Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PROJEK MENGHIAS PAPAN NOTIS BILIK GURU LESTARI DAN BESTARI, BILIK AKSES DAN BILIK INTERKASI

SK BEKENU, SUBIS

1.0

PENDAHULUAN Program menghias papan notis sekolah sekolah merupakan salah satu usaha

untuk mencantikkan bilik guru agar menjadi daya tarikan bagi guru bagi melihat infoinfo terkini yang dipamerkan. Papan notis sekolah yang menarik dan tersusun secara sistematik juga akan memperlihatkan pengurusan sistem pentadbiran di sesebuah sekolah tersebut lebih tersusun di samping dapat dijadikan rujukan oleh pihak sekolah mahupun orang luar. Program menghias papan notis sekolah ini akan dilaksanakan oleh guru-guru pelatih PISMP dan DPLI yang menjalani fasa praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dengan kerjasama daripada semua staf di Sekolah Kebangsaan Bekenu, Subis. Projek ini telah dijalankan selama dua minggu iaitu bermula daripada 8 April sehingga 19 April 2013.

2.0

MATLAMAT & OBJEKTIF PROJEK Projek ini diharapkan dapat untuk memudahkan para guru untuk mendapatkan

akses maklumat terkini dengan mudah melalui papan notis yang sistematik. Di samping itu, projek ini juga memperlihatkan sistem pengurusan sekolah yang sistematik dengan menggunakan papan notis yang teratur. Objektif projek ini dijalankan adalah seperti berikut: a) Membuat penambahbaikan dan menceriakan lagi sudut papan notis bilik guru sekolah. b) Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih dengan pihak sekolah. c) Menampilkan ciri-ciri kepimpinan di kalangan guru pelatih bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.

d) Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang perkara yang penting dalam dunia pendidikan seperti pengurusan sekolah dan membina hubungan yang baik sesama warga sekolah. e) Mewujudkan berkumpulan. semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara

3.0

PERANCANGAN DAN PERJALANAN PROJEK Projek ini bermula dengan merancang kos perbelanjaan dan perkara yang akan

dilakukan sepanjang proses menjalankan projek ini. Kami bersyukur kerana pihak sekolah menyediakan kebanyakan bahan dalam projek ini dan dengan bahan-bahan yang dibekalkan seperti kain, kertas transperansi, pin tekan, perkhidmatan mencetak dan sebagainya. Kami juga telah mengenalpasti papan notis yang akan ditambahbaik dan diceriakan untuk kegunaan para guru di sekolah tersebut. Setelah perancangan dilakukan, kami terus melakukan penurunan bahan pada papan notis tersebut setelah mendapat kelulusan kerta kerja daripada pihak sekolah. Kami kemudiannya mengumpulkan kesemua bahan tersebut dalam sebuah kotak. Namun begitu, kami sebelum itu telah mengambil gambar papan notis tersebut sebelum bahan pada papan notis tersebut diturunkan. Setelah melakukan penurunan bahan tersebut, kami telah memulakan dengan melapik bahagian belakang pada setiap papan tersebut dengan kain yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah. Kami memilih untuk melapik menggunakan kain kerana ianya lebih mudah untuk dilekatkan di samping dapat meningkat seri berbanding daripada menggunakan kertas berwarna yang mana hasilnya kurang menarik kerana ianya perlu dilekatkan secara satu persatu. Kain yang dibekalkan adalah berwarna biru dan kuning. Proses melekatkan kain bermula di Bilik Guru Lestari, diikuti dengan Bilik Akses, Bilik Interaksi dan seterusnya Bilik Guru Bestari. Proses melekatkan kain ini dilakukan secara berperingkat adalah kerana untuk memudahkan guru pelatih untuk membahagi masa dan sebagianya. Setelah melekatkan kain pada papan notis tersebut, kami kemudiannya melakukan proses menghias papan notis tersebut dengan meletakkan border dan

hiasan pada setiap papan notis tersebut. Border dilakukan dengan melekatkan riben bagi membahagikan ruangan papan notis tersebut kepada beberapa bahagian. Setelah melekatkan border dan juga hiasan, barulah kami mula melekatkan nama mengikut papan notis yang telah ditetapkan. Melekatkan nama mengikut papan notis tersebut adalah sangat penting kerana ianya membantu para guru untuk mendapatkan info terkini berkaitan dengan perkara tertentu seperti info semasa dan jadual Teach-in / Sit-in. Perkara yang terakhir dilakukan adalah melekatkan kembali semua bahan yang telah dilekatkan pada papan notis sebelum ini. Sebelum melekatkan bahan-bahan tersebut, kami melakukan pengasingan terhadap bahan yang akan dilekatkan iaitu memastikan bahan-bahan tersebut adalah bahan-bahan terkini dan penting. Bahanbahan yang telah lama diasingkan dan kami merujuk kepada guru yang berkenaan sama ada bahan tersebut perlu dilekatkan kembali atau tidak. Setelah mendapatkan rujukan, barulah kami melakukan tindakan susulan terhadap bahan-bahan tersebut.

4.0

CABARAN YANG DIHADAPI Dalam menjalankan projek ini, terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi.

Antara cabaran yang kami hadapi adalah dari segi masa. Masa yang terhad terutama sekali apabila masing-masing perlu membahagikan masa dengan baik antara waktu mengajar dan waktu untuk menjalankan projek. Kekangan masa yang terhad bukanlah penghalang bagi kami dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya. Selain itu juga, kami juga menghadapi cabaran dari segi menghias papan notis berkenaan. Masing-masing antara guru pelatih tersebut adalah bukan daripada Major Pendidikan Seni, namun ianya bukan menghalang kami dalam menghasilkan hasil karya kami dengan baik. Namun begitu, hasil perbincangan dan kesefahaman kerja yang baik antara guru pelatih dapat mengatasi cabaran yang kami hadapi. Kami percaya bahawa segala usaha kami terbayar dengan adanya cabaran yang kami tempuhi.

5.0

HASIL DAPATAN PROJEK Daripada projek ini, kami telah mempelajari banyak perkara penting. Perkara

yang pertama kami pelajari ialah keupayaan merancang sesuatu projek. Kepercayaan sebagai seorang perancang adalah sangat penting. Ini adalah kerana jikalau kita gagal untuk merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Perancangan dibuat dengan teliti dan mengikut kemampuan dan keupayaan serta keperluan yang ada di sekolah. Perancangan untuk pelan B juga perlu disediakan sekiranya pelan A tidak berjalan dengan lancar. Selain itu, kami juga mempelajari mengenai kerjasama berpasukan. Kerjasama sangat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu perkara. Perbincangan sesama ahli kumpulan akan dapat membantu dalam melihat kelancaran pelaksanaan kerja. Idea-idea daripada banyak ahli akan menghasilkan sesuatu yang lebih menarik. Bak kata pepatah, two is better than one. Selain itu juga, kesefahaman antara ahli pasukan sangat penting agar masing-masing tidak hanya menunggu arahan sebaliknya mampu untuk melaksanakan projek secara individu. Disiplin diri yang tinggi juga adalah sangat penting kerana ianya memaparkan diri kita sebagai seorang individu. Seseorang individu yang berdisiplin akan menunjukkan kesungguhan dalam menyiapkan projek mengikut peruntukan masa yang diberikan.

6.0

PENUTUP Perlaksanaan projek ini berjalan dengan lancar di samping mendapat sambutan

yang menggalakkan daripada semua pihak. Pencapaian objektif penganjuran projek juga tercapai dengan jayanya hasilnya telah menunjukkan perubahan yang positif. Secara keseluruhannya, projek ini adalah suatu latihan dan pembinaan insan melalui pendedahan kepada corak komunikasi, kerjasama dan disiplin diri bagi guru pelatih yang terlibat. Semoga hasil tersebut akan dijaga sebaik mungkin dan dimanfaat oleh semua guru sebagai wadah untuk menyampaikan info-info terkini kepada semua guru.

Disediakan oleh, _______________________ (KELVIN ANDREAS ANAK APAW) Pengerusi, Projek Menghias Bilik Guru Lestari dan Bestari, Bilik Akses dan Bilik Interaksi SK Bekenu, Subis

18 APRIL 2013

Disahkan oleh, _______________________ (DAYANGKU ASSHIAH BINTI AWANGKU MANSUR) Guru Besar SK Bekenu, Subis

LAMPIRAN GAMBAR SEBELUM

GAMBAR SEMASA

GAMBAR SELEPAS

Anda mungkin juga menyukai