Anda di halaman 1dari 33

Pengenalan

Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan
fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa
Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau,
misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan
dalam bahasa Melayu itu dihasilkan

1.1 Definisi fonologi
Menurut Indirawati H.Z & Mardiah, S.O (2006, p.2) fonologi merupakan suatu kajian
yang tentang system bunyi bahasa. Manakala, Abdullah H. (1993, p40) juga
menyatakan bahawa fonologi merupkan suatu kajian bunyi yang berfungsi dalam
bahasa. Disamping itu, Dalbor juga menyatakan bahawa fonologi ialah kajian yang
mengenai fungsi dan percolakan dalam bunyi yang dituturkan oleh manusia. Selain itu,
fonol ogi mer upakan i l mu yang mengenai per bendahar aan f onem dan
di st r i busi bahasa. I a mengkaj i pol a bunyi bahasa. I ai t u, kaj i an yang
t ent ang bunyi - bunyi yang ber f ungsi dal am sesuat u bahasa Dengan itu,
secara ringkasnya fonologi boleh dinyatakan sebagai ilmu bahasa yang mengkajikan
system bunyi dan fungsinya dalam suatu bahasa. (Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu Tinggi)

Kajian fonologi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Iaitu fonetik dan juga fenom.


1.2 Definisi Fonetik
Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris phonetics. Ia merupakan suatu kajian
terhadap bunyi pertuturan bahasa manusia ketika bertutur. Ia mengkajikan deskripsi
yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ.

Terdapat beberapa definisi fenotik. Iaitu, menurut Kamus Dewan (1996, p. 354) fenotik
merupakan ilmu bahasa yang berkiatan dengan penyebutan kata dan juga lambangan
yang menunjukkan sebutan. Manakala, Bright. W (1992, p.194) menyatakan fonetik
merupakan ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa bergantung kepada fungsi
bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa. Disamping itu, Abdullah H.
(1993, p.40) pula memberikan definisi fonetik sebagai pengkaijian bunyi bahasa daei
beberapa segi iaitu, dari segi penyebutan, pendengaran ataupun sifatnya. Dr Lutfi. A
(1985) pula menyatakan fonetik membawa maksud mempelajari segala bunyi yang
dituturkan oleh manusia bukannya bunyi bahasa.

Fonetik boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan. Iaitu, Fonetik Artikulasi, Fonetik
Auditori dan Fonetik Akustik. (Mohammad, N.H, n.d)


1.2.1 Fonetik Artikulasi
Fonetik Artikulasi merujukan pertuturan ataupun sebutan. Fonetik Artikulasi ini
merupakan cabangan dari fonetik. Ia mengkajikan bunyi ataupun sebutan kita yang
daripada gerakan otot atau alat-alat pengucapan di dalam artikulasi. (Mohammad, N.H,
n.d). Abdullah H. (1993, p.40) juga menyatakan, fonetik artikulasi ataupun fonetik
sebutan ialah kajian terhadap bunyi melalui sebutan. (Fonetik Artikulasi, 2011)
seterusnya menyatakan pendekrispsian ini melibatkan alat artikulasi ataupun dipanggil
artikulator. Malahan, artikulator ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Yang pertama
artikulator bahagian dada seperti paru-paru dan batang tenggorak. Kedua, artikulator
bahagian tekak iaitu pangkal tenggorok, pita suare, kirkoid, tiroid, aritenoid, farinks, dan
epiglotis. Terakhirnya, bahagian kepala. Artikulator bahagian kepala ini disifatkan
artikulator aktif dan pasif.
Menurut Abdul H. M. (2012) dan Kajian fonetik, (2011) Dalam proses fonetik artikulasi
iaitu penghasilan bunyi bahasa ataupun penyebutan, terdapat tiga alat yang memainkan
peranan yang penting. Ketiga-tiga alatan itu adalah arus udara, titik artikulasi dan
kegetaran pita suara. Bunyi bahasa akan dihasilkan dengan kewujudan arus udara. Arus
udara ini dialirkan dari peparu melalui gerakan kembang kempis. Arus udara ini
kemudian dialirkan ke tenggorak melalui batang tenggorak dan menggetarkan pita suara.
Ini menyebabkan udara di dalam faring ikut getran pita suara dan melakukan resonansi.
Getaran pita suara itu kemudian dialirkan ke rongga mulut. Do dalam rongga mulut, arus
udara dihambat oleh artikulasi atau struktur. Iaitu, titik temu antara articulator aktif dan
pasif. Beberapa titik artikulasi yang menghambatkan jenis bunyi bahasa. Sebagai
contohnya,
(i) Bibir bawah dan bibir atas menghasilkan bunyi bilabial,contoh: p, b, m
(ii) Bibir bawah dan gigi atas menghasilkan labio dental, contoh: f, v, w
(iii) Hujung lidah dengan gigi atas dan bawah menghasilkan apiko dental, contoh:
t
(iv) Hujung lidah dan gusi atas menghasilkan apiko alveolar, contoh: n, l, r
(v) Hujung lidah dan lelangit keras menghasilkan bunyi apiko palatal, contoh: d
(vi) Daun lidah dan gusi dalam menghasilkan bunyi lamino alveolar, contoh: s, z
(vii) Daun lidah dan lelangit keras mengasilkan lamino palatal, contoh: c, j
(viii) Tengah lidah dan lelangit keras menghasilkan medio palatal, contoh: g, ny
(ix) Akar lidah dan lelangit lembut menghasilkan dorso velar, contoh: k, ng, x
(x) Tenggorokan menghasilkan laringal, contoh, h
(xi) Celanpita suara menghasilkan bunyi glottal.


1.2.2 Fonetik akustik
Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara
dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh
alat artikulasi seperti pita suara, lidah,bibir dan sebagainya Abdul H. M. (2012, p. 25).
Menurut Indrawati, H.Z & Mardan, S.I (2006, p.78) fonetik akustik ialah kajian fizikal
yang tentang transmis bunyi bahasa daripada penutur kepada pendengar melalui udara
iaitu bentuk gelombang tuturan, frekuensi dan amplitude bunyi. Tambahan pula, Crystal,
D, (1990, p.5) juga menyatakan fonetik akustik adalah kajian terhadap ciri-ciri fizikal
bunyi yang dihasilkan di antara ruang mulut dan telinga. Iaitu sama dengan definisi
Indrawati, H.Z & Mardan, S.I. (2006, p.6) Oleh itu, dengan secara ringkasnya, fonetik
akusitk melibatkan analisis gelombang tuturan dan spektrum. Sebagai contohnya, lafaz
bunyi em dalam bahasa melayu yang biasanya merujukkan kepada makna Ya dalam
perbualan akan menjadi makna tidak apabila bentuk gelombang bunyi itu ditukarkan
kepada intonasi yang panjang.

Selain itu, kajian fonetik akustik yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrum pula
mendapati bunyi vokal hadapan adalah berbeza dengan vokal bunyi belakang, Iaitu,
nada bunyi vokal hadapan adalah lebih tinggi berbanding dengan nada vokal belakang.
Contoh bunyivokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang
dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. (Nik, H.B.B.K, 2011)

1.2.3 Fonetik Auditori
Menurut Abdullah, H (2012, 41), fonetik auditori merupakan kajian bunyi melalui
pendengaran. Iaitu mengkaji tentang bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai
tuturan bunyi yang berbeza. (Indrawati, H.Z, & Mardian, S.I, P.11). Tambahan pula,
(book) menyatakan, fonetik auditori ini adalah kajian terhadap pendengaran bunyi-bunyi
yang dihasilkan supaya bunyi tersebut dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang
yang tepat.
Dalam proses fonetik auditori ini, maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur
akan ditukarkan kepada bentuk kod-kod yang tertentu iaitu dalam bentuk bunyi, kata
ataupun ayat. Pendengar itu kemudian mentafsirkan maklumat dalam otak supaya
menjadikannya sesuatu komunikasi yang berlansung.

1.3 Matlamat Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
Matlamat akhir kedua-dua ilmu ialah untuk mengenal, menetu dan mengklasifikasikan
system bunyi bahasa Melayu dan juga mengenalpasti dan mementukan huruf-huruf
tertentu supaya melahirkan system ejaan yang sistematik dalam bahasa Melayu.


2.0 Bunyi Bahasa

2.1 Bunyi Vokal
Menurut Indrawati, H.Z, & Mardian, S.O (2006, p.35), bunyi vokal merupakan bunyi
suara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Iaitu
klasifikasinya ditentukan dengan kedudukan klidah dan bentuk bibir. Dengan itu, bunyi
vokal ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Malahan, bentuk bibir dan
saiz rongga mulut akan menentukan keadaan bunyi vokal yang dilafazkan. Manakala,
pendapat Mohamad, Y.M (1964) adalah selaras dengan Indrawati, H.Z, & Mardian, S.O.
iaitu bunyi vokal merupakan bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkan
udara dari peparu yang melalui rongga tekak dan rongga mulut dan tanpa sebarang
sekatan ataupun geseran.

Dengan selanjutnya, Fonologi-bunyi vokal dan konsonan menyatakan penghasilan
bunyi-bunyi vokal boleh ditentukan dengan ciri-ciri berikut:-
1. Keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan
2. Bahagian lidah yang terlibat, sama ada depan lidah atau belakang
3. Turun naik lidah, dinaikkan setingginya , dinaikkan sedikit atau diturunkan
4. Keadaan lelangit lembut, dinaikkan dan udara dari paru-paru melalui rongga mulut
(bunyi-bunyi vakal atau oral)
5. Keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
bergetar.

Manakala, Menurut Mohamad Y. M. (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu, Iaitu empat buah vokal depan, tiga buah vokal belakang dan sebuah vokal
tengah. Vokal-vokal tersebut adalah seperit berikut:-
(i) vokal depan: [i], [e], [] dan [a]
(ii) Vokal belakang: [u], [o] dan []
(iii) satu vokal tengah, iaitu [].


2.1.1 Vokal Depan
Alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi vokal depan ialah lidah, saiz
rongga mulut dan bentik bibir. Menurut Indrawati, H.Z & Mardian, S.O (2006, p.35) vokal
depan ini boleh dikumpulkan dalan empat kategori, iaitu seperti berikut:-
(i) Vokal depan sempit
Vokal depam sempit ini merujukkan vokal [i]. Bunyi vokal ini dihasilkan
dengan bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di
bahagian depan mulut. Manakala, lelangit lembut pula diangkat rapat ke
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Dengan itu, udara keluar
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Keadaan bibir dalam
keadaan terhampar dan kedudukan lidah pula berada di kedudukan yang
paling tinggi dalam rongga mulut. (Indrawati, H.Z & Mardian, S.O, 2006, p.35)
Contoh penggunaan vokal [i] ialah seperti berikut:-
Awal Tengah Akhir
Ikan Tipu Tali
Ibu Tiba mandi






Rajah 1.0 keddukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i]
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 47)

(ii) Vokal separuh sempit
Vokal separuh sempit ini merujuk kepada vokal [e]. Bunyi vokal ini dihasilkan
dengan hujung lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukannya. Manakala, lidah
tidak menyekat arus udara dari peparu. Bibir pula dihampirkan dan glottis
dirapatkan. Selain itu, lelangit lembut dinaikkan dan udara ditekan keluar dari
peparu, pitar suara bergetar. (Indrawati, H.Z & Mardian, S.O, 2006, p.35)
Contoh perkataan bagi vokal [e] ialah seperti berikut:-
Awal Tengah Akhir
Esok Teleng Tange
Elok Leher Tempe














Rajah 1.1 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e]
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

(iii) Vokal depan separuh luas
Vokal depan separuh luas ini merujukkan vokal []. Penghasilan bunyi vokal
ini bergantung kepada depan lidah diturunkan 2/3 dari kedudukan semasa
melafazkan bunyi [e]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang
tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pitar suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal ini, bibir
berada dalam keadaan terhampar. Bunyi vokal ini tidak wujud dalam
penulisan tetapi dalam dialek tempatan seperti Kelantan. (Indrawati, H.Z &
Mardian, S.O, 2006, p.35)









Rajah 1.2 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [].
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)
(iv) Vokal depan luas

Vokal depan luas ini merujuk kepada bunyi vokal [a]. Bagi penghasilan bunyi
ini, depan lidah diturunkan serendahnya dalam rongga mulut. Dengan itu,
udara dari peparu lalu tanpa sekatan. Bibir pula dihamparkan, glottis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari peparu,
pita suara bergetar. (Indrawati, H.Z & Mardian, S.O, 2006, p.35) Contoh bagi
bunyi vokal ini adalah seperti berikut:-

Awal Tengah Akhir
Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama






Rajah 1.3 Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal depan separuh luas
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

2.1.2 Vokal belakang
Vokal belakang dihasilkan dengan alat artikulasi lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut
dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi, lelangit keras
juga terlibat. (Cermelang Bahasa dan Sastera, 2011)
(i) Vokal belakang sempit

Vokal belakang sempit ini merujuk kepada [u]. Bunyi vokal ini dihasilkan
dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin supaya merapati
lelagit keras. Manakala, tiada sebarang sekatan aliran udara berlaku. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Udara pula akan keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan
pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal ini, keadaan bibir adalah
membundar. (Cermelang Bahasa dan Sastera, 2011)

Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu







Rajah 2.0 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 49)

(ii) Vokal belakang separuh sempit
Vokal ini merujuk kepada bunyi vokal [o]. Bunyi vokal ini dihasilkan dengan
belakang lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan semasa menghasilkan bunyi
vokal belakang sempit [o]. Manakala, lidah tidak menyekatkan arus udara
dari peparu. Bibir pula dibundar, glottis dirapatkan dan lelangit lembu
dinaikkan. Udara dengan itu ditekan keluar dari peparu, pita suara bergetar.
(Cermelang Bahasa dan Sastera, 2011)Contoh bagi bunyi vokal ini adalah
seperti berikut:-
Awal Tengah Akhir
Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko










Rajah 2.1 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o]
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 49)

(iii) Vokal belakang separuh luas
Vokal ini merujukan kepada bunyi vokal []. Bunyi vokal ini dihasilkan
dengan belakang lidah diturun lebih rendah berbanding dengan kedudukan
lidah semas menghasilkan vokal separu sempit [o]. Lelangit lembut diangkat
rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pitar suara dan bibir adalah
berada dalam keadaan bundar semasa menghasilkan bunyi vokal ini. Bunyi
vokal ini tidak wujud dalam penulisan tetapi dalam dialek tempatan seperti
Kelantan. (Cermelang Bahasa dan Sastera, 2011)









Rajah 2.2 Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi []
(Sumber: paitoon M. Chaiyanara, 2006: 49)

2.1.3 Vokal tengah
Vokal tengah merujukkan kepada bunyi vokal []. Bunyi vokal ini dihasilkan dengan
keadaan bibir antara hampar dan bundar. Manakala, tengah lidah dinaikkan kea rah
lelangit keras dengan tidak sentuhnya lelangit keras. Anank tekak dan lelangit lembut
dinaikkan untuk menutupkan rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
mulut. Udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut dan pita suara bergetar.
(Cermelang Bahasa dan Sastera, 2011). Contoh perkataan yang melibatu bunyi vokal ini
adalah seperti berikut:-
Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme







2.2 Bunyi Konsonan
Terdapat 26 konsonan dalam bahasa melayu iaitu b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t,
v, w, x, y, z, ng, ny, sy, kh, gh, dz, dan th. Dalam 26 konsonan ini, 8 konsonan (f, v, z, sy,
kh, gh, dz, dan th) merupakan konsonan pinjaman dari Bahasa Arab ataupun Bahasa
Inggeris. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d)

2.2.1 Konsonan asli
Konsonan asli ini boleh dibahagikan kepda tujuh jenis yang berikut:
i) Konsonan letupan
(a) Konsonan letupan dua bibir
Konsonan letupan ini merujuk kepada konsonan [b] dan [p]. Apabila
menghasilkan konsonan letup ini, bibir bawah dan bibir atas dirapatkan.
Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara keluar dari peparu melalui rongga
mulut dan disekat di pertemuan dua bibir. Sekatan itu kemudian
dilepaskan serta-merta. Bunyi [p] akan dihasilkan dengan glottis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Manakala, bunyi [b] akan
dihasilkan dengan glottis dirapatkan dan pita suara bergetar.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d)

Contoh perkataan:











Rajah 2.2.1 Penghasilan Konsonan [b]











Rajah 2.2.2 Penghasilan Konsonan [p]
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab
(b) Konsonan Letupan Gusi
Bunyi konsonan letupan Gusi merujuk kepada bunyi [t] dan [d]. Untuk
menghasilkan bunyi konsonan letupan gusi, hujung lidah hendaklah
dirapatkan ke gusi, lelangit lembut dinaikkan. Arus udara keluar dari
peparu melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan
gusi. Sekatan itu kemudian dilepaskan serta-merta. Bunyi [t] akan
dihasilkan jika glottis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
Manakala secara sebaliknya, glottis dirapatkan dan pitar suara bergetar,
bunyi [d] pula akan dihasilkan. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d)
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad







Rajah 2.2.3 Penghasilan konsonan [t]








Rajah 2.2.4 Penghasilan konsonan [d]
(c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut
Konsonan ini merujuk kepada bunyi konsonan [k] dan [g]. Untuk
menghasilkan bunyi konsonan ini, belakang lidah dikehendaki menemu
dengan lelangit lembut. Lelangit lembut pula dinaikkan. Arus udara keluar
dari peparu melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang
lidah dan lelangit lembut. Bunyi konsonan [k] akan dihasilkan jika glottis
direnggangkan dan pitar suara tidak bergetar. Dengan sebaliknya, jika
glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi [g] akan dihasilkan.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d)Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog






Rajah 2.2.5 Penghasilan Konsonan [k]





Rajah 2.2.6 Penghasilan konsonan [g]

ii) Konsonan Geseran
Konsonan geseran ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu geseran gusi
tidak bersuara [s] dan geseran glotis [h]. Geseran gusi tidak bersuara
dihasilkan apabila hujung lidah dirapat pada gusi untuk menyekatkan
perjalanan udara ke rongga hidung. Dengan itu, arus udara dari peparu
keluar dari rongga mulut dan dibiarkan geser dengan daerah pertemuan
hujung lidah dan gusi. Oleh itu, bunyi gusi tidak berbunyi, glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Geseran glotis [h] dihasilkan
dengannya glotis terbuka luas, lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat
perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari peparu
dan melalui sempitan dilakukan pada glotis supaya semasa udara keluar
melalui ruang tersebut akan terhasil bunyi geseran. (Penghasilan Bunyi
Konsonan, n,d)








Rajah 2.2.7 Penghasilan konsonan [s]









Rajah 2.2.8 Penghasilan konsonan [h]
iii) Konsonan Letusan
Konsonan letusan ini merujuk kepada letusan gusi lelangit keras iaitu bunyi
konsonan [c] dan [j]. Bunyi letusan ini dihasilkan dengan depan lidah
ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembu dinaikkan rapat ke dinding
belakang rongga tekak. Arus udara yang keluar dari peparu keluar melalui
rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi.
Bunyi konsonan [k] akan dihasilkan dengan pita suara digetarkan dan bunyi
konsonan [c] pula dihasiklan dengan pita suara tidak digetarkan.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d) Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [] Cara Laci Koc
Konsonan [] Jala Kanji Kolej








Rajah 2.2.9 Penghasilan konsonan [c]








Rajah 2.2.10 Penghasilan konsonan [j]

iv) Konsonan Getaran
Konsonan getaran merujuk kepada getaran gusi [r]. Bunyi konsonan ini akan
dihasilkan dengan hujung lidah dikenakan pada gusi, kemudian hunjung lidah
tersebut digetarkan. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak,
glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan. (Penghasilan Bunyi Konsonan,
n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar









Rajah 2.2.11 Penghasilan konsonan [r]


v) Konsonan Sisian
Konsonan sisian ini merujuk kepada sisian gusi [l]. Bunyi konsonan [l]
dihasilkan dengan hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian
tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah
tepi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. (Penghasilan Bunyi
Konsonan, n,d)Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal






Rajah 2.2.12 Penghasilan konsonan [l
vi) Konsonan Sengauan
(a) Konsonan Sengauan Dua bibir
Konsonan sengauan ini merujuk kepada konsonan [m]. Untuk
menghasilkan bunyi konsonan ini, bibir bawah dikehendaki direpatkan ke
bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari peparu keluar
melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam








Rajah 2.2.13 Penghasilan konsonan [m]



(b) Konsonan Sengauan Gusi
Konsonan sengauan gusi merujuk kepada konsonan [n]. Apabila
menghasilkan bunyi konsonan [n], hujung lidah akan ditemu dengan gusi.
Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari udara keluar melalui hidung.
Glotis dirapatkan den pita suara bergetar. (Penghasilan Bunyi Konsonan,
n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman









Rajah 2.2.14 Penghasilan konsonan [n]

(c) Konsonan Sengauan Lelangit lembut
Konsonan sengauan ini merujuk kepada bunyi konsonan [ng]. Belakang
lidah diangkat ke lelangit lembut semasa bunyi konsonan ini dihasilkan.
Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari peparu keluar melalui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. (Penghasilan Bunyi
Konsonan, n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang









Rajah 2.2.15 Penghasilan Konsonan [Ng]

(d) Konsonan Sengauan Gusi Lelangit Keras
Konsonan ini merujuk kepada bunyi konsonan [ny]. Untuk menghasilkan
bunyi konsonan ini, depan lidah dikenakan ditemukan dengan lelangit
keras. Lelangit lembut pula diturunkan. Arus udara dari peparu keluar
melalui rongga hidung. Glotis dirapatkabn dan pita suara bergetar.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -









Rajah 2.2.16 Penghasilan Konsonan [Ng]


vii) Konsonan Separuh Vokal
Konsonan separuh vokal ini dihasilkan dengan lidah diletakkan pada
kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit kemudian digerakkan
dengan cepat kea rah kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal lain.
Dengan secara umumnya, penghasilan bunyi konsonan ini adalah serupa
dengan penghasilan vokal tetapi sempitan berlaku pada rongga mulut
semasa arus udara keluar melaluinya. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d)

(a) Separuh Vokal Dua Bibir
Konsonan ini merujuk kepada konsonan [w]. Untuk menghasilkan bunyi
konsonan [w] bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti
menghasilkan vokal [u], iaitu, bibir dibundarkan dan belakang lidah
dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlakunya geluncuran ke arah
kedudukan vokal yang mengikutinya [o]. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d) Contoh
perkataan:
Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -










Rajah 2.2.17 Penghasilan konsonan [w]

(b) Separuh Vokal Lelangit Keras
Konsonan ini merujuk kepada konsonan [y]. Untuk menghasilkan bunyi
konsoanan [y], bibir dan lidah mengambilkan kedudukan seperti
menghasilkan vokal [i] iaitu, bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat
setingginya. Kemudian berlakunya geluncuran kea rah vokal yang
mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n,d) Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Yakin Tayang -
Yuran Payah -







Rajah 2.2.18 Penghasilan konsonan [y]

2.2.2 Konsonan Pinjaman
i) Gesaran bibir-gigi
Konsonan pinjaman ini merujuk kepada konsonan [f] dan [v]. Untuk
menghasilkan bunyi konsonan [f] dan [v], bibir bawah dikehendaki
merapatkan ke gigi atas. Udara dari peparu yang keluar melalui rongga mulut
kemudian mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan
gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
Apabila glotis direnggangkan dan pita suara tidak digetarkan, bunyi geseran
bibir tidak bersuara [f] akan dihasilkan. Dengan sebaliknya, apabila glotis
dirapatkan, pita suara digetarkan, bunyi geseran bibir bersuara [v] pula akan
dihasilkan. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n.d)










Rajah 2.2.19 Penghasilan Konsonan [f]









Rajah 2.2.20 Penghasilan Konsonan [v]

ii) Geseran Gigi
Geseran gigi ini merujuk kepada konsonan [th] dan [dh/dz]. Untuk
menghasilkan bunyi konsoinan ini, hujung lidah hendaklah berada di antara
gogo atas dan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan. Dengan itu, udara yang
keluar peparu dibiarkan bergeser di daerah gigi. Bunyi konsonan [th] akan
dihasilkan dengan glotis direnggangkan dan pita suara tidak berbunyi.
Manakala, bunyi konsonan [dh] akan dihasilkan dengan glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar. (Penghasilan Bunyi Konsonan, n.d)








Rajah 2.2.21Penghasilan konsonan [th]

iii) Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara
Konsonan pinjaman ini merujuk kepada bunyi konsonan [sy]. Bunyi konsonan
ini akan dihasilkan dengan hadapan lidah dinaikkan kea rah gusi lelangit
keras untuk menyekat perjalan udara yang keluar melalui rongga mulut.
Lelanit lembut pula dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit
keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara suara tidak bergetarkan.
(Penghasilan Bunyi Konsonan, n.d)

iv) Geseran Lelangit Lembut
Konsonan pinjaman ini merujuk kepada bunyi konsonan [kh] dan [gh]. Untuk
menghailkan bunyi konsonan ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Dengan itu, udara dari rongga tekak keluar ke arah
rongga mulut melalui ruang yang telah disempitkan pada lelangit lembut.
Bunyi konsonan [kh] akan dihasilkan dengan glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Dengan sebaliknya, bunyi konsonan [gh] akan dihasilkan dengan
glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. (Penghasilan Bunyi
Konsonan, n.d)



3.0 Sistem Ejaan
3.1 Ejaan Bersama Malaysia dan Indonesia
Penggunaan sistem ejaan baru bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri yang kedua Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada tahun 1972
haribulan 16 Ogos di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pelancaran
penggunaan sistem Ejaan ini dihasilkan pada asas persetujuan di antara Malaysia dan
Indonesia yang bercita-cita menyediakan suatu sistem ejaan yang sama supaya
memberikan faedah kepada dua pihak. (Sistem Ejaan Baharu Rumi Bahasa Malaysia
Dilancarkan, 2008)
Pada tahun 1902, tulisan rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan
R.J. Wilkinson. Sistem ini kemudiannya telah diperbaiki oleh Pendita Zaaba. Sistem
Ejaan yang disusun oleh Zaaba ini telah dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa
tahun. Manakala, pada tahun 1956, sistem Ejaan Kongress telah dihasilkan oleh
Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga di Singapura dan Johor Bahru akan
tetapi, Ejaan Kongress ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebabnya beberapa huruf
dalam sistem tersebut agak susah diikuti. Kemudian pada tahun 1966, Kerajaan
Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan
perudingan dengan pihak Indonesia dan akhirnya dua pihak mencapai persetujuan
untuk menggunakan sistem ejaan baru yang dikenali sebagai "Sistem Ejaan Bersama
Malaysia/Indonesia" yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 27 Jun 1967.
Malangnya, perlaksanaan sistem ini telah ditangguhkan. Dengan itu, pada bulan Jun
1972, Tuan Haji Sujak bin Rahiman dan rombongannya telah pergi ke Indonesia untuk
mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Ibu
Mulyadi. Hasilnya kedua-kedua pihak bersetuju berdasarkan kepada semangat
keputusan 1967. Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1972, Penggunaanya sistem Ejaan
Rumi bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan. Dengan adanya sistem ejaan
baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan digunakan
terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah dan ejaan rumi
media-masa di negara ini. . (Sistem Ejaan Baharu Rumi Bahasa Malaysia Dilancarkan,
2008)

3.1.2 Huruf Fonem Bersama di Malaysia dan Indonesia
Huruf fonem merupakan lambing bunyi. Ia boleh dikategorikan dalam 4 kumpulan. Iaitu,
huruf hidup, huruf mati, huruf vokal rangkap (diftong) dan gabungan huruf konsonan.
Sejak tahun 1972, terdapat beberapa huruf fonem telah disamakan bagi Malaysia dan
Indonesia. Berikut merupakan contoh huruf fonem yang sama.
Sejak 1972 Huruf Asal Malaysia Huruf Asal Indonesia
c ch tj
j j dj
kh kh ch
ny ny nj
sy sh sj
y y j
u u oe

3.2 Sistem keselarasan Vokal
Keselarasan vokal merupakan kesesuaian dua vokal untuk membentukan sua suku kata
pada kata dasar. Ia merujukan kepada pasangan huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan akhir tertutup. Prinsip keselarasan vokal ini mempunyai tiga syarat yang
berikiut:-
i) Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.
ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
iii) Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan

Menurut Abdul, H.M (2012, P. 204), dalam sistem baru ejaan Bahasa Melayu, terdapat
18 pola keselarasan yang seperti berikut:-

No Suku Kata
Praakhir
Suku Kata Akhir
Tertutup
Contoh Perkataan
1 a a arah, panas, patah
2 a i sakit, gadis, habis
3 a u harus, asuh, gaduh
4 pepet a mas, ktam, tmpah
5 pepet i btik, crdik, ptir
6 pepet u blum,ltup, tlur
7 e taling a tembak, dewan, enak
8 e taling e taling gelek, heret, leceh
9 e taling o esok, elok, serong
10 i a ikan, kitar, lidah
11 i i ingin, sisir, intip
12 i u cium, riuh, tiup
13 o a solar, soal, otak
14 o e taling boleh, oleh, korek
15 o o kotor, sotong, botol
16 u a ubat, ular, ulat
17 u i tulis, pulih, putih
18 u u tujuh, untuk, tunduk


3.3 Bahasa Peminjaman
Peminjaman kata asing simaksudkan sebagai peminjaman bahasa lain dengan atau
tanpa mengadaptasi linguistik. Dalam kata pinjaman, terdapat tiga aspek yang harus
diketahui. Iaitu,
i) Bentuk pinjaman
ii) Faktor-faktor peminjaman kata
iii) Jenis-jenis peminjaman

3.1 Bentuk Pinjaman
Bentuk pinjaman bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Iaitu, kosep pinjam
terjemah, kosep pinjam ubahsuai dan kosep pinjam utuh. (Kata Pinjaman, n.d)
Kosep pinjaman terjemah ialah peminjaman kosep perkataan bahasa lain manakala
katanya akan dicaikan padanannya ataupun terjemah dalam bahasa melayu. Sebagai
contohnya, frasa kapal terbang adalah pinjaman terjemah dari bahasa Belanda, vliegtuig,
manakala frasa kapal udara pula adalah pinjaman terjemah dari bahasa Inggeris,
airplane. (Kata Pinjaman, n.d)
Kosep pinjaman ubahsuai pula bermaksud pinjaman bahasa asing dengan
mengubahsuaikan ejaannya secara fonemik yang sesuai dengan bahasa Melayu. (Kata
Pinjaman, n.d) Contoh perkataan adalan seperti berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Structure Struktur
Cartoon Kartun
Institute Insitut
Carbon Karbon

Pinjaman utuh hanya berlaku jika kedua-dua proses sebelumnya iaitu pinjaman
terjemah dan pinjaman ubahsuaian tidak dapat dilakukan. (Kata Pinjaman, n.d)



3.2 Faktor peminjaman bahasa
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peminjaman bahasa. Antara faktor
tersebut adalah membentuk istilah-istilah yang baru. Apabila lahir tamadun atau ilmu
yang baru, Bahasa Melayu terpaksa menimjan perkataan dari bahasa asing. Sebagai
contohnya, bahasa Sanskrit seperi syurga, nerake, puasa dipinjam oleh Bahasa Melayu
apabila agama Hindu mula memasuki alam melayu dan banyak perkara yang baru
tentang agama baru ini perlu dijelaskan. Selain daripada itu, perkataan televisyen,
komputer dipinjam dari Bahasa Inggeris dipinjamkan apabila sains dan teknologi
menghasilan ciptaan baru. (Kata Pinjaman, n.d)
Faktor kedua mendorongkan pinjaman bahasa ialah pendidikan. Istilah baru dalam
Bahasa Inggeris dan Arab kadang kala tidak mempunyai perkataan yang benar-benar
tepat dalam Bahsa Melayu. Dengan itu, bahasa pinjaman diperlukan. (Kata Pinjaman,
n.d)
Faktor yang seterusnya adalah perniagaan dan perdagangan. Bidang ini yang sentiasa
berkembang mengikut zaman serta melalui pelbagai Negara dan akhirnya perkataan
asing akan digunakan dalam bidang itu dan kemudian diterima dan digunakan oleh
masyarakat tempatan. Sebagai contohnya kilogram dan komoditi. (Kata Pinjaman, n.d)
3.3 Jenis pinjaman dalam Bahasa Melayu
Terdapat tujuh jenis pinjamanan bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu. Iaitu,
i) Peminjaman tulen
Peminjaman tulen merujuk kepada peminjaman yang mengambil sepeunh
bunyi dam makna dari bahasa asing. Sebagai contohnya, komputer daripada
Bahasa Inggeris, iman daripada Bahasa Arab. (Kata Pinjaman, n.d)

ii) Peminjaman kacukan
Peminjaman kacukan ialah peminjaman bahasa yang menyatukan dua
perkataan dan membawakannya satu makna. Contoh peminjaman kacukan
ini adalah kasut but, pintu gate dan sebagainya. (Kata Pinjaman, n.d)

iii) Peminjaman pemerian
Peminjaman pemerian ini merupakan pinjaman yang membentukan satu
perkataan yang baru dengan member satu perkataan yang lain dalam
perkataan yang sedia ada dalam Bahasa Melayu. Sebagai contohnya, kapal
terbang, kapal selam. (Kata Pinjaman, n.d)

iv) Peminjaman berpindah
Peminjaman berpindahan ini mengambil kira bunyi tetapi maksud perkataan
adalah berbeza. Sebagai contohnya, vokal dalam Bahasa Melayu terdiri
daripada a, e, i, o, u. Manakala, perkataan Inggeris vowel pula menjelaskan
semua bunyi huruf tesebut termasuk juga e pepet dan e taling. (Kata
Pinjaman, n.d)

v) Peminjaman dialek
Peminjaman dialek ini adalah peminjaman perkataan dari negeri yang
berlainan seperti negeri Kelatan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan
lain-lain. Contoh perkataan adalah lemarin dari batas utara, jom dari Negeri
Sembilan. (Kata Pinjaman, n.d)

vi) Peminjaman kuno
Peminjaman kuno merujuk kepada pengambilan semula perkataan kuno
dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan, dermaga, limbungan. (Kata
Pinjaman, n.d)
Contoh Bahasa Pinjaman dari Bahada Inggeris
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Structure Struktur
Cartoon Kartun
Institute Insitut
Carbon Karbon

Contoh Perkataan Pinjaman Bahasa Jawa
Perkataan pinjaman Maksud
Andong Kereta Kuda (sewaan)
Batok Tempurung
Berangasan Mudah naik marah
Adipati raja





















References:
Abdullah H. (1993, p. 40) Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul H. M. (2012, p. 25). Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Abdul, H.M (2012, P. 204), Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford
University Press.
Cemerlang Bahasa dan Sastera. (2011). Diambil pada March 20, 2013, daripada
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-
konsonan.html
Fonetik Artikulasi, (2011). Diambil pada March 10, 2013, daripada
http://sunburst88.blogspot.com/2011/02/fonetik-artikulasi.html
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Tinggi. (n.d). Diambil pada March 20, 2013,
daripada http://www.scribd.com/doc/14660406/Fonetik-dan-Fonologi-Bahasa-Melayu-
Tinggi

Indirawati H.Z & Mardiah, S.O (2006, p.2), Fonetik Dan Fonologi: Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Indrawati, H.Z, & Mardian, S.O (2006, p.35), Fonetik Dan Fonologi: Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian Fonetik. (2011). Diambilkan pada March 15, 2013, daripada
http://titaoktiva.blogspot.com/2011/11/kajian-fonetik.html
Kata Pinjaman. (n.d). Diambil pada April 14, 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/85018903/kkbi-bm-ku
Lutfi Abas (1985). Linguistik deskriptif, nahu bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad, N.H.,( n.d) Fonologi-Fonetik. Diambil pada March 13, 2013 daripada
www.slideshare.net/ceplos1969/fonologi-fonetik
Nik H. B. B, K (2011), Fonetik dan Fonolog. Diambil pada 22 March 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/53835407/fonetik-dan-fonologi

Penghasilan Bunyi Konsonan. (n.d). Diambil pada 30 March 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/97631802/PENGHASILAN-BUNYI-KONSONAN
Sistem Ejaan Baharu Rumi Bahasa Malaysia Dilancarkan, (2008). Diambil pada 10 April
2013, daripada http://hids.arkib.gov.my/print.php?type=A&item_id=1491

Anda mungkin juga menyukai