Anda di halaman 1dari 82

ETIKA KAUNSELING DAN AKTA

KAUNSELOR
SSKC53303

ISU-ISU ETIKA
AHLI KUMPULAN:
1.MOHD. IRUAN B. JUSOH@ MD ROHIM (817227)
2.WAN BAHARIYAH BT. WAN ISMAIL (817233)
3.AZEAN BT. SUKIRAN (817219)
PENSYARAH:
PROF. MADYA HJ. AZMI BIN SHAARI

Isu-isu Etika
1. PENYELESAIAN ISU-ISU ETIKA
2. KERAHSIAAN : ISU ETIKA DAN UNDANGUNDANG
3. PELBAGAI BUDAYA
4. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR DAN
HAK KLIEN

1. PENYELESAIAN ISU-ISU ETIKA


1. Terdapat beberapa konflik yang biasanya
timbul dalam penyelesaian isu-isu etika,
diantara konflik yang dihadapi adalah kerana
perbezaan nilai, sistem perundangan, polisi
dan sebagainya, disebabkan itu Kod etika
berkembang dan sentiasa disemak semula,
2. contohnya, Kod Etika PERKAMA mula
dibangunkan pada tahun 1994 tetapi disemak
semula untuk meningkatkan kualiti
pengaplikasiannya dalam konteks Malaysia.

3. Begitu juga dengan kod etika baru ACA (2005)


dan APA (2010), hasil semakan digunakan bagi
mengantikan kod yang digunakan 10 tahun
yang lalu dengan mengambil kira perubahan
demografik, dan teknologi dalam sesebuah
masyarakat (Rafidah Aga dan Lau Poh Li,
2013).
4. Corey dan rakan-rakan (2010) telah
mengariskan 8 langkah dalam penyelesaian
isu-isu etika, Pemilihan model disebabkan 2
perkara iaitu:

5. Perkara paling penting dalam menyelesaikan


isu-isu etika adalah tindakan beretika tidak
semestinya benar di sisi sistem perundangan.
Cth:
Bawa kereta pada pukul 3 pagi di kawasan luar
bandar dan dihadapan ada lampu trafik
menunjukkan warna merah
anda sangat
bahawa hanya anda seorang berada di lokasi
tersebut, apakah tindakan anda.???

MODEL 8 LANGKAH PENYELESAIAN


ISU-ISU ETIKA (Corey dan Rakan-rakan (2010)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kenal Pasti masalah atau dilema


Kenal pasti isu-isu etika berkemungkinan
Rujuk kod etika yang relevan
Ketahui undang-undang dan peraturan yang
berkaitan
Dapatkan konsultasi
Pertimbangan tindakan yang mungkin boleh
diambil
Jangkakan kesan tindakan
Tentukan tindakan yang akan diambil

1. Kenal Pasti masalah atau dilema


Adakah masalah atau dilema benar-benar wujud?
Adakah masalah atau dilema yang dihadapi berkaitan
etika, undang-undang, moral, profesional, atau klinikal?
Adakah dilema lebih daripada satu permasalahan?
Perundingan dengan klien pada peringkat awal adalah
penting bagi memulakan proses mengenal pasti sifat
masalah yang dihadapi kenal pasti jadi garis panduan
yang berguna untuk mengkaji masalah dari beberapa
perspektif dan elak mencari satu penyelesaian yang
mudah.

2.

Kenal pasti isu-isu etika berkemungkinan

Mengumpul seberapa banyak maklumat berkaitan


dilema.
Menggariskan fakta-fakta, memisahkan sindiran,
andaian, hipotesis, atau syak wasangka.
Jika persoalan undang-undang, agensi atau polisi yang
wujud, dapatkan nasihat institusi berkaitan.
Apakah isu yang berkaitan dengan saya dan apa yang
saya boleh atau saya tidak boleh lakukan melalui
rujukan
Apa keputusan terbaik akan melindungi kebajikan
pelanggan?

3.

Rujuk kod etika yang relevan

Setelah jelas dilema yang dihadapi rujuk kepada Kod Etika,


untuk melihat jika isu adakah telah digariskan sebagai
panduan.
Jika terdapat satu atau lebih standard yang berkaitan dan
boleh dijadikan panduan.
Untuk menggunakan etika standard, adalah amat penting
bahawa pengamal kaunseling membaca dengan teliti dan
memahami implikasinya.
Jika masalah ini adalah lebih kompleks dan resolusi yang
tidak jelas, maka anda mungkin mempunyai dilema etika
dan perlu meneruskan dengan langkah seterusnya dalam
etika proses membuat keputusan.

4. Ketahui undang-undang dan peraturan


yang berkaitan

Ia adalah penting untuk mengenal pasti kaitan


dilema etika yang dihadapi dengan perundangan
negeri dan persekutuan.
Terutamanya dalam kes-kes yang kritikal aan yang
menghalang kerahsiaan seperti penderaan kanakkanak, penyalahgunaan dadah, isu-isu yang
membahayakan diri dan orang lain, hak-hak ibu
bapa, rekod penyimpanan, pengujian dan penilaian
diagnosis dan sebaginya.

5. Dapatkan konsultasi
Pada peringkat ini cuba dapatkan perspektif daripada rakanrakan sekerja.
Perbincangan bersama ahli profesional berkaitan dengan
dilema
Perbincangan dapat membantu kita dalam menilai sesuatu
dari pelbagai sudut.
Dalam menyelesaikan isu-isu etika ia perlu berpandukan
kepada sebab dan alasan yang munasabah. Ia juga dapat
menguji justifikasi kita terhadap sesuatu dilemma yang
dihadapi.
Segala konsultasi hendaklah dicatatkan sebagai rujukan
pada masa akan datang .

6. Pertimbangan tindakan yang mungkin


boleh diambil
Menyenaraikan beberapa keputusan yang akan
diambil.
Pertimbangkan baik buruk tindakan tindakan yang
bakal diambil .
Bincang bersama-sama klien, dan beberapa ahli
profesional yang berkaitan.
.

7.

Jangkakan kesan tindakan

Memikirkan implikasi kepada setiap tindakan yang


diambil tindakan yang diambil .
Menggunakan pertimbangan 6 prinsip asas etika iaitu
1. Autonomi kebebasan klien
2. Nonmaleficence- mengelak melakukan kemudaratan
3. Beneficence- mengalakkan kesejahteraan diri klien
4. Justice- bersifat adil
5. Fidelity- komitmen yang tinggi
6. Veracity- ketulusan hati

8. Tentukan tindakan yang akan diambil


Laksanakan tindakan yang diambil
menilai sama ada tindakan anda mempunyai kesan
yang dijangkakan dan akibatnya.
sentiasa membuat refleksi terhadap keputusan yang
diambil.
Dalam membuat penyelesaian berkaitan isu-isu etika
penggunaan kod etika sebagai sumber rujukan utama
dalam menangani isu pofesional dan etika perlu
diselaraskan dengan sistem perundangan, budaya
komuniti dan nilai-nilai peribadi dan profesional
kaunseling

Verges (2010) mencadangkan satu pendekatan


untuk membuat keputusan beretika yang
menekankan kepentingan konteks dalam
membangunkan strategi proaktif untuk
menyelesaikan isu etika adalah:
Setiap kaunselor perlu mengambil kira pelbagai
pandangan dari pihak-pihak berkepentingan
seperti perundangan, jabatan agama dan
golongan yang pakar terlebih dahulu dalam
membuat tindakan bagi dilema yang dihadapi

Kes isu etika


Mr X datang berjumpa kaunselor selama beberapa bulan untuk
menangani masalah kemurungannya. Pada satu sesi , dia datang dalam
keadaan bimbang. Dia sebenarnya terlibat dalam hubungan gay
dengan Mr Y selama 15 tahun . Semasa mengikuti lawatan
perniagaannya baru-baru ini, Mr. X telah menjalinkan hubungan dengan
lelaki lain iaitu Mr Z. Mr. X, sekarang ini, berasa risau atas kemungkinan
mendapat jangkitan virus HIV, tetapi dia enggan dan menolak untuk diuji.
Dia amat takut sekiranya disahkan penghidap penyakit HIV-positif .
Kaunselor menggalakkan Mr. X untuk mencabar rasa takutnya dan perlu
menjalani ujian HIV. Kaunselor juga mengalakkan Mr. X membincangkan
perkara ini dengan Mr. Y. Namun, Mr X masih berdegil dan enggan
mempertimbangkan mana-mana cadangan daripada kaunselor. Apabila
kaunselor bertanya Mr. X apa yang dia mahu sebenarnya. Dia menjawab
dia hanya mahu diyakini bahawa dia cuma berasa risau yang bukanbukan. Dia juga mahu menghilangkan rasa murung yang dialaminya
pada setiap masa.

Analisis penyelesaian isu etika


1.
2.
3.
4.
5.

Apakah dilema etika dalam kes ini?


Adakah sebarang kesan perundangan yang terlibat?
Adakah tindakan memujuk itu beretika?
Apakah jenis rujukan yang perlu dibuat?
Adakah kaunselor mempunyai maklumat untuk
mencapai matlamatnya?
6. Apakah nilai-nilai kendiri yang menganggu klien?
7. Apakah isu-isu etika dan perundangan yang terlibat?
8. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil ?

Penilaian Kaunselor
Klien gay dalam konteks Malaysia bukanlah tugas
yang mudah kerana isu gay melibatkan sensitiviti
dalam kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata
menolak cara hidup gay. Justeru, kaunselor perlu
benar-benar bersedia dengan pengetahuan latar
belakang kehidupan golongan minoriti gay ini di
Malysia dan mencari maklumat tambahan tentang
sumber sokongan bagi golongan ini. Selain itu,
kaunselor juga perlu meningkatkan kemahiran dan
mengilap kecekapan dalam bidang berkaunseling
dengan kelompok minoriti di Malaysia.

20

Kerahsiaan
1. Istilah kerahsiaan ditakrifkan sebagai menyimpan
rahsia atau mengelakkan pendedahan maklumat
sulit.
2. Menurut Grosso (2002 dipetik daripada Corey,
Corey & Callanan 2010), kerahsiaan merupakan
asas terapi yang selamat. Sebagai peraturan
umum, para kaunselor dan ahli psikoterapi
adalah dilarang mendedahkan komunikasi sulit
klien kepada mana-mana pihak ketiga kecuali
dimandat atau dibenarkan oleh undang-undang
untuk berbuat demikian.

21

3. Pendedahan maklumat klien harus dikawal oleh


kaunselor berdasarkan prinsip dan etika
kerahsiaan yang ditunjang melalui garis panduan
yang ditetapkan oleh Persatuan Kaunseling
Malaysia (PERKAMA, Semakan 2008) dan Akta
Kaunselor atau Akta 580 (1998).
Oleh itu, seseorang kaunselor bertanggungjawab
memelihara hak bersendirian klien ini dengan
sebaik mungkin.

22

Panduan kod etika berhubung dengan kerahsiaan :


i. Kod Etika American Counseling
Association ACA (2005:7):
b.1.d. Di peringkat awal dan sepanjang proses
kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klien
mengenai batasan kerahsiaan dan mengenal
pasti situasi tertentu yang diduga iaitu
kerahsiaan mesti didedahkan.

23

ii. Kod Etika Kaunselor

B.1.
Menghormati
hak-hak
klien
Lembaga
Kaunselor
(Malaysia)
B.1.c. Menghormati
kerahsiaan
Kaunselor tidak boleh
berkongsi maklumat rahsia
tanpa persetujuan klien atau
tanpa justifikasi etika atau
undang-undang yang mantap.

B.1.d. Penjelasan mengenai


batasan
Di peringkat awal dan
sepanjang proses kaunseling,
kaunselor perlu memberitahu
klien mengenai batasan
kerahsiaan dan mengenal pasti
situasi tertentu yang diduga di
mana kerahsiaan mesti
didedahkan
24

iii. Kod Etika American Association for


Counseling and Development (AACD 1988)
juga telah menyatakan secara bertulis tentang
kepentingan kefahaman dan amalan memelihara
etika kerahsiaan dalam kalangan pengamal
kaunseling.

25

Pengecualian Kerahsiaan
1. Apabila ia dimandatkan oleh undang-undang
2. Pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien
3. Konflik antara kewajipan memberi amaran dan
kewajipan untuk melindungi terutama berhadapan
dengan kes-kes membunuh diri, rancangan
pembunuhan, keganasan rumah tangga,
penderaan dan HIV positif.

26

Batasan Kerahsiaan
Corey dan rakanrakan (2010) membincangkan batasan
kerahsiaan seperti berikut.
a. Apabila pembantu atau kerani mengendalikan maklumat sulit
b. Apabila kaunselor terlibat dalam perundingan
c. Apabila kaunselor di bawah penyeliaan seseorang penyelia
d. Apabila klien telah memberi persetujuan
e. Apabila klien menimbulkan bahaya kepada diri sendiri dan pihak
ketiga
f. Apabila klien mendedahkan niat untuk melakukan jenayah
g. Apabila kaunselor mengesyaki penderaan atau pengabaian
kanak-kanak
h. Apabila mahkamah memerintahkan untuk membuat rekod
tertentu
27

Panduan kod etika berhubung dengan


kekecualian kerahsiaan :

Kod Etika Kaunselor


Lembaga Kaunselor (Malaysia)
B.2. Kekecualian
B.2.a. Bahaya dan keperluan undang-undang
Keperluan umum di mana kaunselor perlu menyimpan
maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan
diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang
dikenal pasti daripada kemudaratan yang serius dan yang
boleh diramalkan, atau apabila undang-undang menghendaki
yang maklumat rahsia mesti didedahkan.

28

Kod Etika Kaunselor


Lembaga
Kaunselor (Malaysia)
B.2.
Kekecualian
B.2.b. Penyakit berjangkit dan mengancam nyawa
Apabila klien memberitahu bahawa mereka
mengidap penyakit yang diketahui umum sebagai
berjangkit dan mengancam nyawa, wajar bagi
kaunselor mendedahkan maklumat tersebut kepada
pihak ketiga yang dikenali, sekiranya diketahui
secara sah mereka itu menghadapi risiko yang tinggi
dijangkiti penyakit tersebut.
29

Kod Etika Kaunselor


Lembaga
Kaunselor (Malaysia)
B.2. Kekecualian
B.2.c. Pendedahan atas perintah mahkamah.
Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor
mendedahkan maklumat rahsia atau privilej tanpa
kebenaran klien, kaunselor hendaklah mendapatkan
persetujuan termaklum secara bertulis daripada klien,
atau mengambil langkah untuk menghalang pendedahan
itu, atau memastikan yang pendedahan itu sesedikit yang
mungkin, kerana wujudnya potensi kemudaratan kepada
klien atau perhubungan kaunseling.
30

Kod Etika Kaunselor


Lembaga Kaunselor (Malaysia)
B.2. Kekecualian
B.2.d. Pendedahan minimum
Setakat yang boleh, klien hendaklah dimaklumkan
sebelum maklumat rahsia didedah dan mereka
dilibatkan di dalam proses membuat keputusan
mengenai pendedahan itu. Apabila keadaan
memerlukan pendedahan maklumat rahsia dibuat,
hanya maklumat penting sahaja yang didedahkan.
31

Komunikasi Privilej
(Priveledge Communication )
1. Adalah satu konsep undang-undang yang
biasanya melindungi segala pendedahan klien
kepada kaunselor. Kaunselor boleh menolak untuk
memberi pendedahan di mahkamah atau
memberikan rakaman pendedahan klien (Corey
dan rakan-rakan 2010 )
2. Hanya Komunikasi Privilej yang ditubuhkan oleh
undang-undang boleh melindungi klien daripada
pendedahan dalam prosiding undang-undang
(Glosoff et al., 2000 dalam Corey dan rakanrakan , 2010).
32

3. Komunikasi privilej adalah satu kebenaran yang


ada dalam akta untuk melindungi klien daripada
maklumat diri mereka dari dimaklumkan di atas
kandang saksi semasa prosiding perbicaraan
tanpa persetujuan klien.
4. Jika klien mengenepikan hak keistimewaan ini,
maka maklumat klien tadi mestilah dinyatakan
dalam mahkamah oleh kaunselor. Maklumat yang
dinyatakan hanyalah maklumat yang diperlukan
atas kebenaran oleh klien itu sahaja .

33

5. Secara umum, konsep undang-undang


komunikasi privilej tidak boleh digunapakai kepada
kaunseling kelompok, kaunseling pasangan, terapi
perkahwinan dan keluarga, atau terapi kanakkanak dan remaja.
6. Ahli-ahli kaunseling kelompok diandaikan bahawa
mereka boleh diminta untuk memberi keterangan
di mahkamah berkenaan dengan maklumat
tertentu yang didedahkan dalam perbincangan
kaunseling kelompok, melainkan jika terdapat
pengecualian berkanun.
34

8.

Glosoff, Herlihy, dan Spence (2000) dalam Rafidah & Lou Poh
Li (2013) memberikan cadangan berikut kepada kaunselor
yang diminta untuk mendedahkan maklumat sulit klien dalam
prosiding undang-undang:

a.

Membuat penggunaan pernyataan persetujuan termaklum


mengenai parameter kerahsiaan.
Memaklumkan klien tentang keadaan dan melibatkan mereka
dalam proses.
Mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
melindungi kerahsiaan klien.
Jika maklumat perlu dinyatakan, hanya berikan pendedahan
yang minimum.
Dengan izin, hubungi wakil pelanggan.
Dokumenkan semua tindakan yang diambil dan apakah
maklumat telah didedahkan.
Jadikan ia satu amalan untuk berunding dengan rakan-rakan
mengenai pertimbangan klinikal dan dengan peguam mengenai
undang-undang.

b.
c.
d.
e.
f.
g.

35

Panduan kod etika berhubung dengan komunikasi


privilej :

Kod Etika Kaunselor


Lembaga Kaunselor (Malaysia)

B.2.c. Pendedahan atas perintah mahkamah.


Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor
mendedahkan maklumat rahsia atau privilej tanpa
kebenaran klien, kaunselor hendaklah mendapatkan
persetujuan termaklum secara bertulis daripada klien, atau
mengambil langkah untuk menghalang pendedahan itu,
atau memastikan yang pendedahan itu sesedikit yang
mungkin, kerana wujudnya potensi kemudaratan kepada
klien atau perhubungan kaunseling.

36

Kod Etika Kaunselor


Lembaga Kaunselor (Malaysia)
B.2.d. Pendedahan minimum
Setakat yang boleh, klien hendaklah dimaklumkan
sebelum maklumat rahsia didedah dan mereka
dilibatkan di dalam proses membuat keputusan
mengenai pendedahan itu. Apabila keadaan
memerlukan pendedahan maklumat rahsia dibuat,
hanya maklumat penting sahaja yang didedahkan.

37

Privasi
1. Privasi, dalam undang-undang, merujuk kepada hak
perlembagaan individu untuk menentukan masa,
tempat, cara, dan tahap seseorang berkongsi dengan
orang lain (Corey et al. 2007).
2. Nagy (2005) dalam Rafidah &Lou Poh Li (2013)
menyatakan bahawa kaunselor tidak boleh
mendedahkan maklumat tentang klien, secara lisan
atau bertulis, atau mendedahkan identiti klien, tanpa
persetujuan rasmi mereka. Sekiranya kaunselor
mempunyai kesempatan untuk bertemu klien di luar
sesi kaunseling, adalah penting untuk kaunselor
bertindak dengan cara yang tidak mengancam privasi
klien.
38

3. Kebanyakan kod etika profesional mengandungi garis


panduan untuk melindungi hak privasi klien.
Contohnya:

i. Kod Etika American Counseling


Association ACA (2005:7):
B.1.b Kaunselor perlu menghormati hak klien
untuk mendapat privasi klien. Kaunselor
mendapatkan maklumat sulit daripada klien hanya
apabila ianya berfaedah kepada proses
kaunseling.

39

ii. Kod Etika APA (2010:7)

4.05.b. Ahli psikologi mendedahkan maklumat rahsia


tanpa persetujuan individu hanya seperti yang
dimandatkan oleh undang-undang, atau di mana yang
dibenarkan oleh undang-undang bagi tujuan yang sah
seperti (1) memberi perkhidmatan profesional yang
diperlukan, (2) mendapatkan perundingan yang
sewajarnya, (3) melindungi klien atau ahli psikologi atau
kedua-duanya dari bahaya, (4) mendapatkan bayaran
perkhidmatan daripada klien dengan pendedahan hanya
terhad kepada maklumat minimum yang diperlukan
untuk mencapai tujuan tersebut.
40

iii. Kod Etika Kaunselor


Lembaga
Kaunselor
(Malaysia)
B.1.a.
Pertimbangan
multibudaya
dan kepelbagaian
Kaunselor perlu sedar dan peka
terhadap makna kerahsiaan dan
privasi mengikut budaya. Kaunselor
hendaklah menghormati pandangan
yang berbeza mengenai pendedahan
maklumat. Kaunselor juga perlu
mengadakan perbincangan terus
menerus dengan klien mengenai
bagaimana, bila, dan dengan siapa
maklumat ini
dikongsi.

B.1.b. Menghormati privasi


Kaunselor perlu menghormati
hak klien untuk mendapat
privasi klien. Kaunselor
mendapatkan maklumat sulit
daripada klien hanya apabila
ianya berfaedah kepada
proses kaunseling.

41

Kod Etika Kaunselor


B.3.c. Seting rahsia
Lembaga
Kaunselor
(Malaysia)
Kaunselor berbincang
mengenai
maklumat rahsia hanya di dalam
seting di mana mereka dapat memastikan dengan sewajarnya
privasi klien.
B.5.c. Pendedahan maklumat rahsia
Apabila memberi kaunseling kepada klien di bawah umur atau
klien dewasa yang kurang upaya untuk memberi persetujuan
sukarela bagi mendedahkan maklumat rahsia, kaunselor
hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak ketiga yang
sesuai untuk berbuat demikian. Dalam keadaan sedemikian,
kaunselor hendaklah memaklumkan kepada klien selaras dengan
tahap kefahaman mereka dan mengambil langkah-langkah yang
sesuai dengan budaya mereka untuk melindungi kerahsiaan
klien.

42

Kod Etika Kaunselor


B.8.c.
Pendedahan
maklumat rahsia
Lembaga
Kaunselor
(Malaysia)
Apabila berkonsultasi dengan rakan sejawat, kaunselor
dilarang mendedahkan maklumat rahsia yang boleh
membawa kepada identifikasi klien atau individu lain, atau
organisasi yang dengannya mereka mempunyai
perhubungan profesional yang perlu dirahsiakan melainkan
mereka telah memperoleh persetujuan terlebih dahulu
daripada individu atau organisasi tersebut atau sekiranya
pendedahan itu tidak boleh dielakkan. Pendedahan
maklumat hendaklah hanya setakat yang diperlukan bagi
mencapai tujuan konsultasi.
43

Kajian Kes
Donna, seorang kaunselor sekolah telah beralih kerjaya dari amalan
swasta kepada kaunseling di sekolah rendah. Beliau sangat
terkejut dengan perbezaan di antara amalan swasta berbanding
kaunseling di sekolah terutama berkenaan dengan isu-isu
kerahsiaan. Beliau memberitahu bahawa beliau sentiasa diajukan
dengan soalan-soalan daripada guru-guru di sekolah tersebut.
Soalannya adalah seperti: "Siapakah yang ada dalam kumpulan
kaunseling" "Bagaimana Johnny lakukan?" "Tidak hairanlah jika
gadis itu mempunyai masalah. Pernahkah kamu bertemu dengan
ibu bapa dia?"
Walaupun Donna berbincang dengan guru-guru tentang
kepentingan menyimpan kerahsiaan kes pelajar dalam situasi
kaunseling, beliau masih lagi menerima pertanyaan dari guru-guru
tentang pelajarnya kerana sebahagian daripada mereka tidak
berada dalam kelas mereka.
Selain daripada guru-guru, Donna mendapati bahawa dia
terpaksa berhadapan dengan pertanyaan-pertanyaan dari pegawaipegawai lain, di mana sebahagian daripada mereka seolah-olah
tahu apa yang berlaku di sekolah..

44

Kajian Kes (sambungan)


Mereka akan bertanya bagi menyelesaikan sesuatu persoalan
mengenai pelajar, yang pasti Donna sudah tentu tidak bersedia
untuk menjawabnya . Sebagai contoh, walaupun dia tidak akan
memberitahu kepada pegawai itu identiti kliennya itu, seorang
guru mungkin memberitahu kepada pegawai tersebut bahawa dia
telah melihat salah seorang muridnya bertemu dengan Donna.
Pegawai itu bertanya: "Kenapa kamu jalankan sesi dengan Jimmy
sedangkan dia tidak mempunyai banyak masalah seperti
sesetengah pelajar yang lain?
Donna perhatikan bahawa pengetua dan ibu bapa juga
meminta maklumat khusus mengenai pelajar yang dia temui.
Beliau mendapati bahawa pentingnya baginya untuk memberitahu
kepada semua orang mengenai pentingnya dalam menghormati
privasi. Beliau bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan
itu. Dia juga mempelajari bahawa penting baginya untuk
memberitahu tentang kerahsiaan dan privasi kepada kanak-kanak
di sekolah di mana tempat Donna menjalankan sesi kaunseling.
45

Kerahsiaan dan Privasi Di Sekolah


1. Kaunselor sekolah perlu menyedari tentang
tanggungjawab mereka untuk melindungi hak privasi
pelajar terutamanya apabila guru atau pengetua
meminta kaunselor mendedahkan maklumat pelajar.
2. Pengecualian kerahsiaan hanya tertakluk kepada
keadaan di mana jika pendedahan maklumat dapat
mencegah bahaya kepada pelajar atau orang lain, atau
atas perintah undang-undang untuk mendedahkan
maklumat tersebut (Iyer& Baxter-Mac Gregor, 2010
dalam Rafidah & Lou Poh Li, 2013 )

46

3. Kod Etika American School Counselor Association


(ASCA) (2010:2) menunjukkan bahawa kaunselor
sekolah :
A.2.d. Mengiktiraf tanggungjawab utama
mereka untuk kerahsiaan adalah untuk pelajar
tetapi obligasi itu diseimbangkan dengan
memahami undang-undang dan hak yang
sedia ada bagi ibu bapa/penjaga pelajar yang
merupakan panduan dalam kehidupan anakanak mereka.

47

4. Kaunselor sekolah mempunyai tanggungjawab etika


untuk meminta kebenaran daripada klien iaitu pelajar
untuk pendedahan maklumat. Mereka perlu
memaklumkan pelajar mengenai batasan kerahsiaan
dan bagaimana serta bila maklumat rahsia mungkin
dikongsi bersama pada peringkat awal sesi kaunseling.

48

5. Tanggungjawab etika ini diterangkan dalam kod etika ASCA (2010:4) iaitu kaunselor sekolah :

i.
Kod Etika ASCA (2010: 4)
B.2.a. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga peranan
kaunselor sekolah termasuk sifat kerahsiaan
perhubungan kaunseling antara kaunselor dengan
pelajar
ii. Kod Etika ACA (2005:7):
Bagi klien bawah umur , kaunselor memikul
tanggungjawab untuk memaklumkan peranan
mereka kepada ibu bapa dan penjaga yang sah
serta bentuk kerahsiaan yang dikekalkan dalam
perhubungan kaunseling
49

Garis Panduan Pencegahan Kes Bunuh Diri


Garis panduan oleh Corey dan rakan-rakan
(2010) :
i.Mengambil perhatian kepada pemikiran dan niat
membunuh diri
ii.Mengambil perhatian kepada percubaan
membunuh diri sebelum ini (jika ada)
iii.Mengenalpasti klien yang mengalami
kemurungan.
iv.Berwaspada terhadap perasaan putus asa dan
tidak berdaya.
50

Garis Panduan Pencegahan Kes Bunuh Diri


( sambungan)
v. Memantau keresahan dan serangan panik
vi. Tentukan sama ada klien mempunyai pelan
membunuh diri
vii. Mengenal pasti klien yang mempunyai sejarah
penggunaan alkohol atau penyalahgunaan dadah.
viii. Berwaspada terhadap tingkah laku klien yang tidak
lazim seperti membahagikan harta kepada ahli
keluarga atau menyemak semula wasiat.
ix. Merujuk kepada sejarah rawatan psikiatri klien (jika
ada)

51

Mengendalikan Isu HIV/AIDS


Garis panduan strategi profesional perkhidmatan
kaunseling kepada klien HIV oleh Corey dan rakanrakan (2010):
a)Semua had untuk kerahsiaan harus dibincangkan
dengan klien pada peringkat awal rawatan.
b)Ahli terapi perlu memahami undang-undang negeri
mengenai interaksi profesional mereka dengan klien
HIV positif
c)Ahli terapi perlu menyimpan dan mengambil kira
maklumat perubatan yang berkaitan
d)Ahli terapi perlu berpengetahuan mengenai amalan
seks yang selamat
52

53

Pelbagai Budaya
Menurut Corey dan rakan-rakan (2010):
Multibudaya: Istilah umum yang menunjukkan apa-apa perhubungan
antara dan dalam dua atau lebih kelompok yang berbeza
Kepelbagaian Budaya: merujuk kepada spektrum perbezaan yang wujud
dalam kalangan kumpulan yang mempunyai latar belakang budaya yang
jelas dan unik.
Kaunseling Multibudaya: satu peranan dan proses menolong
menggunakan pendekatan dan matlamat jelas yang konsisten dengan
pengalaman hidup dan nilai budaya klien, menyeimbangkan kepentingan
individu dan keseluruhannya dalam penilaian, diagnosis dan rawatan
Dalam konteks multibudaya, perbezaan nilai adalah sukar untuk
disangkal. Kadang-kadang, perbezaan-perbezaan ini meningkatkan
kesedaran budaya individu dalam masyarakat multibudaya.

American Psychologycal Association (APA) telah menerbitkan Garis


Panduan khusus dalam Pendidikan Multibudaya, untuk Ahli Psikologi, pada
tahun 2003 (Akta 2003) dalam Rafidah & Lou Poh Li (2013). Gari panduan
ini dibentuk untuk membantu ahli psikologi meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam Pendidikan Multibudaya.
Komitmen untuk kesedaran budaya dan pengetahuan tentang kendiri dan
orang lain.
1. Ahli psikologi digalakkan untuk tahu bahawa, sebagai makhluk yang
mempunyai budaya. Mereka mempunyai sikap dan kepercayaan yang
boleh memberi pengaruh buruk kepada persepsi dan interaksi ereka
dengan individu yang berlainan kaum dan etnik daripada mereka .
2. Ahli psikologi digalakkan untuk mengetahui kepentingan sensetiviti,
pengetahuan dan pemahaman tentang individu yang berbeza
kaum dan etnik

Konsep Multibudaya

Dalam Kod Etika ACA 2005 dan Kod Etika Kaunselor 2011,
menekankan kepentingan menjadi profesional kaunseling yang cekap
budaya dalam dunia globalisasi hari ini. Antara Seksyen/ bahagian yang
menyebut tentang isu-isu multibudaya dan kepelbagaian:
1. Perhubungan kaunseling
2. Persetujuan termaklum
3. Bartering
4. Menerima hadiah
5. Kerahsiaan dan privasi
6. Tangungjawab profesional
7. Penilaian dan diagnosis
8. Penyeliaan
9. Program pendidikan
(Rafidah & Lou Poh Li, 2013)

Isu-Isu Etika Berkaitan Gender dan Agama


Gender dan agama adalah dua contoh variebel budaya untuk
sesebuah kelompok etnik atau budaya. Selain kaum dan etnik,
gender adalah satu lagi tret yang dapat dilihat yang
menandakan ahli kelompok.
Kamus Psikologi APA (VandenBos 2007:407) mendefinisikan
gender sebagai aspek psikologi, tingkah laku, sosial dan
budayadalam menjadi lelaki atau wanita (Kelelakian atau
kewanitaan).
Model Grid budaya Intra Personal (Pederson, 2000 dalam
Rafidah & Lou Poh Li, 2013) melihat gender sebagai satu
daripada Variabel demografi yang utama selain daripada umur ,
orientasi kasih sayang, dan kecacatan fizikal, manakala melihat
etnik sebagai kepunyaaan kepada variabel etnografi yang
termasuk juga kewarganegaraan, agama dan bahasa.

Kaunselor perlu berhati-hati dalam


menangani isu-isu baru yang dibawa oleh
klien dalam sesetengah konteks
multibudaya seperti Malaysia, agama
dianggap sebagai isu yang sensetif
contoh dalam kes Melayu-Islam terdapat
dua isu yang perlu menjadi perhatian,
kenal pasti kerumitan budaya dan
sensitiviti agama.

Kes Isu etika


Farid seorang lelaki muslim yang telah berkahwin selama 11 tahun dan
mempunyai seorang anak lelaki, dan dia bekerja di syarikat
multinasional, berumur 36 tahun, seorang lelaki yang tampan.
Menceraikan isterinya kerana mempunyai hubungan sulit dengan
pengurusnya (homoseksual) dan mencintai pengurusnya yang
merupakan warganegara asing yang kaya. Mereka tinggal bersama
dan hidup dalam kemewahan, walau bagaimana pun tangugjawab
terhadap anak dan isterinya tidak pernah diabaikan, dan menyediakan
keperluan mereka. Selepas tiga tahun Farid dan teman lelakinya telah
bergaduh besar dan pada masa itu dia merasa kesunyian dan tidak
mempunyai sesiapa, Farid mengalami depresi, dan dia mahu berbaik
semula dengan isterinya, setelah berbincang isterinya telah merimanya
semuala dengan syarat Farid telah bertaubat, dan menunjukkan
perubahan. Farid telah bersetuju dengan syarat itu, dan mereka
berkahwin semula.

Penilaian kaunselor
Adakah kaunselor bersedia memberikan perkhidmatan kaunseling
kepada Farid (Klien lelaki Melayu-Islam yang sudah berkahwin dan
menjalani kehidupan gay).
Kaunselor perlu berdepan dengan realiti yang tidak dijangka dalam
keputusan yang dibuat oleh klien. Oleh itu mereka perlu sedar
tentang budaya diri dan nilai-nilai agar tidak meletakkan nilai-nilai itu
kepada klien.
Kaunselor Melayu-Islam menghadapi beberapa kesukaran dan
ketidakselesaan apabila berdepan dengan isu gay atau lesbian
kerana gaya hidup yang melanggar norma dan nilai populasi umum
orang Melayu-islam.
Kemahiran efektif dan kecekapan kaunseling multibudaya sangat
diperlukan dalam penyelesaian kes ini.

Isu-Isu Etika Berkait Dengan Aspek Budaya


Corey dan rakan-rakan (2010) menyatakan kaunselor
mesti bersedia dan yakin untuk memberikan
perkhidmatan kaunseling kepada klien yang datang
daripada :
1. Kumpulan umur yang berbeza
2. Status sosioekonomi/kelas sosial yang berbeza
3. Tahap pendidikan yang berbeza
4. Orientasi seksual yang berbeza
gay
lesbian
biseksual
transgender

Untuk menjadi seorang kaunselor yang profesional,


beretika dan cekap dalam konteks pelbagai budaya
sememangnya memerlukan banyak persediaan
Ilmu pengetahuan dan kemahiran umum sematamata adalah tidak mencukupi sekiranya selok belok
berkaitan budaya tidak diketahui

63

1. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
1-Penyimpanan Rekod
Kod etika kaunselor profesional juga menggariskan keperluan rekod
disimpan dengan baik dan teliti. Kod Etika Kaunselor Malaysia (2011)
menggariskan kepentingan penyimpanan rekod di bawah A.1.b Rekod:

Tujuan utama penyimpanan rekod ialah untuk menyediakan


kesinambungan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk klien mengekalkan
perkhidmatan.
Rekod penyimpanan dokumen yang baik juga menunjukkan bahawa
penjagaan yang mencukupi telah disediakan Welfel (2010).
Dari perspektif klinikal, penyimpanan rekod sejarah lazimnya digunakan
dalam mengkaji semula proses rawatan
Dari perspektif etika, rekod boleh membantu kaunselor menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti kepada klien

Penyimpanan Rekod dari Perspektif Klinikal


a)Untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada
klien
b)Untuk menerangkan tahap penjagaan klien setimpal dengan
piawaian profesion
Griffin (2007) menyatakan bahawa menulis nota kemajuan boleh
menjadi satu proses yang mudah dan berterus terang walaupun
mengambil sedikit masa
Undang-undang mengkehendaki profesional perkhidmatan
menolong untuk menyimpan rekod klinikal ke atas semua klien
Rekod klinikal klien bukan merupakan tempat untuk meletakkan
pendapat peribadi kaunselor atau reaksi peribadi kepada klien,
tetapi penyimpanan rekod harus mencerminkan profesionalisme
kaunselor

Penyimpanan Rekod dari Perspektif


Undang-Undang
Kaunselor menyimpan rekod-rekod yang penting semasa memberi
perkhidmatan profesional kepada klien-klien mereka mengikut apa yang
diperlukan oleh undang-undang, peraturan-peraturan, atau tatacara
agensi atau institusi. Kaunselor memasukkan dokumentasi yang cukup
dan pada ketika-ketika tertentu, di dalam rekod-rekod klien mereka bagi
memudahkan penyampaian dan kesinambungan perkhidmatanperkhidmatan yang diperlukan.kaunselor mengambil langkah yang
bersesuaian bagi menjamin bahawa dokumentasi di adalam rekod-rekod
ini mencerminkan secara tepat kemajuan klien serta perkhidmatanperkhidmatan yang telah diberikan. Jika berlaku kesilapan di dalam
rekod-rekod klien, kaunselor akan mengambil langkah untuk
membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut dengan teratur mengikut
dasar-dasar agensi atau institusi

Wheeler dan Bertram (2008) menyatakan bahawa pengamal


profesional yang gagal mengekalkan rekod klinikal yang mencukupi
adalah terdedah kepada dakwaan-dakwaan salah laku amalan
profesional kerana rekod tidak mencukupi serta tidak mematuhi
piawaian penjagaan kebajikan klien yang diwajibkan oleh pengamal
kesihatan mental

Penyimpanan Rekod: Kaunselor Sekolah

Di Malaysia, panduan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling di


sekolah (KPM 2009) yang memperincikan jenis-jenis perkhidmatan,
tugas-tugas, dan tanggungjawab kaunselor
Kaunselor sekolah profesional:
a) Mengekalkan dan menjamin rekod bagi memberikan perkhidmatan
profesional kepada pelajar seperti yang dikehendaki oleh undangundang, peraturan-peraturan, prosedur institusi dan garis panduan
kerahsiaan
b) Memastikan rekod tunggal terapi diletakkan berasingan dengan
rekod pendidikan pelajar, selaras dengan undang-undang negeri
(A.8)
Rekod pelajar tidak akan dilepaskan kepada pihak ketiga tanpa
kebenaran bertulis daripada ibu bapa kanak-kanak di bawah umur, atau
kebenaran bertulis pelajar dewasa (Rafidah & Lou Poh Li, 2013)

Penyimpanan Rekod: Sekarang dan Masa Depan


Rekod klien mestiah dikendalikan secara sulit
Harus diingat bahawa maklumat dalam rekod klien adalah milik
klien tersebut dan salinan boleh dimnta bila-bila masa
Kaunselor perlu mempertimbangkan undang-undang negeri dan
persekutuan yang berkaitan dan dasar persekitaran kerja mereka
dalam menentukan tempoh masa untuk mengekalkan rekod klien
Corey dan rakan-rakan, 2010 mencadangkan rekod klien
dikekalkan bagi tempoh 10 tahun selepas menamatkan rawatan,
dan 10 tahun selepas klien kanak-kanak telah mencapai umur 21
tahun

2. HAK-HAK KLIEN
Tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan
memupuk kebajikan klien. (Kod Etika Kaunselor 2011: A.1.a)

Mendidik Klien Mengenai Persetujuan Termaklum


Mendidik klien mengenai persetujuan termaklum serta proses
terapeutik merupakan usaha yang berterusan
Persetujuan termaklum melibatkan hak klien untuk diberitahu tentang
proses terapi dan membuat keputusan autonomi yang berkaitan
Persetujuan termaklum merupakan satu aspek yang penting dalam
proses psikoterapi untuk menjamin kejayaan terapi terapeutik Corey
dan rakan-rakan (2010)

Kes Isu Etika

Kamal merupakan seorang kaunselor seting agensi komuniti yang


berpegang kuat kepada kepercayaan agamanya. Beliau adalah terbuka
dengan perkara ini dan membuat pendedahan kenyataan profesional,
menjelaskan bahawa kepercayaan agama memainkan peranan penting
dalam kehidupan peribadi dan profesional. Aminah datang kepada
kamal untuk sesi kaunseling dengan membawa isu ketiadaan integrasi
dalam perkahwinannya. Kamal mempunyai kepercayaan yang kukuh
bahawa toleransi boleh memelihara satu unit keluarga. Selepas
memberikan penjelasan mengenai dokumen persetujuan termaklum,
Kamal bertanya aminah sama ada dia bersedia menyertainya berdoa
untuk hasil kejayaan terapi .Kamal kemudiannya mengambil contoh
sejarah dan meyakinkan aminah bahawa segala-galanya boleh
diusahakan. Kamal juga menambah bahawa dia ingin melibatkan
suami aminah dalam sesi kaunseling. Aminah meninggalkan bilik
kaunseling dan tidak kembali lagi selepas itu.

Penilaian Kaunselor

Apakah pelanggaran etika yang dilakukan kamal?


Adakah sesuai untuk memasukkan nilai-nilai peribadi dan
kepercayaan dalam proses persetujuan termaklum?
Kamal tidak menilai keadaan psikologi dan pemikiran klien, tahap
kekuatan dan penglibatan agamanya, serta keselesaan klien dengan
pendekatan beliau.
Aminah berkemungkinan merasakan tekanan untuk bersetuju secara
terbuka, persetujuannnya juga dipersoal.
Tidak sesuai kaunselor memperkenalkan konsep doa sebagai
pegangannya, ia boleh dilakukan dalam sesi kaunseling.
Isu etika? Adakah kamal menjaga kebajikan klien atau menjaga
keperluannya sendiri. Budaya, tradisi, kepercayaan dan larangan
agama klien tidak boleh diabaikan.

Kandungan dalam Persetujuan


Termaklum
a) Latar Belakang Kaunselor
Kaunselor perlu memberitahu klien perihal pendidikan dan
latihan mereka, kelayakan, lesen, mana-mana kemahiran
khusus, teori orientasi yang dipegang, jenis masalah yang
mereka mempunyai kecekapan dan jenis masalah yang
mereka tidak mahir
b) Kos Terapi
Penting untuk menyediakan maklumat mengenai kos yang
terlibat dalam perkhidmatan, termasuklah kaedah bayaran.

c) Tempoh Masa Terapi dan Penamatan


Klien perlu tahu bahawa mereka boleh memilih untuk
menamatkan terapi pada bila-bila masa
Tempoh masa sesi kaunseling berlangsung antara 30-45
minit satu sesi dan melibatkan minimum di antara enam
hingga 20 sesi bergantung kepada isu
d) Gangguan dalam terapi
Kemungkinan berlaku gangguan dijangka dan tidak
dijangka dalam terapi
Kaunselor perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada
klien untuk menyalur maklumat kepada pengganti mereka

e) Faedah dan Risiko Terapi


Klien perlu dibekalkan dengan maklumat mengenai kedua-dua faedah
dan risiko mengenai sesi kaunseling
Klien perlu tahu bahawa tiada janji boleh dibuat mengenai hasil terapi
yang khusus

f) Sesi Rakaman
Klien mempunyai hak untuk diberitahu tentang prosedur ini sekurangkurangnya pada awal sesi
Untuk klien memahami mengapa rakaman dibuat, bagaimana ia
digunakan, siapa yang mempunyai akses rakaman tersebut dan
bagaimana rakaman disimpan

g) Hak Klien untuk Mengakses Fail


Klien mempunyai hak undang-undang untuk memeriksa dan
mendapatkan salinan rekod-rekod yang disimpan bagi pihak mereka
oleh kaunselor
Satu cara untuk mengurangkan isu penyelewengan dan masalah
undang-undang lain adalah membolehkan klien untuk melihat rekod fail
mereka
h) Sifat dan Tujuan Kerahsiaan
Klien perlu dididik mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
kerahsiaan
Klien perlu dimaklumkan mengenai limitasi-limitasi kerahsian dalam
terapi yang bertujuan untuk melindungi kebajikan klien

Isu Etika :
Persetujuan termaklum Kaunseling kanak-kanak dan remaja
bawah umur.
Kod Etika Kaunselor (2011) mengariskan bahawa individu yang tidak
boleh memberi persetujuan sukarela, kaunselor perlu mendapatkan
kebenaran klien berhubung dengan perkhidmatan yang akan diberikan
daripada pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang dan melibatkan
mereka dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan
Kaunselor hendaklah sedar akan perlunya mengimbangi hak-hak klien
membuat pilihan , keupayaan untuk memberi persetujuan atau
kebenaran bagi mendapatkan perkhidmatan, dan hak-hak serta
tangungjawab ibu bapa atau keluarga mengikut undang-undang, untuk
melindungi klien dan membuat keputusan bagi pihak mereka.

Rujukan

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). (1998). Undang-Undang Malaysia Akta


580. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

American Counseling Association. 2005. ACA code of ethics. Retrieved


June10, 2008, from www.counseling .
Org/Resource/CodeOfEthics/Tp/Home/CT2.aspx

American Psychological Association. 2010. APA ethical principles of


psychologists and code of conduct. Retrieved April 11, 2011, from
http://www.apa.org/ethics/code/index.aspx.
Amla Saleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2006. Bimbingan dan
Kaunseling sekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Corey, G. Corey, M.S., and Callanan, P. (1998). Issues & Ethics in the
Helping Professions, 6th Edition Monterery: California. Brooks/Cole
Publishing Company
Corey, G., Corey, M.S., & Calanan, P. 2010. Issues and ethics in the helping
profesions (8th ed.). Belmont, CA, USA: Brooks/Cole Publishing Company.
Griffin, M. 2007. On writing progres note. The Therapist, 16(2), 24-28.
Lembaga Kaunselor Malaysia. 2011. Kod etika kaunselor. Kuala Lumpur:
Lembaga Kaunselor Malaysia.

Rafidah Aga Mohd Jaladin, Lau Poh Li. 2013. Isu Profesional dan
Etika dalam Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Vandes Bos, G.R. (ed).2007. APA dictionary of psychology.


Washington, DC: American Psychology Association

Verges, A. 2010. Intergrating contextual issues in ethical decisions


making. Ethics& Behavior, 20(6), 497-507.

Website : jhcd.utem.edu.my Archive Vol.5 No.1 (January - June


2012) Hubungan Antara Kefahaman, Kesedaran Dan Amalan Etika
Kerahsiaan Dalam Kalangan Kaunselor Malaysia oleh Mohamad
Bokhari, Syed Najmuddin Syed Hassan dan Rosli Saadan

Welfel, E.R. 2010. Ethics in counseling and psychotherapy:


Standard, research, and emerging isues (4th ed.). Belmont , CA
Cengage Learning.

Wheeler, N., &Bertram, B. 2008. The Counselor and Law : A Guide


to Legal and Ethical Practice (5th ed.). Alexandria, VA: American
Counseling Association.

Anda mungkin juga menyukai