Anda di halaman 1dari 16

4.

0
REFLEKSI
DAN
METAKOGNITIF
1
Definisi Refleksi
Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey
menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara
menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu
akan melalui proses aktif dan sedar dengan
memikirkan masalah secara refleksi dan
menyelesaikannya secara praktik.

Dengan erti kata lain, seseorang boleh
mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan
gangguan yang dialami kepada keadaan yang
nyata, koheren, tenang dan harmonis.


2
Menurut Dewey proses manusia berfikir
bermula dengan permasalahan yang dihadapinya
atau keraguan yang dirasai atau dihadapi
seseorang. Selagi hubungan kita dengan
persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita
tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita
berhadapan dengan situasi yang tidak selesa,
bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita
mula berfikir secara reflektif untuk mencari
penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau
cadangan cadangan bagi mencari jalan keluar.

3
Definisi Metakognitif
Metakognitif ialah proses minda yang
menyebabkan seseorang itu sedar tentang
pemikirannya, berusaha untuk mengingat dan
merenung kembali perkara yang telah difikirkan
atau dialaminya, menilai atau menganalisis proses
berfikir yang telah dilalui serta membuat
perancangan untuk menggunakannya dengan lebih
berkesan pada masa akan datang.

4
Peranan Refleksi
Membantu:

membuat penilaian kendiri

berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

menganalisis perkara-perkara penting proses
bekerja dan hasil kerja

melihat alternatif-alternatif dalam membuat
keputusan

mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri
spiritual, moral, nilai dan estetika

mengubah tingkahlaku
5
Peranan Metakognitif
Pemikiran yang bijak sentiasa mengurus dan
membuat refleksi terhadap pemikirannya.

Contohnya apabila sesuatu keputusan perlu
dibuat, pemikir yang bijak sendiri berfikir
dengan mendalam dan elakkan diri daripada
terburu-buru.

Setiap orang boleh belajar mengurus
pemikirannya supaya lebih produktif.

Pemikiran kita boleh dikawal seperti sahaja
dengan tindakan kita.

6
Strategi Meningkatkan
Pemikiran Refleksi

Membimbing murid menggunakan pemikiran
kritis, teknik menganalisis dan mentafsir
maklumat-maklumat daripada data.

Membimbing murid menggunakan pemikiran
kreatif untuk membentuk pelbagai hipotesis
serta menghasilkan pelbagai kemungkinan
penyelesaian yang wajar.

7
Melatih murid dengan kemahiran menggunakan
teknik penyelesaian masalah.

Menggunakan teknik menyoal supaya daya
pemikiran reflektif murid dapat dipertingkatkan.


8
Strategi Meningkatkan
Pemikiran Metakognitif
Mengadakan aktiviti penjauhan untuk
mendorong pelajar mengalihkan perhatian dan
pemikirannya daripada apa yang mereka
sedang fikirkan.

Aktiviti penjauhan adalah aktiviti yang
dijauhkan daripada kandungan yang dipelajari,
tidak berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan
tetapi berkaitan dengan kemahiran berfikir.

9
Menanyakan soalan-soalan berstruktur untuk
mendorong pelajar berfikir tentang
pemikirannya secara bijak.

Apabila guru bertanya tentang bagaimana
pelajar melakukan sesuatu pemikiran, guru
sebenarnya mendorong pelajar untuk mengkaji
strategi yang digunakan semasa berfikir.
10
Mendorong pelajar mengurus pemikiran
sendiri

Soalan-soalan merupakan tetangga yang
menolong pemikiran

Guru perlu menanggal tetangga secara
perlahan-perlahan supaya pelajar sendiri
dapat melakukan pengelasan secara berdikari

Pelbagai strategi yang diberi akan dapat
mendorong pelajar mengurus pemikiran
dirinya sendiri
11
Menulis refleksi untuk menyatakan fikirannya
tentang pemikiran.

Penulisan merupakan wahana yang dapat
mendorong pemikiran yang berlanjutan.

Kaedah pertama adalah meminta pelajar
menulis tentang pemikirannya.

Kaedah kedua adalah penulisan jurnal secara
berterusan.

Penulisan refleksi boleh diamalkan melalui
penyimpanan jurnal atau portfolio refleksi dan
dibincangkan seterusnya.

12
13
Rujukan Laman Web
http://kemberfikir.blogspot.com/2010/05/pemi
kiran-reflektif-metakognisi-dalam-p.html

http://pensyarah-
it.blogspot.com/2011/01/unit-6.html

http://zulsophistsaidi.blogspot.com/2009/08/d
efinisi-refleksi_26.html

http://www.scribd.com/doc/47246712/Refleksi

http://www.slideshare.net/ideal90/metakognit
if


14
http://www.scribd.com/doc/60727890/Memb
uat-Refleksi-Introspektif-Untuk-Tahap-
Kompetensi-Personal-Diri


http://www.scribd.com/doc/86899205/Refleksi
-nota


15
Rujukan Buku
Swartz, R. & Parks, S. (1998). Infusing critical
and creative thinking into content instruction.
California: Critical Thinking Press and Software.

Som Hj Nor & Mohd Dahala Mohd Ramli.
(1998). Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Kuala Lumpur. Longman


16
Daripada Chin Yoke Ling

Anda mungkin juga menyukai