Anda di halaman 1dari 8

Bab 2

2.0 Tinjauan Literature

2.1.1 Definisi Motivasi

Setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza juga mempunyai


pelbagai sikap serta kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Terdapat sebilangan pelajar
yang kurang aktif dan mempunyai masalah tertentu yang boleh mengakibatkan gangguan
dalam pembelajaran serta tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pengajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini adalah kerana kuranganya dorongan oleh
ibu bapa juga guru dalam memotivasikan murid agar mereka kekal bersemangat dan
mencapai impian dan cita-cita yang meraka inginkan. Menurut Mulyasa (2003:112),
Pengertian Motivasi merupakan tenaga pendorong atau penarik yang menyebabkan
adanya tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Peserta didik akan bersungguh-
sungguh karena memiliki motivasi yang tinggi. American Encyclopedia, disebutkan
bahwa motivasi sebagai sebuah kecendrungan yang ada didalam diri seseorang yang
membangkitkan topangan & mengarahkan tindak-tanduknya. Barton dan Martin (dalam
Marwansyah dan Mukaram, 2000: 151) menjelaskan bahwa: "motivasi merupakan
kekuatan yang menggerakkan perilaku yang memberi arah pada perilaku dan mendasari
kecenderungan untuk tetap menunjukkan perilaku tersebut." Menurut Weiner (1990) yang
dikutip Elliot et al. (2000), motivasi didefenisikan sebagai kondisi internal yang
membangkitkan kita untuk bertindak, mendorong kita mencapai tujuan tertentu, dan
membuat kita tetap tertarik dalam kegiatan tertentu.
2.1.2 Motivasi di Peringkat Sekolah Menengah

Motivasi merupakan suatu kaedah atau teknik yang membolehkan pelajar


muhasabah dan mengelakkan diri daripada perkara atau aktiviti yang tidak bermanfaat.
Motivasi sebenarnya juga bukan sahaja mendorong pelajar ke arah kebaikan malah
memberikan laluan serta pengetahuan berkaitan institusi pengajian selepas mereka tamat
persekolahan nanti. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar dalam meningkatkan
pembelajaran mereka disebabkan mempunyai matlamat atau tujuan yang mereka
inginkan. Dalam usaha pihak sekolah untuk memberikan keberkesanan motivasi kepada
pelajar, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengawal atau mendidik
pelajar-pelajar dari rumah dan tidak hanya mengharap sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Menurut seorang guru geografi yang berasal dari Pekan, Pahang menyatakan
bahawa bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam subjek
geografi adalah dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik serta alat bantu mengajar
yang lebih terkini dan selari dengan tahap perkembangan pelajar mengikut pencapaian
mereka. Menurutnya lagi, guru perlu bijak dalam menarik minat pelajar dalam sesuatu
subjek untuk memudahkan dan melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Terdapat di kalangan pelajar yang pasif dan sukar untuk menjalankan pengajaran,
namun aktiviti serta pemahaman guru terhadap pelajar yang membolehkan pelajar
kembali untuk sesi pembelajaran.

Dalam pada itu, subjek geografi adalah subjek yang memerlukan fakta serta
berkait rapat dengan alam semula jadi. Alat bantu mengajar (ABM) perlulah mempunyai
ciri-ciri tertentu yang membolehkan pelajar memahami serta bahan yang digunakan
adalah bahan maujud yang boleh dilihat dan dirasai oleh pelajar. Sebagai contoh, jika
pembelajaran yang berkaitan dengan cuaca ianya boleh dilihat melalui persekitaran atau
keadaan cuaca pada masa ketika itu. Ini akan memberikan pengetahuan serta pemahaman
yang lebih efektif untuk pelajar.
Disamping itu, setiap guru perlu melakukan penilaian dalam bilik darjah
berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Hasil penilaian yang diperolehi
akan membantu dalam memperbaiki akademik pelajar dan meningkatkan pengetahuan
dalam diri pelajar.

2.2 Teori Keperluan Maslow

Teori keperluan maslow atau teori hierarki maslow yang diperkenalkan oleh
Abraham Maslow. Terdapat 5 keperluan dalam teori Maslow iaitu Keperluan fisiologi,
keselamatan, kasih saying dan kepunyaan, penghargaan kendiri, dan kesempurnaan
kendiri. Teori ini menyatakan individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri
individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori
Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang
berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan
hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang
kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga
menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat.

Dalam masa yang sama, menurut Aida Vitayala (2013), teori ini merupakan
perkembangan daripada Teori Hierarki Keperluan Maslow. Dua faktor yang terlibat
adalah faktor motivator dan faktor hygiene (pemeliharaan). Faktor motivator cenderung
kepada motivasi intrinsik manakala faktor pemeliharaan cenderung kepada motivasi
ekstrinsik. pencapaian wujud setelah individu mencapai kejayaan dalam matlamat yang
telah ditetapkan. Pengiktirafan pula melibatkan pujian dan penghargaan dari orang lain.
Selain itu, peluang untuk meningkat seperti berpeluang memperoleh pengetahuan dan
kemahiran dari masa ke semasa dan kemajuan dalam kerjaya seperti kenaikan pangkat
dan gaji adalah saling berkait dalam menjadi faktor motivasi untuk meningkatkan
kemajuan diri. Tanggungjawab pula adalah motivasi yang melibatkan kepercayaan yang
diberi dalam menggalas sesuatu kerja atau membuat sebarang keputusan yang
munasabah. Terakhir adalah faktor pekerjaan itu sendiri di mana seseorang individu
berasa gembira dalam menerima pekerjaannya sebagai rutin (Sharif Salleh 2001).
Disamping itu, Maslow menegaskan bahawa dasar yang diperlukan oleh semua
individu seperti makanan, minuman, dan tidur bagi meneruskan kehidupan jika tidak
dipenuhi merasakan kehidupan tidak lengkap dan dalam keadaan tidak selesa seperti rasa
lapar. Maslow mengatakan bahawa manusia akan berusaha keras untuk mendapatkan
kepentingan diri mereka, atau realisasi dari potensi diri manusia sepenuhnya, ketika
mereka telah meraih kepuasan dari keperluan kepada yang lebih asasnya penting. Hal ini
menyatakan bahawa setiap pelajar perlu mengetahui apa yang mereka perlukan dengan
dibantu oleh guru bagi mencapai matlamat yang ingin mereka capai. Apabila keperluan
fisiologi telah tercapai, maka muncul satu keperluan lain dalam diri individu iaitu
keperluan yang dominan juga diperlukan iaitukeperluan keselamatan. Menurut Maslow
dengan keperluan akan rasa aman merupakan keperluan yang mendorong individu untuk
memperoleh rasa bebas, tidak terancam. Pada dasarnya keperluan keselamatan ini
terbahagi kepada duabentuk iaitu keperluan keamanan jiwa dan keamanan harta. Oleh itu,
wujudnya peraturan, undang-undang dan kerpercayaan terhadap keperluan tersebut agar
mendapat keadilan kepada semua individu.

Keperluan ketiga yang dalam teori Maslow iaitu keperluan sosial yang merujuk
kepada merasai perasaan dicintai, persahabatan atau cinta antara satu individu dengan
individu lain. Keperluan ini melibatkan seseorang untuk diterima oleh masyarakat
dimana individu mengadakan hubungan aktif atau ikatan emosional dengan individu lain
dari aspek umur, jantina, minat mahupun agama ada sama ahli keluarga atau masyarakat
sekeliling. Keperluan ini akan mempengaruhi keinginan hubungan yang terikat itu baik.
jika seseorang tidakmemerlukan keperluan sosial ini indi-idu tersebut akan berasa sunyi
dan dianggap sebatang kara. Dalam mencapai kesempurnaan pengajaran dan
pembelajaran interaksi atau komunikasi antara guru dan pelajar penting bagi membina
hubungan dua hala antara guru dan pelajar ini memudahkan guru untuk menjelaskan
sesuatu pengetahuan dan juga pelajar mudah untuk bertanyakan soalan jika terdapat
kemusykilan dalam kefahaman yang mereka pelajari. Malah dalam ibu bapa atau
keluarga juga perlu memainkan penting dan bertanggungjawab dalam memberikan
sokongan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka dan secara tidak langsung dapat
membantu pihak sekolah dan guru dalam meningkatkan pembelajaran pelajar.
Dalam usaha memperkembangkan lagi jati diri pelajar, teori Maslow menjelaskan
tentang keperluan penghargaan diri keperluan ini seperti perstij, kejayaan, dan
pengiktirafan. Setelah ketiga-tiga keperluan diatas dipenuhi timbul pada diri individu
terhadap keperluan ini untuk menghargai segala usaha yang dilakukan dan yang
diberikan. Penghargaan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk dalaman dimana mereka
bebas untukmelakukan keputusan atau sesuatu perkara dan bentuk luaran
sepertimemberian status, sijil, pangkat. Penghargaan ini boeh diberi salah satu atau
kedua-duanya. kadangkala manusia memerlukan kekuatan, kebolehan serta kepakaran
dan rasa ingin dihormati, disanjungi dalam kehidupan ini. Sebagai contoh apabila
penilaian formatif atau sumatif mereka cemerlang dan memberangsangkan, pihak
sekolah, guru atau ibu bapa seharusnya memberikan pujian atau penghargaan yang
berbentuk hadiah atau sebagainya bagi membolehkan pelajar merasai diri dihargai dan
lebih bersemangat pada masa akan datang. Motivasi sebegini yang sedikit sebanyak
membantu pelajar dalam peningkatan pembelajaran mereka.

Keperluan yang terakhir dalam teori Maslow adalah kesempurnaan diri dengan
usaha manusia yang teragung boleh dikatakan mencapai kesempurnaan kendiri iaitu
semua tahap keperluan sebelum ini dicapai dan kehendak yang dipenuhi. Ciri-ciri
individu yang telah mencapai kesempurnaan kendiri, mengikut Maslow manusia yang
mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai
perkembangan personaliti tertinggi dan telah mendapat merealisasikan potensinya untuk
mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Antara cirinya adalah seperti yang mencapai
perkembangan moral yang tinggi iaitu lebihmengutamakan kebjikan orang lain.
Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan yang dilaksanakan,
mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang
hendak dicapai walaupunp erkara tersebut tidak dilakukan oleh orang lain. Seseorang
yang tidak terlalu berminat mengikuti perkembangan fesyen, adat resam dan seumpanya
dan bukanlah seorang yang selalu bersukaria sepanjang masa hanya bergantung kepada
keperluan sahaja seperti keluar bersama rakan agar tidak memutuskan hubungan
persahabatan. Akhirnya sekali, ciri-ciri seseorang yang mencapai kesempurnaan kendiri
adalah seorang yang suka akan baru dan mencabar serta memiliki sikap objektif.

2.3 Kajian dalam negara

Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini sememangnya sukar untuk


diatasi dan semakin meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dalam subjek
geografi. Terdapat kekurangan guru Geografi di sekolah. Ini dapat dibuktikan
dengan peratusan yang tinggi guru bukan opsyen mengajar Geografi di sekolah.
Daripada 365 orang sampel guru geografi, seramai 116 (31.8%) adalah guru bukan
opsyen (Mohammad Zohir, 2009a). Daripada 9 orang guru yang mengajar Geografi
yang ditemu bual, 6 daripadanya adalah bukan opsyen. Empat orang guru baru tahun
pertama mengajar Geografi, seorang guru masuk tahun kedua dan seorang tahun
kelima. Pengesanan pengajaran bergantung kepada beberapa faktor yang membolehkan
pelajar turut terkesan dan mempunyai masalah dalam pembelajaran subjek tertentu.

Hasil kajian yang dilakukan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berkesan memerlukan para guru memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya.
Ini disebabkan para guru dan pelajar kerap kali membawa pengalaman mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu benar-benar mengetahui pelbagai
model, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, dan berusaha menggunakannya
mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004.
Kegagalan melahirkan proses P&P yang berkesan boleh menyebabkan berlakunya
pelbagai masalah di sekolah. Faktor P&P yang tidak berkesan adalah salah satu faktor
yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah disiplin di sekolah seperti ponteng,
bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan mata pelajaran dan
guru, dan keruntuhan akhlak para pelajar. Contohnya, kajian Ishak (2008) mendapati
60% dari 1300 pelajar yang dikaji menyatakan mereka tidak berminat dengan
matapelajaran sains dan matematik kerana P&P yang tidak berkesan selain dari masalah
bahasa.
Manakala kajian Abu Hassan (2003) mendapati guru tidak memberi peluang
pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kurang
memberi peluang pelajar mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam
matapelajaran yang diajar. Guru mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks tanpa
mengambil kira keadaan pelajar. Kajian Tan (1991) juga mendapati guru cenderung
menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi. Isu pedagogi turut
memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan kurikulum sains di sekolah. Menurut Syed
Jalaludin (2001)

2.4 Kajian luar Negara

Kajian ini adalah untuk melihat gambaran dan hubungan antara pengajaran dan
pembelajaran dan motivasi belajar. keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah
memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat
dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) pengajaran
berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan mendalami sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai
kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah
mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas tentang perkara yang hendak
disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan bahawa proses pengajaran
tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar. Oleh
itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu ditiitkberatkan agar memastikan
kelangsungan dalam pembelajaran.

McClelland et al. (1953) untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif


dengan mengambil kira personaliti dan juga pencapaian pelajar. Tujuan pembelajaran
adalah untuk memberikan kejayaan dan takut dalam sesuatu kegagalan serta selari
dengan kemampuan pelajar. Dapat dihuraikan dengan guru perlu mengikut kesesuaian
dan perkembangan pelajar agar mudah dalam proses pengajaran.

Kajian yang dijalankan di Sanghania University oleh Rajasthan di India


menyatakan motivasi adalah apabila berlaku tingkah laku berdasarkan tujuan atau
matlamat tertentu dan ianya memberikan pengurangan kepada keadaan fizikal dan
mampu mengawal emosi dengan berehat makan dan minum yang boleh memberikan
ketenangan kepada individu. Hasil dapatan kajian di dalam pengajaran dan pembelajaran
memerlukan waktu rehat dan aktiviti yang bebas bagi mengurangkan tekanan dalam
sepanjang sesi pembelajaran. Walaupun pembelajaran berlangsung lebih daripada sejam,
guru perlu memberi masa kepada pelajar untuk berehat atau melakukan aktiviti bebas
agar kembali segar dan dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada pembelajaran
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai