Anda di halaman 1dari 35

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suara_(fonetik) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suara or penyuaraan ialah istilah yang digunakan dalam bidang fonetik dan fonologi untuk menghuraikan ciri-ciri bunyi pertuturan, sama ada bersuara atau tak bersuara. Sebenarnya, istilah penyuaraan ini memaksudkan dua konsep yang berbeza, iaitu

proses penyebutan yang mana pita vokal bergetar. Pengertian ini digunakan terutamanya dalam bidang fonetik untuk menghuraikan fon iaitu bunyi pertuturan tertentu.

pengelasan bunyi pertuturan yang sering dikaitkan dengan getaran pita vokal tetapi tidak semestinya disuarakan pada tahap penyebutan. Pengertian ini digunakan dalam bidang fonologiketika menghuraikan fonem, atau dalam bidang fonetik ketika menghuraikan fon.

Pada tahap penyebutan, bunyi bersuara adalah yang mana pita vokal bergetar, manakala bunyi yang tak bersuara adalah yang mana pita vokal tidak bergetar. Penyuaraan ini merupakan perbezaan antara pasangan bunyi yang dikaitkan dengan huruf-huruf "s" dan "z". Apabila jari diletakkan pada peti suara (tempat terletaknya halkum di bahagian atas kerongkong), boleh terasanyagetaran apabila menyebut zzzz, tetapi tidak demikian apabila menyebut ssss. (Untuk penjelasan yang lebih terperinci, rujuk suara modus dan pembunyian.) Bunyi vokal dan sonoran lain (sepertim, n, l, dan r) adalah bersuara modus.

Tahap penyuaraan[sunting] Terdapat dua pembolehubah tahap penyuaraan, iaitu keamatan (dibincangkan dalam pembunyian), dan tempoh (dibincangkan dalam masa mula suara). Apabila suatu bunyi dihuraikan sebagai "separuh bersuara" atau "separa bersuara", tidak semestinya jelas sama ada penyuaraannya adalah lemah (keamatan rendah), atau penyuaraan hanya berlaku untuk separa bunyi (tempoh singkat).

Suara dan ketegangan[sunting] Terdapat sebilangan bahasa yang ada dua set obstruen berbezaan yang dilabelkan /p t k f s x / lwn. /b d v z /, meskipun tiada penglibatan suara (atau

masa mula suara) dalam perbezaan ini. Contohnya, beberapa lgohat Jerman Selatan seperti Alsace atau Switzerland. Memandangkan suara tidak dilibatkan, maka ini dijelaskan sebagai perbezaanketegangan, iaitu perbezaan fortis dan lenis. Terdapat satu hipotesis bahawa perbezaan antara konsonan fortis dan lenis adalah berkaitan dengan perbezaan antara konsonan tak bersuara dan bersuara, iaitu hubungan yang berasaskan pencerapan bunyi dan juga penghasilan bunyi, yang mana suara konsonan, ketegangan dan kepanjangan merupakan manifestasi berbeza bagi suatu ciri-ciri bunyi am.

Rujukan[sunting]

Ladefoged, Peter & Ian Maddieson (1996). The sounds of the worlds languages. Oxford: Blackwells. ISBN 0-631-19814-8

http://cikgumohdazrein.blogspot.com/p/fonetik-fonologi.html

Fonetik Fonologi Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang akan berlaku adalah seperti di bawah. Bibir dihamparkan Depaan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] Contoh perkataan dalam bentuk transkripsi:

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku; Bibir dihampar separuh luas. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal *+ ( berdasarkan rajah di atas). Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan:

Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: Bibir dalam keadaan hambar. Depan lidah di turunkan serendah mungkin. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rangga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hambar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:

KONSEP FONETIK

o Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi yang selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi bahasa manusia, hatta bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia ataupun bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan yang seakan-akannya bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik. Ertinya bunyi-bunyi yang tidak digunakan dalam pertuturan manusia bukanlah dalam penelitian ilmu fonetik dan bunyi-bunyi bahasa yang menjadi fokus ilmu fonetik hanyalah bunyibunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan. Jadi, hal ini jikalau dihalusi bererti fonetik meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia dalam pertuturan daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. oDi samping bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia itu, bidang fonetik juga meneliti penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Maknanya aspek penelitian fonetik ada tiga. Penelitian yang pertama, iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia dalam berkomunikasi itu dikenali sebagai pengkajian fonetik artikulasi. Penelitian yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa, iaitu bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegar itu dikenali sebagai pengkajian fonetik akustik. Manakala yang terakhir ialah penelitian penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, iaitu bagaimana nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya itu dikenali sebagai pengkajian fonetik auditori.

BIDANG FONETIK

Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian, iaitu: fonetik artikulasi (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi) fonetik akustik (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)

fonetik auditori (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

FONETIK ARTIKULASI

oFonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala. oArtikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.

ARTIKULATOR AKTIF

o Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

ARTIKULATOR PASIF

o Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity). o Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (bi bermakna dua dan labial bermakna bibir). Bunyi *b+, *p+, *m+ ialah bunyi bilabial.

Fonem

Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan unit yangbermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang menjelaskan fonem ini ialah perkataan palu. Kata ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sebagai contoh sekiranya p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu , p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Contohnya, pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedangdikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/. Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan

paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan minimal sayang dan wayang ini dibezakan oleh fonem s dan w. S dan w merupakan unit Yng terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Maka s dan w merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, s dan w dikategorikan sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Oleh yang demikian s dan w ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut : I. Karat /b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza. II. Talam /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza III. Jari /c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza IV. Bakar /p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza V. Dulang /t/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza Tulang Pakar Cari Dalam Barat

Alofon

Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k, k dan adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masingmasing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing-masing dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama. Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas.

Cara-cara Penghasilan Konsonan

konsonan c

konsonan h

konsonan j

konsonan k

konsonan l

konsonan m

konsonan n

konsonan r

konsonan t

konsonan y

konsonan z

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir Rongga tekak Gigi Rongga mulut Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku Tidak terdapat di hujung perkataan Nota

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK yu am draf, gred. brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK ibu, ela, era air, aib adat, emas anda, unta, angsa antah, untuk, ingkar, bukan, dekat Contoh

3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang Contoh biasa, cuaca, suara

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV panorama Contoh

KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV

masyarakakat sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

Artikulator dan Daerah Artikulasi Artikulator alat pertuturan yang bergerak seperti lidah (belakang, tengah, daun serta hujung) dan bibir bawah disepanjang bahagian bawah rongga mulut. Daun lidah ialah bahagian permukaan paling depan Daerah artikulasi bahagian atas rongga mulut yg. merupakan alat yg. tidak bergerak yg. pada umumnya berfungsi menanti sahaja untuk didekati atau disentuhi oleh mana-mana satu artikulator dalam proses penghasilan bunyi tertentu. Daerah artikulasi ialah bahagian yang dikenali sebagai lelangit lembut (velum), lelangit keras (palate), gusi (alveolar), gigi atas dan bibir atas. Titik sesuatu artikulator tertentu bertemu di daerah artikulasi tertentu dipanggil titik artikulasi Bunyi-bunyi yg. terhasil pada titik artikulasi dikenali sebagai plosif, afrikat, frikatif, tril, lateral dan lain-lain. Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong dalam bahasa Melayu. a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

(http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002) Diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pandai], pandai dan [au] dalam [pulau] pulau. Kamus Linguistik (1997:62) /ai, au, oi/ realized as diphthongs, that is, a change from one vowel quality to another, and the limit of the change are roughly indicated by the two vowel symbols.

This should not be taken to mean that they are sequences of phonemes; each function in exactly the same way as the other vowel which are not diphthongal and is to be considered a unit phoneme. (J.D.OConnor, 1991: 154)

Definisi Rangap Vokal Rangkap vokal ialah rentetan dua vokal yang mengandungi nada, tekanan dan kepanjangan yang sama bagi tiap-tiap vokal yang mendirikabn rangkap ini. Contoh rangkap vokal dalam bahasa Melayu adalah au pada perkataan bau (ba + u), ai pada perkataan dan (pa + is) dan naik (na + ik), dan au pada perkataan buah (bu + ah) dan lain-lain. (Arbak Othman, 1983:60)

Perbezaan Diftong dan Rangkap Vokal Dalam diftong berlaku geluncuran semasa proses sebutan dua vokal Manakala rangkap vokal dicirikan oleh hiatus, iaitu hentian sebentar pada suara yang memisahkan kedua-dua vokal

Diftong

Modul-BMM3108.doc( sribd)

1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa: Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh .

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya.

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan

berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

i.

Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

ii.

Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.

iii.

Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.

iv.

Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang

dasar

sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Katakata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal a

Sebutan Baku

Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal a

Fonem/ bunyi [a]

Ejaan saya berapa apa

Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.

Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].

Contoh: Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.

Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal u pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top)

Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan

Sebutan baku

Sebutan Johor-Riau

Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat

[pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat]

[pe nga ja] [pe nge da] [te ra s] [ber la ri] [ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard

Sebutan baku

Sebutan Johor-Riau

i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka

[an da] [mer de ka]

[an da] [mer de ka]

Berbeza bunyi Bangsa

[bang sa]

[bang s]

ii) Bahasa Arab

Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna [mak na] iii) Bahasa Inggeris [mak n] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa]

Frasa drama

[fra sa] [dra ma]

[fra sa] [dra ma]

1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:

i.

Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

ii.

Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.

iii.

Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.

iv.

Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

v.

Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Fungsi indexical: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

vi.

Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ham.mad hat.ta] [jms bnd] [nl.sen man.d.la] [lim kng yk] [but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.la.ngor da.rul h.san] [bos.nia her.ze.go.vi.na] [pyong.yang] [niu zi.lnd] [sun.wi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [bangk bu.mi.pu.te.ra] [ra.dio t.l.vi.syen me.l.sia] [u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia] [a.gn.si pe.ngi.la.nan mul.ti.m.dia] atau [a.gn.si peng. ik.la.nan mul.ti.m.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan Felda Sebutan [fl.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) UNESCO [yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tadika ADUN Plus [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK RTM PLO Sebutan [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) [ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin)

BACAAN TAMBAHAN

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur:

Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing?

TAJUK 2

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) (ii)
(iii)

Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal
Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

ALAT-ALAT ARTIKULASI

ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL

Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

2.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.

2.1

Definisi Artikulasi dan Artikulator

Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan

menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

2.2

Alat-Alat Artikulasi

Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1

menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17)

Kedudukan Artikulator

Daerah Artikulasi

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi

2.3

Alat-Alat Artikulasi Vokal

Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu

tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

Depan hampar Tinggi (sempit) i Separuh tinggi e (separuh sempit) Separuh rendah (separuh luas) Rendah (luas) a

Tengah neutral

Belakang bundar u o

Rajah 2.3: Bahagian Lidah

Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [] dan []. Bunyi-

bunyi [] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.

Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan, bibir terhampar.

Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang, bibir bundar

Rajah 2.4: Keadaan Bibir

Anda mungkin juga menyukai