Anda di halaman 1dari 3

Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut , bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab. Lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa ialah mengandungi nilai hormat yang tinggi , kosa kata halus dan bertatasusila, tidak menyinggung perasaan orang lain apabila bertutur, melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur, mencerminkan akal budi seseorang atau anggota masyarakat serta kesantunan berbahasa melambangkan warisan bangsa melalui penghasilan karya sajak serta pantun. Kesantunan berbahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi menunjukkan komunikasi antara penutur memerlukan kesopanan yang tinggi. Hal ini kerana apabila seseorang individu bertutur dengan individu lain, akan menimbulkan perasaan hormat kepada rakan. Bagi kelompok masyarakat pula, kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling bertolak-ansur serta dapat mewujudkan kerjasama. Tambahan pula, negara akan disanjung oleh negara-negara luar kerana rakyat yang mendiami negara tersebut mempunyai kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi. Secara tidak langsung, bilangan pelancong juga akan berminat untuk mempelajari bahasa yang dituturkan. Selain itu, kepentingan kesantunan berbahasa ialah mempunyai kosa kata yang halus dan bertatasusila. Hal ini menunjukkan pengunaan kosa kata amat penting dalam berkomunikasi. Ia juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Sebagai contoh, pengerusi yang mengendalikan sesebuah majlis mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada def-def kehormat, tuan puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Suasana majlis juga akan menjadi tenang dan berjalan lancar. Tambahan pula, melalui kesantunan berbahasa juga, kita tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Hali ini menggambarkan nilai hormat dan memahami perasaan seseorang individu. Sebagai contoh, apabila kita menegur seseorang, tegurlah dengan kata yang sopan agar dia tidak tersinggung dengan teguran kita. Aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan warisan bangsa. Melalui penghasilan karya-karya sajak, pantun, syair, gurindam dan lain-lain lagi. Maksud tersirat melalui penghasilan karya dapat difahami dengan jelas dan membolehkan seseorang individu mengambil iktibar dan menjadikan sebagai kata-kata ransangan diri. Melalui pertuturan bahasa melayu juga, seseorang akan tidak dianggap sebagai seorang yang biadab atau tidak beradab sekiranya menggunakan bahasa yang sopan dan menekankan aspek kesantunan berbahasa dalam pertuturan seharian. Tambahan pula, kesantunan bahasa menggambarkan orang melayu mementingkan serta mengutamakan adab dan nilai-nilai murni di dalam

pertuturan. Sebagai contoh, dengan menggunakan gelaran untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, seseorang perlulah berjabat tangan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Selain itu, melalui kesantunan berbahasa juga melambangkan sebagai satu bahasa yang indah dan mempunyai peradaban. Kesantunan berbahasa juga dapat diterapkan melalui slogan-slogan. Sebagai contoh budi bahasa budaya kita. Hal ini menggambarkan bahasa yang indah dan mempunyai nilai-nilai murni. Melalui aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan menggambarkan tingkah laku penutur. Tingkah laku penutur dapat dicerminkan dari sikap serta cara percakapan. Sekiranya seseorang penutur bercakap dalam keadaan megah, masyarakat sekeliling akan menggambarkan penutur tersebut sebagai seorang yang bongkak dan sombong. Sehubungan dengan itu, kesantunan berbahasa juga dapat memupuk kesedaran warganegara yang mengambil emeh dalam aspek pertuturan. Sebagai contoh, golongan remaja bertutur tanpa adab dan sopan santun. Secara tidak langsung, ia menjejaskan imej sesebuah negara. Sistem panggilan yang melibatkan kerabat diraja terbahagi kepada dua iaitu sistem kekeluargaan dan sistem kata ganti nama diri. Sistem kekeluargaan merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri seharian. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata ganti nama diri. Sistem ini di bahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua serta kata ganti nama diri ketiga. Melalui sistem kekeluargaan , penggunaan kata ganti nama diri digunakan mengikut gelaran. Sebagai contoh, anakanda, ayahanda, bonda, kakanda serta adinda. Sistem ini berbeza dengan panggilan seharian golongan rakyat biasa. Contohnya panggilan ayah, emak, kakak serta adik. Sistem kata ganti nama diri yang pertama ialah penggunaan beta dan patik. Kata ganti nama pertama berbeza cara pemakaiannya walaupun melibatkan orang yang pertama. Beta digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan, Sultanah serta Tengku Ampuan apabila bertutur dengan golongan rakyat biasa. Istilah patik pula merujuk kepada rakyat jelata apabila hendak bertutur dengan golongan diraja. Sistem kata ganti nama diri yang kedua ialah Tuanku. Kata ganti nama diri Tuanku digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja dan merujuk kepada raja yang berkenaan. Selain itu, kata ganti nama diri ketiga pula ialah , Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia serta Baginda. Kata ganti nama diri ini merujuk kepada Raja atau Permaisuri apabila bercakap dengan orang lain. Manakala, Tuan Hamba digunakan oleh Raja atau Permaisuri kepada orang bawahan yang dilawan bercakap.

Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat Begitulah sedikit bait-bait lirik lagu patriotik yang sering berkumandang di corong-corong radio dan di televisyen. Kesimpulannya, setiap pihak mestilah memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Hal ini dapat mendorong kita mencapai matlamat Wawasan 2020 seterusnya melahirkan masyarakat mawaddah dan sakinah. Namun begitu, hal ini hanya mampu direalisasikan sekiranya setiap warganegara Malaysia mencintai dan berusaha menaikkan nama Malaysia di seantero dunia. Jelaslah bahawa bahasa kebangsaan mempunyai kepentingan yang jitu untuk semua kaum di negara ini.