Anda di halaman 1dari 15

“Revolusi Industri 4.0 (IR4.

0) dan bagaimana
kajian pendidikan dapat ditingkatkan dengan
kemahiran/teknologi/platform IR4.0”

RAFIDAH BINTI PALALUN (PP2012053T)


DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


SEMESTER 1 SESI 2020/2021

KAEDAH PENYELIDIKAN DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (DT50703)

SEKSYEN 3

PENSYARAH: PROF. MADYA DR ZAKI ISHAK


1.0 PENGENALAN KEPADA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR4.0)

Dunia dan masa bergerak pantas seiring dengan pembangunan dan kepesatan
teknologi. Saban hari, dunia dihidangkan dengan pembangunan dan kecanggihan
penggunaan teknologi dalam kehidupan menghampiri abad ke-21 ini. Tahun 2020
adalah pembuka tirai kepada satu lagi perubahan dunia iaitu revolusi perindustrian
edisi keempat atau lebih dikenali dengan IR4.0. Apakah yang berlaku kepada dunia
pada tahun 2020? Apakah bentuk teknologi yang akan menyinari kehidupan kita?
Bersediakah kita menghadapi cabaran pemodenan teknologi? Semua soalan ini
bermain di benak fikiran. Namun untuk melangkah lebih jauh ada baiknya kita
menyingkap satu persatu apa yang dimaksudkan dengan revolusi perindustrian dan
bagaimana ia mempengaruhi perubahan dalam pelbagai jenis bidang terutamanya
bidang pendidikan.

Revolusi perindustrian adalah satu fasa yang diukur berdasarkan perkembangan


ilmu dan teknologi dunia (Adam, Muhammad Hilmi dan Taufiq, 2019). Revolusi industri
yang diperkenalkan oleh Amold Toynbee (1889 - 1975) bermula dari teknologi kuasa
wap berkembang ke penggunaan teknologi elektronik kemudian terus maju ke
hadapan dengan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Abad ini
menyaksikan sekali lagi peralihan teknologi iaitu teknologi automasi yakni satu
keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara lansung (Noor
Azizah, 2019). Illias dan Ladin (2018) menyatakan teknologi automasi ini memberi
cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara ini untuk melakukan perubahan
seiring dengan transformasi digital bagi mengekalkan daya saing dan menggalakkan
kemajuan landskap dunia moden. Revolusi industri keempat ini juga turut diukur
dengan perkembangan bidang automasi robot, pengkalan data raya, kepintaran
buatan, keselamatan siber dan lain-lain teknologi baru.

Seiring dengan perubahan teknologi, sistem pendidikan juga turut berubah. Bagi
menghadapi cabaran teknologi revolusi industri 4.0, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menjalankan Anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Pemanfaatan Information and Communications Technology (ICT) telah
dipraktikkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran. Penggunaan teknologi moden dalam sistem pendidikan negara mampu
menjadi satu landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara talian interaktif
sepenuhnya. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah
menyediakan sistem pengurusan pembelajaran baharu seperti membekalkan
bahan-bahan bantu pengajaran dan bahan-bahan berbentuk digital yang interaktif
bagi melahirkan modal insan yang mampu memenuhi kompetensi-kompetensi
diperlukan dalam revolusi industri 4.0. Antara kompetensi yang diperlukan ialah
kebolehan individu menyelesaikan masalah yang kompleks, pemikiran yang kritis dan
kreatif, kemahiran pengurusan manusia, kecerdasan emosi, bijak membuat keputusan
serta memiliki kemahiran berunding (Rusliane, Nazatul Azura dan Wan Azimas, 2018).

Menurut Pareira, Baretta dan Amaral (2017), revolusi industri 4.0 merupakan satu
integrasi dan inovasi dalam kehidupan masyarakat dunia pada hari ini. Perubahan
demi perubahan teknologi telah membawa perubahan besar dalam sektor pendidikan.
Era pendidikan Negara perlu keluar dari takuk yang lama untuk mendepani cabaran
industri 4.0 ini. Tenaga pengajar dan pelajar juga perlu menyiapkan diri dengan
teknologi industri 4.0 agar mereka tidak ketinggalan dengan arus pemodenan ini.
Cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang guru amat berbeza dari zaman dahulu.
Jika dulu, sistem pengajaran hanya berasaskan ‘Chalk and Talk’ namun kini pelbagai
jenis teknologi industri 4.0 telah diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PDP) semasa. Menurut Azmi, Che Ahmad, Kayat, Abdullah dan Ahmad
Zubir (2018), tahap pendedahan dan penguasaan tenaga pengajar terhadap
pengetahuan revolusi industri masih rendah. Lantaran itu, para pendidik perlu lebih
terbuka dan bersedia untuk berhadapan dengan perubahan-perubahan teknologi bagi
memastikan pelajar atau graduan mampu berdaya saing dan kompeten dalam semua
aspek kehidupan dapat dilahirkan dengan jayanya.

Bukan sahaja para pendidik, pelajar juga turut mendapat tempias perubahan
teknologi revolusi keempat ini. Setiap pelajar atau mahasiswa perlu berusaha dan
bersedia menyahut cabaran dalam pendidikan ekoran perkembangan teknologi masa
kini. Setiap pelajar perlu lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang dan
memiliki daya keupayaan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah walaupun mesin,
robot telah mengantikan manusia dalam abad ini. Prof Dr Abdul Samad Ismail (2017)
menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran tertentu amat diperlukan untuk
menjadikan sesebuah negara itu menjadi peneraju era revolusi industri 4.0. Justeru,
setiap pelajar atau mahasiswa khususnya wajib melengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi kerana mereka ini dianggap aset
penting untuk memajukan negara dipersada dunia.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR4.0)

Rajah 1 Sejarah Perkembangan Revolusi Industri

(Sumber: www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/330726/industri-40-apakah
manfaatnya-kepada-komoditi)

2.1 Revolusi Industri 1.0 (1760 - 1840)

Revolusi Industri 1.0 diperkenalkan pada akhir abad ke-18 dan ianya bermula di
Great Britain yang mana menurut Lukac (2016), revolusi industri pada masa ini adalah
berasaskan air dan kuasa penguapan. Penciptaan enjin berkuasa wap hasil ciptaan
James Watt telah mengubah cara kerja manusia daripada tenaga manusia kepada
tenaga mesin. Pada masa ini, ekonomi Great Britain bergantung kepada industri
pembuatan tekstil. Melalui penciptaan enjin berkuasa wap bersumberkan arang batu
dan kemajuan pengeluaran besi maka terciptalah mesin penenun tekstil yang
berkembang penggunaannya hingga ke Benua Eropah dan Amerika Syarikat.

2.2 Revolusi Industri 2.0 (1870 - 1914)

Menurut Marius (2016), revolusi industri kedua mula tercetus pada abad ke-19
menyaksikan penggunaan tenaga mesin beralih kepada tenaga elektrik. Penggunaan
telefon, minyak, lampu dan petroleum turut berkembang. Penemuan kuasa elektrik
dan petroleum pada masa ini telah mengurangkan kebergantungan terhadap sumber
arang batu dalam sektor pengeluaran. Sekitar tahun 1870, sistem seperti telegraf
ciptaan Ernst Werner Von Siemes dan landasan kereta api telah diperkenalkan dalam
industri kedua ini. Dalam industri kedua ini juga telah meyaksikan perkembangan
industri penghasilan kimia, petroleum dan automotif. Bukan sahaja itu, sumber tenaga
berasaskan elektrik telah menjadi pemangkin kepada industri pengeluaran berskala
besar dan mendorong kepada kemunculan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti
Ford, US, Steel, General Electric, Bayer AG dan Standard Oil (Zafir Khan & Mohd
Nazmy, 2019).

2.3 Revolusi Industri 3.0 (1960 - 2000)

Revolusi industri ketiga bermula sekitar tahun 1960-an yang mana penggunaan
teknologi maklumat, internet dan komputer sebagai tonggak utama (Lu, 2017).
Penggunaan teknologi maklumat dan tenaga elektrik secara menyeluruh telah
membawa kepada penghasilan teknologi automasi (Mohamad Raimi Ab Rahim, 2016).
Martin (2017) pula menyatakan, revolusi industri ketiga ini turut merujuk kepada
revolusi digital ekoran berlakunya perubahan dari sistem analog dan mekanikal
kepada sistem digital. Pada masa ini, dunia melihat kepentingan integrasi antara
teknologi dan robotik dalam memudahkan penghasilan produk (Muhammad Ar-Rasyid,
2020). Industri penghasilan sesuatu produk telah digantikan dengan sistem automatik
dan robot. Sebagai contoh dalam industri automotif, pemasangan bahagian kenderaan
banyak dilakukan oleh mesin atau robot yang mana hal ini dapat menjimatkan kos
buruh.

2.4 Revolusi Industri 4.0 (2011 - Sekarang)

Selepas melalui tiga fasa peralihan, revolusi industri keempat kini telah mengalami
transformasi iaitu era teknologi baru. Proses peralihan industri ini dikenali sebagai
“Smart Factory” dimana setiap sistem yang diimplementasi adalah bukan sahaja lebih
fleksibel dan sistematik malah dapat meyesuaikan diri dengan situasi baru yang lebih
mencabar (Morrar et al., 2017). Pada tahun 2016, Klaus Schwab, seorang warga
Jerman telah memperkenalkan revolusi keempat di “World Economic Forum” yang
membawa banyak perubahan dalam peradaban tamadun manusia. Mohammad Raimi
Ab Rahim (2016) menyimpulkan bahawa revolusi indutri 4.0 menandakan kemunculan
siber-fizikal yang melibatkan keupayaan baru sepenuhnya untuk mencapai tahap
kecekapan beroperasi dan produktiviti yang lebih tinggi. Menurut Boston Consulting
Group (2015), IR 4.0 ini terdiri daripada 9 tonggak utama teknologi untuk memacu
kejayaan dalam industri pembuatan iaitu teknoogi simulasi, industri Internet of Things
(IoT), integrasi sistem, keselamatan siber, perkomputeran awan, pembuatan
bahan-bahan tambahan (additive manufacturing), sistem pengukuhan realiti
(augmented reality. Analisis data raya (big data analytic) dan robot automasi.
3.0 JENIS TEKNOLOGI IR4.0 DIGUNAKAN DALAM KAJIAN PENDIDIKAN

3.1 Internet of Things (IoT)

Menurut Keoh (2014), IoT merupakan perkembangan keilmuan yang menjanjikan


pengoptimuman kehidupan menggunakan sensor cerdas dan peralatan pintar yag
bekerjasama melalui jaringan internet. Penggunaan teknologi Internet of Things (IoT)
dalam sektor pendidikan semakin meluas dan berkembang. Contoh penggunaan IoT
dalam pendidikan ialah penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatapp dan
Telegram sebagai alat perhubungan guru dan murid. Media sosial ini memerlukan
sambungan internet untuk membolehkan guru dan pelajar berkomunikasi dan
bertukar pendapat. Ianya juga memudahkan sistem perbincangan jika terdapat
kekangan jarak dan masa. Guru juga boleh berkongsi nota dan maklumat dengan
menggunakan media sosial

Reuven Regev telah mencipta ScanMarker iaitu pen digital yang mampu
mengimbas sebarang teks bercetak dan memindahkan teks tersebut ke dalam
mana-mana peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar melalui sambungan
Bluetooth. Peranti ini merupakan satu penciptaan baru yang mampu menjimatkan
masa menaip, menterjemah lebih kurang 40 bahasa dan imbasan teks mampu
mengeluarkan suara (Regev, 2017). Penggunaan peranti ini mampu memudahkan
kerja guru untuk menyediakan bahan pengajaran serta pelajar tidak perlu mengambil
masa yang lama untuk menyalin nota yang diperoleh dari buku teks ataupun buku
rujukan.

Rajah 2 ScanMarker
(Sumber:http://nerdtechy.com/scanmarker-air-digital-highlighter-review/)
3.2 Perkomputeran Awan (Cloud Computing)

Perkomputeran awan ataupun Cloud Computing merupakan satu teknologi yang


menggunakan rangkaian komputer yang boleh dikawal secara ‘remote’ untuk
menyimpan, mengurus, mengakses data menggunakan internet melalui web hosting
oleh penyedia perkhidmatan atas talian (Mohd Afandi, 2019). Dalam bahasa yang
lebih mudah, perkomputeran awan ini merujuk kepada kaedah pemanfaatan
komputer untuk menyimpan data peribadi dalam bentuk dokumen, gambar, video, klip
rakaman suara dan klip lagu menggunakan internet.

Penggunaan teknologi Cloud Computing turut berkembang dalam bidang


pendidikan contohnya penggunaan Gmail, Google Apps, Dropbox, Microsoft Office 365
dan Amazon. Penggunaan aplikasi Google Apps seperti google drive, google form,
google spreadshet, google docs dan google powerpoint bukanlah sesuatu yang asing
lagi dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan aplikasi
Google Powerpoint (Presentation) atau Google Spreadsheet (hamparan kerja) sebagai
alat pemudahcara untuk menyediakan bahan pengajaran atas talian tanpa perlu
menambah perisian tersebut dalam komputer. Aplikasi Amazon membolehkan
penggunanya mengakses bahan-bahan ilmiah seperti buku, jurnal, ensiklopedia dan
lain-lain secara dalam talian. Lantaran itu, guru atau pelajar boleh mengunjungi laman
web Amazon untuk mencari bahan bacaan ilmiah yang diperlukan dalam pengajaran
dan pembelajaran tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Bukan sahaja itu, penggunaan
Dropbox, OneDrive dan SkyDrive juga memudahkan guru dan pelajar menyimpan data
yang besar tanpa perlu membeli peranti storan.

3.3 Robot Automasi

Menurut Kamus Pelajar Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005),
robotik didefinikan sebagai mesin yang dapat melakukan pelbagai jenis pekerjaan
manusia. Robotik berasal dari perkataan robot yang bermaksud peralatan elektrik dan
mekanikal (Mekatronik) yang boleh yang boleh digunakan untuk mengendali pelbagai
kegunaan dan mempunya ciri-ciri kepandaian serta kebolehsuaian. Teknologi robotik
turut digunakan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dunia
pendidikan. Sepanyol telah membangunankan projek kokurikulum ENXENO bagi
memperkenalkan bidang robotik dalam Sains dan Teknologi di peringkat pra-universiti
(Alejos et al., 2012). Menurut Alimisis et al., (2010), negara-negara Eropah turut
menggunakan program pendidikan robotik sehingga terwujudnya program Teacher
Education Enhanced Constructivist Pedagogical Methods (TERECoP). Terdapat juga
program melibatkan pertandingan pendidikan Robotik seperti World Robotic Olympiad
(WRO) yang disertai oleh hampir seluruh negara di dunia.

Di Malaysia, robotik diperkenalkan di sekolah menerusi Kelab Rekacipta dan


Robotik, Pelaksanaan Pertandingan Robotik antara sekolah-sekolah seperti
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) serta Malaysia Robot Contest (ROBOCON)
untuk pelajar kolej dan universiti (Hafzan et al., (2014) . Antara robot kit yang
digunakan dalam sesuatu pertandingan ialah Lego Mindstorm dan Arduino. Menerusi
pendidikan robotik, pelajar dapat meningkatkan kepakaran teknologi seperti
memprogramkan komputer dan merekacipta robotik. Penerapan robotik dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik turut membantu meningkatkan kemahiran pelajar
menyelesaikan masalah dalam sesuatu kajian penyelidikan sekaligus meningkatkan
motivasi pelajar. Robotik dalam pendidikan juga berpotensi untuk mempromosikan
matapelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk
melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing (Loh et al., 2013).

3.4 Data Raya (Big Data)

TechAmerica Foundation’s Federal Big Data Commission (2012) mendefinisikan


Data Raya atau Big Data sebagai satu istilah yang menggambarkan jumlah besar,
berhalaju tinggi, data kompleks dan berubah-ubah yang memerlukan teknik dan
teknologi canggih untuk membolehkan penangkapan, penyimpanan, pengedaran,
pengurusan dan analisis maklumat. Penggunaan Data Raya dalam pendidikan dapat
dilihat semakin rancak penggunaannya. Sebagai contoh, guru menggunakan ‘Kohort’
digunakan sebagai alat peramal pencapaian pelajar.

Selain itu, penggunaan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning


Management System (LMS) semakin popular dalam dunia pendidikan terutamanya di
institusi pengajian tinggi. Penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) ini
membolehkan guru atau pensyarah memuatnaik beberapa jenis media maklumat
seperti nota kuliah, senarai tugasan dan sebagainya. Pelajar juga dapat merancang
pembelajaran, berkomunikasi secara maya dengan pensyarah atau rakan dan juga
mendapat pelbagai maklumat. Google, Amazon, IBM dan Microsoft adalah contoh
perusahaan-perusahaan besar yang memanfaatkan teknologi Big Data ini. Sebagai
contoh menerusi Google Schoolar, guru dan pelajar boleh boleh mencari dan
mengakses bahan atau data-data ilmiah secara mudah dan cepat.
4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN IR4.0 DALAM KAJIAN PENDIDIKAN

4.1 Kebaikan Revolusi Industri 4.0 dalam Kajian Pendidikan

Sistem pendidikan era ini sedang menongkah arus pemodenan sejajar dengan
kepesatan teknologi Revolusi Industri Keempat (IR4.0). Kemajuan teknologi telah
membawa perubahan kepada corak dan trend sistem pendidikan dalam sebuah
negara. Revolusi Industri Keempat ini dilihat mampu memberi manfaat kepada
pelbagai jenis bidang terutamanya bidang pendidikan. Pertama, menerusi teknologi
IR4.0, negara dapat melahirkan graduan berinovasi dan berkemahiran tinggi sebagai
contoh dalam teknologi Robotik, pelajar dapat mencungkil bakat dan mampu berfikir
secara kreatif dan inovatif dalam perekaciptaan robotik. Bukan sahaja itu, pelajar
bermaklumat juga dapat dilahirkan kesan dari kemudahan untuk mendapatkan
maklumat dalam talian yang sekarang ini hanya dihujung jari penggunaanya

Kemudahan penyampaian maklumat dari guru kepada pelajar juga antara


manfaat teknologi revolusi industri keempat ini. Dengan hanya menggunakan
beberapa platform seperti Google Powerpoint, Dropbox dan Google Classroom, guru
boleh berkongsi maklumat dengan mudah dan berkesan. Guru juga boleh menyimpan
dan menilai prestasi pelajar menerusi aplikasi Learning Management System (LMS).
Suasana pembelajaran yang ceria dan bermakna dapat diwujudkan dengan bantuan
penerapan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan
YouTube, Padlet, Interactive Whiteboard dan MultiTouch Table. Proses pengajararan
dan pembelajaran atas talian juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan
mereka tidak akan mudah berasa bosan jika kaedah pengajaran bilik darjah telah
ditransformasi dari kaedah Chalk and Talk kepada kaedah pengajaran berasaskan
teknologi abad ini.

Penggunaan teknologi revolusi industri dalam kajian pendidikan juga dilihat


mampu menjimatkan masa dan kos. Pelajar tidak perlu lagi berkejar-kejar
mengunjungi perpustakaan kerana semua maklumat dan nota berkaitan boleh
didapati dihujung jari sahaja. Kos kewangan untuk mendapatkan maklumat juga
tidaklah semahal seperti yang disangka kerana semua maklumat ini hanya
memerlukan akses internet sahaja. Seterusnya, guru dan pelajar juga tidak perlu
bersusah payah menyediakan peranti storan seperti flashdisc dan USB untuk
menyimpan segala maklumat dan nota kuliah kerana wujudnya aplikasi yang boleh
menyimpan segala maklumat ini seperti Google Drive, Dropbox dan SkyDrive.
4.2 Keburukan Revolusi Industri 4.0 dalam Kajian Pendidikan

Meskipun revolusi industri 4.0 ini dilihat mampu memberi banyak manfaat tetap
harus kita sedari disebalik kebaikan IR4.0 terselindung juga keburukannya. Antara
salah satu keburukan IR4.0 ialah peningkatan jumlah graduan menganggur. Hal ini
disebabkan banyak pekerjaan yang dahulunya menggunakan tenaga manusia kini
telah digantikan dengan penggunaan tenaga mesin dan robot. Terdapat graduan yang
mempunyai latar belakang bidang pengajian bukan berasakan sains dan teknologi
akan menghadapi kesulitan mencari kerja kerana tidak mememenuhi syarat-syarat
kelayakan yang ditentukan.

Tambahan itu, kebergantungan pelajar terhadap teknologi akan melahirkan


pelajar yang ‘malas’ dan tidak bersungguh-sungguh dalam menyiapkan apa-apa
tugasan. Ini disebabkan mereka tidak perlu bersusah payah menelaah buku satu
persatu untuk mendapatkan maklumat sebaliknya mereka percaya mereka boleh
mendapatkan semua itu dalam masa yang singkat hanya menggunakan teknologi
internet sahaja. Lantaran itu, akan lahirnya pelajar yang suka bertangguh membuat
tugasan (assignment) serta menyiapkannya ala kadar sahaja dan last minute. Apabila
sesuatu tugasan itu dibuat secara tergesa-gesa, terdapat kemungkinan pelajar akan
meniru atau memplagiat maklumat yang mereka gunakan dalam penyiapan tugasan.

Keburukan lain hasil dari penggunaan teknologi revolusi industri 4.0 ialah
kekangan kewangan bagi individu yang kurang berkemampuan. Sebagai contoh,
pelajar perlu membeli kuota internet yang dikira agak mahal untuk membolehkan
mereka mengakses internet dan mengikuti kelas dalam talian. Pelajar yang tinggal di
kawasan pedalaman juga turut terpalit dengan kesusahan untuk mendapatkan akses
internet. Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kes pelajar Veveonah yang
terpaksa memanjat pokok bagi menduduki peperiksaan dalam talian semata-mata
untuk mendapat capaian internet yang kuat. Dengan hanya berbekalkan kelambu,
telefon bimbit, powerbank, nasi dan minuman, Veveonah berjaya menjawab
peperiksaannya sepanjang berada di atas pokok. Senario ini mampu membuka mata
semua orang bahawa tidak semua mampu mengecapi kesenangan terknologi masa
kini tanpa ada sedikit pengorbanan.
KESIMPULAN

Kehadiran revolusi industri keempat (IR4.0) telah menjadi ransangan kepada


corak dan trends perubahan dalam sesebuah negara. Revolusi industri yang
menekankan penggunaan teknologi secara maya tanpa sempadan memberikan
banyak kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Kepesatan dan perkembangan
teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada era ini dilihat mampu meningkatkan
aspek perubahan kehidupan manusia ke arah yang lebih sistematik dan berkualiti.
Sistem pendidikan negara juga perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi
untuk melahirkan modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan
keupayaan untuk menguasai literasi digital. Malah, dunia pendidikan juga perlu
beradaptasi dengan pembangunan teknologi demi melahirkan graduan yang kekal
kompeten dan bersedia menempuhi arus Revolusi Industri 4.0. Tenaga pengajar juga
perlu sentiasa bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu teknologi bagi
memastikan kesenambungan penyampaian ilmu yang mapan dan berkesan.
RUJUKAN

Adam, B., Muhammad Hilmi, M.J. & Taufiq, A.R. (2019). Mendepani cabaran Revolusi
4.0 (IR4.0) Dalam Konteks Mahasiswa: Analisis Menurut Perspektif Islam. Jurnal
Ilmi, Jilid 9, 2019:90-101. Diperoleh pada 16 Oktober 2020 dari
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/article/view/620/504

Azmi, A., Che Ahmad, N., Kayat, K., Abdullah, D. & Ahmad Zubir, H. (2018). “Industry
4.0: Teaching Preferences, Perceptions and Challenges Among Tourism and
Hospitality Academicians”. International Journal of Academic Researchin Business
& Social Sciences. Pp. 50-364.

Alejos, A. V., Rio, V. S., Isasa, M. V., Lorenzo, E. De, Cuinas, I., & Sanchez, M. G.
(2012). ENXENO : LEGO © Robots from University Lab to K-12 Classroom.
Electronics and Electrical Engineering, 2(2), 103–108.

Alimisis, D., Arlegui, J., Fava, N., Frangou, S., Ionita, S., Menegatti, E., Pina, A. (2010).
Introducing robotics to teachers and schools : experiences from the TERECoP
project Theoretical background and methodology of the TERECoP, 1–13.

Boston Consulting Group. (2015). Industry 4.0: The Future of Productivity and Growth
in Manufacturing Industries. Capaian di https://www.bcg.com.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada 15 OKtober 2020 dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=robot

Hafzan, I., Mohammad Bilal, A., Fatin Aliah phang, A. & Norazrena, A.S. (2014).
Robotik dalam Pendidikan Di Malaysia. Diperoleh pada 16 Oktober 2020 dari
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/my.utm.60854

Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan Revolusi Industri 4.0
dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online
Journal of Islamic Education, 6(2), 18-26.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013- 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Kuala Lumpur,
KPM.
Keoh, S. L., Kumar, S., & Tschofenig, H. (2014). Securing the Internet of Things: A
Standardization Perspective. IEEE Internet of Things Journal, 1(3), 1–1.

Loh, S. C., Loo, C. K., Loh, H. C., & Lim, Y. K. (2013). Transformative Robotic
Education for the Realization of Malaysia National Philosophy of Education. In K.
Omar, M. J. Nordin, P. Vadakkepat, A. S. Prabuwono, S. N. H. S. Abdullah, J.
Baltes, M. F. Nasrudin (Eds.), Intelligent Robotic Systems: Inspiring The NEXT (pp.
416–426). Kuala Lumpur, Malaysia: Springer Berlin Heidelberg.
doi:10.1007/978-3-642-40409-2-35

Lu, Y. (2017). Industry 4.0: A survey on technologies, applications and open research

issues. Journal of Industrial Information Integration, 6, 1–10.


https://doi.org/10.1016/j.jii.2017.04.005

Lukac, D. (2016). The fourth ICT-based industrial revolution “industry 4.0” - HMI and
the case of CAE/CAD innovation with EPLAN P8. 2015 23rd 101
Telecommunications Forum. 835–838.
https://doi.org/10.1109/TELFOR.2015.7377595.

Marius, M. (2016, Feb 3). 4 challenges, opportunities and trends of the Fourth
Industrial Revolution. Ict Pulse. Diperoleh pada 17 Oktober 2020 dari
http://www.ictpulse.com/2016/02/4-challenges-opportunities-trends-fourth-ind
ustrialrevolution/

Martin. (2017). Industry 4.0: Definition, Design Principles, Challenges, and the Future
of Employment. Cleverism. Diperoleh pada 17 Oktober 2020 dari
https://www.cleverism.com/industry-4-0/

Mohamad Raimi Ab Rahim, P. A. (2016). Mendepani Gelombang Revolusi Industri


Keempat. Abim Pusat. Diperoleh pada 16 Oktober 2020 dari
http://www.abim.org.my/profil/minda-qiyadah/item/1192-mendepanigelombang-
revolusi-industri-keempat-antara-cabaran-prospek.html

Morrar, R., Arman, H. & Mousa, S. (2017). The Fourth Industrial Revolution (Industry
4.0): A Social Innovation Perspective. Technology Innovation Management
Review, 7(11), 12-20.
Noor Azizah Noorashid. (2019). Revolusi Industri 4.0: Impak Terhadap Perkembangan
Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Journal of Sciences and Managemnet Research
2600 - 738x. Diperoleh pada 19 Oktober 2020 dari
https://www.widad.edu.my/download.php?f=Journal_Vol5_Nov2019_04.pdf

Pereira, T., Barreto, L., & Amaral, A. (2017). Network and information security
challenges within Industry 4.0 paradigm. Procedia Manufacturing, 13, 1253–1260

https://doi.org/10.1016/j.promfg.2017.09.047.

Prof Dr Abdul Samad Ismail. (2017, June 7). Keperluan celik digital. Sinar Online.

Diperoleh pada 16 Oktober 2020 dari


http://www.sinarharian.com.my/kampus/keperluan-celik-digital-1.685595.

Regev, R. (2017). Scanmarker : The Digital Highlighter. Diperoleh pada 15 Oktober


2020 dari No more retyping - Use Scanmarker to scan notes instantly to your
computer, smartphone or tablet!: https://scanmarker.com/.

Rusliane, R., Nazatul Azura, M. & Wan Azimas, W.M. (2018). Kompetensi Revolusi
Perindustrian 4.0 dalam Kalangan Staf Kolej Komuniti. BITARA International
Journal of Civilazation Studies and Human Sciences. Vol.1, Issue 2, 2018:89-97.
e-ISSN:2600-9080.

TechAmerica Foundation’s Federal Big Data Commission (2012). Demystifying Big


Data: A Guide to Transforming The Business of Government. Diperoleh pada 16
Oktober 2020 dari
https://statswiki.unece.org/spaces/flyingpdf/pdfpageexport.action?pageId=8005
3387.

Zafir Khan, M.M. & Mohd Nazmy, A.L. (2019). Mengurus Modal Insan Dalam Industri
4.0 Ke Arah Kecemerlangan Negara. Journal of Science and Humanities. Vol.16.
No.6 (1-13), ISSN:1823-884x.
LAMPIRAN

Robot kit Lego Mindstorm

Robot Arduino

Anda mungkin juga menyukai