu yang mengejutkan, kerja
juga boleh mewujudkan berbagai jenis
masalah.

Bagi sesetengah orang, pemilihan


kerjaya ada kaitan dengan kehendak
situasi ekonomi semerta, dan mereka
kena memilih sebarang kerja yang wujud
pada ketika itu.
Yang lain pula, masalah yang dihadapi
ialah untuk membuat pemilihan bidang
kerjaya yang ingin diceburi.

Mereka sering cuba mengelakkan diri


mereka, ataupun cuba menangguhkan,
proses pemilihan kerjaya mereka.
Ini dilakukan dengan cara menggunakan
masa mereka melalui memanjangkan
tempoh mereka mengembara ke tempat
lain, ataupun menyambung pengajian
mereka di institusi pengajian tinggi.

Mengikut Holland (1985), seseorang


individu itu akan terus berusaha mencari
jenis kerjaya yang sesuai dengan
citarasa dirinya dalam tempoh antara
umur 18 tahun hingga 30 tahun.
Selepas tempoh itu, agak sukar baginya
untuk bertukar bidang kerjaya. Ini kerana
individu tadi telah mula merasa selesa
dan berpuas hati bekerja dalam bidang
kerjaya yang telah dipilih.

Oleh sebab sudah biasa serta merasa amat


selesa dengan jawatan yang disandang,
maka amat sedikit bilangan individu yang
berminat untuk membuat sebarang
perubahan yang berkaitan dengan
pemilihan bidang kerjaya yang baru.
Keengganan individu untuk bertukar bidang
kerjaya juga disebabkan oleh kemahiran
baru yang diperlukan, latihan yang baru
yang perlu dihadiri, dan kelayakan yang
baru yang perlu dimiliki, sebelum boleh
ditawarkan jawatan yang baru kepadanya.

Terdapat juga manusia yang lebih


cenderung untuk berusaha mengubah
diri mereka (dari segi fikiran, perasaan
dan tingkahlakunya) agar sesuai dengan
persekitaran kerja yang ada.
Mereka tidak pula cuba mengubah
persekitaran kerja yang wujud agar dapat
disesuai dengan cita rasa dan kehendak
mereka sendiri.

STRATEGI KAUNSELING
KERJAYA
Usaha-usaha asas dalam kaunseling
kerjaya hendaklah menjurus kepada
perancangan bagaimana membantu
seseorang individu itu memperolehi
pengalaman pendidikan yang bermakna
melalui pemahaman tentang peranannya
dalam dunia pekerjaan.

Individu berkenaan perlu dibimbing


bagaimana untuk menilai dirinya dan
melihat bakat dan kebolehan dirinya
dalam melakukan kerja-kerja yang
berguna dan produktif.

Individu yang dibantu perlu dibimbing


bagaimana hendak memperoleh
kematangan dalam pemahaman kerjaya,
dan seterusnya, membina sikap yang
bersesuaian dengan pekerjaan (ataupun
kerjaya) selaras dengan permintaan
sosial dan ekonomi moden yang
sentiasa berubah.

Individu yang dibantu juga perlu diberi


bimbingan dalam membuat pilihan
kerjaya yang realistik.

Dalam strategi kaunseling kerjaya,


maklumat tentang kerjaya patut mula
diberikan dari awal-awal lagi, iaitu seawal
peringkat sekolah rendah lagi.
Seseorang individu itu perlu mempunyai
pengetahuan tentang corak dan arah
aliran kerjaya dalam masyarakat.

Kebanyakan usaha dari segi ini perlu


dijalankan pada peringkat sekolah
menengah, tetapi peringkat sekolah
rendah adalah tempat yang paling sesuai
untuk membantu seseorang individu itu
membina matlamat kerjaya dari suatu
fantasi menjadi suatu matlamat yang
realistik.

MAKLUMAT TENTANG KERJAYA PERLU


MEMASUKKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:
1. Kesilapan dalam memilih kerjaya, misalnya
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

kerana memuja seseorang.


anggapan yang salah tentang
kebolehan seseorang.
anggapan yang salah tentang
peluang-peluang pekerjaan.
maklumat yang tidak lengkap tentang
pekerjaan.
terlalu bergantung kepada sumber
maklumat.

2. Butir-butir yang perlu dipertimbangkan


apabila memilih sesuatu bidang kerjaya.
3. Sumber maklumat tentang pekerjaan, sama
ada yang berat sebelah ataupun yang boleh
dipercayai.
4. Sumber maklumat tentang bakat, kebolehan
dan kecenderungan seseorang individu.

TEKNIK KAUNSELING
KERJAYA

Kaedah Penyebaran Maklumat


Kerjaya
1. Kepentingan Maklumat Kerjaya Dalam
Pendidikan
2. Kaedah Memberikan Maklumat Kerjaya Di
Sekolah Rendah
3. Memberikan Maklumat Kerjaya Melalui
Kursus Penerokaan

4. Menyampaikan Maklumat Kerjaya Melalui


Subjek Atau Mata Pelajaran
5. Menyampaikan Maklumat Kerjaya Melalui
Pembacaan Individu Dan Penyelidikan Di
Tempat Kerja
6. Menyampaikan Maklumat Kerjaya Melalui
Media Pandang Dengar
7. Menyampaikan Maklumat Kerjaya Melalui
Hari Kerjaya Atau Persidangan Kerjaya

1. KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA


DALAM PENDIDIKAN
Timbul kebimbangan tentang isu
pengangguran.
Isu tentang kadar pengangguran yang agak
tinggi dan kebimbangan pelajar yang
berpelajaran.
Konsep Pendidikan Kerjaya - usaha untuk
menyediakan pelajar bagi mendapatkan
pekerjaan yang berguna dan produktif, dan
memenuhi kepuasan peribadi melalui
bekerja dan melakukan aktiviti yang
berhubung dengan kerja.

2.
KAEDAH MEMBERI MAKLUMAT
KERJAYA DI SEKOLAH RENDAH
Pembentukan unit khas yang cuba untuk
mengintegrasikan maklumat pekerjaan dengan
bidang kurikulum yang lain.
Menemu ramah individu dari berbagai-bagai jenis
kerja, contoh polis, askar, doktor, usahawan dan
pegawai bank.
Mengambil gambar orang sedang bekerja atau
yang sedang melakukan kerja mereka.
Menyenaraikan semua jenis pekerjaan yang telah
dimaklumkan kepada murid-murid, dan seterusnya,
diadakan perbincangan bersama mereka.

3.

MEMBERI MAKLUMAT KERJAYA


MELALUI KURSUS PENEROKAAN
Tujuannya ialah untuk menambahkan
kesedaran tentang kerjaya, merangsang
minat, menguji kebolehan dan aptitud,
meluaskan pemahaman, mengembangkan
sikap yang bersesuaian terhadap pekerjaan
dan tabiat kerja.
Guru yang mengajar mata pelajaran tertentu
perlu menekankan implikasi kerjaya mata
pelajaran tersebut agar pelajar faham
mengenai perkaitannya.

4.

MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KERJAYA


MELALUI SUBJEK ATAU MATA
PELAJARAN
Ia merupakan suatu teknik yang berkesan
untuk menyebarkan maklumat tentang
pekerjaan.
Ia dilakukan dalam bentuk kelompok.
Interaksi di kalangan pelajar melalui aktiviti
kelompok dapat membantu proses
pembelajaran, mengembangkan kemahiran
bergaul dan berinteraksi, merangsangkan
minat dan mengembangkan kepercayaan
kepada diri sendiri.

5.

MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KERJAYA


MELALUI PEMBACAAN INDIVIDU DAN
PENYELIDIKAN DI TEMPAT KERJA
Cara yang berkesan untuk merangsang
minat membaca ialah dengan memaparkan,
atau mempamerkan, buku-buku, risalah,
brosur, monograf, dan bahan-bahan bertulis
tentang pekerjaan dalam rak-rak pameran
atau kabinet yang diberi label Maklumat
Pekerjaan.
Pelajar melakukan penyelidikan tentang
sesuatu jenis pekerjaan itu di tempat kerja,
atau semasa mendapatkan latihan
bekerja.

6.

MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KERJAYA


MELALUI MEDIA PANDANG DENGAR
Bahan kerjaya dalam bentuk filem dan slaid boleh
memberikan banyak maklumat tentang sesuatu
bidang kerjaya itu dengan cara yang lebih konkrit
dan cepat.
Masa tayangan mudah disesuaikan dengan jadual
waktu sekolah, dan dengan keperluan bilik darjah.
Ia boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat
keseluruhan tentang dunia pekerjaan.
Pelajar pula boleh mendapatkan maklumat yang
lebih komprehensif tentang sesuatu bidang kerjaya
yang khusus.

7.

MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KERJAYA


MELALUI HARI KERJAYA DAN
PERSIDANGAN KERJAYA
Jika dikendali dan diuruskan dengan baik,
hari kerjaya dan persidangan kerjaya boleh
berfungsi sebagai satu cara yang berkesan
untuk memberi maklumat kerjaya secara
praktikal.
Tujuan kedua-dua teknik ini adalah sama.
Hanya berbeza dari segi ia distrukturkan,
selain dari cara ia dikendalikan.

Antara objektif yang boleh dicapai ialah :1.


2.
3.

4.

Memberitahu pelajar tentang peluang dan


keperluan dalam bidang kerjaya yang khusus
yang mereka minati.
Memotivasikan pelajar untuk memulakan, atau
melanjutkan, perancangan kerjaya dan pelajaran
mereka.
Memperbaiki pencapaian pelajar melalui
pemilihan kursus yang lebih bersesuaian dengan
minat kerjaya mereka dan dengan keperluan
tenaga pekerja.
Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar
tentang kepentingan perancangan kerjaya, dan
seterusnya, membuat persediaan awal untuk
pekerjaan bagi anak-anak mereka.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai