Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SMK TAMAN MEGAH RIA, MASAI JOHOR TAHUN 2011 1.

Tajuk Kursus: Komunikasi Berkesan Dalam Akademik & Pedagogi Cemerlang Dalam Pendidikan 2. Tarikh: 24 September 2011 3. Masa: 7.45 pagi 1.45 tengahari 4. Tempat Perlaksanaan: Bilik Gerakan SMK Taman Megah Ria, Masai. 5. Bidang: Pengetahuan & Profesionalism 6. Fokus: Pengajaran & Pembelajaran 7. Matlamat Kursus: Mendedahkan peserta dengan pengetahuan komunikasi yang berkesan dalam dan luar bilik darjah serta pengalaman berharga yang dimiliki oleh penceramah berkaitan keadah pedagogi yang terbaik untuk diaplikasikan dalam pengajaran. 8. Objektif Kursus: 1. Berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan kaedah komunikasi yang berkesan dalam dan luar bilik darjah. 2. Mempelajari teknik-teknik pedagogi yang betul dalam pendidikan. 3. Memberi nasihat yang berguna kepada guru-guru baru terutamanya berkaitan tugasan dan komitmen sebagai seorang guru. 9. Jadual Program: Bil Masa 1 7.45 8.00 pagi 2 8.00 10.30 pagi 3 4 5 10.30 11.00 pagi 11.00 1.30 tengahari 1.30 1.45 tengahari Perkara Pendaftaran Peserta Slot 1: Ceramah daripada Tn. Haji Zakaria Bin Hj. A. Shukor tentang Komunikasi Berkesan Dalam Akademik Rehat Slot 2: Pn. Hajah Zaiton Bt Idris tentang Pedagogi Cemerlang Dalam Pendidikan Penutupan dan bersurai

10. Cadangan Penambahbaikan: Kursus ini amat berguna kepada semua guru. Ia juga mendapat reaksi yang positif daripada semua peserta walaupun sebahagian isi ceramah telah pun dipelajari semasa pengajian iktisas. Tambahan pula, segala perancangan telah dapat dijalankan dengan lancar serta tanpa sebarang masalah. Keadaan bilik gerakan yang kondusif membantu peserta menumpukan sepenuh perhatian terhadap isi kandungan ceramah selain personaliti penceramah sendiri yang sentiasa mencuit hati para peserta dengan lawak jenaka yang santai sesuai dengan tajuk LDP pada hari tersebut. Sebagai 1

kesimpulannya, semua yang hadir berasa amat berpuas hati kerana banyak ilmu pengetahuan dapat dikongsi bersama terutamanya semasa sesi soal jawab berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai