Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

BTPE SEMESTER 4/ JANUARI 2018

HBEF 3703

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN


DAN KAUNSELING

Isi kandungan

Bil. Perkara m/s


1.0 Pengenalan Etika 2-4
2.0 Bincangkan keenam-enam kod etika dengan membuat rujukan 5
sekurang-kurangnya lima kod etika yang sedia ada. Anda juga boleh
merujuk kepada buku rujukan bimbingan dan kaunseling. Antara kod
etika yang sedia ada ialah Malaysian Code Of Ethics For Counselors,
American Psychological Association (APA)-Code of Ethics dan
American Counselling Association: Code of Ethics and Standards of
Practice. Anda juga boleh merujuk kepada kod etika yang lain.

1
3.0 Bagi setiap prinsip kod etika dalam profesion kaunseling, sediakan satu 6-8
kajian kes.

4.0 Kesimpulan 16-17


5.0 Rujukan 18

2
1.0 PENGENALAN ETIKA
Etika merupakan suatu tindakan yang mempertahankan ketaatan terhadap piawaian profesional
serta undang-undang mengenai apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed,
(dalam Othman Mohamed, 2005:283-284), kod etika ialah tatasusila yang menentukan peraturan kawalan
diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi
menggambarkan satu praktis profesional.
Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu
dengan yang lain, iaitu ;
1) Pola hidup am atau suatu cara hidup.
2) Set peraturan tingkah laku atau kod moral.
3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia
sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku).
Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam
sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, mematuhi kod etika dianggap penting untuk membantu membuat
keputusan dalam pengendalian kelompok.

MAKSUD ETIKA
Etika merupakan batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkah laku individu. Etika dalam
kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Individu yang terlibat dalam profesion
kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej bidang
kaunseling. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan
ataupun nilai. Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkah laku beretika perlu berlandaskan agama atau
sistem kepercayaan masyarakat tempatan.
Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan
Nazariah bt Ab. Samad, 2006:202), etika berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “watak” atau
“resam” yang merujuk kepada piawaian perlakuan manusia. Menurut Corey, Corey dan Callanan, 1988
(dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika merupakan
tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu
profesion. Ia merupakan piawai asas bagi menggambarkan satu praktis profesional dan merupakan suatu
sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi.

3
Berdasarkan kepada Kamus Dewan, 1998 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd Yunus dan
Nazariah bt Ab. Samad,2006; 202), etika membawa makna “prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-
lain)”. Ianya adalah nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam melaksanakan
tugas masing-masing.
Di samping itu, etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing dengan
peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan pelajar. Etika juga memberi
bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh mempertimbangkan
tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila berhadapan dengan isu moral.
Kitchener (dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim, 2010:56-57) menjelaskan etika
melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. Etika
menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika
kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor
semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu
dimeterai antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga kaunselor.
Sesi kaunseling lazimnya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini
dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan
keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan.
Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadang kala
tidak dapat mengatasi masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 (dalam Baharom Mohamad dan Iliyas
Hashim , 2010:57), sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.
Kaunseling jangka pendek merupakan perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama 6-12
sesi. Namun, perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan
masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru. Kaunseling jangka panjang pula adalah perjanjian
yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih. Menurut Peterson J.V. dan Nisenholz
(dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim, 2010:57 ), dalam bidang kaunseling, etika amat dititik
beratkan supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus
bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan.
Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan Lembaga
Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat juga mempunyai standard kod etika bagi
kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan,

4
ia dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Terdapat tiga kepentingan etika
kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan, batasan profesional dan menangani seksual.

5
2.0
Apabila kita melakukan proses menolong, sebenarnya kita telah berusaha untuk meringankan
beban yang sedang ditanggung oleh anak didik kita. Ketika kita melakukan proses menolong, kita sangat
dituntut untuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan klien kita.
Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk menilai sama ada
sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut Kitchener (1984), terdapat enam prinsip etika
yang utama di dalam membuat keputusan secara beretika dalam melakukan proses menolong.

i. Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)


Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap
individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Kita hendaklah
menghormati klien dan tidak boleh memaksa klien. Dalam hal ini , menurut Patterson dan Welfel ( dalam
Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab. Samad , 2007: 204-206), autonomi melibatkan
keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat.
Prinsip autonomi adalah menggalakkan pelanggan menceritakan mengenai dirinya secara sukarela
dan berdasarkan kehendak pelanggan itu sendiri.

ii. Beneficence ( Kemurahan hati )


Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan
penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja
bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu
mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar.

iii. Non-maleficence ( Tidak berniat jahat )


Non-maleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap klien
sama ada secara sengaja atau tidak. Ia tidak mengambil kesempatan dan tidak mencederakan perasaan
klien. Menurut Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt. Ab.
Samad , 2007: 205), kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang
membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam

6
perhubungan, tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada klien di samping mengelak
daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
iv. Justice ( Keadilan)
Merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama
rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan
merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.

v. Fidelity ( Kejujuran)
Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan
kaunselor. Menurut Corey Patterson dan elfel ( dalam Khadijah Rohani bt. Mohd Yunus dan Nazariah bt.
Ab. Samad , 2007: 206), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan serta
membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses
kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor
terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi ,
majikan dan profesionnya.
vi. Self-respect ( Hormat pada diri sendiri )
Self-respect bermaksud hormat diri iaitu memupuk pengetahuan diri pengamal, integriti dan
menjaga diri. Prinsip penghormatan diri bermaksud bahawa pengamal dengan tepat menerapkan semua
prinsip sebagai hak untuk diri sendiri. Ini termasuk mencari kaunseling atau terapi dan peluang lain untuk
pembangunan peribadi seperti yang diperlukan. Terdapat tanggungjawab beretika untuk menggunakan
penyeliaan untuk sokongan dan pembangunan peribadi dan profesional yang sesuai, dan untuk mencari
latihan dan peluang lain untuk meneruskan pembangunan profesional. Melindungi terhadap liabiliti
kewangan yang timbul daripada kerja yang dijalankan biasanya memerlukan insurans yang sesuai.
Prinsip penghormatan diri mendorong penglibatan aktif dalam kegiatan peningkatan kehidupan dan
hubungan yang bebas dari hubungan dalam kaunseling atau psikoterapi.

7
KESIMPULAN
Perkhidmatan kaunseling seperti uga perkhidmatan professional yang lain mempunyai etikanya tersendiri
yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang
perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu
menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor
boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.

Conclusion
It is important to realize that different professionals may choose different courses of action
for the
same situation. There is rarely one right answer to a complex ethical dilemma. However, if
you follow
a systematic model, you can be assured that you will be able to give a professional
explanation for
the course of action you chose. You should always document your decision-making process
in the
client file (Brennan, 2013). Van Hoose and Paradise (1979) suggest that a counselor “is
probably
acting in an ethically responsible way concerning a client if (1) he or she has maintained
personal and
professional honesty, coupled with (2) the best interests of the client, (3) without malice or
personal
gain, and (4) can justify his or her actions as the best judgment of what should be done
based upon
the current state of the profession” (p. 58). Following this model will help to ensure that all
four of
these conditions have been met.

8
3.0
Dalam era digital ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam
pelbagai bidang yang memudahkan dan melancarkan kerja kita, salah satu bidang ialah dalam bidang
pendidikan.

9
Terdapat pelbagai aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan di
dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Contohnya SMART TV yang dipasang di dalam bilik darjah sekolah saya. Para guru dan para
murid sekolah saya dapat mengalami pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Guru-guru dapat
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang serba lengkap dan menarik untuk menarik perhatian
para murid untuk belajar. Misalnya, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia yang bertema Alam
Sekitar dengan memaparkan gambar yang berkaitan atau menayangkan video sungai, terjun dan gunung
dari youtube dengan perkhidmatan wifi “Yes”. Murid-murid saya berminat dan tertarik oleh paparan dan
tayangan tersebut sekaligus menerima ilmu yang disalurkan oleh saya dengan efektif. Justeru itu, saya
dapat menyampaikan ilmu kepada mereka dengan sepenuhnya dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran saya. Hal ini demikian kerana para murid dapat menguasai apa yang disampaikan oleh
saya setelah menonton paparan dan tayangan saya. Berbanding dengan dulu yang tiada kemudahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kini mereka dapat melihat sesuatu gambar dan mengetahui
sesuatu dengan jelas dan ini dapat mempercepat murid memahami sesuatu ilmu daripada guru.
Guru di sekolah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran , terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran
seharian. Misalnya, guru boleh download muzik yang menarik dan lucu untuk ditayangkan sebelum
pengajaran dan pembelajaran bermula untuk menarik perhatian murid-murid
bersedia untuk belajar. Di bawah adalah contoh video yang menarik untuk menarik minat murid-murid
belajar.

Chicken Dance for kids Senaman Penguin


(https://www.youtube.com/watch?v=4xmV5uHWNag) (https://www.youtube.com/watch?v=uAD5Ob2TBHw)

Di samping itu,guru boleh menguji kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan selepas pengajaran dan pembelajaran habis dilaksanakan. Guru boleh membimbing murid
menjawab soalan dalam kahoot, tarsia dan quizizz dalam internet. Mereka bukan sahaja dapat menikmati
10
keseronokan dalam website tersebut malah dapat menguasai sepenuhnya ilmu yang disalurkan oleh guru
kepada mereka.
Selain itu, guru boleh menggunakan “Random Name Picker” dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan agar murid suka hati dan berminat untuk belajar.

Tarsia Random Name Picker

Guru juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan dengan menyediakan powerpoint yang menarik mengenai topik pengajaran. Dengan kaedah
ini, para murid lebih jelas dan faham mengenai pengetahuan yang disampaikan oleh guru.
Para guru dan murid juga boleh menggunakan e-kamus yang berbunyi prpm.dbp.gov.my untuk
merujuk makna sesuatu perkataan dalam bilik darjah selain menggunakan kamus. Ini dapat menjimatkan
masa mencari maksud perkataan tersebut.
Semua contoh yang saya sebutkan di atas ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif untuk menarik minat dan perhatian murid-murid untuk belajar.
Seterusnya kita mengalih aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bilik
darjah ke luar bilik darjah pula. Misalnya Frog VLE (1 BestariNet) yang diperkenalkan di sekolah. Guru
membuat soalan dalam Frog VLE dan menghantarnya kepada semua murid dalam talian. Murid boleh
menjawab soalan tersebut di rumah. Dengan cara ini, murid akan berminat untuk membuat kerja rumah
yang diberikan oleh guru kerana mereka lebih seronok menjawab latihan dalam talian daripada
menyiapkan buku latihan yang banyak.
Selain itu, pelajar OUM dan siswazah boleh download “pass year question” dari e-library untuk
mengulang kaji sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada setiap semester. Mereka juga
boleh mencari buku rujukan dan pelbagai bahan bacaan dalam e-library. Mereka boleh memperoleh ilmu
dengan senang dan di mana sahaja dan tidak perlu membawa buku yang berat.

11
Di era abad 21 ini, pelbagai alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dicipta untuk
memudahkan kehidupan kita. Contohnya, mini projector dan power bank yang boleh dibawa ke mana
sahaja dan senang dipasang untuk sesuatu aktiviti seperti ceramah, taklimat, kempen dan sebagainya.
Di samping itu, mini LCD dan speaker yang dipasang di gerai mamak untuk menarik kedatangan
pelanggan untuk menjamu selera di gerai tersebut.Mereka boleh menyaksikan rancangan perlawanan bola
sepak atau filem sambil menikmati makanan yang sedap di gerai tersebut.
Ibu bapa dan murid-murid boleh menyemak keputusan ujian bulanan dan peperiksaan melalui
SAPS pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengetahui
perkembangan belajar anak-anak mereka dan memberi bimbingan yang sesuai untuk mereka.

4.0
Perbezaan Pembelajaran semasa dan Pembelajaran bukan semasa TMK dalam pendidikan
Semasa (synchronous learning) Bukan semasa (asynchronous learning)
1) dijalankan dalam talian melalui sembang 1)dapat dijalankan semasa offline dengan
dan penyambungan video download bahan dari internet dan rujukan CD-
Rom dan DVD
2)Semua pelajar mesti berada dalam talian 2) pelajar hanya perlu menyambung ke kelas
pada waktu yang tepat untuk menyertai kelas. mereka sekurang-kurangnya sekali atau dua
kali dan belajar pada sebarang masa
2) kelas maya yang membolehkan para pelajar 2)melibatkan kursus yang dihantar melalui web,
bertanya, dan guru menjawab soalan dengan e-mel dan papan mesej
serta-merta, melalui mesej segera
3) berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru 3) perbincangan secara kumpulan,
dalam talian kursus secara individu
4) peperiksaan dalam talian 4) peperiksaan offline

Persamaan Pembelajaran semasa dan Pembelajaran bukan semasa TMK dalam pendidikan
Semasa (synchronous learning) Bukan semasa (asynchronous learning)
1) sambungan internet wifi 1)sambungan internet wifi
12
2)e-pembelajaran 2) e-pembelajaran
3) dijalankan secara dalam talian 3) dijalankan secara dalam talian
4)diakses menerusi modul kursus dalam talian 4)diakses menerusi modul kursus dalam talian
dari komputer atau komputer riba anda dari komputer atau komputer riba anda sendiri
sendiri
5)boleh diselesaikan dari mana-mana sahaja 5)boleh diselesaikan dari mana-mana sahaja
6)adalah pilihan yang fleksibel, yang direka 6)adalah pilihan yang fleksibel, yang direka untuk
untuk membantu semua jenis pelajar yang membantu semua jenis pelajar yang berbeza
berbeza mendapat darjah mereka mendapat darjah mereka

5.0
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnya di sekolah rendah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru
dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cara ini, guru dapat mencari maklumat-maklumat mengenai pengajaran dengan
lebih baik sekaligus dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT
sebagai alat bantu mengajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan. Contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana murid akan
didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu, murid
tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu, kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya
ICT, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT, guru dapat menerangkan
kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya, penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan
13
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama
seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini, kualiti pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus diakses ke dalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, murid akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,
LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan
ICT mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap
maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah
kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah
untuk difahami. Di samping itu, guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, guru dan murid akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari
serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini di samping memberi
cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini, guru dan murid akan berusaha
lagi untuk menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini,
guru dan murid perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan terutamanya di
dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu, manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam
menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu, melalui penggunaan ICT murid-murid dapat
memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya, melalui penggunaan
alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami
setiap apa yang diajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami
berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini,

14
setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh murid kepada guru kerana mereka mudah
bertindak balas terhadap sistem yang diajar dengan ICT.

Aplikasi TMK dalam Pendidikan dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini, khusunya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran
dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru kepada guru. Beberapa penyelidikan telah membuktikan
bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran
guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era
masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat,
kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Sejajar dengan itu, pelbagai aplikasi telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik
darjah dan di luar bilik darjah.
Di antara aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dalam konteks bilik darjah
adalah seperti berikut:
1. Penggunaan E-mel dalam Pendidikan
Aplikasi paling asas TMK yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khusunya di dalam
bilik darjah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, murid
boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan pendidikan dengan serta-merta. Contohnya,
pelajar boleh berkomunikasi dengan guru berkaitan dengan masalah yang dihadapinya dalam
pendidikan di mana jua ada pun melalui e-mel. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui tindak balas
15
murid terhadap pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah. Menurut Dr. Jane Lasarenko
(1997), kebaikan yang utama meggalakkan pelajar berkomunikasi denga guru melalui e-mel dapat
menanam semangat yang tinggi dalam kalangan murid dalam pembelajaran mereka di bilik darjah.
Malah, murid tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan.

2. Penggunaan Internet dalam Pendidikan


Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikatakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponen-komponen lain malah
menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti
grafik, animasi atau audio visual. Tambahan pula, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk
maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Contonya, laman Web sebagai salah satu
sumber maklumat pendidikan kepada murid dalam bilik darjah. Usaha tersebut dapat direalisasikan
kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunaannya
seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information
Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah. Jelaslah bahawa murid
sudah mendapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu mereka membuat
tugasan mereka dengan mudah. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang
mempunyai perpustakaan yang tersendiri yang dipanggil “virtual library”. Guru boleh mendapatkan
maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam bilik darjah.
Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat sudah pastinya corak
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menyeronokkan.

3. Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communication telah memperuntukkan
lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan lessen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015
daripada syarikat yang membangunkan platform ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform
berteras cloud yang fleksibel dan diakses di mana-mana jua pun. Sebagai contoh, guru boleh
berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan secara maya manakala
murid pula boleh menyiapkan kerja rumah dan menyemak keputusan melalui VLE. Frog VLE
merupakan landasan atas cloud yang memberi ruang untuk para guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan berbantukan komputer dengan lebih berkesan. Frog VLE merupakan satu bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan situasi pengajaran dan pembelajaran pada abad ini. Program Frog

16
VLE membolehkan murid-murid mempunyai daya fikir dan nilai tambah yang membolehkan mereka
berkehadapan dengan negara-negara maju. Murid boleh belajar dengan kadar kendiri dalam
persekitaran yang selesa melalui Frog VLE.

4. Penggunaan LCD Projektor dalam pendidikan


LCD merupakan layar yang digunakan untuk media penampilan gambar dari projektor. Projektor
dapat dihubungkan dengan laptop atau komputer dalam bilik darjah. Alat ini sering digunakan semasa
aktiviti presentasi. LCD Projektor digunakan sebagai penyampaian materi yang lebih mudah diterima
dalam pembelajaran di bilik darjah. Penyampaian materi dari segi LCD Projektor melalui Power
Point yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan LCD
Projektor dapat dilaksanakan dengan waktu yang singkat. Dengan adanya kemudahan teknologi ini,
para pendidik dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya di era globalisasi dengan pesat. Penggunaan
LCD projektor di dalam bilik darjah merupakan pembelajaran yang lebih menyenangkan dan mudah
diterima oleh para pendidik.
Di antara ialah aplikasi TMK di luar bilik darjah :
1. Facebook sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah
Selain daripada menggunakan Facebook untuk tujuan bersosial, murid juga secara tidak langsung
telah menggunakan Facebook untuk tujuan akademik. Facebook telah terbukti boleh digunakan
sebagai alat pembelajaran yang berkesan khususnya untuk pembelajaran tidak formal di luar bilik
darjah. (Madge et. al., 2009). Sebagai salah satu medium yang mudah dan berkesan, para murid
menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas mereka untuk
membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan akademik mereka (Gray, Vitak, Easton, & Ellison, 2013).
Murid menggunakan Facebook sebagai medium untuk melakukan aktiviti-aktiviti akademik seperti
berbincang mengenai perkembangan tugasan mereka serta membuat ulangkaji sesama rakan sekelas
mereka dan aktiviti-aktiviti tersebut dilaporkan meningkat ketika tarikh menghantar tugasan semakin
hampir dan ketika minggu peperiksaan (Madge et al., 2009; Vivian, 2011). Terdapat beberapa ciri-ciri
di dalam Facebook yang boleh diguna bagi tujuan pembelajaran seperti dinding Facebook. Dinding di
dalam kumpulan Facebook membolehkan pelajar dan pengajar berkongsi gambar, video, dan juga
untuk membuat pengumuman berkaitan pembelajaran dan secara automatik pos-pos tersebut akan
muncul di dalam Dinding kumpulan Facebook yang mana ianya memudahkan para pelajar dan
pengajar untuk mengikuti perkembangan aktiviti di dalam kumpulan tersebut (Wang, Woo, Quek,
Yang, & Liu, 2012). Ciri-ciri Facebook yang seakan-akan sama dengan E-pembelajaran yang lain

17
membolehkan Facebook menjadi alat pembelajaran atas talian alternatif selain daripada E-
pembelajaran lain yang sedia ada (Meishar-Tal, Kurtz, & Pieterse, 2012).

2. Whatsapp sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah


Whatsapp dicipta pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton (Albergotti, MacMillan & Rusli,
Evelyn, 2014) yang sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). Ia bermula di pasaran sejak tahun
2010 dan dibangunkan terutamanya untuk tujuan menggantikan platform SMS yang sedia ada dengan
memberikan caj perkhidmatan yang bebas. Bagi tujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di
antara kumpulan atau individu. Whatsapp menyediakan pelbagai fungsi. Contohnya, fail, audio, imej
yang dilampirkan kepada pautan dalam mana-mana laman web dan fail video yang boleh dikongsi.
Selain itu, fenomena baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivis (Vygotsky,
1978). Teori ini membincangkan bagaimana interakasi sosial antara pelajar dapat meningkatkan
proses perkongsian maklumat secara tidak langsung membantu membangunkan prestasi pembelajaran
pelajar. Aplikasi Whatsapp memudahkan kerjasama antara pelajar dan pengajar dalam talian yang
disambungkan dari rumah atau di mana-mana jua pun. Aplikasi ini bersifat percuma dan mudah
digunakan. Setiap orang boleh berhubung dengan aplikasi ini denga segera dan boleh berkongsi
maklumat mengenai pembelajaran dengan mudah melalui komen dan mesej yang dihantar.

3. Aplikasi E-Learning dalam pendidikan di luar bilik darjah


‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan di luar bilik
darjah. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang disediakan secara profesional
dan baik. E-Learning mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan
berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka.
Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali
sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan
kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang
sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang
berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. ‘Segelintir pelajar-pelajar
sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting.
Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada juga
pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui
rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001:

18
Tan,). Tambahan pula, kejayaan agenda’e-learning’ kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada
perlaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan
cara berfaedah, maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen negatif yang
lain.

6.0 KESIMPULAN
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi
untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an
tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam
bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak
lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi multimedia
memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan di
ingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.
Melalui pengajaran dan pembelajaran yang mengikut arus perkembangan pendidikan terkini,
pengajaran dan pembelajaran harus memberi penekanan yang sewajarnya. Penerapan elemen teknologi
maklumat dan komunikasi seperti media teknologi pengajaran di sekolah dapat memberi impak yang
positif kepada semua pendidik dan murid-murid di sekolah. Antara contoh teknologi pengajaran tersebut,
seperti penggunaan media pengajaran yang berbentuk grafik mahupun menggunakan bahan audio.
Tambahan pula, penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi impak yang besar
kepada murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka peluang kepada murid untuk berfikir
aras tinggi.
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan

19
mampu membawa satu perubahan yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar di mana mampu
melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sesuatu
medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan
berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi
maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan
murid dan komuniti pengajar yang lain.
Teknologi maklumat dan komunikasi juga jelas mampu menjadikan sesuatu rancangan pengajaran
harian menarik serta berkesan dengan penerapan model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan
model reka bentuk yang sesuai serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Model ASSURE sesuai digunakan untuk perancangan
pembelajaran bilik darjah dan guru perlu mahir dalam mengintegrasikan model ini ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Bahan 2 dimensi serta 3 dimensi juga dilihat mampu menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memudahkan pemahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep dan fakta. Guru perlu memainkan peranan dalam pengendalian kedua-dua bahan ini
secara berkesan. Selain itu, video juga mampu menjadikan sesuatu proses P&P itu menarik. Video-video
ini diselitkan ke dalam rancangan pengajaran harian mengikut kesesuaian. Penghasilan video yang
berkesan adalah berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Sebagai kesimpulan, dalam sepanjang menyiapkan tugasan ini , saya banyak belajar sesuatu yang
baru lebih-lebih lagi dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sebelum ini
saya hanya mengetahui yang asas sahaja. Diharapkan apa yang saya perolehi sepanjang menyiapkan
assignment ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

20
(3977 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Nurfarizanhaini, (2014). Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai dari
http://nurfarizanhaini.weebly.com/kesimpulan.html

Hidup Islam, (2014). Pengenalan Teknologi Maklumat. Dicapai dari


http://ceritaict.blogspot.my/2014/11/maksud-teknologi-maklumat-ict_17.html

Navanitham, (2017). Aplikasi TMK Dalam Pendidikan. Dicapai dari


https://www.scribd.com/document/364027366/Aplikasi-TMK-Dalam-Pendidikan

Mohd Suhaimin Isnen, (2017). Pembelajaran Abad ke-21. Dicapai dari


https://cikgusuhaimin.blogspot.my

Manroy, (2008). Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Dicapai dari


https://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

ETIKA
http://parenethical.com/phil148sum11/2011/06/22/case-study-health-care-and-justice/
21
https://www.slideshare.net/shimaarshad100/assingment-etika-kaunseling-kump-9-1
https://biskuti.blogspot.my/2014/07/etika-kaunseling.html
https://biskuti.blogspot.my/2014/07/etika-kaunseling.html

Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah :
Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan Kaunseling : Etika
Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://slideplayer.info/slide/3019412/
https://www.scribd.com/document/23236093/KAJIAN-KES-5
http://www.aipc.net.au/articles/ethical-decision-making-process/
http://asterinasazalie86.blogspot.my/2016/02/assignment-year-2-semester-3-september_80.html
https://depts.washington.edu/bioethx/tools/prin1cs.html

22

Anda mungkin juga menyukai