Anda di halaman 1dari 8

6.

0 Kepentingan Teori Keperluan Abraham Maslow Dalam Meningkatkan Motivasi


Intrinsik Pelajar

Ainon Mohd (2003) menyatakan bahawa istilah motivasi bermaksud


mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Kamus Dewan Edisi ke-3
(2002:898) pula mendefinisikan motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat
yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan
sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Menurut pandangan Wan Rafaie Abdul
Rahman (1991), ialah satu set proses yang bertenaga kepada tingkah laku seseorang itu
dan menghala tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat. Oleh itu, konsep motivasi
bukan hanya melibatkan suatu keperluan dan keinginan yang menggerakkan tingkah laku
atau pembelajaran individu, bahkan juga dari segi hala tuju yang diambil oleh individu
tersebut untuk memenuhi keperluan dan kemahuannya.

Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi Intrinsik.
Motivasi intrinsik dikenali sebagai motivasi dalaman. Dorongan intrinsik timbul kerana
memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi (Rohaty Mohd. Majzub,1992). Motivasi ini
menekankan faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha. Ini
berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran tentang sesuatu mempengaruhi cara
kita memberi respons. Fikiran ’ Bolehkah saya berjaya’ atau ’Apa yang akan berlaku jika
saya gagal?’ mungkin akan mendesak kita untuk bekerja keras. Contohnya, Ali
bertungkus lumus di sekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian.
Di sini, jelas bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan
kecekapannya sendiri dan bukan kerana sebarang ganjaran.

Oleh demikian, teori keperluan Abrahim Maslow (1954), mengemukakan


sebuah teori hirarki keperluan setelah memerhatikan perkembangan pelajarnya.
Menurut Dr.Maslow, seseorang individu memerlukan keperluan asas seperti oksigen,
air, makanan, tempat tinggal dan pakaian untuk hidup. Sehingga individu tidak
dapat mengakses keperluan-keperluan asas dalam kehidupanya maka ia akan
menjejaskan kualiti kehidupannya pada masa akan datang (Hamel, Leclerc, &
Lefrancois,2003). Teori Dr. Maslow, menekankan keperluan individu mengikut hieraki
keperluan yang berbentuk piramid. Mengikut teori ini keperluan kepada peringkat lebih
tinggi timbul bila keperluan di peringkat rendah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan
sesuatu peringkat tidak akan dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang awal tidak
dipenuhi. Rajah 1 di bawah menunjukkan Teori Hirarki yang dicipta oleh Dr.Maslow.

Keperlu
an
Kesem
purnaan
Kendiri
Keperluan
Penghargaan
Kendiri

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

Rajah 1 : Toeri Hirarki Abrahim Maslow

Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. 


Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu.  Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu.  Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam
bentuk hieraki.  Motivasi intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan
cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.

Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang


bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap
tingkah laku.  Segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran,
tuntutan budaya,  ketakutan dan tidak menyetujuinya.  Segala keperluan ini diwarisi
sejak lahir tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan
menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain. 
Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan
yang lemah.  Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi
sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.

Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama.  Hanya satu
keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita.  Keperluan ini adalah bergantung
kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi.  Pada pendapat Maslow keutamaan
keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi.  Ciri-ciri keperluan
dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak paling bawah
dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan
keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah. 
Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala
keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.

Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat


diperlukan. Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi maka
keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.  Keperluan ini merupakan
keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan,
minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Dalam hal ini ibubapa hendak
mengambil berat untuk memenuhi keperluan fisiologi anak-anak mereka. Walaupun
ekonomi keluarga tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat
tinggal, makanan dan minuman yang mahal. Tetapi mereka perlu menyediakan makanan
berkhasiat untuk anak mereka supaya dapat tenaga yang secukupnya untuk tumbesaran
mereka.

Disamping itu, mereka juga perlu menyediakan tempat tinggal yang kondusif
bagi anak mereka belajar dengan baik. Bagi ibubapa yang tiada masalah kewangan
mereka akan memenuhi keperluan anak mereka dengan lebih baik. Manakala ibubapa
yang kurang kemampuan perlu mencari cara lain untuk memenuhi keperluan anak
mereka. Contohnya, dirumah mereka tiada kemudahan internet, tidak mampu untuk
membelikan buku-bukunya, mereka boleh berkunjung perpustakaan awam yang
berhampiran untuk membantu anak mereka untuk belajar.
Manakala, pihak sekolah hendak lebih peka semasa membuat pilihan murid
yang menerima bantuan awal persekolahan (KWAP), rancangan makanan tambahan
(RMT) dan sebagainya. Pihak sekolah memastikan bahawa bantuan-bantuan yang
diulurkan oleh kerajaan mahupun NGO perlu disumbangkan kepada murid-murid yang
mengalami kesusahan atau yang memerlukan bantuan. Ini akan membantu murid
berkenaan untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Disamping itu, murid
tersebut tidak rasa rendah diri dengan rakan sekelas mahupun berkawan dengan murid
yang kaya.

Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan bilik darjah yang kondusif untuk
menjalankan proses pdpc. Contohnya, sekolah di luar bandar dan sekolah SKM biasanya
kurang mempunyai peralatan seperti peranti internet, bilik komputer dan sebagainya.
Oleh itu, pihak sekolah harus mencari cara lain untuk memenuhi keperluan tersebut
dengan meminta bantuan dari pihak NGO atau pihak-pihak berkuasa yang mampu
menyelesaikan masalah pelajaran murid mereka. Situasi ini akan menimbulkan motivasi
intrinsik kepada murid untuk memahami ibubapa dan pihak sekolah bertungkus lumus
untuk memenuhi keperluan asas mereka demi kejayaan dalam pendidikan.

Keperluan yang kedua adalah keperluan keselamatan termasuk  keperluan


kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. 
Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-
kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.  Sewaktu zaman kanak-kanak rasa
ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika
ketiadaan ibunya.  Kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang
aman.  Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan undang-
undang dalam masyarakat.  Ia amat menolong memenuhi keperluan ketenteraman,
kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal
dan emosi.  Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi
keperluan ini. 

Dalam memenuhi keperluan keselamatan, ibubapa menjamin keselamatan anak


mereka semasa berada dirumah mahupun di sekolah. Ibubapa hendaklah memastikan
penggunaan pengangkutan ke sekolah seperti van, bas adalah selamat dari segi fizikal
serta keadaan mental pemandunya. Tambahan pula, jika anak mereka berjalan kaki atau
membawa kenderaan sendiri seperti basikal atau motorsilkal ke sekolah. Pastikan lokasi
sepanjang perjalanan ke sekolah dan ke rumah selamat. Ibubapa sentiasa mengingatkan
kepada anak mereka jika berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku apakah tindakan
selanjutnya yang perlu diambil oleh mereka. Ini memotivasikan mereka supaya
mengambil keputusan yang sewajarnya apabila menghadapi masalah.

Di sekolah, guru harus memainkan peranan penting dalam mewujudkan


motivasi intrinsik pelajar dengan mengadakan kem motivasi, drama, serta selitkan
elemen keselamatan semasa menjalankan PdPc. Guru sentiasa mengingatkan dengan
pelajar jika menghadapi sebarang masalah perlu memaklumkan kepada guru kelas
mahupun guru subjek untuk mengambil tindakan. Hal ini, memberi kepercayaan kepada
diri pelajar supaya sebarang masalah yang dihadapi boleh dikongsikan dengan guru
supaya dapat menyelesaikannya dengan baik. Ini memudahkan pelajar bagi tiada
keraguan keatas keselamatan diri mereka.

Hirarki Maslow yang ketiga adalah keperluan kasih sayang. Pada peringkat
remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada
sahabat dan rakan sebaya.  Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk
merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai.  Individu akan memenuhi
keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat
kerja, tempat belajar dan sebagainya.  Menurut Maslow keperluan memenuhi keinginan
seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang.  Sekiranya keperluan ini
tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan tidak tenteram.  Ia juga
menyebabkan gangguan emosi.  Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan
manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan
emosi. 

Keperluan kasih sayang amat diperlukan oleh pelajar dari ibubapa mereka.
Dalam dunia ini semua pihak mengejar wang demi memenuhi kebahagian sekeluarga.
Oleh itu, mereka tidak sempat untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka.
Situasi sebegini menjadikan mereka merindu dengan kasih sayang ibubapanya. Untuk
menangani hal ini, ibubapa perlu meluangkan masa untuk mendengar luahan hati anak
mereka semasa waktu makan bersama. Hal ini, memberi peluang kepada mereka untuk
meluahkan perasaan gembira, kecewa atau ketiadak puasaan mereka dan sebagainya.
Ibubapa perlu mengambil tahu segala cerita dan pengalama serta percakapan anak
mereka supaya mereka beranggapan bahawa diri mereka diterima oleh ibubapanya. Jika
anak membuat kesilapan atau kesalah ibubapa hendaklah tegur dengan cara yang baik.
Keadaan ini akan memberi keyakinan diri pada mereka supaya tidak menyempunyikan
sebarang rahsia dari ibubapa mereka. Disamping itu, ibubapa dan pihak sekolah juga
memberi sokongan moral dan kata-kata motivasi seperti anda boleh, cuba lagi, saya
sayangkan anda dan sebagainya untuk memotivasikan mereka semasa menghadapi
kegagalan dalam apa jua kerjaya. Cara ini membantu meningkatkan motivasi intrinsik
pelajar supaya dapat menceburi sesuatu kerjaya sehingga mencapai kejayaan.

Seterusnya, keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk


mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasa
dikenali dan mendapat kejayaan sosial.  Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan
kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan
oleh orang lain.  Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia
boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini
akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif.  Bagi mendapatkan
penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan
kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya.  Jika keperluan ini tidak
tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa
mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut
dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat


tinggi.  Antaranya  keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri
kita dan kewujudannya secara beransur-ansur.  Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu
ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.  Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja
individu lahir ke dunia.  Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan
dewasa.  Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. 
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam
kepada diri individu tersebut seperti gembira.  Keperluan di peringkat tertinggi iaitu
keperluan kesempurnaan kendiri dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.  Keperluan-
keperluan di peringkat rendah adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap
individu bagi mengekalkan kestabilan.
Secara keseluruhan, pengaplikasian teori keperluan Abraham Maslow dapat
membantu dalam meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Oleh demikian, ibubapa dan
pihak sekolah harus memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan-keperluan
hirraki maslow dalam meningkatkan motivasi intrinsik pelajar demi masa depan mereka
terjamin.

7.0 Rujukan
Ainon Mohd. (2003). Teori Motivasi di Tempat Kerja. Bentong: Pts Publictions & Disrtibutor
Sdn. Bhd.

Maslow, Abraham H. 1954. Motivation and Personality. New York: Harper & Brothers

Pustaka Wan Rafaie Abdul Rahman. (1991). Motivasi dan Psikologi : Anda Boleh Menjadi
Pelajar Cemerlang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Motivasi Diri
dan Pembelajaran Berkesan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia Pada 23-24
hb. Februari 1991

Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hamel, S., Leclerc, G., & Lefrançois, R. (2003). A psychological outlook on the concept of
transcendent actualization. International Journal for the Psychology of Religion,
13(1), 3–15. https://doi.org/10.1207/S15327582IJPR1301_02

Anda mungkin juga menyukai