Anda di halaman 1dari 3

Di era globalisasi yang kian mencabar kini, terdapat pelbagai cabaran dan

perubahan cara hidup disebabkan kesan ledakan teknologi yang memaksa cara hidup yang
berunsur tradisional bertukar kepada kebergantunggan terhadap sumber teknologi. Hal ini
menyebabkan semua orang bersaing antara satu sama lain untuk memajukan diri dan
meningkatkan taraf hidup, khususnya golongan ibu bapa. Golongan ini bekerja keras untuk
memberikan anak-anak mereka sebuah kehidupan yang mewah tanpa menghiraukan
keperluan sebenar anak mereka.

Menurut Abraham Maslow dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow (Maslow’s Needs
Hierarchy Theory), terdapat lima keperluan yang utama diperlukan manusia dalam
kehidupan seperti berikut :

Teori Hierarki
Keperluan Maslow

(Maslow’s Needs
Hierarchy Theory)) Pencapaian Hasrat Diri
( Self-Actualization Needs )
Penghargaan Diri
( Esteem Needs )
Keperluan Sosial
( Social Needs )
Keperluan Keselamatan
( Safety Needs)
Keperluan Fisiologikal
( Physiological Needs )
Berdasarkan teori di atas, terdapat lima tingkat keperluan manusia dalam
kehidupan. Keperluan ini bukan hanya perlu dipenuhi oleh orang dewasa sahaja,
bahkan kanak-kanak juga terikat dengan Tata Tingkat Keperluan Maslow ini. Ibu
bapa yang lalai dalam mengejar kemewahan akan menyebabkan keperluan anak
mereka tidak dipenuhi. Hal ini akan menyebabkan banyak kesan negatif yang akan
berlaku kelak.

Misalnya, keperluan Maslow yang pertama ialah Keperluan Fisiologikal. Ibu


bapa yang sibuk bekerja akan menyebabkan mereka tidak cukup masa untuk
menyediakan makanan dan minuman untuk anak-anak. Walaupun sumber bekalan
makanan dan minuman banyak dan mampu disediakan oleh ibu bapa, namun
mereka mengabaikan keperluan anak mereka untuk minum dan makanan yang
disediakan oleh ibu bapa. Bahkan keperluan fisiologi seperti tempat berlindung juga
tidak dapat dipenuhi. Kesibukkan ibu bapa untuk bekerja menyebabkan si anak
sentiasa di tinggalkan di rumah tanpa menerima pengawasan dan kasih sayang dari
mereka. Tempat perlindungan atau rumah yang disediakan oleh ibu bapa
diumpakan seperti sebuah penjara oleh anak-anak kerana apabila mereka balik ke
rumah, mereka akan merasa keseorangan dan hanya ditemani oleh orang gaji.

Lantas, keperluan hierarki yang kedua, iaitu keperluan keselamatan tidak


berjaya diperoleh oleh anak-anak. Anak-anak yang jauh dan selalu ditinggalkan oleh
ibu bapa akan menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka semakin tidak akrab
seperti hubungan anak-anak yang sentiasa ditemani oleh ibu bapa. Anak-anak ini
akan merasa tidak disayangi dan tidak dihargai oleh orang tua sehingga
menyebabkan perapatan atau attachment bukan berlaku di antara anak-anak
dengan ibu bapa melainkan anak-anak dengan orang gaji bagi anak-anak yang
sering ditinggalkan dengan orang gaji di rumah. Hubungan anak-anak akan menjadi
lebih rapat dengan siapa yang meluangkan masa lebih banyak dengan mereka.
Sekiranya, orang gaji yang meluangkan banyak masa bersama anak-anak, maka
perapatan akan berlaku di antara anak-anak dengan orang gaji, lantas anak-anak
akan merasa lebih selamat sekiranya bersama dengan orang gaji dan bukannya
dengan ibu bapa.

Hierari Keperluan Maslow tidak akan bergerak ke tata tingkat seterusnya jika
terdapat keperluan yang belum lagi dipenuhi. Kesibukkan ibu bapa ini lantas
menyebabkan anak-anak akan mengalami banyak masalah di sekolah, sama ada
masalah tingkah laku ataupun masalah dari aspek pembelajaran. Antara masalah
tingkah laku ialah suka bergaduh, buli, vandalisme, melawan guru dan sebagainya.
Hal ini asalnya berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peka akan keperluan anak-
anak lantas anak-anak yang tidak diberi perhatian di rumah ini cuba mencari
perhatian di sekolah dengan cara yang salah. Perbuatan mereka seperti bergaduh
atau nakal akan menyebabkan orang lain memberi perhatian kepada mereka,
bahkan semasa mereka membuat masalah tingkah laku, ibu bapa mereka akan
datang ke sekolah. Lantas, mereka akan berfikir bahawa perbuatan yang
berunsurkan masalah tingkah laku membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah
memberi mereka perhatian lebih seperti apa yang diperlukan oleh diri kanak-kanak.

Manakala, dalam aspek masalah pembelajaran pula, anak-anak tidak


termotivasi untuk belajar kerana ibu bapa tidak ada memberi sebarang peneguhan
positif atau rangsangan yang membantu anak-anak agar belajar bersungguh-
sungguh semasa di sekolah. Lantas, ibu bapa seharusnya memberi perhatian lebih
kepada anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai