Anda di halaman 1dari 1

Nyatakan dengan ringkas 

kaedah-kaedah pembelajaran menggunakan teknologi yang


anda tahu (search internet).
Perkembangan dunia teknologi masa kini telah menjadi ransangan kepada wujudnya
pelbagai kaedah pembelajaran berasaskan teknologi. Salah satu daripadanya
ialah pembelajaran dalam talian. Rentetan penularan pandemik Covid-19,
pembelajaran secara maya telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai medium
pendidikan berasaskan teknologi seperti aplikasi Google Classroom, Google Meet dan
Microsoft Team. Proses pengajararan dan pembelajaran atas talian dapat menarik minat
pelajar untuk belajar dan mereka tidak akan mudah berasa bosan
jika kaedah pengajaran bilik darjah telah ditransformasi dari kaedah Chalk and
Talk kepada kaedah pengajaran berasaskan teknologi abad ini.
Selain itu, penggunaan blog dan perangkaian sosial turut mendapat sambutan ke
arah melengkapkan lagi kaedah pembelajaran pelajar berasakan teknologi. Aplikasi blog
seperti Wordpress dan Blogger boleh digunakan sebagai medium perkongsian maklumat
dan idea oleh setiap penggunanya secara tidak bersemuka. Perangkaian sosial seperti
facebook, twitter, Whatapp dan Google+ turut dijadikan sebagai
satu kaedah pembelajaran yang mana pelajar dapat berhubung dengan rakan-rakan
secara maya dan berkongsi maklumat, gambar, atau nota-nota pembelajaran. Media
sosial ini memerlukan sambungan internet untuk membolehkan guru dan pelajar
berkomunikasi dan bertukar pendapat. Ianya juga memudahkan sistem perbincangan
dijalankan  jika terdapat kekangan jarak dan masa.
Tambahan itu, kaedah pembelajaran berasaskan permainan
atau gamifikasi bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan. Kaedah ini lebih
menjurus  kepada penerapan unsur-unsur permainan dalam pembelajaran untuk menarik
minat pelajar belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok serta
perkongsian ilmu dapat dilakukan dengan berkesan. Antara penggunaan teknologi
gamifikasi ialah seperti Quizzez, Quizlet, Kahoot, Socrative, Minecraft dan sebagainya.
Tuntasnya, perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel dalam dunia
pendidikan dilihat mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang lebih sistematik dan berkualiti. Oleh itu, amatlah wajar jika teknologi dimanfaatkan
dengan sebaiknya dan dunia pendidikan perlu beradaptasi dengan pembangunan
teknologi demi melahirkan graduan yang kompeten dan berminda kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai