Anda di halaman 1dari 1

Pendapat dan kaitan dengan keperluan pengetahuan semasa dalam bidang Pendidikan

seni serta estetik pada zaman Yunani Klasik menjadi rujukan dan perlu dipelajari

Secara kesimpulan dan hasil dapatan yang diperolehi mengenai estetik pada zaman Yunani
klasik adalah kita dapat melihat penyatuan idea dan imej atau sebagai menyatakan kesempurnaan
idea dalam diri seseorang individu. Di dalam estetik zaman Yunani yang boleh kita pelajari
khususnya dari tokoh-tokoh seperti Plato, Socrates juga Aristoteles yang memiliki sifat tidak
berputus asa dalam menghasilkan sesuatu karya atau mencari sesuatu kebenaran. Sifat yang
dimiliki oleh tokoh-tokoh ini perlu dijadikan contoh serta diambil kira oleh pelajar dalam
mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan seni.

Dalam pada itu, idea keberkehasilan idea untuk diterjemahkan dalam karya bergantung
kepada ingatan dalam mengingati replika benda atau makhluk untuk menjadikan sesuatu karya
itu kelihatan sempurna. Tidak semua karya yang dipersembahkan itu untuk tujuan atau objektif
untuk menampakkan estetik atau keindahan ada juga untuk sesuatu keperluan dan kepentingan
tersendiri dalam kehidupan. Pada zaman Yunani klasik juga, setiap benda atau makhluk yang di
temui akan dijadikan idea atau sesuatu gambaran sebagai contoh binatang atau bentuk sesuatu
tumbuhan dan lain lagi.

Sebagai pelajar, setiap perkara dalam kehidupan itu bermakna dan boleh dijadikan
sebagai sumber idea serta mengaitkan sesuatu situasi dengan hasil karya yang dihasilkan. Ianya
tidak kira bentuk atau pelbagai aspek sama ada keagamaa atau emosi dan sebagainya kerana ia
bergantung kepada seseorang individu terhadap pengalaman dalam kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai