Anda di halaman 1dari 3

1) Nyatakan dan bincangkan 5 kebaikan dan 5 keburukan pembelajaran

menggunakan rangkaian sosial.

Kebaikan pembelajaran menggunakan rangkaian sosial

1. Alat perhubungan antara guru dan pelajar


Penggunaan media sosial dalam pembelajaran membolehkan wujudnya komunikasi
dua hala antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Interaksi ini dapat dilihat apabila
guru dan pelajar menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog, skype
dan email untuk berkomunikasi dan berkongsi idea semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara maya.

2. Platform penyebaran ilmu dan maklumat


Media sosial ini sering digunakan oleh guru dan pelajar untuk berkongsi ilmu dan
maklumat dengan mudah dan pantas walau di mana pun mereka berada.
Pembelajaran menerusi media sosial seperti Facebook, blog memudahkan pelajar
mendapat maklumat terus daripada guru dan meningkatkan akses bahan maklumat
dengan cepat dan mudah.

3. Pendidikan jarak jauh


Media sosial juga sering mendapat perhatian guru dan pelajar untuk menjalankan
pembelajaran secara jarak jauh. Kemudahan audio, video dan ruangan chatting
dalam media sosial membolehkan guru dan pelajar menjalankan proses PdPc secara
lansung dan bertatap muka walaupun dalam talian.

4. Meningkatkan motivasi belajar pelajar


Penggunaan media sosial seperti Instagram, Facebook dalam pembelajaran dilihat
dapat meningkatkan motivasi pelajar. kebanyakkan pelajar menggunakan laman
sebegini bukan sahaja untuk berkongsi gambar dan video malah, mereka berkongsi
soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya sebagai persediaan untuk mereka
menduduki peperiksaan kelak. Kemudahan untuk berkongsi maklumat ini
membolehkan seorang pelajar itu mendapat akses maklumat dengan cepat sekaligus
menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk belajar.
5. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
Media sosial menjadi tempat utama untuk guru berkongsi nota pengajaran dan
tempat pelajar merujuk maklumat yang dikongsi oleh guru atau rakan pelajar lain.
Nota-nota pengajaran yang dikongsikan oleh guru sebelum sesi PdP boleh dirujuk
dan pelajar dapat membuat ulangkaji sebagai persediaan awal untuk memulakan
pembelajaran. Hal ini secara tidak lansung akan membolehkan sesi PdP berjalan
lancar dan berkesan.

Keburukan pembelajaran menggunakan media sosial


1. Mengurangkan fokus belajar pelajar
Penggunaan media sosial yang kerap kadangkala menyebabkan pelajar kurang fokus
dalam pembelajaran mereka. Hal ini disebabkan terdapat di antara mereka yang
menggunakan media sosial untuk bergosip dan bermain game. Keadaan ini secara
tidak lansung akan menyebabkan mereka kurang fokus dalam pembelajaran dan
tiada masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran
2. Pelajar menjadi pasif dan kurang pergaulan realiti
Pelajar yang biasa menggunakan media sosial untuk berhubung selalunya akan
menjadi pasif dan tiada masa untuk bergaul dengan orang disekeliling mereka.
Kebiasaan ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dalam kelas dan tidak tahu
untuk bergaul dengan orang lain secara realiti dan bersemuka.
3. Ketagihan
Penggunaan media sosial yang kerap akan menyebabkan ketagihan dan pelajar akan
menghadapi kesukaran berenggang dengannya. Hal ini secara lansung akan
menjadikan pelajar tersebut kurang memberi tumpuan dalam pembelajaran dan
terlalu obses dengan media sosial sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab
dan penjagaan diri mereka.
4. Gangguan kesihatan
Penggunaan komputer atau telefon bimbit untuk melayari rangkaian sosial memberi
kesan kepada kesihatan seseorang sama ada fizikal atau mental. Sakit kepala, rabun,
obesiti dan tidak cukup tidur sudah pasti memberikan kesan buruk kepada kesihatan
seseorang.
5. Penyebaran maklumat palsu
Walaupun media sosial menjadi platform penyebaran maklumat tetapi adakalanya
disalahgunakan untuk menyebaran maklumat dan info yang tidak sahih atau palsu.
Penyalahgunaan boleh menyebabkan perselisihan pendapat, provokasi, penghinaan
dan pergaduhan yang merosakkan hubungan sosial masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai