Anda di halaman 1dari 36

TOPIK 12: KEMAHIRAN

PEMIKIRAN DLM
PENYELESAIAN
MASALAH
KPP 3014 PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN
PELAJAR

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan


(Al-Insyirah:5)
Objektif
Selepas membaca bab ini, pelajar dapat:
Menghuraikan pemikiran dan imaginasi mental.
Menerangkan strategi pengajaran untuk meningkatkan
pemikiran remaja.
Memperincikan penguasaan aspek konsep,
penyelesaian masalah, penaakulan dan membuat
keputusan, pemikiran secara kritis dan kreatif.
Menghuraikan kebaikan pemikiran dalam persekitaran
sekolah dan masyarakat terhadap penyelesaian
masalah remaja.
Pengenalan
Pemikiran manusia merupa aktiviti mental yang tertinggi.
Melalui pemikiran manusia, adanya evolusi budaya, penghasilan
karya seni, sastera, inovasi sains dan teknologi.

Pemikiran adalah kemahiran yang penting untuk pelajar remaja


yang melalui sistem persekolahan dewasa kini.

Pemikiran digunakan untuk menerima informasi, menyelesaikan


masalah pembelajaran. Ini kerana, dalam pembelajaran, ianya
melibatkan aspek kemahiran penaakulan, membuat keputusan
secara kritis dan kreatif.

Maka kemahiran berfikir & menyelesaikan masalah amat penting


bagi pelajar.
Bagaimana pelajar dapat menggunakan kemahiran pemikiran
untuk memantapkan pembelajaran dalam konteks bilik darjah?
Pemikiran Manusia
Pemikiran Meliputi bentuk-bentuk termasuk mimpi siang
hari, menyelesaikan masalah dan penaakulan.
Pemikiran adlh Representasi dalaman (ekspresi mental)
suatu masalah atau situasi.
Terlibat dengan penumpuan, memori, intuisi, membuat
keputusan, ilmu pengetahuan.
Seolah-olah satu kemahiran i.e kemahiran membuat
keputusan, kemahiran peny masalah, pemikiran kreatif.
Jadi, pemikiran boleh di tingkatkan melalui pengamalan
dan latihan. Cnth, soalan yang dibina guru dan interaksi
pelajar-pelajar adalah untuk mengembangkan pemikiran
pelajar.
6/11/2017
Pemikiran dan imaginasi mental
Kejayaan manusia bergantung kepada kecerdasan
dan KEUPAYAAN PEMIKIRAN berbanding
kekuatan fizikal yang dimilikinya.
Pemikiran manusia meliputi bentuk-bentuk termasuk
mimpi siang hari, menyelesaikan masalah dan
penaakulan.
(**penaakulan = reasoning): adlh proses membuat
pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.)

Kognitif merujuk kepada pemprosesan informasi


secara mental.
PERANAN IMAGINASI DALAM MENINGKATKAN
PRESTASI PELAJAR
Imaginasi Dapat meningkatkan Keyakinan Diri. Ini kerana,
apabila pelajar menggunakan imaginasi untuk membayangkan
perasaan mereka berjaya. Ini akan membina keyakinan diri.
Motivasi dan imaginasi yg positif dapat membntu pembelajaran.
Kemahiran imaginasi:
IMAGINASI berbentuk imej yg menenangkan minda (tukar tahap
tenaga)/ & imej yg memberi tenaga serta semangat utk belajar
Imaginasi dpt meningkatkan daya ingatan. Kenapa?
Bila pelajar imagine skill/ apa-apa pergerakan, pelajar dapat
analisa pergerakan dan perlakuan serta dapat mengurangkan
kesilapan nanti.
Dalam proses berfikir, terdapat gaya
berfikir.
Terdapat 3 gaya berfikir:
i. Gaya berfikir historis

ii. Gaya berfikir proaktif

iii. Gaya berfikir konstruktif

6/11/2017
3 GAYA PEMIKIRAN

Gaya berfikir historis Gaya berfikir proaktif Gaya berfikir konstruktif


-Utk mengetahui punca Utk mengetahui kesan Utk mencari langkah
brlakunya sesuatu masalah akibat sesuatu masalah mengatasi masalah

(maka, ianya mengarah (kita akan berfikir & (gaya pemikiran membina,
kita utk menoleh ke arah meramalkan tntng sesuatu yg mana ianya digunakan
belakang utk mencari pekara, sebelum ianya setreah kita berfikir secara
punca, agar ianya tidak brlaku DAN kita jg akan kritikal.)
diulangi) memikirkan apa yg prlu
dibuat sekiranya pekara --gaya ini terhasil apabila
brlaku) kita tidak berpuas hati
**(Historis= history..maka trhdp sesuatu, maka KITA
fkir ke belakang!!!) --kita akan trlebih dahulu AKAN MEMBINA
memikirkan, sebelum org (CONSTRUCT) sesuatu idea
lain memikirkannya baru utk atasi kelemahan
itu.
**(brfikir ke DEPAN)
**konstruk= construct
Strategi Pengajaran untuk
Meningkatkan Pemikiran Remaja
Pengajaran adalah suatu aktiviti yang amat mencabar.
Guru yang berkesan harus memahami pembelajaran, instruksi,
keadaan bilik darjah dan penilaian pembelajaran (ujian).
Dalam penentuan pengajaran yang efektif, guru harus mengambil
beberapa langkah semasa merancang pengajaran dan pembelajaran
seperti berikut:
Langkah 1: Persediaan pembelajar.
Mula dengan mendapat penumpuan pelajar dan berfokus kepada
topik yang diajar.
Langkah 2: Rangsangan penyampaian.
Menyediakan rangsangan instruksi, iaitu informasi, contoh dan
ilustrasi dengan jelas dan bersesuaian.
Langkah 3: Respon pembelajar.
Menyediakan masa untuk pembelajar memberi respon terhadap
informasi yang disediakan dengan mengulang respon yang betul
atau bertanya soalan.
Langkah 4: Peneguhan.
Beri peneguhan positif seperti memuji, galakan dan memberi
maklum balas seperti Yes, thats right untuk mengukuhkan
respon yang betul.
Langkah 5: Penilaian.
Menyemak semula secara berkala adalah langkah yang penting
dalam pengajaran kerana ia membantu mengukuhkan respon
kepada rangsangan yang utama.
GAYA
PENGAJARAN &
KESAN GAYA
PENGAJARAN
**pengajaran@ instruksi
6/11/2017
KESAN GAYA PENGAJARAN
Pengajaran guru mempengaruhi keinginan, motivasi dan
kreativiti pelajar.
Para psikologi membandingkan beberapa gaya pengajaran.
Terdapat 2 gaya pengajaran yang asas ialah:
i. INSTRUKSI LANGSUNG:
--- iaitu informasi berfakta disampaikan melalui kuliah, demonstrasi
dan menghafal.
i. PENGAJARAN TERBUKA:
-- iaitu perbincangan secara aktif oleh guru dan pelajar adalah
ditekankan.
---Pelajar yang mengalami pengajaran terbuka adalah lebih baik dalam
ujian. Selain itu, pemikiran abstrak, kreativiti dan penyelesaian masalah
juga berkembang dengan baik.
---Mereka juga lebih bebas, bersifat ingin tahu dan bersikap positif
terhadap sekolah.
Aspek lain yg perlu diberi perhatian:
o Guru juga hendaklah mereka bentuk bahan instruksi
yang mudah dengan mengelak daripada bahan yang
kompleks.
Sukatan pelajaran subjek yang diajar ditentukan
dengan jelas dan komprehensif.
Buku panduan disediakan tentang topik-topik yang
sukar dikuasai oleh pelajar yang berprestasi rendah dan
sederhana, misalnya hendaklah disediakan untuk
pelajar.
Dengan cara ini, pelajar boleh melibatkan diri dalam
pembelajaran dengan aktif dan efektif.
Penguasaan Konsep, Penyelesaian Masalah, Penaakulan dan
Membuat Keputusan, Pemikiran Secara Kritis dan Kreatif

Ahli psikologi menyatakan pemikiran kritis sebagai


proses pemikiran secara efektif dan produktif,
berdasarkan penialaian bukti-buktinya.
Memikir secara kritis adalah aspek penting dalam
psikologi kerana ianya terkandung dalam semua disiplin
pembelajaran.
Pemikiran kritis juga memberi peluang kepada pelajar
remaja melibatkan diri dengan idea dan tidak
menyelesaikan jawapan yang mudah.
Pemikiran kritis bermaksud keadaan minda terbuka,
ingin tahu dan berjaga-jaga dalam sebarang tindakan.
?? KONSEP
o Konsep adalah kategori mental digunakan untuk
mengumpul objek, peristiwa dan ciri-cirinya.
Penggunaan konsep adalah suatu keupayaan untuk mewujudkan
kategori untuk menjadikan informasi releven dan bermakna.
Kenapa konsep penting?
i. Utk generalisasikan objek & peristiwa
ii. Dpt mengaitkan pengalaman & objek
iii. Mmbantu memori berfungsi dgn efisien, kerana ianya makna kpd
informasi baru yg diterima
iv. Membntu dlm memberikan respon kpd sesuatu objek @
pengalaman.
PENYELESAIAN MASALAH
o Konsep menyatakan apa yang difikir tetapi tidak
membayangkan mengapa berfikir.
o Maka dalam menyelesaikan maslah, proses berfikir amat
penting.
Langkah-langkah dalam penyelesaian masalah daripada kaca
mata ahli psikologi adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah

Menurut Mayer (2000), mengenal pasti suatu masalah adalah ke arah


penyelesaian masalah. Bertanya soalan adalah releven dalam
mengenal pasti masalah yang penting.
2. Memperkembangkan strategi penyelesaian masalah yang
baik

Setelah mengenal pasti masalah terdapat 3 strategi utk


selesaikan masalah, iaitu tujuan kecil, algorithma dan heuristik.

i. Tujuan kecil membantu remaja merumuskan masalah


dalam konteks semasa untuk mencapai tujuan utama.

ii. Algorithma adalah strategi yang menjamin penyelesaian


kepada masalah. Contoh algorithma adalah seperti formula
bagi menyelesaikan masalah matematik. Instruksi daripada
guru juga merupakan satu cnth algorithma.

iii. Heuristik adalah strategi atau panduan pantas yang


mencadangkan suatu jawapan kepada masalah tetapi
TIDAK MENJAMIN JAWAPAN YANG TEPAT.

.
3. Menilai jawapan - Apabila telah menyelesaikan masalah,
jawapan kepada masalah tersebut perlu dipastikan kerelevenan dan
kefungsiannya. Maka proses penilaian perlu dibuat pada jawapan.
--Keberkesanan penilaian terhadap jawapan yang diperoleh perlu
dianalisis secara terperinci.

4. Memikir dan menyimpulkan semula penyelesaian dalam


jangka masa panjang -
Perlu dinilai semula secara berterusan & mengambil kira kesan
jangka masa panjang.

Penyelesaian masalah secara efektif adalah sesuatu yang harus


difikir di luar sesebuah kotak. Maksudnya mencari pelbagai
alternatif bagi sesuatu masalah. Sbgai contoh pemikiran lateral

Keadaan ini wujud apabila strategi seseorang sebelum ini adalah


sesuatu yang bukan unggul atau tidak mengubah kepada suatu
situasi yang khusus.
PENAAKULAN & MEMBUAT KEPUTUSAN

Penaakulan merupakan proses mental paling tinggi

Definasi: Penaakulan adlh aktiviti mental yg


mentransformasikan informasi utk membuat keputusan.

Aktiviti Penaakulan dan membuat keputusan memerlukan


hubungan neuron dan keupayaan untuk menilai serta
merumuskan sesuatu aspek.

Ada 2 bentuk penaakulan:


i. Penaakulan induktif
ii. Penaakulan deduktif.
Penaakulan induktif Penaakulan deduktif
--Sesuai digunakan dalam pengajaran --bermula daripada beberapa rumus,
pelbagai mata pelajaran, khususnya prinsip, hukum @ peraturan dan
Matematik, Sains dan Bahasa. kemudiannya perlu diikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang
--melibatkan satu proses penaakulan spesifik.
yang tinggi di mana melibatkan aktiviti
mengumpul & mentafsir maklumat DAN
kemudiannya membuat generalisasi @
kesimpulan

PENAAKULAN INDUKTIF digunakan untuk merumuskan & membuat


KESIMPULAN daripada data-data yang diperoleh. Contohnya, beberapa
sampel kajian digunakan untuk merumuskan kesemuanya tentang sesuatu
kajian.

PENAAKULAN DEDUKTIF
--bermula daripada sesuatu rumus @ teori & diikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh-contoh yang spesifik.

--diaplikasi dalam penyelesaian masalah apabila kita menggunakan teori @ rumus


untuk membuat andaian dan menilai andaian dengan membuat pemerhatian lanjut
Bagaimana nak ingat pemikiran induktif & deduktif??
Induktif ---proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan
aktiviti mentafsir maklumat-maklumat yg banyak, kemudian
membuat generalisasi @ kesimpulan.Cnth:

Suhu Bacaan Bacaan 9 Bacaan 10 Bacaan 11


waktu pagi jam 8 pg pagi pg pg
c (celcius) 34 35 34 35

**cnth aplikasi pemikiran induktif: Berdasarkan maklumat beberapa


bacaan suhu waktu, dapat kita buat KESIMPULAN , suhu pagi
adalah 34 c.
**(induktif---drpd spesifik--- kpd umum (iaitu buat kesimpulan umum)

HINT: *****deduktif adlh pemikiran sebaliknya drpd induktif, so pilih


ingat salah satu shj!!! 6/11/2017
Dalam pengajaran dan pembelajaran, penaakulan induktif dan
deduktif boleh digunakan dengan luas sebagai strategi untuk
melahirkan pelajar remaja yang mempunyai pemikiran ke arah
kritis dan kreatif.

Membuat keputusan adalah suatu kemahiran yang terlibat


dengan menilai kesemua pilihan yang ada dan memilih
daripadanya.

Kemahiran membuat keputusan dalam kalangan remaja perlu


diusahakan oleh guru untuk melahirkan pelajar yang produktif.

6/11/2017
MEMIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

Dalam kehidupan remaja sehari-hari, penyelesaian masalah dan


kemahiran membuat keputusan adalah dua proses kognitif yang
tidak terlepas.
Beberapa sekolah mengajar pelajar memikir secara kritis dan
mengembangkan pemahaman secara mendalam.
Dalam pada itu, pihak sekolah memberi tekanan untuk
memaksimumkan pencapaian dan skor dalam peperiksaan serta
menyoal mereka memberi jawapan yang mudah tanpa
menggalakkan untuk memberi idea baru.
Guru kurang menitikberatkan konsep analisis, hubungkait,
sintesis, mengkritik, menilai, memikir dan memikir semula
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pada itu, penekanan pembelajaran hanya pada struktur
luaran masalahnya daripada meneroka secara struktur dalaman dan
meluas.
Dua tabiat mental adalah penting kepada pemikiran kritis, iaitu
minda yang berjaga-jaga (mindfulness) dan keterbukaan minda
(open-mindedness).
Pelajar yang mindful mewujudkan idea baru dan terbuka kepada
informasi baru.
Pelajar yang keterbukaan minda sentiasa menerima pelbagai cara
dalam menangani pembelajaran.
Keterbukaan minda memberi peluang kepada pelajar supaya tidak
membuat kesimpulan tergesa-gesa.
Pemikiran kritis amat bernilai kerana ia memberi
peluang kepada pelajar menghadapi cabaran dalam
pembelajaran sehingga dapat membuat perubahan
untuk kepentingan remajanya.
Kreativiti merujuk kepada keupayaan untuk memikir
tentang sesuatu dalam keadaan biasa dan luar biasa
serta menyelesaikan masalah tanpa syarat.

Pelajar remaja yang kreatif biasanya mempunyai


pemikiran divergen yang berfokus kepada banyak
jawapan kepada soalan yang sama.
PEMIKIRAN KONVERGEN memerlukan satu
jawapan sahaja.
:
CIRI PELAJAR YANG KREATIF:
1. Fleksibel dan bermain-main dengan pemikiran
Walaupun kreativiti memerlukan tugas berat, namun tugas
menjadi ringan jika tugas berat dianggap sesuatu yang mudah
untuk pelajar remaja.
Teknik sumbangsaran digunakan untuk menggalakkan ahli-
ahlinya memberi idea yang banyak kepada masalah
pembelajaran yang dihadapinya.
2. Motivasi secara mendalam
Pelajar remaja yang berkreatif lebih bermotivasi dalaman
daripada luaran.
Pelajar yang berkreatif sentiasa mencuba mereka atau
menyelesaikan masalah secara logik dan kreatif.
3. Sanggup menghadapi risiko
Pelajar kreatif mungkin boleh melakukan banyak kesilapan
daripada pelajar yang lain.
Pelajar yang berpemikiran kreatif belajar menghadapi
kegagalan dan menganggap kegagalan adalah peluang untuk
belajar.
4. Menilai tugas dengan objektif
Pelajar remaja yang berkreatif biasanya menilai tugasnya
secara objektif untuk memastikan hasilnya sesuatu yang
berfaedah dalam pembelajaran.
Kebaikan Pemikiran dalam Persekitaran Sekolah dan
Masyarakat Terhadap Penyelesaian Masalah Remaja

Pelajar bertingkah laku dengan cara hidup bersosial yang


mempengaruhi sekolah dan komuniti.
Aktiviti sosial manusia biasanya berlegar di sekitar dua
konsep, iaitu altruism dan aggression.
Dalam kehidupan seharian, individu membantu individu
yang lain dengan pelbagai cara seperti menderma darah,
membantu orang tua melintas jalan dan sebagainya dianggap
altruism.
Altruism adalah status keinginan yang tidak
mementingkan diri sendiri dalam membantu orang lain.
Dalam keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
pelajar yang memikir dengan positif akan membantu rakan
sebaya dalam penyelesaian masalah.
Konsep pemikiran positif yang dialami oleh semua orang di
sekolah termasuk pihak guru dan ahli masyarakat harus
memikir secara positif untuk membantu menangani masalah
pengajaran dan pembelajaran, pelajar di sekolah.
Konsep memasyarakatkan pembelajaran, iaitu semua pihak
termasuk daripada di luar rumah, harus membantu pelajar
dengan menyediakan kelas tambahan selepas tamatnya sekolah.
Pihak PIBG sekolah harus prihatin terhadap perkembangan
pendidikan anak-anak dengan mengadakan kelas tertentu dalam
menyelesaikan masalah remaja yang tidak berfokus terhadap
pembelajaran.
Sekiranya masyarakat kurang memberi perhatian kepada
masalah remaja dewasa kini, maka penggunaan konsep
pemikiran negatif akan timbal.
Akibatnya, pelajar remaja terjerumus ke dalam masalah
delinkuen (delinquency) kerana bersifat agresif dalam tindakan
sehingga terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.
Para psikologi mendekati masalah dengan meneroka konsep
dan makna aggression.
Faktor-faktor psikologi turut terlibat dalam aggression, iaitu
respon individu terhadap situasi termasuk faktor kognitif dan
pembelajaran.
Terdapat ahli psikologi mengenal pasti beberapa sebab
wujudnya aggression, selain kekecewaan.
Kesakitan fizikal dan rasa malu yang ditanggung akibat
daripada sesuatu tindakan juga dianggap aggression.
Dalam pada itu, kenakalan remaja dan masalah disiplin turut
diberi perhatian dalam mengungkit aggression terhadap pelajar
remaja, khususnya di sekolah menengah.
Terdapat pelbagai faktor kognitif yang menyebabkan individu
respon kepada aggresion seperti tindakan individu lain yang
berat sebelah, menyakitkan dan memalukan.
Selain itu, aggresion dipelajari melalui tontonan filem-filem
ganas di kaca mata televisyen yang turut mengundang aksi yang
ganas dalam kalangan remaja yang kurang berfokus pada
pembelajaran.
Aggresion dipelajari melalui proses peneguhan dan
pembelajaran pemerhatian.
Kesemua pemikiran yang negatif yang dialami oleh
pelajar di luar sekolah perlu diberi perhatian.
Tugas guru bukan hanya mengajar, tetapi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka,
khususnya dalam belasan tahun.
Sokongan sosial perlu diberi oleh masyarakat, amnya
dalam menentukan remaja berfokus dalam
pembelajaran.
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengambil berat
dan mengawas segala tindakan anak-anak mereka.
Rumusan
Guru-guru harus menggunakan pemikiran kritis dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan meluas pada masa kini.
Pelajar remaja boleh mengaplikasi kemahiran yang
dipelajari dalam situasi penyelesaian masalah dalam
kehidupan seharian. Pendekatan pemikiran adalah lebih
berfokus kepada pelajar dan mengubah corak kehidupan
pelajar, keluarga dan komuniti.
Pemikiran sebagai proses langkah demi langkah untuk
guru dan pelajar mewujudkan peluang ke arah mempraktis
latihan yang banyak dalam bilik darjah, penilaian dan
mendekati strategi menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Menurut Mimbs (2005), As one teacher leader wrote, I
have worked to improve my teaching skills and incorporate
critical thinking, problem solving and authentic assessment
into my classes. I have improved, but it still requires work.
Menurut Mimbs (2005) lagi, pemikiran kritis dan kemahiran
penyelesaian masalah memberi kuasa untuk guru dan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan kemahiran pemikiran mungkin agak susah untuk
dikuasai oleh pelajar, tetapi ia boleh digunakan oleh mereka
setiap hari dan penting dalam kehidupan personal dan
profesional kelak.
Oleh itu, guru hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan pengajaran mengikut kaedah-kaedah yang
dipelajari melalui kursus-kursus profesional di institut
perguruan dan di universiti.

Anda mungkin juga menyukai