Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Ali Saiful bin Safian

Pensyarah Kanan Akademik


Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Jalan Maktab Gaya,
Peti Surat 10941,
88805, Kota Kinabalu,
Sabah.
_____________________________________________________________________________________
Kepada,
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kmapus Gaya,
Jalan Maktab Gaya,
Peti Surat 10941,
88805, Kota Kinabalu,
Sabah.
FEBRUARI 2014

11

Puan,
Permohonan Cuti ke Luar Negara
Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat permohonan cuti daripada pihak puan
selama 4 hari, iaitu dari 10 hingga 13 Oktober 2015.
1. Bagi pengetahuan puan, tujuan saya memohon cuti adalah untuk menghadiri
majlis konvokesyen anak perempuan bongsu saya yang akan berlangsung di
Universiti Of London, United States. Dia berjaya menghabiskan pelajarannya selama
2 tahun dan berjaya memperoleh anugerah Pelajar Cemerlang dalam Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian dalam Kedoktoran.
2. Sehubungan itu, dia berhasrat agar kami sekeluarga dapat menghadiri majlis
tersebut dan bersama- sama berkongsi saat kegembiraannya. Justeru itu, dia telah
menaja tiket penerbangan sekeluarga saya ke London. Selain itu, saya juga ingin
mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman dam membuka mata terhadap

dunia luar yang luas. Hal ini demikian kerana ia amat berguna kepada saya untuk
membawa pengetahuan dan teknologi yang baharu dan terkini dalam proses
pengajaran saya pada masa nanti.
3. Di samping itu, saya berjanji bahawa permohonan cuti tidak akan melengahkan
kerja dan mempengaruhi jadual pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya
telah menyediakan tugasan-tugasan online kepada murid saya agar mereka tidak
akan menjadi malas akibat ketidakhadiran saya. Jadi, saya dapat menyemak kerja
mereka pada bila- bila masa melalui Internet. Tambahan pula, saya juga meminta
bantuan daripada pensyarah- pensyarah yang lain untuk menggantikan kelas saya.
Oleh itu, permohonan cuti ini tidak akan menangguhkan sebarang kerja saya dan
sebaliknya masih dapat menyempurnakan kerja dalam masa yang ditetapkan.
4. Dengan itu, saya amat berharap agar puan dapat mempertimbangkan
permohonan dan meluluskan cuti tersebut. Keprihatinan puan dalam perkara ini
amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(MUHAMMAD ALI SAIFUL BIN SAFIAN)


Pensyarah Kanan Akademik
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai