Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Menurut Asmah Haji
Omar (1986)

 – 

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusialain
dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat didalam
tubuh manusia. Bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alatujaran yang
terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah , lelangit dan pita
suara.Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi.
MenurutKamus Dewan (1996 : 354 )

 – 

Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang


menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Raminah HajiSabran (1984) dalam buku yang
berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruanmenyataan bahawa fonetik kajian
tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.Menurut Dr. Lutfi Abas (1985) fonetik
juga membawa maksud mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik
bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyimarginal, dan memberikan simbol fonetik
untuk setiap bunyi.Fonologi adalah kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta sifat-sifat
semulajadi sistem tersebutsecara umum. Menurut Kamus Dewan fonologi memberi makna
kajian tentang bunyi sebutandalam sesuatu bahasa (1996:354). Manakala Kamus Linguistik
(HarimurtiKridalaksana,1984:51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik
yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
2.0

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Bunyi vokal ialah bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar melalui rongga oral
tidak mengalami sebarang sekatan. Bunyi vokal keluar secara berterusan melaui rongga tekak
danrongga mulut. Vokal adalah bunyi oral tetapi ada juga yang dinasalkan. Sifat vokal
ditentukanoleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa melayu boleh
dibahagikan kepadayang berikut:

2.1 Ciri-Ciri Bunyi Vokal

Bunyi vokal dikategorikan sebagai bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak
melibatkansebarang sekatan pengaliran udara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan
kedudukan lidahdan bentuk bibir. Ia melibatkan rongga mulut ketika melafazkannya. Bentuk
bibir dan saizrongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam
keadaan terbuka,separuh sempit ataupun luas.Bunyi vokal yang dilafazkan juga juga dipengaruhi
oleh bukaan lidah, sama ada ianya vokalhadapan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah
hadapan yang terlibat, maka bunyi yangdihasilkan adalah vokal hadapan.Begitu juga apabila
lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah, maka vokal yang
dihasilkan adalah vokal belakang. Namun apabila lidah dalamkeadaan bersahaja ataupun
terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegangmaka vokal yang dihasilkan
adalah vokal tengah. Di sini jelas menunjukkan bahawa pelabelannama vokal ditentukan oleh
kedudukan lidah. Manakala jenis vokal ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut
2.2 Daerah-Daerah dan Alat Artikulator Bunyi Vokal

2.2.1 Vokal HadapanVokal hadapan ialah bunyi

[ a]

[ i ]

[ e ]

, dan

[ e ].

Daerah artikulasi yang terlibat dalammenghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras. Manakala alat
artikulasi yang terlibat dalammembunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut. Vokal
hadapan dibahagikan kepadaempat bahagian iaitu vokal hadapan sempit

[ i ]

, vokal hadapan separuh sempit

[ e ]

, vokalhadapan luas

[a]

, dan vokal hadapan separuh luas

[ e ].

 Contohnya apabila kita menyebut bunyi akhir dalam kata

keli 

, bahagian hadapan lidah akandinaikkan tinggi dalam mulut. Di antara bahagian hadapan lidah
dan lelangit keras terdapatsaluran sempit yang membenarkan udara keluar. Huruf akhir pada
perkataan

keli 

yangdilambangkan
[i]

adalah perkataan fonetik. Namun, apabila kita membunyikan bunyi

[e]

pada perkataan

esok 

, saluran udaranya adalah lebih luas kerana bahagian hadapan lidah dinaikkansetinggi
kedudukannya sewaktu membunyikan vokal

[ i ].

Vokal hadapan boleh dibahagikankepada :i) Vokal Hadapan Sempit [i]Semasa menghasilkan


vokal ini hadapan lidah hendaklah dinaikkan tinggi tetapi janganmenyentuh lelangit keras.
Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutuprongga hidung. Pita suara
pula haruslah dirapatkan supaya udara yang keluar bolehmenggetarkan selaput suara seperti
dalam rajah di bawah 
Contoh vokal hadapan sempit seperti jadual dibawah ;

Awal Kata [iman][ikan]

Tengah Kata [kira][sihat][sakit][tipu]

 Akhir Kata [ kali][kopi][cili][rugi]

ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]Vokal ini pula terletak di bahagian tengah hadapan mulut.
Semasanya menyebutnya lidah beradadi tengah. Lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada
bunyi vokal [i]. Anak tekak dan lelangitlembut dinaikkan dan pita suara dirapatkan seperti rajah
di bawah
Nombor 2

.0 Pengenalan.Kamus Dewan (2005:945) menyatakan linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.


Oleh DavidCrystal dalam bukunya

. A Dictionary of Linguistics and Phonetics

 (1986:181), linguistikmerupakan kajian saintifik terhadap bahasa (

the scientific study of language

). Istilah linguistikberasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang membawa maksud

'bahasa'

. Dalam bahasa-bahasa

"Roman"

 (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan
lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, danlingua dalam bahasa Itali.
Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasaPerancis ini menjadi language.
Istilah'linguistics' dalam bahasa Inggerís adalah berkaitandengan kata language tersebut, seperti
juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalahberkaitan dengan language. Dalam bahasa
Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagibidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah
linguistic atau"linguistik".

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yangmengkaji
dan menganalisa satu-satu bahasa tertentu seara empirikal dan onjektif,iaitu mengkajibahasa
itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan,sentiment
atau falsafah. Ilmu linguistic digunakan untuk mengkaji bahasa Melayu. Mengkajibahasa Melayu
seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu.Iaitu bagaimana
bahasa Melayau itu diucapkan. bagaimana bentuk bahasa Melayu itu, danbagaimana pula
system bahasa itu. Mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-unyibahasa itu
dihasilkan, system fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalambahasa
Melayu.Ferdinand de Saussure, seorang sarjana bangsa Siss dianggap sebagai pelopor
linguisticmoden. BukunyaCours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan
dianggapsebagai buku asas linguistic moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh
deSaussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnyalangage, langue dan parole

 (Prof. Dr.J.W.M. Verhaar, 1983:1).Langage bererti bahasa pada umumnya, iaitu semua


manusia didunia ini memppunyai bahasa. Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu
kumplanpenutur tertentu, misalnya bahasa Indai , bahasa Cina, bahasa Perancis, bahasa
Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa
atau langue-langue tersendiri. Langue dianggap bahaa kepunyaan kumpulan atau
masyarakatbahasa tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan indiviu
yang kerapdisebut sebagai idiolek

 7.1.0 Pengenalan

Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan
satubidang mengkaji bunyi bahasa dari segi menyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonetikadalah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
alat-alat pertuturanmanusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu
(Lufti Abas, 1971:3). Ringkasnya, fonetikmerupakan kajian mengenai bunyi-bunyi ujar. Sebagai
limu, fonetik berusaha mencari kebenaran umum danmemformulasikan hukum umum
mengenai bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. Manakala sebagaikemahiran,fonetik
menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah untuk membuat
kemungkinanpengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi sebutan itu (Samsuri, 1972:79).Menurut
Kamus Linguistik (Harimurti

Kridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetiksebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan,


penyampaian danpenerimaan bunyi bahasa”.Manakala Marsono dalam bukunya, Fonetik
(1986:1) menyatakan fonetik sebagai“ilmu yangmenyelidiki

 bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam

sesuatu bahasa”. Kemudian Abdullah Hassan (1993:40) mendefisikan fonetik sebagai “fonetik

 mengkaji bunyibahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah
pengkajian terhadap unsur-unsur

dalam bentuk bunyi”. Mengikut Kamus Dewan (2005:354) mendefinisikan “fonetik ialah ilmu
bahasa yangberkaitan dengan penyebutan kata dan lambangyang menunjukkan sebutannya”.

 .Manakala bidang fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.Bunyi adalah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-
parukeluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau
ronggahidung. Semasa udara keluar melaluirongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung,
udaramungkin mengalami gangguanatau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar
dalambentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga maka terhasilnya bunyi.
(ArbakOthman, 1983:52). menyatakan Fonologi adalah bahagian dari linguistik deskriptif yang
mempelajari mengenaibunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,
seterusnya terbahagi kepada fonetik danfonemik. Sebenarnya, linguistik deskriptif
menghuraikan struktur dan sistem bahasa yang bidang kajiannyaterbahagi kepada tiga bahagian
besar iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis.

 8.2.0 FonetikBidang yang mengkaji bunyi bahasa disebut fonetik. Ada bebarapa definisi,
pengertian danpendapat mengenai fonetik.(i). Dalam buku

The World Book of Dictionary 

 (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566),fonetik dikatakan

“the body of speeh sounds of any one language

,and their relation to one

another”.

(ii).

Kamus Linguistik 

 (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai

“ilmu yang menyeliiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.

 (iii). Marsono dalam bukunya,

Fonetik 

 (1986:1) mendefinisikan

fonetik sebagai “ilmu yang

menyeleiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam

sesuatu bahasa”.

 (iv). W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistiks menghuraikanfonetik
sebagai

“the study of the physical characteristics of human speech sounds”.

(v). Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai “fonetik mengkaji bunyi
bahasa dari segi penyebutan, pendengaran aataau sifatnya ... Fonetik amnya ialah
pengkajianterhadap unsure-

unsur dalam bentuk bunyi”.

 (vi).

The Penguin Dictionary 

 (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai

‘the study andclassification of speech sounds”.

(vii). Menurut Kamus Dewan 92005:3.54), “fonetik ialah ilmu bahasa (

linguistik) yangberkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang

menunjukkan sebutannya”.

 Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian ini dapatl dirumuskan baahawa fonetik
ialahbidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji
bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat
pengucapanyang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdapat tiga aspek kalian
yangdilakukan iaitu, fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.Fonetik artikulasi
mengkajibagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarjn oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik
pulamengkaji sifat bunyi itu seniri, iaitu bagainman gelombang udara dari paru-paru
mengalamiperubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti
pita suara,

 9.lidah, bibbir dan sebagainya. Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan
denganpendengaran terhaap bunyi-bunyi yang dihasilkn supaya bunyi-bunyi itu data
diperturunkan kedalam lambang-lambang yang tepat.Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin
(1998:2) menyatakan pemerolehan bunyi bahasa dapat dikaji secarasaintifik iaitu kaedah bunyi
bahasa dihasilkan ada penjelasan yangmelatarinya. Ilmu khusus yang mengkajipenghasilan
bunyi-bunyi bahasa ini disebut ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik.
Mengikuturutan kajian ilmu linguistik, ilmu fonetik menjadi ilmu pertama dikaji yang diikuti oleh
fonologi, morfologi,sintaksis dan semantik. Fonetik merupakan ilmu yang mengkaji cara bunyi
bahasa dihasilkan danmemperlihatkan kaedahorgan seperti paru-paru, larings, farings, rongga
mulut dan hidung turut membantumenghasilkan bunyi bahasa.3.0 FonologiBunyi-bunyi bahasa
yang mempunyai system atau peraturan dikaji dalam bidang fonologi. Antara definisi atau
pengertian serta pandangan tentang fonologi adalah seperti yang berikut:
(i) F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai “… suatu bidang yang

mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-

rumus yang menentukan sebutan”.

 (ii). Kamus linguistic (Harimurti
Kridalaksana,1984:61) memberikan definisi fonologi sebagaibidang dalam linguistik yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.(iii). Dalam

Word Book of Dictionary 

 (C.L.Barnhart & R.K. Barnart, 1981;1567), fonologididefinisikan sebagai

“the systems of sounds used in a language’.

(iv). Abdullah Hassan dalam bukunya,

Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia

 (1993:40)

menyatakan bahawa “onologi mengkaji bunyi

bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.

(v). Menurut J.Clark dan C. Yallop

(1995:5) “phonology is concerne with the organization ofspeech ithin peific languages”.

(vi). P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai “the stuy pf the

distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their

use” (2001:111).

 (vii). Fonologi dalam

The Penguin Dictionry 

 (2004:1045) ditakrifkan sebagai

“the study of thesound systems of a language”.


Fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa.
Maksudnyabidang fonologi menentukan system bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan
jenis-jenisbunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif
(tidakmembezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi
ataumenentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem
ejaanbagi sesuatu bahasa. Menurut Farid M. Onn (1988:102), fonologi
merupakan suatu rangkaian aktiviti ilmiahyang dapat dibahagikan kepada dua peringkat.
Peringkat pertama ialah mengamati lafaz,menetapkan fonem-fonem atau saluran-saluran
abstrak yang sesuai diperakukan untukmelambangkan cara melafazkan katasecara sistematik
dan menetapkan huruf-huruf fonetikuntuk melambangkan setiap fonem yang diperakukan.
Inimembolehkan kita melambangkankata-kata dalam tulisan fonemik. Akibat tulisan fonemik ini
tidak boleh secaralangsungmemberitahu kita cara melafazkan kata tersebut maka fonologi perlu
melanjutkan aktivitinyakeperingkat kedua. Peringkat ini memberikan panduan mengenai cara-
cara melafazkan setiapfonem atau huruffonemik dalam pelbagai lingkungan. Mengikut panduan
ini kita dapat melafazkan setiap kata dengan tepat.4.0 KesimpulanFonetik dan fonologi bahasa
Melayu ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajianterhadap bunyi-bunyi bahasa dan
fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajianfonetik dan fonologi bahasa Melayu
meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itudihasilkan atau dituturkan, misalnya
bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftongdalam bahasa Melayu itu dihasilkan.
Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah manapola alat artikulasi yang berperanan
dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasaMelayu. Misalnya, bagaimanakah cara
menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, danvokal tengah dalam bahasa Melayu.
Bidang fonologi mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang mempunyaisistem atau peraturan (Abdul
Hamid Mahmood, 2002:198). Menurut Abdullah Hassan
dalambukunya,Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyata

kan bahawa “fonologi

mengkaji bunyi-

bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti

Kridalaksana, 1984:61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yangmenyelidiki


bunyi-bunyibahasa mengikut fungsinya. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi
konsonan dalambahasa Melayu seperti konsonan letupan, letupan geseran, sengau, separuh
vokal dan

 11.seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong

au, aid 
 dan

oi

dalambahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198).Maksud fonetik dan fonologi bahasa
Melayu merupakan bidang pengajian yang merangkumi pengkajiantentang bunyi-bunyi bahasa
dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologibahasa Melayu
mencakupi bidang kaedah bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan seperti
carabunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan.
Matlamat akhir bidangfonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf
serta fonem-fonem tertentu yangselanjutnya mewujudkan sistem ejaan untuk sesuatu bahasa
seperti bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai