Anda di halaman 1dari 9

VOCATIONAL TRAINING OPERATION

VTO I-031-3:2014

C01: HIRAKI KEPERLUAN MASLOW DAN APLIKASINYA


DIDALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA : NOR ANIS BINTI ROSLI


NO. NDP: CSC13121006
ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 HURAIAN MODEL HIRAKI KEPERLUAN MASLOW


2.1 Keperluan Fisiologi 2
2.2 Keperluan Keselamatan 2
2.3 Keperluan Sosial 2-3
2.4 Keperluan Penghargaan Diri 3
2.5 Keperluan Penyempurnaan Kendiri 3

3.0 APLIKASI HIRAKI KEPERLUAN MASLOW DI DALAM SESI 4-5


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.0 KESIMPULAN 6

5.0 RUJUKAN 7
1.0 PENGENALAN

Hiraki Keperluan Maslow ini diperkenalkan oleh Abraham Maslow, iaitu seorang ahli Psikologi
Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya, “ A Theory of Human Motivation” didalam
Kajian Psikologi. Hieraki Keperluan Maslow ini menyatakan bahawa individu yang bermotivasi
untuk memenuhi keperluan asas yang utama sebelum bergerak ke tahap keperluan yang lain
dan lebih maju. Ia menerangkan aras keperluan manusia yang digunapakai oleh manusia dan
dunia akademik sekarang ini untuk meningkatkan prestasi organisasi serta mencapai potensi
individu. Setiap individu perlu memastikan tahap keperluan asas atau tahap yang paling
rendah perlu dilengkapi dahulu sebelum berusaha untuk ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat
lima keperluan utama yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan seperti berikut:

PENYEMPURNAAN KENDIRI
•cita-cita, maksimumkan potensi diri

PENGHARGAAN DIRI
•pujian, sanjungan

SOSIAL
•persahabatan, keluarga

KESELAMATAN
•perlindungan, keselamatan diri

FISIOLOGI
•makanan, minuman, tempat tinggal

Rajah 1: Model Hiraki Keperluan Maslow

Page | 1
2.0 HURAIAN MODEL HIRAKI KEPERLUAN MASLOW

2.1 Keperluan Fisiologi


Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan paling asas untuk seseorang
individu. Keperluan ini amat penting bagi kehidupan individu kerana keperluan asas ini
merangkumi apa yang diperlukan untuk diri dan fizikal seseorang seperti keperluan
mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Setiap individu perlu memenuhi
keperluan fisiologi ini terlebih dahulu sebelum melangkah kearah keperluan seterusnya.
Sebagai contoh, jika seseorang itu sangat lapar, ia akan menyebabkan sukar untuk memberi
tumpuan kepada perkara lain selain makanan. Selain itu, contoh lain dari keperluan fisiologi
ialah keperluan tidur yang mencukupi untuk fokus dan bersedia untuk memenuhi keperluan
yang seterusnya. Dalam aspek pendidikan, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya dalam pembelajaran sekiranya kurang mendapat makanan yang akan
menyebabkan hilangnya fokus dan kesihatan pelajar.

2.2 Keperluan Keselamatan


Setelah keperluan fisiologi seseorang dicapainya, keperluan seterusnya adalah keselamatan
seperti persekitaran yang selamat. Seseorang individu akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undung-undang serta membebaskan diri daripada
ancaman luar mahupun dalaman bagi memastikan jaminan terhadap kesejahteraan hidup.
Mencari pekerjaan, mendapatkan insuran kesihatan dan penjagaan kesihatan dan berada di
kawasan kejiranan yang lebih selamat adalah contoh-contoh tindakan yang termotivasi oleh
keperluan keselamatan. Antara contoh keperluan keselamatan yang diperlukan oleh pelajar
ketika berada didalam kelas adalah dalam bentuk disiplin. Pendidik diperlukan untuk
mendisiplinkan diri pelajar jika mereka tidak mampu untuk mendisiplinkan diri mereka. Pelajar
juga akan merasa selamat jika pendidik bersikap toleransi kepada mereka dan membolehkan
pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Keperluan Sosial


Keperluan ini melibatkan perasaan disayangi dan diterima. Keperluan ini merangkumi
hubungan romantik dan juga hubungan dengan rakan dan ahli keluarga kerana manusia ini
sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Ini juga merangkumi individu merasakan
bahawa ia tergolong dalam kumpulan yang sosial. Apa yang penting, keperluan ini perlu
merangkumi perasaan disayangi dan perasaan cinta kepada orang lain kerana keperluan ini
mempengaruhi kesejahteraan kita. Di tahap ini, keperluan untuk hubungan emosi mendorong
kelakuan individu tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang individu mempunyai hubungan

Page | 2
sosial berkaitan dengan fizikal yang lebih baik dan sebaliknya, berasa terasing iaitu
mempunyai keperluan yang tidak dilengkapi akan memberi impak negatif untuk kesihatan dan
kesejahteraan. Kebiasaanya yang sering berlaku didalam kelas ialah berlaku perbalahan
antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian di
dalam pembelajaran kerana emosi mereka yang tidak stabil. Pelajar akan merasa tidak
dihargai apabila dimarahi oleh rakan sekelas atau gurunya. Kesannya memberi impak yang
menurun untuk pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Keperluan Penghargaan Diri


Tahap keperluan ini adalah kehendak untuk penghargaan diri. Setiap manusia perlu kekuatan,
kebolehan, kepakaran serta kebebasan dan juga mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke
atas dirinya sendiri. Ini disebabkan manusia inigin disanjungi, dihormati dan kehendak status
dalam hidup mereka. Pada ketika ini, keperluan penghargaan diri menjadi penting untuk
mendapatkan penghormatan dan penghargaan kerana setiap individu mempunyai keperluan
untuk mencapai sesuatu dan kemudian usaha mereka diiktiraf dan dihargai. Ini kerana apabila
keperluan penghargaan diri dipenuhi, mereka akan berkeyakinan dan merasa bahawa mereka
telah membuat sumbangan dalam pencapaian mereka yang sangat berharga dan penting.
Oleh itu, penyertaan dalam aktiviti professional, pencapaian akademik, hobi dan penyertaan
sukan semuanya memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan penghargaan diri.
Mereka lebih cenderung merasa yakin terhadap diri sendiri dan dengan kebolehan mereka.
Namun, jika keperluan penghargaan diri mereka tidak dipenuhi, mereka mungkin akan
mengalami perasaan rendah diri.

2.5 Keperluan Penyempurnaan Kendiri


Usaha seseorang individu yang paling tertinggi adalah untuk mencapai penyempurnaan
kendiri. Sebelum mencapai tahap keperluan ini, seseorang individu perlu memastikan tahap
kehendak keperluan sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu. Mengikut Maslow, individu
yang mempunyai penyempurnaan kendiri merupakan individu yang telah mencapai
perkembangan personaliti tertinggi dan yang telah merealisasikan potensinya. Ia juga merujuk
kepada keperluan di mana seseorang individu akan cuba sedaya upaya untuk mencapai
kepuasan dalam dirinya.

Page | 3
3.0 APLIKASI HIRAKI KEPERLUAN MASLOW DIDALAM SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Dalam era pendidikan zaman moden ini, seorang pendidik perlu mengambil berat dan prihatin
dengan kehendak keperluan setiap pelajar didalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh setiap pendidik perlu mengambil tahu sama ada
pelajar tersebut telah memenuhi keperluan fisiologinya sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh, cuba bertanya dan ambil tahu sekiranya ada pelajar yang
belum sempat bersarapan atau kekurangan wang untuk bersarapan. Jika hal ini terjadi, maka
pendidik perlu berusaha untuk membantu pelajar berkenaan. Ini kerana, sarapan pagi amat
penting untuk kita memulakan kehidupan kita seharian terutamanya pelajar kerana mereka
memerlukan daya fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Langkah seterusnya selepas keperluan fisiologi pelajar dipenuhi, adalah pendidik perlu
memastikan aspek keperluan keselamatan pelajar tersebut ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran itu berlaku. Aspek keperluan keselamatan ini merangkumi dari segi fizikal dan
psikologikal pelajar. Sebagai contoh, pendidik perlu memastikan keadaan kawasan sekitar
kelas dan fizikal bangunan berada dalam keadaan selamat, peralatan cemas dan peralatan
kelas seperti meja, kerusi dan kipas berada dalam keadaan baik, mencukupi dan selesa untuk
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini untuk memastikan pelajar
berasa selamat ketika berada di dalam kelas tersebut. Di samping itu, pendidik juga perlu
memastikan pelajar selamat dari aspek psikologikalnya supaya emosi tidak terganggu dan
tidak berasa terancam denga sikap pendidik yang terlalu garang dan tegas sehingga
membuatkan pelajar terlalu takut untuk mengikuti proses sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai seorang pendidik, jangan pilih kasih atau kedekut untuk menunjukkan kasih
sayang dan sifat penyayang kepada pelajar kita. Guru diibaratkan sebagai ibubapa di sekolah
pelajar dengan meluangkan masa kelapangan pendidik sambil mendengar luahan hati pelajar
dan cuba membantu mereka dan menganggapnya pelajar sebagai anak sendiri. Dan jika hal
tersebut berlaku, jangan terlalu tergesa-gesa untuk kenakan tindakan atau hukuman kepada
pelajar tersebut sebelum kita cuba mendengar dan menyiasat. Apa yang penting, bimbinglah
dengan seeloknya dan penuh dengan kasih sayang untuk pelajar tersebut ke arah yang lebih
baik dan cemerlang. Pendidik juga perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk sentiasa
menjalinkan hubungan yang baik diantara rakan-rakan kelas tanpa sebarang pergaduhan.
Dengan cara ini dapat membantu pelajar merasakan bahawa dirinya dapat diterima, dihormati
dan disanjungi oleh rakan sekelasnya. Kesannya proses sesi pengajaran dan pembelajaran
akan dapat berjalan dengan baik, harmonis dan berkesan.

Page | 4
Apabila pelajar mula melakukan semua tindakan tingkah laku yang baik serta
perubahan yang positif, seorang pendidik perlu memuji mereka agar mereka berasa seperti
memperolehi kejayaan dan dihargai oleh pendidik. Setiap manusia amat sukakan pujian
apatah lagi jika seorang pelajar. Amat besar maknanya untuk seorang pelajar jika mereka
mendapat pujian, dipuji daripada seorang pendidik pada masa dan waktu yang setepatnya.
Semestinya apabila pelajar rasa dihargai oleh pendidik mereka, ia akan membangkitkan lagi
rasa bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih baik dan lebih
cemerlang ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Keperluan penyempurnaan kendiri ini dapat dilakukan dengan cara memberi peluang
kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik, memberikan kebebasan kepada pelajar untuk
mencungkil kemampuan dan potensi yang dimilikinya serta menciptakan pembelajaran yang
bermakna dikaitan dengan kehidupan nyata seperti melibatkan pelajar dalam aktiviti
perancangan dan proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti metakognitif pelajar, dimana
ia melibatkan pelajar dalam sesuatu projek atau kegiatan ekspresi diri yang kreatif. Tugasan
yang sesuai dengan keupayaan pelajar perlu diberikan supaya mereka mampu
menyelesaikannya. Hal ini akan menyebabkan mereka merasakan diri mereka penting apabila
berjaya melakukan sesuatu tugasan dengan sebaiknya. Pelajar akan menjadi lebih
berkeyakinan dalam keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya.

Page | 5
4.0 KESIMPULAN
Hiraki Keperluan Maslow menjelaskan bahawa keperluan ini serupa dengan naluri seseorang
individu dan memainkan peranan penting dalam memupuk tingkah laku seseorang. Dari aspek
pendidikan, seorang pendidik perlu memainkan peranan penting dan tanggungjawab yang
besar untuk memenuhi aras keperluan tahap pelajar setinggi yang mungkin bagi memastikan
pelajar berada di tahap yang maksimum. Walaupun ini merupakan perkara yang sukar untuk
dilakukan, namun jika diurus dengan baik pasti hasilnya akan lumayan.

Page | 6
5.0 RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_Hierarki_Keperluan_Maslow

https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/25688

http://journalarticle.ukm.my/12099/1/25688-76657-1-SM.pdf

https://may.psychic-parapsychologist.com/five-levels-maslows-hierarchy-needs-63962

https://azmanss.blogspot.com/2017/09/model-maslow-dalam-perkembangan.html

http://mycikguprihatin.blogspot.com/2012/08/perspektif-motivasi-dan-implikasi_30.html

Page | 7

Anda mungkin juga menyukai