Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kami telah berjaya menghasilkan video eksperimen social dengan baik
serta kerjasama antara kami melancarkan lagi proses menghasilkan video. Kami percaya dan
yakin hasil video yang kami telah lakukan mendapati bahawa banyak manfaat dan kebaikan yang
telah kami perolehi bersama. Antara contoh yang boleh dinyatakan adalah tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberi dalam ahli kumpulan dilakukan dengan baik. Video eksperimen
social yang berdurasi 7 minit 58 saat ini memberikan kami peluang dan juga ruang untuk kami
belajar dan menonjolkan kemahiran masing-masing dan menterjemahkan melalui hasil video
yang telah disiapkan.

Disamping itu, kami juga belajar berkomunikasi dengan orang yang tidak kenali dan mengajak
mereka untuk ditemu bual berkaitan tema kami iaitu dialek negeri. Sesetengah ahli dalam
kumpulan kami merasa kekok dan kurang berkeyakinan disebabkan pertama kali mereka
menebual orang yang mereka tidak kenali. Dalam masa yang sama, kami juga belajar perkataan-
perkataan yang baru kami dengar dan mencari makna perkataan tersebut. Ini bukan sesuatu yang
mudah, tetapi kami berjaya lakukan disebabkan kerja keras antara ahli kumpulan. Oleh itu, kami
dapat hasilkan video pada masa yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa cabaran yang boleh kami nyatakan iaitu semasa mengedit video, kami telah
siap hampir separuh video ketika itu dan laptop yang kami gunakan untuk mengedit video tiba-
tiba telah terpadam dan akhirnya video yang dihasilkan separuh itu juga turut terpadam dengan
sendiri. Itu merupakan salah satu cabaran kami dalam menyiapkan video eksperimen social
tersebut. Jika diberikan peluang untuk melakukan tugasan sebegini lagi di masa akan datang,
insyaallah kami akan berikan yang lagi terbaik dari ini.

Anda mungkin juga menyukai