Anda di halaman 1dari 25

GGGB5222

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK : TEORI ABRAHAM MASLOW


Bincangkan Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow.
Jelaskan peranan guru dan sekolah dalam membantu pelajar memenuhi keperluan ini.

KUMPULAN 5
LUCY SUOT (P124415)
JESSICA ANAK LEE (P124400)
VANESSA ANAK GOLAYOUS (P123439)
NUR OLIVIA YAN ABDULLAH (P122620)
KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Teori Hierarki Keperluan maslow
3. Aplikasi Teori hierarki keperluan maslow
4. Kekuatan dan Kelemahan Teori
5. Kajian lepas
6. Penutup
Pengenalan

Latar Belakang tokoh Teori


- Abraham Maslow merupakan pelopor kepada
Abraham Maslow Teori hierarki keperluan maslow
Nama : Abraham Maslow
- Teori keperluan maslow adalah teori motivasi
Tempat Lahir : Brooklyn, New York,
dalam psikologi.
Amerika
Tarikh Lahir : 1 April 1908 - Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow
Meninggal Dunia : 8 Jun 1970 (62 Tahun) mula diperkenalkan setelah terbit bukunya
(Sakit Jantung) yang berjudul Motivation and Personality pada
Bidang : Psikologi (Masyhur dengan Teori tahun 1954.
Keperluan)
Institusi : University Columbia, Cornell - Teori keperluan Maslow menerangkan 7
University, Brooklyn College (1937-1951) peringkat keperluan manusia.
Brandies University (PHD)
(1951-1969)
TEORI HIERARKI KEPERLUAN
MASLOW
Peringkat
model
Keperluan yang lebih rendah dalam
hierarki mesti dipenuhi sebelum
individu dapat memenuhi keperluan
yang lebih tinggi

Bermula dari bawah ke atas hierarki,


keperluan adalah:

- Fisiologi
- Keselamatan
- Kasih sayang dan rasa dipunyai
- Penghargaan/ esteem
- Mengetahui dan memahami
- Estetik
- Aktualisasi diri
Keperluan kekurangan Keperluan perkembangan (Being
(Deficiency needs) needs)

Individu bertindak untuk Mereka sebaliknya mencari


menghapuskan keperluan kekurangan keseronokan dari keperluan
perkembangan

Motivasi yang timbul dari kekurangan Motif pertumbuhan dan perkembangan


menyebabkan berkurangnya adalah untuk mengekalkan ketegangan
ketegangan dan pemulihan yang menyeronokkan
keseimbangan

Keperluan kekurangan membawa Kepuasan keperluan perkembangan


kepada kepuasan dan rasa tenang membawa kepada keseronokan dan
keinginan untuk rasa termakbulnya
keperluan yang lebih tinggi

Individu yang mengalami keperluan ini Individu yang mengalami keperluan


bergantung pada individu lain untuk perkembangan/pertumbuhan lebih
pertolongan. berupaya membantu diri sendiri.
Keperluan
Fisiologi Keperluan Fisiologi

1 3
2
Makanan, minuman,
tempat tinggal,
Mengikut teori bernafas dan tidur Jika keperluan ini
Maslow,keperluan tidak dipenuhi,
fisiologi adalah keperluan lain akan
keperluan yang menjadi tidak
paling asas. penting
1
Aplikasi teori : Peranan guru &
Pihak sekolah dan guru
hendaklah memastikan murid-
sekolah
2
murid mendapat makanan yang
secukupnya terutamanya kepada
murid yang menetap di asrama. Murid yang mendapat
kurang makanan tidak akan
dapat menumpukan
perhatian di dalam kelas.
3
Keadaan tempat tidur mereka
iaitu di dalam asrama haruslah
dititikberatkan.Tempat tidur
yang selesa, keadaan asrama
yang baik dapat meningkatkan
motivasi murid-murid.
Keperluan Keselamatan

● Keperluan ini berada di peringkat yang ke 2 di dalam piramid.

● Keperluan ini adalah termasuk keinginan kepada kestabilan,pergantungan,


perlindungan, bebas dari rasa takut dan bimbang.

● Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih
gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan
kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang
lain.

● Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat
hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa
terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi.

● Dari segi keperluan keselamatan untuk orang dewasa, bagi keperluan ini untuk
dipenuhi, maka undang-undang diwujudkan di dalam kalangan masyarakat.Tahap
keselamatan yang tinggi amatlah penting dan diperlukan untuk kesejahteraan
hidup.
1 Aplikasi teori : Peranan guru & sekolah

Dalam memenuhi keperluan keselamatan, Murid menjalani proses pembelajaran dengan tenang tanpa rasa resah dan terancam.

pihak sekolah dan para guru perlu


mengambil kira keselamatan bukan sahaja
di dalam kawasan sekolah tetapi juga di 3
luar kawasan sekolah.Kesedaran sekolah harus menitikberatkan peraturan-peraturan
mengenai keselamatan hendaklah
diterapkan dan dipupuk di dalam jiwa di sekolah yang melibatkan kes buli
murid-murid.

4
2 Murid menjalani proses pembelajaran
Selain itu, keselamatan dari segi mental dengan tenang tanpa rasa resah dan
dan emosi juga amatlah penting bagi terancam.
murid-murid.Pihak sekolah dan para guru
hendaklah menjadi teladan dan contoh
yang baik dari segi percakapan dan
tingkah laku supaya murid-murid berasa
selesa dan selamat ketika berada di
sekolah.
Keperluan Kasih Sayang
- Keperluan kasih sayang merupakan keperluan ke 3 yang
diperlukan setelah keperluan fisiologi dan keperluan
keselamatan dipenuhi.
- keperluan ini adalah untuk mendapatkan hubungan yang
mesra, kasih sayang, dan perasaan diri.
- Contohnya, kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam
persekitarannya akan mula mengalihkan perhatiannya
kepada orang lain seperti akan mula memerlukan kasih
sayang daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, guru
yang mendidik serta rakan sebaya dan orang di
sekelilingnya.
- Pada peringkat remaja pula, keinginan kasih sayang perlu
dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada rakan
sebaya dan sahabat yang lain.
1.Pendamai jika terjadi perkelahian atau perbalahan antara
pelajar di dalam kelas. Aplikasi teori : Peranan guru &
- Guru tidak menyebelahi sesiapa tapi cuba
menyelesaikan masalah secara baik dan sekolah
bertimbangrasa.

2. Menegur sapa pelajar supaya mereka tidak terasa menyendiri dan peruntukan waktu konsultasi bersama
pelajar serta mewujudkan hubungan dua hala dengan pelajar.
- Hal ini kerana guru sentiasa wujud dan memberi impak yang positif kepada diri pelajar. (Gurumorthy,
2018)

3. Peranan pihak sekolah haruslah menyelesaikan setiap masalah yang diajukan oleh guru berkenaan dengan masalah pelajar dan
menyelesaikan isu yang timbul dengan mengambil langkah yang sewajarnya.

4. Memberi tunjuk-ajar kepada pelajar dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama
mereka. Dengan cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati serta dihargai oleh anggota lain selain keluarga mereka.

5. Tidak memarahi pelajar tanpa sebab


- Murid akan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai atau tidak dipedulikan oleh guru sekiranya mereka dimarahi
oleh guru mahupun kawan-kawan dan secara tidak langsung akan menyebabkan keinginan, minat, kehendak atau motivasi mereka
untuk belajar akan menurun.
Keperluan
Esteem
● Keperluan esteem adalah keperluan ke-4 iaitu berkaitan dengan
keperluan diri untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang
lain.
● Keyakinan diri yang tinggi dapat membentuk harga diri dan rasa hormat
terhadap diri sendiri.
● Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku,
terdapat 2 kategori yang terlibat:
○ Penghargaan terhadap diri sendiri (Martabat, pencapaian,
penguasaan, kebebasan)
○ Keinginan untuk mendapat reputasi atau penghormatan
daripada orang lain (status, prestij)
● Keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai
keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan
penilaian diri orang lain.
● Jika keperluan tidak dicapai,individu akan
Jika keperluan dicapai,individu akan: Jika keperluan tidak dicapai,individu
akan:

● keyakinan diri ● Rendah diri

● kebebasan ● Sentiasa perlukan pertolongan

● pengiktirafan ● Tidak bermaya,tidak ada motivasi

● Suka Perhatian ● Suka melihat kekurangan yang dimiliki

● Menghargai diri ● Takut dikritik oleh orang lain

● Penilaian diri orang lain ● Tidak berkeyakinan


1.Pelajar juga perlu dihargai atas usaha yang
diberikan oleh mereka dari segi pencapaian.
Aplikasi teori : Peranan guru
● Guru perlu kerap memberi maklum balas kepada pelajar
misalnya dari segi tugasan, penilaian dan peperiksaan
supaya pelajar dapat merasai bahawa hasil usaha mereka
sekolah
& 3.Keinginan mendorong pelajar untuk belajar dan
mencari pengetahuan dengan membaca buku,
mendapat perhatian daripada guru.
mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau
● Pelajar memahami kesilapan yang dilakukan ketika
mencuba berbagai-bagai perkara yang belum
menyiapkan tugasan, dengan ini pelajar akan lebih dialaminya
bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih baik dan
mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama.
Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 :
13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang
2. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya
mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan
mencapai kejayaan akademik’
Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu
sebagai manusia unik yang berbeza dengan individu lain dari segi
sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi
● Oleh itu,menjadi tugas seseorang guru
peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.
memberikan tugasan, yang sesuai untuk
Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa diterokai serta yang mampu dan boleh
tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi dilaksanakan oleh pelajar.
akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan ● Pelajar akan merasakan diri mereka penting
sebaya apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya.
Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan
bernilai.Oleh itu,mereka dapat berinteraksi secara positif
membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.
Keperluan Mengetahui dan
Memahami
● Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan
perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara. Ia
berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun
serta menganalisis sesuatu maklumat.
● Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu
mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna
kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya.
● Sekiranya keperluan asas dipenuhi,kanak-kanak akan
lebih bermotivasi bagi mengetahui alam sekeliling.
● Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa
mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian
supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam
proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.
1.Sekiranya pelajar itu mempunyai motivasi yang Aplikasi teori : Peranan guru & sekolah
tinggi untuk berjaya,tahap inkuiri dan inovasi dalam
diri pelajar itu juga akan bertambah.
-Hal ini kerana sifat ingin tahu pelajar terhadap apa
yang dipelajari sekaligus meningkatkan pemahaman 4. Di sekolah, guru haruslah mengajar dengan cara
dan mencabar tahap pengetahuan dan penguasaan inkuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar
mereka dalam pelajaran. dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat
dan pemikiran reflektif.

Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri


2. Peranan guru sebagai mentor pelajar amat penting
juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah
dalam mengorak langkah dan panduan pelajar untuk penemuan atau kaeadah Heuristik.
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik
dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan
3. Hubungan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa
juga memainkan peranan vital dalam menjaga 5. Keperluan guru untuk mengetahui sahsiah dan
perkembangan tingkah laku dan pencapaian akademik tahap pencapaian pelajar adalah wajar untuk
pelajar memahami tahap perkembangan pelajar tersebut.
Keperluan Estetik
Peringkat ke 6 dimana keperluan ini merujuk
kepada keperluan manusia untuk memiliki dan
memahami keindahan dan kecantikan dalam
dirinya sebelum menuju ke arah penyempurnaan
diri. Memahami Memiliki
kecantikan
Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah: dalam diri

I. Memiliki barangan yang cantik dan Keperlu


Memahami
mempunyai unsur-unsur kesenian dalam an kecantikan
sesuatu
diri. Mengalami estetik
II. Menyerap dan memerhati persekitaran
untuk mengekstrak keindahan yang Memahami
keindahan
ditawarkan oleh dunia. Salah satu
keindahan adalah alam semula jadi.
III. Dalam pendidikan, pelajar menceburi
bidang keseniaan yang boleh
mengembangkan otak kanan.
Aplikasi teori : Peranan guru & sekolah

1.Memastikan kawasan sekolah dan bilik darjah sentiasa indah dan menarik
contohnya menanam pelbagai jenis bunga yang cantik di kawasan sekolah,
membuat kolam air pancut, memastikan ruangan bilik darjah, ruang perpustakaan,
ruang makmal sentiasa cantik dengan hiasan, bersih, rapi dan wangi.

2. Mengalakkan pelajar terlibat dengan aktiviti kesenian dimana


aktiviti tersebut dapat mengembangkan otak kanan mereka
seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya.

3. Guru juga membawa murid-murid berkunjung atau


buat lawatan sambil belajar ke tempat yang berunsur
kesenian seperti muzium kesenian dan sebagainya.
Keperluan Penyempurnaan kendiri Ciri-ciri individu yang telah mencapai tahap
kesempurnaan kendiri

●Peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila Persepsi


yang jelas &
semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. realiti Memiliki
●Dikenali sebagai keperluan perkembangan (Being needs atau Penerimaan beberapa
terhadap teman rapat
B-needs). Individu yang mengalami keperluan perkembangan diri sendiri &
ini sebenarnya lebih berupaya membantu diri sendiri.
orang lain
Penyempurn
●Mereka ditahap ini memiliki keperluan untuk menunjukkan Suka aan kendiri Tidak terdedah
dan membuktikan diri kepada orang lain disamping mempermu
kepada
dahkan dan
tekanan sosial
memantapkan potensi diri sendiri, dan sentiasa menuju ke berkecuali
arah kejayaan (Insani, F. D. 2019). Kepuasan
dalam hidup
●Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan
kendiri ini akan menyebabkan individu rasa kehilangan
atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam
kehidupannya
1.Menggalakkan pemilihan aktiviti
oleh pelajar sendiri Aplikasi teori : Peranan guru & sekolah
- Hal ini adalah untuk memberi 3. Guru menerapkan rancangan belajar
kebebasan kepada murid untuk 2. Menjadi fasilitator dan pembimbing
yang bebas
menggali dan menjelajah dalam menyuburkan minat, bakat, dan juga
kemampuan dan potensi yang kebolehan pelajar - Murid diberi peluang meneroka dan
dimiliki. membuat cara pembelajaran yang
- Kajian oleh Amalia, A. (2019)
- Contohnya, kebebasan disukai.
mendapati bahawa pelajar akan lebih
memilih penyertaan diri dalam - Contohnya, guru boleh menyuruh
cepat menguasai kemahiran
sukan dan permainan, murid ke perpustakaan atau makmal
berkomunikasi berbahasa arab sekiranya
persatuan dan kelab, pasukan komputer untuk mencari maklumat
guru sebagai fasilitator dan bukan hanya
pakaian seragam, dan lain-lain atau membuat lawatan sambil
menyampaikan ilmu semata-mata.
kegiatan. belajar

5. Guru dan pihak sekolah perlu mengasah


4. Guru mengadakan sesi bimbingan &
kreativiti murid dengan menyediakan
kauseling dengan murid-murid
pelbagai alat dan kemudahan bantu
- Melalui bimbingan kaunseling ini, guru mengajar.
berusaha memupuk nilai motivasi dan tidak
- Menyediakan BBM unsur-unsur kreatif
merasa takut untuk mengembangkan potensi
seperti video, internet, komik, CD-
yang ada pada dirinya
ROM, dan sebagainya
Kekuatan & Kelemahan teori

Kekuatan Kelemahan
1. Teori ini mudah difahami termasuklah orang 1. Keperluan individu tidak selalunya mengikut
awam, hal ini kerana teori ini ada kaitan susunan hierarki.
dengan kehidupan setiap individu. 2. Tidak semua individu berfikir dengan cara yang
2. Teori maslow masih releven sehingga kini. sama - satu peringkat lebih penting.
Pemikiran maslow mengenai ciri-ciri personaliti 3. Sukar mengukur kepuasan yang dicapai
individu yang ingin mengaktualisasi diri sama seseorang setelah memenuhi setiap tingkat
relevennya hingga sekarang. keperluan kerana sifatnya subjektif
3. Maslow mendorong keyakinan manusia
4. Ianya tidak relevan untuk diaplikasikan kepada
bahawa segala sesuatu dapat menjadi lebih
semua populasi manusia di dunia - Keselamatan
baik jika seseorang bebas mengekspresikan
- negara aman & negara bergolak.
dan menjadi diri mereka sendiri.
Kajian lepas

Tajuk Kajian Tujuan Dapatan kajian


Kajian
Aplikasi teori hierarki keperluan Mengaplikasikan teori Kajian mendapati bahawa teori maslow
Maslow dalam meningkatkan keperluan maslow mampu meningkatkan motivasi
motivasi belajar mahasiswa dalam meningkatkan seterusnya meningkatkan keberkesanan
(Mendari, A. S. 2010) motivasi pelajar kolej. proses pengajaran pelajar kolej.

Aplikasi teori Keperluan Maslow Bertujuan untuk Kajian mendapati bahawa model ini
dalam Pembelajaran Bahasa Arab mengambarkan membantu guru-guru mengajar pelajar
(Amalia, 2019) paradigma pendekatan berkomunikasi bahasa arab dengan lebih
humanistik dalam mudah dengan menekankan pendidikan
pembelajaran bahasa membimbing, mengembang dan
arab. mengarahkan potensi murid dari pelbagai
aspek termasuk dari segi kognitif, afektif
dan psikomotor
Sambungan..

Tajuk Kajian Tujuan Kajian Dapatan kajian

Masalah Displin Asrama Kertas ini mencadangkan Kajian ini menerangkan bahjawa teori ini
dan Cadangan langkah-langkah penyelesaian dapat membantu mengurangkan masalah
Penyelesaian menerusi bagi masalah disiplin yang disiplin jika ia diaplikasi sepenuhhnya dan
Teori Keperluan Maslow keperluan murid terpenuhi oleh warden dan
(Gurumoorthy, p. 2018) berlaku di Sekolah Menengah guru-guru di sekolah ini.
Kebangsaan Beluran, Beluran,
Sabah

Maslow’s Hierarchy Kajian ini dijalankan untuk Ciri-ciri yang menyumbang kepada
needs and student mengenal pasti faktor yang kejayaan pelajar adalah keperluan fisiologi
academic success
berkaitan dengan kejayaan dan psikososial terpenuhi dimana terdapat
(Freitas et al. 2011)
pelajar kejururawatan. hubungan GPA dengan kekeperluan yang
terpenuhi.
PENUTUP

★ Kesimpulannya,melalui aplikasi teori Maslow ini,peranan guru dan sekolah amatlah penting dalam
memenuhi semua keperluan murid seperti keperluan yang terdapat di dalam teori Maslow iaitu
keperluan fisiologi,keperluan keselamatan,keperluan kasih sayang dan dipunyai, keperluan
esteem,keperluan mengetahui dan memahami,keperluan estetik dan keperluan kesempurnaan
kendiri.

★ Selain itu,daripada aplikasi teori Maslow ini juga, proses pembelajaran mampu berjalan dengan baik
kerana dapat membantu untuk memotivasikan tahap peningkatan kualiti diri pelajar dalam aspek
pendidikan.

★ Melalui teori Maslow ini juga,guru dan sekolah haruslah memahami setiap murid adalah berbeza cara
mereka menerima pembelajaran seperti yang dijelaskan di dalam pendekatan humanistik.

★ Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan
potensi demi keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri murid.

Anda mungkin juga menyukai