Anda di halaman 1dari 13

MAKALAH

TEORI PERKEMBANGAN MASLOW

Disusun untuk memenuhi tugas matakuliah Psikologi Perkembangan

Dosen : Ahmad Agung Yuwono Putro

Disusun Oleh :

Kelompok 8

Deviana Setyaningsih (14144600212)

Puput Wulandari (14144600191)

Rizki Utami (14144600210)

Mohamad Ristiyo Nugroho (14144600204)

PROGRAM STUDI PENDIDIKAN GURU SEKOLAH DASAR


FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITAS PGRI YOGYAKARTA
2014/2015
KATA PENGANTAR

Puji syukur kehadirat Allah SWT atas segala rahmat dan hidayah-Nya
sehingga kami dapat menyelesaikan makalah “Teori Perkembangan Maslow”
tepat waktu. Makalah ini disusun untuk memenuhi tugas matakuliah Psikologi
Perkembangan.

Tujuan disusunnya makalah ini agar pembaca dapat memperluas ilmu dan
pengetahuan tentang “Teori Perkembangan Maslow”. Ucapan terimakasih kami
haturkan kepada Dosen pengampu matakuliah Psikologi Perkembangan, teman-
teman dan semua pihak yang telah membantu terselesaikannya makalah ini,
terutama pertolongan Allah SWT yang memberikan kami kesehatan sehingga
makalah ini dapat terselesaikan tepat waktu.

Dengan segala kerendahan hati, kami sangat mengharapkan kritik dan


saran yang bersifat membangun, agar kami dapat menyusun makalah lebih baik
lagi. Semoga makalah ini dapat bermanfaat bagi para pembaca pada khususnya
dan masyarakat umum.

Yogyakarta, 28 November 2014

Penyusun
DAFTAR ISI
KATA PENGANTAR. ......................................................................................
DAFTAR ISI.......................................................................................................
BAB I PENDAHULUAN...................................................................................
I.1 LATAR BELAKANG……………………………………………………...
I.2 RUMUSAN MASALAH…………………………………………………..
I.3 TUJUAN……………………………………………………………………
BAB II PEMBAHASAN………………………………………………………
II.A TEORI TEORI MASLOW……………………………………………….
BAB III PENUTUP…………………………………………………………....
III.A KESIMPULAN……………………………………………………….....
III.B SARAN…………………………………………………………………..
DAFTAR PUSTAKA……………………………………………………….....
BAB I PENDAHULUAN
I.1 LATAR BELAKANG
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk
melakukan atau mencapai sesuatu yang diinginkannya. Motivasi bisa juga
dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan
mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses
menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan
untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.
Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang
pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya
untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Motivasi
adalah keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran
dan sesuatu status yang baik. Efeknya, mereka akan bekerja dengan lebih baik
kerana tiada lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah
tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi
motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Pada
masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk
berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai
motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Guru yang bermotivasi juga
mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak peserta didiknya. Pelajar yang
bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai
matlamatnya. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup
keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah
boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa memiliki motivasi yang
tinggi. Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan
perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh
persekitaran sekeliling. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu
tujuan itu ialah apa yang dinamakan “motivasinya” Untuk memahami dengan
lebih mendalam tentang tindakan manusia ini perlulah mahasiswa mengkaji
beberapa teori yang berkaitan. Salah satunya mengenai teori motivasi “Maslow”.
I.2 RUMUSAN MASALAH
1. Mengapa seseorang memerlukan motivasi dalam hidup?
2. Dalam ilmu pendidikan apa yang bisa membangkitkan dan memotivasi
seseorang?
3. Apa yang dimaksud teori perkembangan maslow?
I.3 TUJUAN
1. Mahasiswa memahami apa arti motivasi dalam kehidupan.
2. Mahasiswa memahami dan mengerti serta dapat memberikan motivasi
bagi orang lain, terutama anak didiknya kelak.
3. Mahasiswa mampu memahami dan menerapkan sisi baik teori
perkembangan maslow.
BAB II PEMBAHASAN
TEORI PERKEMBANGAN MASLOW
Manusia dalam menjalani kehidupan kerap mengalami berbagai problema
yang bermacam-macam. Karakter manusia yang beragam, membuat pengatasan
masalah kehidupanpun juga beragam, maka dibutuhkan motivasi untuk
menumbuhkan semangat dalam kehidupan seseorang, untuk bangkit, untuk
menjadi orang yang lebih baik, dan lepas dari keterpurukan. Dalam ilmu psikologi
perkembangan, dikenal adanya Teori Perkembangan Maslow.
Manusia sebagai makhluk yang paling tinggi derajatnya mempunyai
keperluan yang kompleks di dalam kehidupannya. Atan Long ( 1976 : 131 ),
Maslow (1954) mengemukakan keperluan-keperluan manusia berperingkat-
peringkat. Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperoleh atau
dicapai sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih
dahulu. Pada peringkat yang paling atas, terdapat kebutuhan hayat ataupun
kebutuhan fisiologi. Setelah kebutuhan ini dipenuhi barulah kebutuhan
keselamatan, seterusnya peringkat kebutuhan kasih sayang, kebutuhan harga diri,
dan yang terakhir aktualisasi diri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori
Maslow yaitu:
1. Kebutuhan Fisiologi
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan kebutuhan yang paling asas.
Kebutuhan ini penting bagi kehidupan suatu organisme, apa lagi
manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri
atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan
tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks
pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini
kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan
kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini
berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat
kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal
pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang
termotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain itu, salah satu lagi yang
termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini
akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat
baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan
jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan
seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan
seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya
kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang
individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah
merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
2. Keperluan Keselamatan / Kebutuhan Rasa Aman
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting
dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi
dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai
keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada
individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga
menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang
lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang
tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada
orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia
sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-
kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan
seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga
keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan
Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa
pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang
kanak-kanak. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-
pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk
disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan
disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka
sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan
peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Di
dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat
dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana
pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat
mengetahui perasaan atau „mood‟‟ guru itu. Contohnya, cara seseorang guru
itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak
bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap
toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa
selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap proses pembelajaran.
3. Keperluan Kasih Sayang
Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk
mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan
diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan
berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama
lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang
tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses
pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang
jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini
akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan
merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak
dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu
keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan
pudar dan lenyap.
Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan
menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan
yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara
hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara
ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh
anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik
keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses
pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan
berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya.
4. Kebutuhan Harga Diri
Di sisi lain, jika kebutuhan tingkat tiga relatif sudah terpenuhi, maka timbul
kebutuhan akan harga diri (esteem needs). Ada dua macam kebutuhan akan
harga diri. Pertama, adalah kebutuhan-kebutuhan akan kekuatan, penguasaan,
kompetensi, percaya diri dan kemandirian. Sedangkan yang kedua adalah
kebutuhan akan penghargaan dari orang lain, status, ketenaran, dominasi,
kebanggaan, dianggap penting dan apresiasi dari orang lain. Orang-orang
yang terpenuhi kebutuhannya akan harga diri akan tampil sebagai orang yang
percaya diri, tidak tergantung pada orang lain dan selalu siap untuk
berkembang terus untuk selanjutnya meraih kebutuhan yang tertinggi yaitu
aktualisasi diri (self actualization).
5. Kebutuhan Aktualisasi Diri
Kebutuhan ini merupakan kebutuhan yang terdapat 17 meta kebutuhan yang
tidak tersusun secara hirarki, melainkan saling mengisi. Jika berbagai meta
kebutuhan tidak terpenuhi maka akan terjadi meta patologi seperti apatisme,
kebosanan, putus asa, tidak punya rasa humor lagi, keterasingan,
mementingkan diri sendiri, kehilangan selera dan sebagainya.
Menurut Maslow, meta kebutuhan untuk mengaktualisasikan diri terdiri dari:
 Kebenaran
 Kebaikan
 Keindahan atau kecantikan
 Keseluruhan (kesatuan)
 Dikotomi-transedensi
 Berkehidupan (berproses, berubah tetapi tetap pada esensinya)
 Keunikan
 Kesempurnaan
 Keniscayaan
 Penyelesaian
 Keadilan
 Keteraturan
 Kesederhanaan
 Kekayaan (banyak variasi, majemuk, tidak ada yang tersembunyi,
semua sama penting)
 Tanpa susah payah (santai, tidak tegang)
 Bermain (fun, rekreasi, humor)
 Mencukupi diri sendiri

Jika berbagai meta kebutuhan tidak terpenuhi maka akan terjadi meta
patologi, yaitu:

 Apatisme
 Kebosanan
 Putus asa
 Tidak punya rasa humor lagi
 Keterasingan
 Mementingkan diri sendiri
 Kehilangan selera dan sebagainya

Teori hierarkhi kebutuhan sering digambarkan sebagai piramida, lebih besar


tingkat bawah mewakili kebutuhan yang lebih rendah, dan titik atas mewakili
kebutuhan aktualisasi diri. Maslow percaya bahwa satu-satunya alasan bahwa
orang tidak akan bergerak dengan baik di arah aktualisasi diri adalah karena
kendala ditempatkan di jalan mereka oleh masyarakat negara. Dia mengemukakan
bahwa pendidikan merupakan salah satu kendala. Maslow merekomendasikan
cara pendidikan dapat beralih dari orang biasa-pengerdilan taktik untuk tumbuh
pendekatan orang. Maslow menyatakan bahwa pendidik harus menanggapi
potensi individu telah untuk tumbuh menjadi orang-aktualisasi diri / jenis-nya
sendiri. Sepuluh poin yang pendidik harus pelajari dan terapkan, diantaranya:

1. Pendidik harus mengajar orang untuk menjadi otentik, untuk menyadari diri
batin mereka dan mendengar perasaan mereka-suara batin.
2. Pendidik harus mengajar orang untuk mengatasi pengkondisian budaya dan
menjadi warga negara dunia.
3. Pendidik harus membantu orang menemukan panggilan seseorang dalam
hidup, panggilan hati seseorang, nasib atau takdir. Hal ini terutama difokuskan
pada menemukan karier yang tepat dan pasangan yang tepat.
4. Pendidik harus mengajarkan seseorang bahwa hidup ini berharga, bahwa ada
sukacita yang harus dialami dalam kehidupan, dan jika orang yang terbuka
untuk melihat yang baik dan gembira dalam semua jenis situasi, itu membuat
hidup menjadi layak.
5. Pendidik harus menerima orang lain dan membantu orang mempelajari sifat
batin mereka. Dari pengetahuan yang sebenarnya bakat dan keterbatasan
seseorang dapat diketahui, sehingga dapat mengetahui potensi dan
pengembangan yang perlu dikembangkan.
6. Pendidik harus melihat kebutuhan dasar seseorang yang harus dipenuhi. Ini
mencakup keselamatan, belongingness, dan kebutuhan harga diri.
7. Pendidik harus refreshen kesadaran, mengajarkan orang untuk menghargai
keindahan dan hal-hal baik lainnya di alam dan dalam hidup.
8. Pendidik harus mengajarkan kepada seseorang tentang bagaimana kontrol
yang baik, dan membedakan mengenai hal yang buruk. Dibutuhkan kontrol
untuk meningkatkan kualitas hidup di semua daerah.
9. Pendidik harus mengajarkan seseorang untuk mengatasi masalah sepele dan
bergulat dengan masalah serius dalam kehidupan. Ini termasuk masalah
ketidakadilan, rasa sakit, penderitaan, dan kematian.
Pendidik mampu mengajarkan seseorang untuk menjadi pemilih yang baik.
Mereka harus diberi latihan dalam membuat pilihan yang baik.
BAB III PENUTUP

III.A KESIMPULAN

Tugas guru semakin luas dalam masa globalisasi ini. Dalam pengajaran
dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan
murid melibatkan diri secara aktif. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan
serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku
positif. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajarkan menarik
minat muridnya. Guru harus memperhatikan penentuan proses pengajaran dan
pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan
bermanfaat. Aktivitas pembelajaran perlu menggalakkan interaksi social.
Penyampaian pengajaran yang tidak menarik dapat menyebabkan murid-murid
merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan berbagai unsur aktivitas seperti
proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya. Guru boleh menyuruh murid
ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-
topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. Guru juga boleh
mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat
yang sesuai dengan pelajaran. Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai
gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori
dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. Selain itu, guru boleh
mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan
segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya.

III.B SARAN

Dalam penyusunan makalah ini, kami penyusun menyadari akan adanya banyak
kekurangan baik materi, penulisan, maupun tutur kata yang mungkin belum tepat.
Untuk itu kami mengharapkan kritik dan saran dari pembaca demi kemajuan dan
penyempurnaan makalah ini. Atas segala kekurangannya kami mohon maaf.
DAFTAR PUASTAKA

http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html

http://belajarpsikologi.com/teori-hierarki-kebutuhan-maslow/

https://gettheworldofchildren.wordpress.com/2012/03/02/teori-perkembangan-
abraham-maslow/

Anda mungkin juga menyukai