Anda di halaman 1dari 52

MINGGU 1

KONSEP, DEFINISI, CIRI-CIRI DAN OBJEKTIF TAMADUN

Maksud tamadun/ Civilization: 1.process of civilizing, state of being civilized; 2.advanced stage of human development 3 keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkanpd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 4 negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban 5 budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban 6 mempunyai pemikiran (budayadanmoral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlmproses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) ygberkaitandgntamadun: malahdrama sendiri merupakan sbg kpd dan kebijaksanaan sesuatu Konsep Tamadun Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar. Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah bangsa

pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Ciri ciri asas tamadun 1 Penempatan 2.Kualitikehidupan 3.Orgtanisasi 4.Bahasa 5.Perundangan 6.Teknologi 7.Kreativiti

MINGGU 2 DEFINISI TAMADUN ISLAM DAN PRINSIP-PRINSIPNYA. KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM TAKRIF TAMADUN ISLAM Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM Naquib Al Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI 1. Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masingmasing. Firman Allah SWT.surah Al Baqarah tiada paksaan dalam beragama Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan

2. Memelihara nyawa atau jiwa Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain Larangan membunuh dan membunuh diri Firman AllahSurah Al Maidah 5:32 Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.

3. Memelihara akal Mengharamkan minuman keras Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90 Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan.

4. Memelihara maruah dan keturunan Mensyariatkan perkahwinan. Poligami Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. ( Surah al-Israa 17:31 )

5. Memelihara harta Firman Allah SWT Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.( Al-Qasas 28:77) Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesarbesarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. ( Surah al-Maaidah 5:38 )

6. Memelihara hak kebebasan Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan

Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama

SUMBER-SUMBER TI 1. AL-QURAN Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah SWT

2. HADIS Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran 3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN 4. AKAL FIKIRAN 5. PENEMUAN BARU

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 1. Hubungan manusia dengan Allah SWT Rukun Islam dan Rukun Iman Ibadah umum dan ibadah khusus Mematuhi syariat yang telah ditetapkan

2. Hubungan manusia dengan manusia Sistem muamalah dan kemasyarakatan. Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya.

3. Hubungan manusia dengan alam sekitar Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada.Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar

MINGGU 3 KEPENTINGAN WUJUDNYA INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIVE ANTARA PELBAGAI TAMADUN Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

PENGENALAN - Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. - Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun - Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China - Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China - Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Kesan:

1.Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi - Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India - Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian - Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. - Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA

- Bermula seawal abad ke-3 SM - Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) - Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas - Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan: 1.Penyebaran Agama - Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. - Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2.Sistem Pemerintahan - konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan - Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja - Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3.Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu

4.Adat resam dan Budaya - Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera - Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, - Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5. Bahasa - Pengaruh bahasa Sanskit - Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu - Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

6.Kesusasteraan - Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana - Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma - Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos - Turut diadaptasikan dlm wayang kulit INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese

Kesan:

1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan

- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. - Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:

1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam. 2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia. 4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Ekonomi-moral semesta 6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistic

MINGGU 4 NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam Tamadun Barat dikatakan bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh masyarakat Timur. Antaranya seperti kesopanan, kasih sayang, sederhana,

menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati keluarga dan orang yang lebih tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue, Konsky & Drager: 2000)

Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan UNESCO, nilai universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ; Nilai kedamaian Nilai kebebasan dan hak asasi manusia Nilai demokrasi Nilai pembangunan

Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia kerana dianggap cuba melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil kira kelainan budaya yang terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan Barat yang mahukan dunia bukan Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan, maka lahirlah konsep Nilai Asia.

Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan retorik oleh pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain. Menurut Kishore Mahbubani (1998), Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negaranegara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah attachment to the family as an institution, deference to societal interest, thrift, conservatism in social mores, respect for authority.

Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara kritikan yang kerap dikemukakan ialah Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata budaya yang menolak liberalisme Barat, malah membawa kepada menghalalkan ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan kuku besi. Ini menjadikan Nilai Asia nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang autoritarian. Namun, kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat.

Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan ajaran Konfusius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep Demokrasi Konfusian mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat kebaikan bersama sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah.

Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius dijadikan sandaran dan disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. Hasilnya, nilai etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilai-nilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai kekuatan masing-masing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik dan lain-lain.

Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia

Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal

dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut; Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu

MINGGU 5 TEORI KEDATANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU


PENGENALAN Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:

Islam Datang Dari Tanah Arab Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60). Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165). Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

Islam Datang Dari India Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61). Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

Islam Datang Dari China Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72).

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan

Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256). Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65)

MINGGU 6 KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut: Agama dan Kepercayaan Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26). Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabinabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.

Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185). Pendidikan

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.

Bahasa clan Kesusasteraan Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).

Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lainlain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Perundangan

Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undangundang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat.

Politik dan Pemerintahan Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003: 54). Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab

mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil.

Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3). Sistem Kekeluargaan Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk, III beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk

memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsurunsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar konsepkonsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke

atas kanak-kanak juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanitawanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217). Adat dan Cara Hidup Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.

Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangs a yang berkenaaf. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-

undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adatadat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

MINGGU 7 PILIH BEBERAPA ORANG TOKOH TAMADUN ISLAM DAN NYATAKAN SUMBANGAN MEREKA KEPADA TAMADUN ISLAM A. ILMU PERUBATAN: IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina Hasil Tulisan dan Ensiklopedia Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karyakarya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan. Antara karya beliau yang terkenal adalah Al-Qanun Fi Al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.

Selain daripada Al-Qanun Fi Al-Tibb, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

Teori-teori dan Pendapat Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). 2.2.3 Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).

ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM

Sumbangan dan Pencapaian

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman Azija an at-Talif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa

buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab alMasnur.

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898.

AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL

Sumbangan

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.

Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya.

Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab alJudari wa al-Hasabah.

B. SENI BINA Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (86-87H)

Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin, 2004). Menurut pengarang ini lagi, pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara, selain tiang dan dinding serta atap. Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah (Mahayudin, 2004).

Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapa bangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Aqsa di Bayt al-Maqdis. Beliau juga telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah. (Mahayudin, 2004).

Khalid bin Abdullah al-Qasri Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin Abd al -Malik. Menurut Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.

Khalifah Abdul Rahman II

Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus (Mahayudin, 2004). Khalifah Abu Jafar al-Mansur

Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar, 1993). Hasan Ibrahim (dalam Mohd Mokhtar, 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Beliau telah mendirikan sebuah istana yang bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannya Qasr alKhuldi yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami alMansur di hadapanIstana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin, 2004).

C. SENI MUZIK Al-Farabi

Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

Al-Kindi Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetikhttp://www.muslimheritage.htm ). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan bukubuku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya,Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan TheNecessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).

Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi

Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan. Safi al-Din Abd al-Mumin

Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik (Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar Father of Music oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya.

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din

Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti TheJewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies(Mahayudin, 2004).

D. SENI KHAT DAN KALIGRAFI

Ibn Muqlah

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Ibn Ali Ibn Muqlah (Kamil alBaba, 1992). Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di antara ahlikaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba, 1992). Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis satu-satu huruf. Misalnya huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).

Ibn Bawwab

Ibn Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Hilal Ibn al-Bawwab dilahirkan di Baghdad (Seyyed Hossein Nasr, 1987). Beliau digelar Ibn Bawwab kerana ayahnya adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada (bilik pengadilan) di Baghdad. Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan Muhammad Ibn Asad dan Muhammad al-Simsimani (Kamil al-Baba, 1992). Beliau yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap sebagai pencipta kepada khat rayhanidan muhaqqaq (dipetik di http://www.muslim.org ). Terdapat sebanyak 64 buah al-Quran ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani (Kamil al-Baba, 1992). Yaqut al-Mustasimi Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Mustasimi al-Thawusyi al-Baghdadi (Kamil al-Baba, 1992). Selain daripada menjadi ketua di Perpustakaan alMustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn Bawwab. Beliau pernah digelar

sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis khat Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas kepada Sittahenam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali, 2001).

E. SENI SASTERA Firdawsi

Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang berjudul Hikayat 1001 Malam (dipetik dihttp://www.muslimphilosophy.com ). Ceritanya telah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Epic Kings (Ghazali, 2001).

Ibn Tufayl

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi (dipetik

di http://www.muslimheritage.com ). Di dalamkaryanya, beliau menceritakan tentang bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671 (Dipetik di http://www.members.tripod.com/man 999/ sumbangan_Islam_2.htm ). Orang Eropah bukan setakat menterjemah malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).

MINGGU 8 CIRI-CIRI PEMODENAN YANG BERJAYA DILAKUKAN OLEH MAHARAJA MEIJI DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA(1897-1912)

PENGENALAN Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris the sourse of the rising sun. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial. Pihak Shogun telah mengamalkan Dasar Tutup Pintu.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasakuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama.

ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang

berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.

Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. KokusaiKankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat

i. ii. iii. iv.

Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju

ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah: -

i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran

membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai

(semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat

iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu. Pemimpin sejajar 1880Meiji telah menjadikan Tokyo pusat yang pusat kecemerlangan Menjelang Tokyo ilmu tahu 1877,

dengan an

kemudahan universiti

infrastruktur ditubuhkan

dimilikinya.

banyak

antaranya

Universiti

Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda

1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.

iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil.

ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapalkapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan.

Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi).

Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara

meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi).

POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.

Penghapusan

feudalisme

memperkukuhkan

kedudukan

kerajaan

Meiji.

Ini

membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaankeistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.

MINGGU 9 HURAIKAN PERANAN AGAMA ISLAM DALAM MEMBANTU PEMBINAAN

TAMADUN CINA

GERAKAN ISLAM DI CHINA


Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahun 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang menerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain. Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah, Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.

PERMULAAN GERAKAN ISLAM Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri. ISLAM DAN PERADABAN CHINA Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China.

Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat. Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina. Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.

MINGGU 10 TAMADUN INDIA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN AGAMA DENGAN CONTOH-CONTOH JELAS. BINCANGKAN KENYATAAN INI PENDIDIKAN Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

FALSAFAH Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme. SAINS DAN TEKNOLOGI Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.

SENI BINA Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. BAHASA DAN KESUSASTERAAN Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. SISTEM SOSIAL Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

MINGGU 13 DENGAN MELAYARI INTERNET SILA DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU SEMASA MENGENAI TAMADUN ISLAM DAN BARAT Multaqa Staf ABIM Dan Agensi Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis multaqa membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.Multaqa ini diadakan untuk menghargai jasa-jasa staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.

Pertemuan Peguam Pembela Islam Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin, Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah sama-sama berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan Peguam Muda Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam muda Islam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada webmaster@abim.org.my ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin 14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri. Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain memperkemas kempen boikot produk Israel dan proZionis. Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.

MINGGU 14 & 15 GARISKAN 10 PRINSIP ISLAM HADHARI DAN HURAIKAN 5 PRINSIP DARIPADANYA. 1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah

i. Keimanan yang mantap ii. Ketaqwaan yang menyeluruh iii. Pegangan agama yang teguh iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah

i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab iii. Kebajikan rakyat terpelihara iv. Berjimat cermat elak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka

i. Semangat jati diri ii. Berfikiran terbuka iii. Kreatif dan inovatif iv. Mampu bersaing v. Berdaya maju vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah vii. Berdikari viii. Berusaha menerima perubahan

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

i. Umat yang cintakan ilmu ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu iii. Mendalami ilmu fardhu ain iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat

5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah ii. Umat yang maju dibidang ekonomi iii. Negara yang maju dan barakah iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti

i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti ii. Tempat tinggal yang selesa iii. Persekitaran yang selamat iv. Kehidupan yang sihat v. Keluarga yang harmoni vi. Pemakanan yang berkualiti vii. Masyarakat yang penyayang viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna

7. Pembelaan hak minoriti dan wanita

i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal iv. Member perhatian kepada OKU

8. Keutuhan budaya dan moral

i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

9. Pemeliharaan alam sekitar

i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan v. Mengelak pembaziran sumber alam vi. Mengekalkan keindahan alam vii. Memelihara sumber air dan udara viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10. Kekuatan pertahanan i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Anda mungkin juga menyukai