Anda di halaman 1dari 17

1

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 2
2. Definisi dan Konsep 3
3. Vokal 5
4. Penghasilan bunyi Vokal 6
5. Penghasilan bunyi konsonan 10
6. Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran 13
7. Bibliografi 16

2
Pengenalan

Fonologi ialah cabang ilmu yang mengkaji bunyi- bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Bunyi yang berfungsi ini bermaksud bunyi yang digunakan dalam pertuturan bahasa tersebut dan
bunyi ini dikenal sebagai bunyi bahasa. Bunyi bahasa ini disusun mengikut sistem kajian
fonologi bertujuan untuk menganalisi sistem tersebut. Kajian tentang fonologi dapat dibahagikan
kepada dua cabang iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji segala bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh alat- alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Harimurti Kridalaksana (1984), dalam kamus Linguistiknya memberikan
definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan
bunyi bahasa. Selain itu, Marsono dalam bukunya, fonetik (1986), mendefinisikan fonetik
sebagai “ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai
pembeza makna dalam sesuatu bahasa”.
Terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa dalam pengkajian fonetik,
iaitu penyebutan, pendengaran dan sifat-sifat bunyi. Dalam pendekatan penyebutan, pengkaji
meneliti cara bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang
fonetik ini disebut sebagai fonetik artikulasi. Pendekatan pendengaran pula melibatkan
penggunaan alat- alat yang canggih untuk menkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa.
Melalui pendekatan ini, bunyi- bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya dapat
dikesan. Seterusnya deskripsi tentang bunyi- bunyi tersebut dapat dilakukan. Dalam pendekatan
sifat bunyi, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi dan laringgoskopi digunakan
untuk mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi yang diucapkan. Dengan berbuat demikina, bunyi-bunyi
bahasa dapat digolongkan dalam kategori masing-masing. Cabang fonetik ini dikenal juga
sebagai fonetik akustik. Fonemik pula ialah cabang fonologi yang menganalisis system sesuatu
bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa dan seterusnya menghasilkan sistem tulisan
atau ejaan bagi bahasa tersebut.
Menurut D.Jones (1958), mengatakan secara umunnya, bunyi bahasa dibahagikan kepada
tiga golongan iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan. Perbezaan ini didasarkan pada ada
tidaknya halangan atau gangguan proses artikulasi pada alat artikulasi.

3
Definisi dan Konsep

Definisi fonetik dan fonologi Bahasa Melayu


Fonetik ( daripada perkataan unani ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia
berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,
dan persepsi neurofizikal.

Konsep fonologi
Fonologi ( daripada Greek , suara, bunyi perkataan, pertuturan, subjek perbincangan) ialah kajian
yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa.
Fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa : iaitu rumus-rumas
yang menentukan aspek sebutan
Frank Parker
(1994)
Bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khususnya bagi
sesuatu bahasa. Ini jelas darpada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the
systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has
variously been called phonology
Rahimah Haji Sabran Dan Rahim Sham
(1985)
Phonology is the study of function of patterning of speech sounds yang bermaksud “fonologi
ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia.
Dal bor (linguistic barat)
Fonem
Fonem ialah unit paling kecil yang boleh dipisahkan antara satu sama lain. Fonem tidak memberi
sebarang makna jika dipisahkan, kalau ganti ia memberi maksud yang berbeza. Fonem

4
mempunyai maksud distingtif yang berperanan dala membezakan dan mengubah makna
perkataan.

Contoh : pulau
Fonem p/u/l/a/u
Fonem yang diganti;
Pulau – pulas – pulai

Fonem terbahagi kepad tiga jenis


1 vokal
2. konsonan
3. diftong
Terdapat enam vocal dalam bahasa melayu standard iaitu
/a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/

5
Vokal

Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang (Radiah Y, Noriah M, Nor’ Aini I, 2010),
bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus
tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan hanya terjadi
pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977) kerana vokal dihasilkan
dengan halangan pita suara maka pita suara bergetar. Glotis dalam keadaan tertutup tetapi tidak
rapat sekali. Dengan demikian, semua vokal adalah bunyi bersuara. Dalam dasar sebutan baku
bahasa Malaysia, ada dinyatakan bahawa bunyi perlu disebut fonemik. Maka semua huruf vokal
‘a, e, I, o, u’ perlulah disebut sebagai [a], [e], [i], [o], [u] tetapi ‘e’ mungkin disebut sebagai [e]
seperti dalam elak, ekar, edah ataupun sebagai [ə] seperti dalam embun, entah, enggan. Maka
huruf ‘e’ boleh disebut sebagai [e] atau [ə]. Jadi dalam sebutan baku bahasa Malaysia, terdapat
lima huruf vokal tetapi bunyi vokalnya ialah enam (Radiah Y, Nor’Anini I 2005). Bunyi-bunyi
vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Kriteria
yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah. Terdapat tiga jenis bunyi vokal yang dihasilkan
iaitu vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri
daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [ɛ], [a], [u], [o],[ɔ], dan [ə] (A. Hamid, Nurfarah L.A 2007)
. Vokal dibezakan menjadi vokal nasal dan vokal oral. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek
Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan Acheh misalnya:
[ã, ẽ, ĩ, ũ]. Vokal nasal dalam bahasa Perancis misalnya : on [õ], en [ə] dan [ɛ] dalam matin
‘pagi’ [matɛ]. Vokal dapat dibahagikan kepada vokal panjang dan pendek. Tanda panjang
biasanya dengan tanda garis pendek di atas atau dengan titik dua di atas sebelah kanan bunyi
panjang itu. Misalnya [a] panjang ditulis [a:] atau [ā], [u] panjang ditulis [u:] atau [ū] dan
sebagainya.

6
PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL BAHASA OLEH ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan
bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-
organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk
menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem
pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang
menyebabkan penghasilan bunyi.

1. bibir atas
2. bibir bawah
3. gigi atas
4. gigi bawah
5. gusi
6. lelangit keras
7. lelangit lembut
8. anak tekak

7
9. hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara
keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau
kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat
artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?
Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang
terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti “pita” yang melekat pada dinding peti
suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu
tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara
tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak
berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi
yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan
bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak udara
boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit manusia
terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit kerasdan di bahagian belakang, dikenali
sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit
lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut
dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/
dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang
dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral
ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang
menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ sebutan
yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi bersuara.
Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. Sifat vokal

8
ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3 memperlihatkan
kedudukan bunyi vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi
dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara
keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang
fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah
dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda akan
merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga
diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal belakang,
sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini
pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba
letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada perbezaan kerana
vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan
bunyi [u].

Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].

Vokal tengah [ ] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu [ ].
Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan.
Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi
[e] iaitu [ dan ].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga
oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan
melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu ketika
lelangit lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang vokal. Contohnya

9
[nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi
apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan.
Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].
Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada
satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada Rajah
5:

Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong

Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak
setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula
dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan
kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan
hampar. Contoh, [amboi].

10
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN BAHASA OLEH ALAT-ALAT ARTIKULASI

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan
geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada
yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu

Konsonan Letupan

Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.
Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara
tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah
bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara
tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara[b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi
juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan.
Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara
digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit
lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit
lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g]
caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar
melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

11
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit
keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga
hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan
perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara
bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan
arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara
menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.

Konsonan geseran

[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan
seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak
bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi,
lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi
getaran gusi bersuara [r].

Konsonan getaran

[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita
suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi
sisian gusi bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang
membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang
berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit
keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
lembut bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi
bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

12
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras
bersuara.

Konsonan Pinjaman
Konsonan pinjaman ialah konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata
asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan
Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g];
[dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus
digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi
geseran.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita
suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan
ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.

13
APLIKASI PRINSIP FONETIK DAN FONOLOGI DALAM PdP

Fonetik dan fonologi merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang mengkaji bahasa
secara saintifik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Bidang fonetik adalah suatu bidang kajian
mengenai cara menghasilkan bunyi menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk tujuan
bertutur. Manakala, aspek sistem bahasa merupakan fokus kajian aspek fonologi. Fonetik dan
fonologi memainkan peranan yang amat penting dalam konteks pertuturan harian. Dalam
konteks pendidikan di sekolah, bidang ini perlulah dikuasai oleh guru bahasa Melayu kerana
dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Terdapat banyak
manfaat yang diperoleh oleh guru bahasa seandainya mereka menguasai bidang ini.

Awang Sariyan (1985) menyatakan bahawa kepentingan ilmu fonetik dan fonologi kepada guru
bahasa dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dapat membantu
para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan sebutan baku. Penggunaan sebutan baku adalah
penting untuk memastikan para pelajar dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul.
Dengan menguasai ilmu fonetik dan fonologi, guru dapat mengajarkan para pelajar mengenai
cara untuk melafazkan sesuatu perkataan dengan menggunakan kaedah sebutan baku yang
berasaskan sebutan fonemik dan sistem ejaan yang memerlukan para pelajar mengetahui tentang
cara membunyikan setiap huruf dengan betul. Implikasinya, pelajar dapat mengurangkan
penggunaan bahasa dialek tempatan ketika berkomunikasi. Konklusinya, penguasaan terhadap
ilmu fonetik dan fonologi terhadap guru bahasa Melayu untuk membantu pelajar menggunakan
sebutan baku dalam komunikasi harian ke arah menyeragamkan lagi kaedah sebutan dalam
bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa bidang fonetik dan fonologi membantu
dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Guru bahasa yang mempunyai pengetahuan tentang
bidang fonetik dan fonologi dapat mengajarkan pelajar khususnya di prasekolah untuk
menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah fonetik. Penggunaan kaedah
tersebut membantu pelajar prasekolah membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi
bahasa menjadi perkataan. Dalam erti kata yang lain, kaedah fonetik ini menfokuskan
penguasaan murid terhadap hubungan huruf dengan bunyi huruf tersebut tanpa mengetahui nama
huruf. Pengajaran kemahiran membaca berasaskan kaedah fonetik bermula dengan pengenalan

14
huruf vokal , diikuti oleh huruf konsonan, pembentukan suku kata dan pembentukan perkataan
yang bermakna. Dalam pada itu, guru bahasa perlulah menggunaan bahan bantu mengajar yang
sesuai untuk memastikan pelajar dapat memahami kaedah untuk membunyikan sesuatu huruf
dengan betul. Secara ringkas, penguasaan guru bahasa terhadap bidang fonetik dan fonologi
membantu guru untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.

Penguasaan terhadap bidang fonetik dan fonologi turut membantu guru bahasa untuk
membantu para pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur dengan betul. Bertutur merupakan
satu cara komunikasi yang kompleks iaitu penghasilan ujarandan melibatkan proses mental yang
menggerakkan alat-alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Selain daripada penghasilan bunyi bahasa, penggunaan unsur-unsur
suprasegmental seperti tekanan, intonasi, tempo, rima dan jeda turut diperlukan untuk
berkomunikasi dengan lebih berkesan agar individu tersebut dapat menyampaikan sesuatu mesej.
Unsur-unsur tersebut adalah penting kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang memerlukan kemahiran bertutur yang tinggi seperti debat, pidato, sajak dan sebagainya
yang menekankan aspek-aspek pertuturan. Aktiviti sedemikian memerlukan pelajar menguasai
aspek-aspek suprasegmental. Dengan menguasai ilmu fonetik dan fonologi, guru dapat
mengajarkan pelajar tentang cara berkomunikasi dengan berkesan melalui pengaplikasian aspek-
aspek suprasegmental. Deduksinya, guru bahasa yang menguasai ilmu fonetik dan fonologi dapat
mengajar pelajar untuk menguasai aspek-aspek pertuturan dengan betul.

Dengan menguasai ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang fonetik dan fonologi, guru
bahasa dapat mengatasi masalah yang berkenaan dengan sebutan pelajar terutamanya pelajar
bahasa kedua (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, 1982). Hal ini demikian kerana, kebanyakan
pelajar bahasa kedua menghadapi masalah untuk membunyikan fonem-fonem segmental yang
terdapat dalam bahasa kedua tersebut disebabkan oleh fonem-fonem dalam bahasa kedua tidak
terdapat dalam bahasa ibunda mereka. Pelajar bahasa kedua kebiasaannya mengantikan fonem
segmental yang terdapat dalam bahasa kedua dengan bunyi yang paling hampir dengan bahasa
ibunda mereka. Sebagai tamsilan, pelajar Cina yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua menghadapi masalah untuk menyebut beberapa fonem segmental dalam bahasa Melayu
seperti [r] yang digantikan dengan [l]. Dengan menguasai ilmu fonetik dan fonologi, guru bahasa
dapat membantu para pelajar khususnya pelajar bahasa kedua untuk menyebut huruf-huruf dalam
bahasa kedua tersebut dengan betul. Guru dapat membantu pelajar tersebut untuk membunyikan
fonem bahasa kedua dengan betul dengan mengajar pelajar tersebut tentang cara untuk
menggerakkan alat artikulasi mereka dengan betul melalui latihan dan bahan-bahan analisis
fonetik. Tuntasnya, pengetahuan yang mantap tentang ilmu fonetik dan fonologi membolehkan
guru bahasa membetulkan masalah sebutan dalam kalangan pelajar bahasa kedua agar pelajar
tersebut dapat membunyikan setiap fonem dalam bahasa kedua dengan betul.

Kepentingan penguasaan terhadap ilmu fonetik dan fonologi turut membantu guru bahasa
untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih
efektif. Penguasaan terhadap ilmu fonetik dan fonologi membantu guru untuk mengetahui cara
melafazkan setiap perkataan berdasarkan sistem sebutan baku (Raminah Sabran dan Rahim
Syam, 1985). Dengan itu, guru bahasadapat mengaplikasikan sebutan baku dalam konteks

15
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini disebabkan oleh, penggunaan sebutan baku
dalam menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan dapat membantu para pelajar dalam memahami
tentang apa yang diajarkan oleh guru kerana penggunaan cara bertutur yang seragam.
Seandainya guru bahasa menggunakan pelbagai variasi bahasa sedah tentulah para pelajar tidak
dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru kerana perbezaan variasi bahasa yang dituturkan.
Oleh itu, ilmu fonetik dan fonologi membantu guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan disebabkan oleh penggunaan satu variasi bahasa baku
standard.

Secara kesimpulan, ilmu pengetahuan berkenaan dengan bidang fonetik dan fonologi
membantu guru bahasa untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid
khususnya dalam aspek pertuturan di samping dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah dengan lebih efektif. Untuk menjadi guru bahasa yang baik,
pengetahuan tentang bidang fonetik dan fonologi adalah perlu untuk dikuasai oleh guru bahasa
tersebut bagi memastikan pelajar dapat membunyikan fonem segmental dalam sesuatu bahasa
dengan betul. Pengetahuan guru bahasa terhadap ilmu fonetik dan fonologi dengan lebih
mendalam juga mampu mewujudkan satu cara berbahasa yang seragam

16
BIBLIOGRAFI

1. Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid(2007).Pengenalan Fonetik dan


Fonologi Bahasa Melayu. Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:
PTS Professional Sdn. Bhd.
3. Habibah Mohd Samin, Hasnah Awang (2010). Literasi Bahasa Melayu Untuk Panduan
Pelajar-Pelajar PISMPdan PGSR serta Pendidik.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd
4. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd
5. Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
6. Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7. Farid M. Onn (1988: 1-4) (Persatuan Linguistik Malaysia). Bunga Rampai Fonologi
BahasaMelayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

17

Anda mungkin juga menyukai