Anda di halaman 1dari 7

ii) Dual language Programme (DLP)

Perkembangan pesat bidang sains dan teknologi telah merubah corak dan senario
dunia pendidikan dalam era milenium ini. Pendidikan merupakan salah satu
mekanisme penting dalam pembangunan sesebuah negara. Pelaksanaan sistem
pendidikan tidak boleh berada di takuk yang lama sebaliknya perlu berubah ke arah
pendidikan bercirikan global. Perancangan sistem pendidikan perlu bersifat futuristik,
fleksibel dan dinamik bagi melahirkan warganegara yang mempunyai minda kelas
pertama dan mampu mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan serantau. Dalam proses pendidikan, penetapan falsafah pendidikan
adalah penting bagi memastikan perancangan sistem pendidikan mencapai matlamat
yang diimpikan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) 1988 telah digantikan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1996. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) digubal untuk memberi panduan dan atau arah tuju dalam
penentuan haluan, asas dan inspirasi dalam usaha memartabatkan pendidikan
negara. Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk dan
diterjemah ke bentuk amalan. Masa depan negara bergantung kepada
penterjemahan Falsafah pendidikan Kebangsaan menerusi pengisian dasar atau
solusi pendidikan untuk melahirkan rakyat malaysia yang cemerlang dan mampu
berdaya saing. Matlamat pendidikan sesuatu negara ditentukan oleh falsafah
pendidikan negara tersebut berlandaskan kepada proses pendidikan serta pengisian
kurikulum dan kokurikulum dalam sistem pendidikan. Bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan “ …melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”, kurikulum dan kokurikulum
sekolah telah digubal secara menyeluruh berteraskan kepada Dasar Pendidikan
kebangsaan.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru


dalam masyarakat kita malah telah diamalkan di kebanyakan negara-negara maju
seantero dunia. Bahasa Inggeris telah digunakan sebagai bahasa ilmu dan juga
bahasa kedua dalam sistem pendidikan di Malaysia secara meluas. Pelbagai inisiatif
telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris agar ia
selaras dengan anjakan paradigma bagi melahirkan rakyat Malaysia yang maju dan
mempunyai kekuatan intelektual dalam era milenium ini. Berpandukan kepada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kerajaan khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk
melahirkan generasi muda yang mahir berbahasa Inggeris. Selaras dengan aspirasi
PPPM iaitu melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dwibahasa, pelaksanaan
dasar memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris
(MBMMBI) menerusi program Dual Language Program telah dilaksanakan untuk
memastikan usaha berterusan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dikekalkan
semenjak tahun 2010 sehingga 2025.

Program dwibahasa atau lebih dikenali sebagai Dual Language Program (DLP)
merupakan satu inisiatif di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah diperkenalkan di sekolah.
Pelaksanaan program ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara
Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia keenam iaitu Yang Berhormat Dato Seri Najib Razak dalam pembentangan
bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Pelaksanaan DLP memberi pilihan kepada sekolah yang memenuhi kriteria tertentu
untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya selain bahasa
Melayu bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
yang ditetapkan oleh KPM (Dasar Pendidikan Kebangsaan edisi keempat, 2017). DLP
diperkenalkan secara rintis pada 2016 membabitkan 377 sekolah iaitu 132 sekolah
rendah dan 245 sekolah menengah (Berita Harian Online, 3 Ogos 2020). Objektif
program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses
dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan
kebolehpasaran murid di alam pekerjaaan (Ismail dan Md Yusoff, 2020).

Menurut Muhammad Faisal Abdul Aziz (2016), Dual Language Programme (DLP)
ini merupakan satu usaha terancang untuk menghidupkan semula dasar PPSMI yang
diakui gagal dalam sektor pendidikan kebangsaan (Abdul Latiff Abu Bakar, 2016;
Baha Zain, 2016). Malah Program Dwibahasa atau DLP ini tidak sama dengan dasar
PPSMI yang mewajibkan semua sekolah melaksanakan dasar tersebut terutamanya
dalam matapelajaran Sains dan Matematik (Nor Hasikin dan Roslinda, 2019). Walau
bagaimanapun, Zaharani Ahmad (2016) menyatakan DLP ini lebih membimbangkan
kerana pelaksanaannya lebih meluas daripada PPSMI memandangkan DLP ini turut
melibatkan dua mata pelajaran baharu yang lain iaitu i) Reka Bentuk dan Teknologi,
dan ii) Teknologi Malumat dan Komunikasi (Siti Nor Azhani, Adlina dan Ku Hasnita,
2017). KPM dalam satu kenyataan media berkata “Buat sementara waktu, kita
menekankan program DLP dan akan diteruskan. Jika ada sekolah memilih untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam DLP, kita akan benarkan” (Berita
Harian, 2020). Kenyataan ini menunjukkan pelaksanaan DLP di sekolah masih diberi
dijalankan seperti sedia kala.

Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) ini dibenarkan di sekolah sekiranya


berminat dan memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh KPM seperti yang
berikut:
a) Sumber yang mencukupi dari segi buku teks, bahan rujukan, bahan bantu
mengajar dan lain-lain bahan sokongan PdP.
b) Kesedian sekolah untuk melaksanakan DLP sama ada dalam jangka panjang
atau jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang
mencukupi.
c) Sokongan ibu bapa dalam pelaksanaan DLP dengan memberi persetujuan
bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti
program DLP.
d) Pencapaian sekolah dalam bahasa Melayu menyamai atau lebih baik
daripada pencapaian purata bahasa Melayu peringkat kebangsaan.

Merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3/2020
berkaitan dengan Penambahbaikan garis panduan pelaksanaan Dual Language
Programme (DLP) KPM bagi tahun 2021 menyatakan penetapan matapelajaran DLP
di sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti yang berikut:

i. Peringkat Sekolah Rendah


a) Sains
b) Matematik
ii. Peringkat Menengah Rendah
a) Sains
b) Matematik
iii. Peringkat Menengah Atas
a) Sains
b) Sains Tambahan
c) Fizik
d) Kimia
e) Biologi
f) Matematik dan
g) Matematik Tambahan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam penentuan


dasar pendidikan berkaitan dengan penggunaan bahasa di Malaysia. Bahasa
kebangsaan mencerminkan satu identiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
dan etnik, hidup bersatu di bawah satu bumbung yang mana masyarakatnya
berpegang teguh kepada prinsip perpaduan asas kesejahteraan negara Malaysia.
Usaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu perlu diteruskan seiring dengan
usaha memperkasa Bahasa Ingeris bagi melahirkan modal insan yang mampu
berdaya saing diperingkat global sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang telah dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1996. Pelbagai
usaha bersepadu dalam memperkasa Bahasa Inggeris telah dijalankan oleh kerajaan
berpandukan kepada Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2016-2025.
Pelaksanan Dual Language Programme (DLP) tahun 2018 menyaksikan kerjasama
padu antara kerajaan dan agensi terlibat dalam memastikan matlamat pelaksanaan
DLP itu tercapai. Menurut Laporan Tahunan 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia,
pelaksanaan aktiviti DLP adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
1) Kajian Impak pelaksanaan DLP Kohort 1 (2016) dijalankan oleh BPPDP.
2) Latihan Training of Trainers (ToT) untuk English for Specific Purposes (ESP)
oleh IPGM yang melibatkan seramai 679 orang guru.
3) Kursus Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran Guru Sains dan Matematik
di Sekolah yang melaksanakan DLP telah diadakan. 78 orang pensyarah dari
11 buah IPG terlibat sebagai Konsultan DLP. Seramai 1,540 orang guru
Sains dan Matematik telah dilatih.
4) Kolokium DLP bertema Strengthening Teaching and Learning Through Best
Practices dan melibatkan seramai 300 orang peserta.
5) Kursus Peningkatan Kemahiran dan Pedagogi dalam Bahasa Melayu oleh
IPGKBM untuk guru bagi 27 buah sekolah yang melaksanakan DLP dan
merosot pencapaian GPMP Bahasa Melayu dalam SPM 2017.
6) Tracking pencapaian murid menggunakan SAPS akan dilaksanakan
bersama-sama PADU dan ELTC untuk mata pelajaran Matematik, Sains,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
7) Tiga Kursus Sokongan Dalam Talian telah dilaksanakan oleh ELTC iaitu
English Language Proficiency, English for Instructions, Kursus Lanjutan
Sokongan Bahasa Inggeris DLP dalam talian
Pelaksanaan Dual Language Programme dilihat mampu memberi impak yang
besar dalam pendidikan negara. DLP ini mampu memberi kesan positif kepada
pencapaian akademik pelajar dan dilihat mampu membangunkan interaksi dan tahap
motivasi pelajar yang tinggi dalam diri setiap pelajar untuk melibatkan diri secara
aktif dalam PdPc di sekolah. Hal ini disokong oleh kajian Fatima Mohamed &
Mckenny (2017) yang mendapati pendidikan dwibahasa membangunkan interaksi
pelajar dan menyokong mereka untuk mengikuti proses PdPc masing-masing dalam
meningkatkan pencapaian mereka. Modal insan yang menguasai kemahiran
dwibahasa juga dilihat mampu bersaing di mata dunia ekorang penggunaan bahasa
Inggeris yang memainkan peranan penting dalam pedidikan globalisasi masa kini.
Oleh itu, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu
berganding bahu, menjalin hubungan erat dengan masyarakat Malaysia untuk
merancang pelaksanaan aktiviti Dual Language Programme (DLP) berjalan secara
rapi dan sistematik bagi melahirkan generasi yang berkemahiran dwibahasa, mampu
berdaya saing di peringkat global dan yang paling penting mampu memberi memberi
sumbangan kepada pembangunan negara seperti mana yang dinyatakan dalam
penyataan akhir Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “ melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Rujukan

Abdul Latiff Abu Bakar (2016). Resolusi GAPENA Mengenai ‘HIP’ dan ‘DLP’ Cadangan
‘PADU’dan ‘PEMANDU’. Dalam Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan (Ed.).
Kami Bantah DLP (hlm. 72-74). Kuala Lumpur: Gapena & Persatuan Penterjemah
Malaysia.
Baha Zain (2016). Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing. Dalam Abdullah
Hassan & Zainal Abidin Borhan (Ed.), Kami Bantah DLP (hlm. 106-117). Kuala
Lumpur: Gapena & Persatuan Penterjemah Malaysia
Berita Utusan Online (3 Ogos 2020). Kementerian Pendidikan teruskan DLP. Diakses
pada 25 November 2020 di
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717546/kementerian-pen
didikan-teruskan-dlp
Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat (2017) Kementerian Pendidikan
Malaysia. Diperoleh pada 22 November 2020 dari
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/Polisi/Dasar-Pendidikan-Keba
ngsaan.pdf
Fatema Mohammed, A., & Mckenny, J. (2017). A Study Of The Application Of
Bilingual
Education In A Kindergarten Based In Abu Dhabi, (December) .
Ismail Mat Hasan dan Md Yusoff Daud. (2020). Keberkesanan Dual Language
Program (DLP) Terhadap Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Pelajar
Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, vol.2(1), 31-39. Diperoleh pada 24
November 2020 dari http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8322
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007 .
Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Pelaksanaan Dua Language
Programme (dlp) 2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2018. Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia. Diperoleh pada 24 November 2020 dari
https://www.padu.edu.my/wp-
content/uploads/2019/07/AR2018_BM_reportfinal. pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bil. 3 Tahun 2020. Penambahbaikan Garis Panduan
Pelaksanaan Dual Language Programme Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2021. Diperoleh pada 28 November 2020 dari
https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/ikhtisas/
2020-4/3873-spi-bilangan-3-tahun-2020-penambahbaikan-garis-panduan-pelaks
anaan-dual-language-programme-kementerian-pendidikan-malaysia-tahun-
2021Muhammad Faisal Abdul Aziz (2016). ABIM Kecam Usaha Mengembalikan
PPSMI Melalui Pintu Belakang. Dalam Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan
(Ed.), Kami Bantah DLP (hlm. 93-95). Kuala Lumpur: Gapena & Persatuan
Penterjemah Malaysia.
Nor Hasikin Hamaludin dan Roslinda Rosli. (2019). Pencapaian dalam Pelaksanaan
Dual Language Programme (DLP) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan
2019. 24-25 April 2019 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Diperoleh
pada 25 November 2020 dari
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/116-KK_SISIPAN_NORHASIKI
N_ETAL.pdf
Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim dan Ku Hasnita Ku Samsu. (2017).
Pengukuran Tahap Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan
Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi. GEMA Online® Journal of Language Studies,
Volume 17(2). Diperoleh pada 25 November 2020 dari
http://doi.org/10.17576/gema-2017-1702-07.
Zaharani Ahmad (2016). Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Dalam Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan (Ed.). Kami Bantah
DLP
(ms. 57-65). Kuala Lumpur: Gapena & Persatuan Penterjemah Malaysia

Anda mungkin juga menyukai