Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PERLAKSANAAN

INTERNSHIP BILIK SALC


SKSR

NAMA PELAJAR:
1. SitI Nabilah Bt Mohamed Shuhaimi
2. Siti Hazirah Bt Mohamed Shuhaimi

NAMA SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Si Rusa , Port Dickson

NAMA PROJEK:
Projek Sudut Salc Di Makmal It

TEMPOH PELAKSANAAN:
1 BULAN
1.0 OBJEKTIF:

1. Mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid.


2. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa
Inggeris.
3. Membolehkan murid-murid membaca dalam Bahasa Inggeris
menggunakan buku yang akan ditempatkan di bilik SALC secara
sendiri dengan sedikit bantuan guru .
4. Pusat untuk semua aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Kami bersama guru parktikal IPG berjumpa dan berbincang dengan
ketua panitia Bahasa inggeris.
2. Beliau mencadangkan kami untuk membuat projek keceriaan di bilik
SALC bertempat di makmal IT tingkat 2 kerana sekolah itu masih
belum mewujudkan lagi bilik SALC di sekolah itu.
3. Tempoh 1 bulan diberikan untuk kami mempersiapkan segala
keceriaan. Kami perlu memastikan bilik SALC sentiasa bersih, ceria
dan dalam keadaan yang kondusif.
4. Kami telah menyediakan segala bahan dan keceriaan bilik dengan rapi
bagi memastikan bilik itu sentiasa berada di dalam keaadan yang
kemas dan ceria.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Melalui projek ini, kami dapat mengetahui dan mempelajari tugas


seorang guru kerana ini bukan suatu kerja yang senang. kami juga
mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan sesuatu bilik
untuk kegunaan bersama.

2. Kami dapat lebih memahami pengisian bilik SALC dari segi bahan
bantu belajar dan pengurusan kondusif dari bentuk fizikal bilik untuk
mendapat pembelajaran yang efektif.

3. Dapat meningkatkan pengurusan masa kami dalam mengendali


sesuatu projek keceriaan kerana pengurusan masa adalah berbeza
jika dibandingkan dengan masa semasa kami mengurus pengajaran
dan pembelajaran.

4. Kami mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja


untuk memudahkan proses projek dilaksanakan. Kami perlu
berinteraksi dengan guru-guru untuk mendapatkan maklumat sekolah
dan dengan staff sokongan untuk mendapatkan peralatan bagi
menjayakan projek ini.

5. Kami telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang


diberikan untuk mengendalikan sesuatu projek. Bajet untuk projek ini
ialah bawah RM 134.60 mengikut kata mentor saya.

6. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua


guru dan guru praktikal dari IPG dalam menjayakan projek ini.
Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah namun kerjasama
daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan
telah saya perolehi untuk mengadakan projek ini.

7. Projek ini telah dapat menarik minat murid terhadap subjek Bahasa
Inggeris di mana banyak idea daripada kumpulan lain dapat dilihat oleh
murid lain. Hal ini menyebabkan murid teransang untuk meneroka dan
menjadi lebih kreatif pada masa akan datang. Kreativiti dan inovatif
merupakan objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI


1. Kebanyakan aktiviti seperti ini memerlukan dana dan modal yang
menjadi penghalang setiap kali mahu menjalankan pertandingan. Jadi
semasa internship kami mengambil peluang untuk mengadakan projek
keceriaan ini walaupun dengan mendapat modal yang sedikit daripada
pihak sekolah.

2. Masa untuk mengadakan projek keceriaan singkat kerana saya perlu


masuk kelas untuk masa pembelajaran dan pengajaran. (pdp).
Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa
pengajaran dan pembelajaran seterusnya tergangu atau terlewat.

3. Peruntukan dari pihak sekolah sedikit dan kami perlu menggunakan duit
sendiri bagi sesetengah keperluan di bilik ini.

4. Kurang tenaga kerja dari pihak sekolah. Kami terpaksa berkerja berdua
bersama pasangan internship bagi menyiapkan bilik SALC ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika


saya mahu mengadakan projek keceriaan yang melibatkan sekolah. Projek ini
dapat melibatkan semua guru Bahasa Inggeris dan mereka dapat merapatkan
ukhwah sesama rakan. Penglibatan ramai guru dapat berkongsi idea dan
sama-sama menjayakan bilik ini dengan lebih berkesan.
Oleh itu, kami akan cuba untuk melaksanakan projek keceriaan ini
pada masa akan datang dan kami anggap projek bilik SALC ini sebagai
langkah permulaan dan pengenalan terhadap kami. kami akan meningkatkan
tahap kreativiti, pengurusan bilik dan kekemasan bilik kerana kami tiada
sebarang pengalaman sebelum ini. Pada pandangan kami projek ini akan
menjadi lebih baik jika semua pihak mennggunakan bilik ini secara
berterusan.
Di samping pelaksanaan yang baik, kami akan meningkatkan mutu
pengurusan kos dan pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana kami tidak
tahu bagaimana untuk menguruskan sesuatu kos yang diberikan untuk
sesuatu projek. peruntukan yang diperlukan juga akan bertambah besar dan
saya haruslah cekap dalam menguruskan kewangan yang telah diberikan.
Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan
sesuatu projek akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru
akan tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus
dilakukan selepas itu. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu
sebelum memulakan sesuatu projek. Namun segalanya berjalan seperti yang
dirancang tetapi pengurusan masa saya terhadap sesuatu pertandingan
haruslah ditingkatkan.

KESIMPULAN

Melalui projek keceriaan bilik SALC pada kali ini, kami mendapat
banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini,
kami mengambil bahagian penuh dalam menyediakan keperluan bilik ini. Ini
merupakan pengalaman baru untuk kami. kami juga mempelajari cara
pengurusan sesuatu bilik di sekolah. Selain itu, kami berpeluang
meningkatkan tahap kreativiti kami dalam menceriakan bilik ini.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan projek keceriaan ini,
kami tidak dapat memaksimumkan penggunaan bilik ini. Kami hanya akan
mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang
dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa


bekerjasama dalam mempelbagaikan keceriaan untuk lebih menarik dan
kreatif. Selain itu kami berharap dapat meningkatkan pengurusan masa kami
dalam mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa adalah berbeza
jika dibandingkan dengan masa semasa kami mengurus pengajaran dan
pembelajaran.

Selepas ini kami akan belajar cara untuk menguruskan sesuatu projek
keceriaan. Sebagai pengurus projek kami haruslah muktamad dan tidak
dipengaruhi oleh sesiapa. Pada projek yang telah kami laksanakan kami
diberi tunjuk ajar oleh mentor, kami telah dapat menentukan kebaikan dan
kelemahan dalam projek tersebut. Kami juga mempelajari sesuatu bahawa
perancangan awal hendaklah dilakukan awal kerana perkara tersebut akan
memakan masa dan menyebabkan projek tergendala dengan kerja-kerja lain

Kami akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk


menguruskan peruntukan yang diberikan untuk mengendalikan sesuatu
projek. Bajet untuk pertandingan ini ialah bawah RM 13.60 mengikut kata
mentor kami. Namun kami telah dapat mengurangkan kepada RM250.00
sahaja kerana banyak bahan dan alatan boleh diperolehi di kedai yang
murah. akan belajar cara penyedian bahan untuk projek akan datang.
Sebelum ini kami hanya tahu untuk membeli bahan yang telah siap namun
pada projek ini kami telah memilih untuk membuat sendiri bahan tersebut.
Secara tidak langsung kami telah dapat menjimatkan kos bahan.

Kekuatan yang kami perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua


guru dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar
peringkat sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik.
Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah kami perolehi untuk menjayakan
projek ini.
Kesimpulannya, projek ini telah dapat menarik minat murid terhadap
subjek Bahasa Inggeris di mana banyak idea daripada kumpulan lain dapat
dilihat oleh murid lain. Hal ini menyebabkan murid teransang untuk meneroka
dan menjadi lebih kreatif pada masa akan datang. Kreativiti dan inovatif
merupakan objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris.

SEBELUM

Sebelum kami mula untuk membuat projek yang diberikan kami telah
berbincang dengan ketua panitia Bahasa Inggeris dan juga guru pembimbing
kami untuk meminta pandangan daripada mereka untuk memulakan projek
kecerian sudut SALC. Kami diberikan dinding berbentuk L untuk melukis
mural dan menceriakan dinding itu mengikut idea kami. Sudut SALC itu
bertempat di Makamal IT pada bahagian atas. Kami juga telah berbincang
bersama-sama dengan guru praktikal dari IPGKRM bagimana kami mahu
menceriakan dan mewujudkan sudut SALC di sekolah itu.

SEMASA
Pada permulaan untuk menceriakan sudut SALC itu kami mula
melakar dahulu mural-mural pada dinding yang telah diberikan kepada kami.
Kami mengambil masa selama 2 hari untuk melakar mural di dinding itu
kerana sudut dinding yang diberikan agak luas dan panjang. Lukisan kami
bertemakan taman dan tumbuh-tumbuhan. Kami mula melakar mural selapas
berakhirnya sesi persekolahan kerana tidak mahu mengganggu sesi P&P
kami disekolah.Kami juga telah berkorban selama 3 hari pada waktu cuti
untuk mewarna mural yang ada pada sudut SALC. Kami telah membahagikan
tugas secara sama rata kepada guru guru praktikum.

SELEPAS

Selepas sahaja kami menceriakan sudut SALC itu ia kelihatan lebih


ceria dan tersusun berbanding sebelum ini yang hanya dinding kosong
sahaja. Selepas ini guru-guru boleh menggunakan sudut SALC itu pada
waktu P&P kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh guru-guru
gunakan untuk mengajar murid-murid.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

____________________ _______________________
(SITI NABILAH BT MOHAMED SHUHAIMI) (PN.SUHANA BT NAZMI)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Projek Keceriaan Sudut SALC, Panitia Bahasa Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Si Rusa. Sekolah Kebangsaan Si Rusa

Disemak oleh:

_____________________
()
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Si Rusa.

Anda mungkin juga menyukai