Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INDIVIDU (ABM PGT219)

NAMA:WAN AKHMAL ALIF BIN WAN ZAINI

MATRIK:136513

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya dan ahli kumpulan yang lain telah
bejaya mencipta alat bantu mengajar dalam projek inovasi baru-baru ini. Kumpulan saya telah
mencipta sebuah alat bantu mengajar yang dinamakan sebagai 3D Mind Box. Didalam sebuah
kotak ini terdapat gambaran 3D mengenai subtopik yang terdapat didalam silibus yang
merangkumi factor, kesan atau langkah. Melalui gambaran 3D ini ia akan dapat memberi
gambaran yang lebih jelas kepada pelajar untuk memahami topik yang diajar oleh guru. Melalui
alat bantu mengajar ini dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran di bilik darjah.
Kebanyakan pelajar mudah bosan jika tiada sebarang aktiviti didalam kelas, maka abm ini
mampu untuk menarik perhatian pelajar semasa proses pengajaran & pembelajaran (PnP). Selain
daripada gambaran 3D, abm ini mempunyai nota ringkas berkenaan dengan subtopic yang diajar
bagi memudahkan pelajar menggunakannya untuk menjawab soalan dan latihan.
Sebelum alat bantu mengajar ini dibuat, saya dan ahli kumpulan yang lain bersepakat
mengadakan perbincangan bersama setiap malam agar projek ini berjalan dengan lancar. Saya
dan rakan-rakan telah membeli barang keperluan untuk membuat abm ini dan masing-masing
antara kami telah melabur sedikit sebanyak modal membeli barang tersebut. Anggaran modal
kami untuk menyiapkan abm ini lebih kurang rm100 memandangkan kotak yang kami buat amat
besar dan memerlukan kuantiti barang yang banyak untuk dibeli. Namun kotak abm ini tidak
semestinya dibuat dalam saiz yang besar tetapi boleh dibuat dengan saiz yang kecil dalam
kuantiti yang banyak.
Sepanjang saya dan ahli kumpulan menyiapkan abm ini, dalam masa seminggu sebelum
projek inovasi berlangsung, abm kami masih belum siap sepenuhnya. Oleh itu saya dan
kumpulan terpaksa memberi komitmen yang lebih dan mengorbankan masa untuk menyiapkan
abm ini sehingga lewat malam. Ada juga dikalangan ahli kami, yang tidak dapat hadir pada
waktu yang tetap ekoran terlibat dengan “meeting” persatuan dan program lain. Namun ada
ketika tidak semua ahli dapat berkumpul dalam waktu yang ditetapkan saya tetap turun dan
memberi komitmen untuk menyiapkan projek ini sementara menunggu mereka. Walaupun kami
penat sehingga pulang lewat malam tapi bagi kami, begitulah tanggungjawab dan pengorbanan
untuk menjadi seorang guru semata-mata demi anak bangsa.
Akhirnya sehari sebelum projek inovasi berlangsung kami telah dapat menyiapkan
sepenuhnya alat bantu mengajar kami. Ketika projek berlangsung keesokan harinya, kami telah
pergi awal ke tempat projek dan menyusun meja untuk mempamerkan alat bantu mengajar kami
. Alhamdulillah sepanjang projek inovasi berlangsung kumpulan saya dapat komen yang baik-
baik daripada pihak juri. Saya berharap projek inovasi ini terus dilakukan agar dapat
menghasilkan lebih banyak bakal-bakal guru yang kreatif dan inovasi dalam mengajar anak didik
di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai