Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

BTPE SEMESTER 7/ JANUARI 2019

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA : CHONG YOK LIN


NO. MATRIKULASI : 820311065412001
NO. KAD PENGENALAN : 820311-06-5412
NO. TELEFON : 017-9373184
E-MEL : yoklin82@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TEMERLOH

0
Isi kandungan

Bil. Perkara m/s


1.0 Pengenalan 2

2.0 Definisi Fonologi dan Fonetik 3-4

3.0 Penghasilan bunyi-bunyi vokal 5-10

4.0 Penghasilan bunyi-bunyi konsonan 11-18

5.0 Aplikasi Prinsip Fonetik dan Fonologi dalam pdp BM 19-25

6.0 Kesimpulan 26
7.0 Rujukan 27

1
1.0 PENGENALAN
Bidang linguistik merupakan sesuatu bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di
Malaysia dan seluruh dunia. Pengkajian bidang ini sangat penting sejak dahulu hingga sekarang.
Perkataan linguistik berasal daripada bahasa Latin “lingua” yang bermaksud bahasa. Selain
itu, terdapat juga pelbagai kata yang sama maksud dengan lingua seperti langue dan langage
dalam bahasa Perancis, lingua dalam bahasa Itali serta linguistics dalam bahasa Inggeris.
Menurut David Crystal (1973), linguistik diterangkan sebagai kajian bahasa secara saintifik.
Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara berdasarkan
pengalaman dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa
dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, emosi atau falsafah. Sebagai contoh, ilmu linguistik
digunakan untuk mengkaji Bahasa Melayu yang benar-benar wujud dan digunakan oleh
masyarakat bahasa itu iaitu bagaimana Bahasa Melayu itu diucapkan, bagaimana bentuk Bahasa
Melayu itu dan bagaimana sistem bahasa itu. Ilmu linguistik juga digunakan untuk mengkaji
bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang
berlainan bentuk dalam Bahasa Melayu.
Menurut Prof. Dr . J.W.M. Verhaar (1983:1), linguistik bererti bahasa tertentu kepunyaan
sesuatu kumpulan penutur tertentu, misalnya Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Belanda,
Bahasa Jerman, Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu memiliki bahasa-bahasa tersendiri. Semua
manusia di dunia ini memiliki bahasa .
Kesimpulannya, ilmu linguistik ini merupakan ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik.
Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara berdasarkan
pengalaman dan objektif, iaitu mengkaji bahasa yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi
perasaan untuk membuktikan kebenarannya.

2
2.0 DEFINISI FONOLOGI DAN FONETIK
Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Frank Parker (1974:112), fonologi merupakan suatu
bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek
sebutan.
Dalam Kamus linguistik, Harimurti Kridalaksana, (1984:61) telah menyatakan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa berdasarkan
fungsinya manakala C.L.Barnhart & R.K. Barnart (1981;1567) telah mendefinisikan fonologi
sebagai “the systems of sounds used in a language” dalam Word Book Of Dictionary.
Di samping itu, Abdullah Hassan telah menyatakan bahawa fonologi adalah mengkaji bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am
untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40). J.Clark dan C Yallop (1995:5) juga telah menyatakan
“Phonology is concerne with the organization of speech ithin peific languages”. Seterusnya, P.
Roach (2001:111) dalam bukunya Phonetics telah menerangkan fonologi sebagai “the stuy pf the
distinctive sound units of a languagu, the patterns they form and the rules which regulate their
use”. Selain itu, Fonologi dalam The Penguin Dictionry (2004:1045) ditakrifkan sebagai “ the
study of the sound systems of a language”.
Secara keseluruhan, fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi
bahasa. Ini bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa berdasarkan
jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif.
Matlamat akhir bidang fonologi adalah menentukan sistem bunyi, huruf-huruf atau fonem-fonem
tertentu dan seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.
Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa. Terdapat beberapa definisi, pengertian dan
pendapat mengenai fonetik. Antaranya,dalam Kamus Linguistik, Harimurti Kridalaksana
(1984:51) telah mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penyampaian, penghasilan
dan penerimaan bunyi bahasa. Menurut W. Bright (1992:194) telah menghuraikan fonetik sebagai
“the study of the physical characteristics of human speech sounds” dalam International
Encyclopedia of Linguistiks. Selain itu, Abdullah Hassan (1993:40) telah mendefinisikan fonetik
ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya dan fonetik am ialah
pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Berdasarkan Kamus Dewan(2005:3.54),
fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya.

3
Seterusnya, dalam buku The World Book of Dictionary, C.L. Barnhart & R.K. Barnhart
(1981:1566) telah mengatakan fonetik ialah “ the body of speeh sounds of any one language and
their relation to one another”. Berdasarkan buku Fonetik, Marsono juga telah mendefinisikan
fonetik sebagai ilmu yang menyelidik bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai
pembeda makna dalam sesuatu bahasa. Akhir sekali, The Penguin Dictionary (2004:1046) telah
menjelaskan fonetik sebagai “the study and classification of speech sounds”.
Dengan pelbagai definisi dan pengertian yang didapati di atas, fonetik boleh dirumuskan
sebagai satu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia iaitu
mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat
pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdapat tiga aspek yang
boleh dilakukan iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi dan fonetik auditori. Fonetik akustik ialah
mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami
perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara,
lidah, bibir dan lain-lain. Fonetik artikulasi pula mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa itu
dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi manakala fonetik auditori ialah kajian yang berkaitan dengan
pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi tersebut dapat
diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.
Kesimpulannya, fonetik dan fonologi ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajian
terhadap bunyi dan fungsi. Kajian tersebut meliputi bidang bagaimana bunyi vokal, konsonan
dan diftong dihasilkan atau dituturkan serta alat-alat artikulasi yang terlibat.

4
3.0 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL
Vokal adalah bunyi yang tiada halangan pada alat artikulasi. Ini bermakna arus udara terus keluar
tanpa sebarang sekatan. Bunyi vokal hanya mempunyai halangan pada pita suara sahaja. Menurut
J.W.M. Verhaar (1977:17), halangan yang terjadi pada pita suara biasanya disebut sebagai
artikulasi. Ini kerana vokal yang dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita suara akan
bergetar. Bunyi vokal terhasil apabila udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan. Ini bermaksud bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan panjang berbanding dengan bunyi-bunyi konsonan.
Terdapat tiga jenis bunyi vokal dalam Bahasa Melayu iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang. Mempunyai enam vokal yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu [a], [e],[i], [o],
[u] dan [Ə]. Lidah merupakan kriteria yang penting untuk menentukan jenis-jenis vokal. Bunyi
vokal depan dihasilkan menggunakan bahagian depan lidah manakala bahagian tengah lidah
memainkan peranan untuk menghasilkan bunyi vokal tengah. Bahagian lidah belakang pula
menghasilkan bunyi vokal belakang.

Gambar rajah di bawah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu :-

Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

5
3.1 Vokal Hadapan
Terdapat empat bunyi bagi vokal hadapan iaitu [a], [i], [e] dan [e]. Bahagian artikulasi yang
terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras manakala alat artikulasi yang terlibat
dalam membunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut.
Vokal hadapan boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [i],
vokal hadapan luas [a], vokal hadapan separuh sempit [e] dan vokal hadapan separuh luas [e].

i. Vokal Hadapan Sempit [i]


Bagi menghasilkan vokal hadapan sempit, hadapan lidah perlu dinaikkan tinggi tetapi tidak
menyentuh pada lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Manakala pita suara dirapatkan agar udara yang dikeluarkan dapat menggetarkan
selaput suara seperti dalam gambar rajah di bawah:-

[i]

Vokal Hadapan Sempit [i]

Sebagai contoh vokal hadapan sempit adalah seperti berikut :-

Awal kata Tengah kata Akhir kata


[ikan] [tipu] [topi]
[ikut] [lihat] [pili]
[ikat] [kita] [bali]

6
ii.Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]
Vokal ini terletak di bahagian tengah hadapan mulut. Semasa menyebut vokal tersebut,
akan mendapati lidah dinaikkan tidak setinggi seperti vokal [i] dan tidak sebawah seperti
vokal [a] tetapi berada di tengah. Bagi menyebut vokal hadapan separuh sempit [e],
hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] dan alat-alat lain
serupa peranannya iaitu anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
dirapatkan seperti rajah di bawah :-

[e]
Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]
Contoh vokal hadapan separuh sempit adalah seperti berikut :-

Awal kata Tengah kata Akhir kata


[ela?] [sepah]
[eso?] [laher]
[kol]
[era] [leka]
[esa] [sepa?]

iii.Vokal Hadapan Separuh Luas [Ə]


Sebutan untuk vokal ini lebih rendah daripada sebutan vokal [e]. Hadapan lidah haruslah
dinaikkan separuh luas. Apabila menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
untuk menutup rongga hidung dan pita suara akan bergetar seperti rajah di bawah :-

[Ə]

Vokal Hadapan Separuh Luas [Ə]

7
Dalam jadual merupakan contoh vokal hadapan separuh sempit :-

Awal kata Tengah kata


[Əmas] [mƏmbeli]
[Əmbun] [tƏrpƏri]
[Əmak] [pƏmbƏli]

iv.Vokal Hadapan Luas [a]


Vokal hadapan luas jauh letak di bahagian bawah seperti terhampar dan mulut pula
terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke lelangit keras manakala anak tekak dan
lelangit lembut menutup rongga hidung serta pita suara bergetar seperti dalam gambar
rajah di bawah :-

[a]

Vokal Hadapan Luas [a]

Contoh vokal hadapan luas seperti berikut :-

Awal kata Tengah kata Akhir kata


[asli] [mãlam] [mãmã]
[amboi] [capai] [bola]
[antin] [nanãs] [laba]
[ambil] [mãka] [supaya]

3.2 Vokal Belakang


Vokal belakang terdiri daripada [u] dan [o] yang melibatkan lidah dan lelangit lembut semasa
menghasilkan bunyi vokal. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan
luas. Terdapat dua jenis vokal belakang iaitu vokal belakang sempit [u] dan vokal belakang
separuh sempit [o].

8
i. Vokal Belakang Sempit [u]
Lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut supaya dapat menyempitkan rongga mulut tetapi
tidak mencacah lelangit lembut apabila membunyikan vokal belakang sempit. Selain itu,
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar seperti gambar rajah di
bawah :-

[u]

Vokal Belakang Sempit [u]


Contoh-contoh vokal belakang sempit adalah seperti berikut :-

[usah] [tiru] [biru] [pupus]

[upah] [bubuh] [mulut] [baru]

ii.Vokal Belakang Separuh Sempit [o]


Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah
lelangit lembut manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung serta pita suara digetarkan seperti gambar rajah yang ditunjukkan di bawah :-

[o]

Vokal Belakang Separuh Sempit [0]

Berikut adalah contoh-contoh untuk vokal belakang separuh sempit :-

[toleh] [botol] [soleh] [oleh]

3.3 Vokal Tengah


9
Vokal tengah dihasilkan dengan menaikkan tengah lidah ke arah pertemuan antara lelangit
keras dan lelangit lembut manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung serta pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya dan pita suara
akan bergetar. Contoh-contoh vokal tengah ialah [pƏrahu], [tƏmpat], [Əmpat] dan lain-lain
lagi.

10
4.0 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN
Konsonan merupakan bunyi yang dihasilkan selain daripada bunyi vokal. Konsonan terbahagi
kepada dua iaitu konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Ini bergantung kepada pita
suara yang digetarkan atau tidak. Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal
yang bersuara atau tidak bersuara. Bunyi-bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu
menerima sekatan atau geseran tidak kira di bahagian rongga mulut, tekak atau pun hidung.
Konsonan bersuara terhasil apabila udara keluar dari peparu,glostis dirapatkan dan pita suara
digetarkan. Untuk konsonan tidak bersuara pula terhasil dengan glostis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar.
Bunyi konsonan yang dihasilkan ada yang sengau dan ada yang tidak sengau. Ini perlu
bergantung kepada keadaan lelangit lembut apabila bunyi konsonan tersebut dihasilkan. Jika
lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru akan keluar melalui rongga hidung dan akan
menghasilkan bunyi nasal atau sengau manakala lelangit lembut dinaikkan, bunyi konsonan yang
dihasilkan akan bersifat bunyi oral.
Pelbagai bunyi konsonan akan dihasilkan dengan sentuhan di antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi. Lampiran carta di bawah menunjukkan cara-cara mengahilkan bunyi-bunyi
konsonan Bahasa Melayu.

Daerah Lelangit Lelangit Pita


Bibir Gigi Gusi
Cara Keras Lembut Suara
Letupan Tak Bersuara p t c k Ɂ
Letupan Bersuara b d j g
Geseran Tak Bersuara f s ʃ h
Geseran Bersuara z
Sengau m n ɲ ɳ
Sisian l
Getaran R
Separuh Vokal w y

Carta Konsonan Bahasa Melayu

11
4.1 Konsonan Letupan
Konsonan letupan dihasilkan dengan udara ditahun dan dilepaskan dengan kadar yang cepat.
Terdapat sembilan konsonan letupan iaitu :-
i. Konsonan [k] dan [g]
[k] ialah bunyi letupan lelangit lembut tidak bersuara dan [g] merupakan bunyi letupan lelangit
lembut bersuara. Bunyi konsonan [k] dibunyikan dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit
lembut untuk menyekat arus udara manakala lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bagi memnghasilkan bunyi [g],
caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan dan arus udara yang
keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara seperti rajah di bawah :-

Konsonan Letupan [k] dan [g]

ii.Konsonan [t] dan [d]


Apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau mengenakan hujung lidah pada
gusi, manakala lelangit lembut dinaikkan dan udara ditahan maka terhasillah bunyi
konsoanan [t] dan [d]. Kalau proses sekatan tersebut dilepaskan maka terhasillah bunyi
konsonan [t] iaitu letupan gusi tak bersuara dan apabila pita suara digetarkan terhasillah
bunyi konsonan [d]. Rujuk gambar rajah di bawah yang menunjukkan bunyi letupan [t]
dan [d].

Konsonan Letupan [t] dan [d]

12
iii.Konsonan [j] dan [dz]
Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara
manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga
tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung maka terhasillah bunyi
konsonan [j].
Ketika ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan seperti dalam gambar rajah di bawah :-

[j]

Konsonan Letupan [j]

iv.Konsonan [p] dan [b]


Cara penghasilan kosonan [p] ialah dari letupan dua bibir tak bersuara. Hal ini kerana pita
suara tidak bergetar. Konsonan [b] merupakan letupan dua bibir bersuara disebabkan pita
suara bergetar. Konsonan [b] dan [p] dihasilkan apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir
dirapatkan manakala udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar seperti dalam
rajah di bawah:-

Konsonan Letupan [b] dan [p]

13
v. Hentian [Ɂ]
Untuk menghasilkan hentian glotis, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ke dinding
rongga tekak bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya
tidak bergetar manakala udara keluar dari paru-paru tersekat pada bahagian rapatan pita
suara seperti rajah bawah :-

[Ɂ]

Konsonan Letupan Hentian [Ɂ]


4.2 Konsonan Sengauan (nasal)
Terdapat empat bunyi sengauan dalam Bahasa Melayu. Bunyi sengauan dibezakan dengan
perlakuan pada daerah udara disekat yang berlaku pada pada rongga mulut. Pita suara di
getarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Kesemua bunyi konsonan sengauan adalah
bersuara. Konsonan sengauan terdiri daripada [m], [n], [ɲ/ny] dan [ŋ/ng].
i. [m] merupakan sengauan dua bibir bersuasa. Ia dihasilkan dengan merapatkan dua bibir
seperti dalam gambar rajah di bawah :-

[m]

Konsonan Sengauan [m]


ii. [n] ialah sengauan gusi bersuara. Ia dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke gisi
seperti dalam gambar rajah di bawah :-

[n]

Konsonan Sengauan [n]

14
iii. [ɲ/ny] merupakan konsonan gusi lelangit keras bersuara. Untuk menghasilkan [ɲ/ny], kita
hendaklah menaikkan tengah lidah ke lelangit keras seperti dalam gambar rajah di bawah:-

[ɲ/ny]

Konsonan Sengauan [ɲ/ny]


iv.[ŋ/ng] ialah bunyi sengauan lelangit lembut bersuara. Untuk menghasilkan bunyi [ŋ/ng]
adalah belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut seperti dalam gambar rajah di bawah :-

[ŋ/ng]

Konsonan Sengauan [ŋ/ng]

4.3 Konsonan Sisian [l]


Dalam Bahasa Melayu hanya mempunyai satu bunyi konsonan sisian iaitu [l]. Bunyi konsonan
ini terhasil apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Cara untuk membunyikan [l]
ialah hujung lidah dinaikkan ke tengah gusi manakala lelangit lembut dirapatkan ke belakang
rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari peparu melalui sisi kanan dan kiri lidah serta
mengetarkan pita suara seperti dalam gambar rajah di bawah :-

[l]

Konsonan Sisian [l]

15
4.4 Konsonan Getaran [r]
Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat satu konsonan getaran iaitu [r]. [r] dihasilkan dengan
hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara gusi dan lidah serta lidah
bergetar. Pada masa itu, lelangit lembut dinaikkan seperti gambar rajah di bawah :-

[r]

Konsonan Getaran [r]

4.5 Separuh Vokal


Terdapat dua konsonan dalam separuh vokal iaitu [w] dan [j]. Untuk menghasilkan bunyi
separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran.
i. [w] dihasilkan pada peringkat awal lidah seperti menghasilkan [u] kemudian bergerak
pada vokal yamh lain seperti gambar rajah di bawah :-

[w]

Separuh Vokal [w]

ii. [j] – untuk menghasilkan [j], pada peringkat awal kedudukan lidah adalah seperti
membunyikan [i] kemudian bergerak kepada kedudukan vokal lain seperti dalam
gambar rajah di bawah :-

[j]

Separuh vokal [j]

16
4.6 Konsonan Pinjaman
i. Konsonan [f] dan [v] dihasilkan apabila merapatkan bibir bawah dan atas sehingga
udara yang melalui mendapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan, pita suara tidak
bergetar untuk menghasilkan [f] dan pita suara bergetar untuk menghasilkan [v] seperti
rajah di bawah:-

[f] [v]

Konsonan Pinjaman [f] dan [v]

ii. Fonem [z] dihasilkan seperti cara menghasilkan [s]. Yang berbeza adalah semasa
menghasilkan [z] pita suara akan bergetar seperti dalam rajah bawah :-

[z]

Konsonan Pijaman [z]

4.7 Konsonan Geseran


i. Konsonan [h] – dihasilkan ketika udara keluar melalui pita suara yang renggang dan
rongga mulut sama seperti semasa membunyikan vokal. Konsonan [h] juga dinamakan
sebagai bunyi geseran glotis tidak bersuara. Contoh penghasilan konsonan rujuk
gambar di bawah:-

[h]

Konsonan Geseran [h]

17
ii. Konsonan [s] – dihasilkan dengan hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuta
sempitan pada arus udara. Pada masa ini, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
bahagian belakang rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung serta pita
suara direnggangkan. Apabila udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
akan terhasil bunyi geseran gusi tidak bersuara seperti rajah bawah :-

[s]

Konsonan Geseran [s]

18
5.0 APLIKASI PRINSIP FONETIK DAN FONOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Fonologi dan fonetik mempunyai beberapa prinsip yang perlu diketahui dan dititikberatkan
semasa kita mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam
kelas. Aplikasi prinsip-prinsip tersebut menentukan keberkesanan dan kejayaan proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu seseorang guru. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti dan betul-
betul memahami pengertian perinsip-prinsip tersebut supaya dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya dan sempurna dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antaranya,
prinsip pengajaran fonologi dan fonetik adalah seperti yang berikut:
( a ) dari mudah kepada susah
( b ) kontekstual dan autentik
( c ) menggunakan sumber sebutan jati bahasa pertama
( d ) tidak menguji ingatan tetapi menguji pemahaman rumus bunyi dan ejaan
( e ) memberi tumpuan kepada pendekskriminasian bunyi
( f ) bersifat konstruktif
( g ) mengginakan pelbagai sumber
( h ) melibatkan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomotor
( i ) ‘Hands on’ dan ‘minds on’
( j ) memberikan tumpuan kepada Kemahiran Bernilai Tambah, iaitu pembelajaran
konstruktivisme, kemahiran berfikir, pembelajaran kontekstual, kajian masa depan,
kemahiran teknologi meklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar dan
kecerdasan pelbagai
( k ) mementingkan aspek kesantunan dalam berbahasa

Dalam tugasan ini, saya telah mengambil kesempatan untuk berfokuskan kepada empat
prinsip tentang fonologi dan fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berikutnya,
prinsip-prinsip yang dipilih:
( I ) Dari mudah kepada susah
Perancangan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran fonologi dan fonetik dalam Bahasa Melayu
perlulah mengutamakan tahap penguasaan murid-muird, iaitu isi pelajaran atau kemahiran mestilah
dari mudah ke susah. Guru haruslah membimbing murid belajar tentang bunyi huruf atau vokal
dahulu sebelum mempelajari bunyi atau sebutan suku kata , perkataan, frasa, ayat sehingga ke

19
peringkat perenggan atau petikan. Guru perlu melaksanakan dan memastikan pengajaran dan
pembelajaran bahasa murid secara beransur maju atau berperingkat-peringkat sebelum ke tahap
penguasaan bahasa yang lebih tinggi.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah merancang pengajaran dan
pembelajaran yang bertemakan sebutan huruf dan vokal. Di peringkat set induksi, saya telah
memasangkan lagu huruf sebelum melangkah ke isi pelajaran. Tujuan penggunaan lagu huruf adalah
untuk menarik minat belajar murid-murid dan memberikan keyakinan kepada mereka untuk belajar
bahasa. Penggunaan lagu huruf juga membolehkan murid-murid lebih mudah dan senang untuk
mengenal huruf dan vokal menguasai sebutan huruf dan vokal. Saya telah merujuk kepada kaedah
Selan Osni, iaitu seorang guru Bahasa Melayu yang amat berpengalaman di sekolah rendah dan
pernah menghasilkan modul Selan Osni yang mendapat Anugerah Inovatif Peringkat Kebangsaan
Tahun 2001. Beliau amat menitiberatkan teknik pembelajaran secara didik hibur, penggunaan lagu
huruf dan vokal dan kad gambar serta animasi. (https://www.youtube.com/watch?v=ETgCjMV1ND4)
(https://www.youtube.com/watch?v=-FPD_b_Zuik)
Di langkah isi pelajaran, saya mengaplikasikan prinsip dari mudah ke susah, iaitu saya
membimbing murid-murid mengenal bentuk huruf dan sebutan huruf. Murid-murid dibimbing
menyebut huruf berulang-ulang kali sehingga mereka dapat menyebut huruf dengan betul. Saya juga
membimbing murid-murid untuk sebut huruf berdasarkan gambar supaya murid yang lemah berupaya
membunyikan huruf dan tidak terabai dari sesi pembelajaran.
Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran vokal, saya menggunakan teknik yang sama
untuk membimbing murid membunyikan vokal, iaitu penggunaan lagu vokal, teknik membunyikan
vokal secara berulang kali serta penggunaan gambar seperti kad gambar atau slaid power-point. Hal
ini penting untuk memastikan semua murid dapat menguasai sebutan huruf dan bunyi vokal dengan
berkesan.
Di akhir pengajaran, guru boleh memasangkan lagu huruf atau lagu vokal supaya murid boleh
menyanyikan lagu huruf atau lagu vokal sambil menghafal sebutan huruf dan bunyi vokal dengan
baik. Langkah ini juga memastikan murid-murid dapat belajar secara didik hibur selaras dengan dasar
pengaplikasian teknik Pembelajaran Abad Ke-21 yang disarankan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.

20
( II ) Menggunakan sumber sebutan jati bahasa pertama
Prinsip penggunaan sumber sebutan jati bahasa pertama amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran fonologi dan fonetik Bahasa Melayu. Hal ini bermaksud sebagai guru, kita mestilah
sentiasa membimbing dan memastikan murid menyebut dalam bahasa baku dan menggunakan sistem
ejaan bahasa baku yang betul. Murid-murid dilarang menggunakan bahasa yang tidak formal atau
bahasa dialek di sekolah. Hal ini penting untuk menjamin murid-murid belajar sistem ejaan dan
sebutan Bahasa Melayu yang betul dan memastikan ketulenan dan keaslian sistem ejaan sebutan
Bahasa Melayu dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. Guru perlu mengingatkan murid-
murid supaya mengelakkan penggunaan bahasa rojak atau bahasa campur, iaitu penggunaan sebutan
Bahasa Melayu bersama dengan bahasa dialek atau bahasa yang lain.
Sepanjang kajian, saya mendapati beberapa kesilapan sebutan dan ejaan yang sering
dilakukan oleh murid-murid di sekolah saya. Contoh-contoh sebutan dan ejaan perkataan yang betul
dan salah adalah seperti jadual yang berikut:
Bil. Salah Betul
1 jaye jaya
2 gile gila
3 metemetik matematik
4 betoi betul
21
5 kaseh kasih
6 olih-olih oleh-oleh
7 mentera mantera
8 losyen losen
9 stesyen stesen
10 lapuran laporan
11 engkar ingkatr
12 analisa analisis
13 liberalisme liberalisma
14 lebel label
15 kerenah karenah
16 pensil Pensel
17 stokin stoking
18 catit catat
19 bumiputra bumiputera
20 bowling boling
21 istihar isytihar
22 ekspot eksport
23 pamir pamer
24 plan pelan
25 setor stor

Guru perlu membetulkan kesalahan sebutan dan ejaan murid-murid tanpa melengahkan masa
dan dari semasa ke semasa supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran bahasa yang betul dan
mengekalkan keaslian pertuturan bahasa dan keindahan bahasa.

( III ) Melibatkan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomotor


Pengajaran dan pembelajaran fonologi dan fonetik Bahasa Melayu turut melibatkan tiga
aspek, iaitu domain afektif, kognitif dan psikomotor. Afektif bermaksud perasaan dan emosi untuk
memperkembang minat dan motivasi murid-murid untuk membaca. Kognitif pula bersifat mentalis
yang cuba menghubungkaitkan realiti mental dengan laku bahasa yang betul dan sebenar. Kognitif
juga merujuk kepada pengetahuan yang dihasilkan menerusi proses dalam otak dan saraf setelah
22
menerima bahan dalam bentuk rangsangan daripada pancaindera dan bersifat kreatif. Tanpa kognitif,
perkembangan bahasa akan terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Psikomotor ialah pergerakan
tubuh yang berkaitan dengan aktiviti mental.
Melalui domain afektif, guru mestilah menjaga perasaan dan emosi murid supaya mereka
bersedia dan menunjukkan minat untuk belajar fonologi dan fonetik Bahasa Melayu. Saya banyak
memberikan galakan atau dorongan kepada murid-murid agar mereka memupuk minat untuk belajar
bahasa seperti memberikan pujian dalam bentuk perkataan atau token dan hadiah kecil. Hal ini dapat
memotivasikan murid-murid untuk belajar bahasa dan lebih penuh dengan keyakinan diri untuk
menerima ilmu bahasa.
Dengan penggunaan domain kognitif, saya hendaklah menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah
seperti dalam bentuk objek nyata, cetakan gambar, kad huruf atau kad suku kata, slaid power-point,
melodi lagu dan tayangan klip video. Saya menggunakan bahan bantu mengajar bukan sahaja untuk
menarik minat belajar di kalangan murid tetapi juga bertujuan merangsangkan pancaindera murid-
murid supaya lebih mudah memahami dan senang belajar fonologi dan sistem ejaan bahasa .
Ekorannya juga mencetuskan kekreatifan dan kreativiti murid-murid semasa belajar bahasa.
Contohnya, dengan kad gambar, murid-murid dapat membunyikan suku kata kv atau kvkv seperti
buku, mata, bola, ceri dan cili berdasarkan gambar dan mereka boleh menyatakan pendapat sendiri
tentang kegunaan bahan tersebut .

Dengan penggunaan psikomotor, saya membimbing murid-murid belajar bunyi atau sistem
ejaan dengan menggunakan pergerakan tubuh badan atau bahasa isyarat. Misalnya, saya membimbing
murid-murid untuk membunyikan huruf vokal dengan menggunakan cara pergerakan mulut dan
bahasa isyarat seperti penggunaan tangan atau tubuh badan. Murid-murid dapat membunyikan huruf
vokal apabila mereka diperdengarkan bunyi dan melihat pergerakan mulut serta pergerakan tubuh
badan guru atau rakan-rakan mereka. Lambang atau simbol tubuh badan mampu memudahkan murid-
murid mengenal dan membunyikan huruf vokal dengan efektif.

23
( IV ) Mementingkan aspek kesantunan dalam berbahasa
Pengajaran dan pembelajaran fonologi dan fonetik mementingkan aspek kesantunan dalam
berbahasa, iaitu bermaksud Bahasa Melayu mewajibkan murid-murid mengamalkan percakapan dan
pertuturan atau penggunaan sistem ejaan dan struktur berbahasa yang betul.
Kesantunan bahasa juga merujuk nilai sopan, perkataan yang sopan, halus dan indah. Kata-
kata yang digunakan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya berunsur kejujuran
dan berbahasa tidak menyinggung perasaan ketika berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang santun
dan bertatasusila dapat menggambarkan nilai kesantunan seseorang.
Namun begitu, kesantunan bahasa terjejas oleh bahasa yang digunakan di dalam jaringan
sosial seperti Facebook, Twiter, Instagram, MySpace dan banyak lagi.
Berikut merupakan contoh-contoh ketidaksantunan bahasa yang terdapat dalam jaringan
sosial:
Kata panggilan Contoh ayat
Ko x payah citer lah pasal standard dah tau standard ko tu setakat mana …
Sultan pun tak hingin standard ko tu.
Lu Lu pon dh nak tenggelam sibuk nk mamam dedak gak …Lantoi !!!
Hampa Hampa boleh buat apa yg Hampa suka…bagi Hampa rakyat semua
bodo !!!
U Cermin diri dulu…how good are u ?
Nama Gelaran Contoh ayat
Orang tua Org tua x sedar diri…nk gadai telaga minyak
Ujaran Contoh ayat
Otak luuuu
Memang take double standard TETAPI TAKDE STANDARD …haprak
sub standard

Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan netizen menggunakan kata panggilan yang tidak sopan
ketika menulis komen di laman sosial.

24
Untuk mengatasi masalah ini, saya akan melaksanakan aktiviti peniruan untuk menggalakkan
murid-murid bertutur. Misalnya, saya menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut “ Dia
sedang berlari”.Seterusnya, murid-murid mungkin hanya menyebut “dia”. Saya terus mengulang
perkataan berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah
melalui aktiviti modeling iaitu saya memerlukan seorang pembantu untuk membantu saya sebagai
model. Model itu menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa
yang dipertuturkan oleh model tersebut. Menerusi kaedah ini, murid-murid akan mendengar dan
mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan
bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami. Murid-murid yang
mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila saya mula menggunakan bahasa yang
mudah dan senang difahami.
Di samping itu, saya perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Percakapan dan arahan saya perlu terang dan jelas. Saya juga perlu
selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang
disebutkan oleh saya. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat
membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa
untuk menghafal dan perlulah mengelakkan mereka daripada berasa tertekan.
Selain itu, saya perlu memastikan supaya murid-murid menggunakan bahasa yang santun
semasa proses berinteraksi. Murid-murid perlu dibimbing berbual dan topik yang dibualkan itu
mestilah berkaitan dengan pengalaman murid. Langkah seterusnya ialah saya akan menggunakan
pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan saya
menjadi kurang supaya murid banyak berinteraksi. Menerusi pendekatan komunikatif ini, murid-
murid akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti
yang dirancang kepada kemahiran lisan, iaitu mendengar, menyebut, bertutur, berbincang dan
membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi
kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan
murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu
murid-murid bermasalah.

25
6.0 KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur
manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berlainan dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun
demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai
peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan
sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
       Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi
manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan
keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
      Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-
kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak
manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat
kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca
perkataan itu. Oleh itu, penguasaan ilmu fonetik dan fonologi sangat penting untuk didedahkan
kepada murid-murid. Dengan ini, murid-murid dapat mempelajari cara menghasilkan bunyi dan
sebutan dengan mudah dan betul. 
Terdapat sebanyak 11 prinsip fonetik dan fonologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Saya telah menggunakan 4 daripada 11 prinsip ini untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Setelah saya menggunakan 4 prinsip ini dalam pengajaran
dan pembelajaran, saya mendapati ia banyak membantu saya untuk meningkatkan minat murid-murid
untuk belajar Bahasa Melayu. Misalnya, saya mengajar secara didik hibur dan PAK 21 dengan smart
tv di sekolah.

( 4767 patah perkataan )

26
7.0 RUJUKAN
Tuan Jah Tuan Yusof PhD (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof (2013). Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Selangor:Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Ainal Akmar Ahmad (2016). Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial.
Diperoleh Disember, 2015 daripada
https://www.researchgate.net/publication/308897394_KESANTUNAN_BAHASA_SEMASA_BER
KOMUNIKASI_DI_LAMAN_SOSIAL

Cikgu Sue Pkhas (2013). Cadangan Mengatasi Masalah Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan.
Diperoleh September 18, 2013 daripada
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/09/cadangan-mengatasi-masalah-komunikasi.html

Muhammad Al Afzan (2016). Kepentingan Fonetik dan Fonologi Kepada Guru Bahasa Melayu.
Diperoleh Oktiber 19, 2016 daripada
https://cikguafzan96.blogspot.com/2016/10/bmmb3013-kepentingan-fonetik-dan.html

27

Anda mungkin juga menyukai