Anda di halaman 1dari 1

5.

0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN


5.1 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kumpulan kami ingin
membuat kajian mengenai penggunaan KEY HUNT dalam meningkatkan kemahiran
penulisan pemboleh ubah dan hipotesis dalam laporan amali Sains. Merujuk kepada
refleksi pengajaran dan pembelajaran Sains, kami mendapati pelajar menghadapi
kesukaran dan gagal menjawap soalan 10 bahagian C untuk mata pelajaran Sains
SPM kertas 2. Bahagian ini memerlukan pelajar menulis hipotesis dan pemboleh
ubah sesuatu eksperimen mengikut pernyataan-pernyataan soalan yang diberikan.
Soalan yang lebih berstruktur ini kurang mendapat perhatian pelajar dan wujudnya
segelintir pelajar yang tidak gemar untuk menjawab soalan berkaitan dengan
penulisan hipotesis dan pemboleh ubah dalam setiap eksperimen.
Penulisan hipotesis dan pemboleh ubah yang mempunyai tiga markah dianggap
sangat penting dalam pengumpulan markah pelajar dan wajib untuk dikuasai. Soalan
10 bahagian C dalam kertas 2 Sains SPM sememangnya merupakan soalan yang
mudah untuk dikuasai. Pelajar hanya perlu mencari kata kunci yang sesuai mengikut
pernyataan-penyataan soalan yang diberikan. Pelajar boleh menjawab soalan ini
dengan baik dan mendapat markah penuh sekiranya mereka dapat menggunakan
kata kunci dari ayat pernyataan bagi setiap soalan eksperimen yang dikemukakan
Penguasaan yang baik dalam penulisan hipotesis dan pemboleh ubah dapat
membantu murid menjawab soalan dengan lebih yakin seterusnya memperolehi gred
yang cemerlang.

5.2 FOKUS KAJIAN


Kami menjalankan kajian ini dengan berfokuskan kepada usaha untuk menarik minat
pelajar menjawab soalan 10 bahagian C bagi kertas 2 Sains teras SPM. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk membina keyakinan murid untuk
mengolah hipotesis yang mudah dan menulis pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
berkaitan dengan kehendak soalan. Keupayaan untuk menulis hipotesis dan
pemboleh ubah ini perlu dikuasai dengan baik oleh setiap pelajar yang berada di
tingkatan empat sebagai persediaan untuk menjawab soalan SPM Sains Kertas 2 dan
juga peperiksaaan awam.

Anda mungkin juga menyukai