Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Peralihan teknologi yang semakin maju telah mengubah dunia dengan munculnya
revolusi industri yang menggantikan tenaga manusia dan haiwan kepada penciptaan mesin.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), revolusi boleh didefinisikan sebagai perubahan
yang menyeluruh dan mendadak, terutama dari segi cara berfikir, bertindak dan sebagainya.
Revolusi industri boleh ditakrifkan sebagai perubahan yang cepat dalam bidang ekonomi iaitu
dari kegiatan berunsurkan pertanian kepada kegiatan ekonomi industri. Sehubungan dengan itu,
revolusi industri telah mengalami empat peringkat iaitu Revolusi Industri 1.0, Revolusi Industri
2.0, Revolusi Industri 3.0 dan Revolusi Industri 4.0. Schwab (2016) menjelaskan Revolusi
Industri 4.0 telah mengubah cara hidup, kerja manusia secara asas, malah ia berkaitan antara satu
sama lain.
Revolusi Industri 1.0 bermula pada tahun 1750-1850 yang berupaya menggerakkan
jentera berasaskan wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Pada tahun
1851-1941 pula, Revolusi Industri 2.0 menggantikan kuasa wap air kepada kuasa elektrik. Pada
era ini, penggunaan petroleum telah diperkenalkan dan pembuatan besi keluli telah meningkat
berbanding pada era penggunaan tenaga wap air (Aminudin Basir, 2015). Perkembangan yang
berterusan sehingga pertengahan abad ke-20, Revolusi Indutri 3.0 memperlihatkan penggunaan
Internet dan perkembangan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian terutamanya sektor
perindustrian. Teknologi informasi juga semakin maju antaranya ialah teknologi kamera bersama
telefon bimbit. (Slamet Rosyadi, 2018).
Revolusi Industri 4.0 pula sering dikaitkan dengan Ekonomi Digital dan Internet of
Things (IoT) yang merupakan asas utama revolusi baru ini (Marcelo T Okano, 2017). Francisco
Marmolejo berkata, sistem pendidikan tinggi seluruh negara akan mengalami perubahan hasil
daripada Revolusi Industri 4.0 berikutan dengan pasaran kerja akan dipenuhi dengan tenaga kerja
berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis (Utusan, 2017). Oleh itu,
mahasiswa perlu membuat persediaan untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 dengan menilai
kemahiran-kemahiran yang mereka ada untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka.
Lanjutan dari revolusi satu sehingga empat ini, kekuasaan teknologi semakin pantas maka setiap
individu perlu mahir dalam menguasai kemahiran-kemahiran itu seiring dengan peredaran masa.
Seterusnya, ciri-ciri Revolusi Industri 4.0 secara umumnya dapat dilihat bahawa tugas
hakiki manusia digantikan oleh tenaga robotik terutama di sektor perkilangan dan ini turut
membawa konsep penggabungan teknologi digital dan internet dengan industri konvensional.
Zaman yang semakin maju dan berteknologi canggih ini turut diiringi dengan sembilan bidang
dominan Revolusi Industri 4.0 yang telah diwujudkan iaitu Autonomous Robots, Simulation,
System Integration, Internet of Things, Cyber Security, Cloud Computing, Additive
Manufacturing, Augmented Reality dan Big Data.
Walau bagaimanapun, Malaysia perlu menyediakan modal insan terpuji bagi menghadapi
cabaran teknologi baharu yang kompleks dimana mahasiswa perlu menjadi lebih mahir dalam
bidang sains sosial iaitu bidang kemanusiaan seperti antropologi, ekonomi, psikologi, liguistik
dan pendidikan kerana bidang sains sosial ini tidak dapat dikuasai oleh robotik. Oleh itu,
mahasiswa di Universiti mesti lebih sedar dan merebut peluang bertatih selama pembelajaran di
universiti untuk mempersiapkan diri.
Revolusi terbaru ini adalah mustahak dalam mempertingkatkan bidang pendidikan secara
khususnya untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Sistem pendidikan
terutamanya di institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia telah mula
menggunakan teknologi terkini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti Open Learning,
iFolio, MOOC dan My Lab. Seterusnya, penggunaan telefon pintar, projektor dan komputer riba
yang meluas di universiti dan kolej juga menunjukkan aplikasi Revolusi Industri 4.0. Dengan ini,
dapat dilihat bahawa revolusi industri telah mula melibatkan golongan pelajar supaya dapat
menyediakan diri untuk menghadapi gelombang ini. Bagi mendepani cabaran Revolusi Industri
4.0, pelajar perlu keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan
pentingnya penguasaan 4C iaitu Critical Thinking and Problem Solving, Communication,
Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian (Afandi Ahmad, 2017). Melalui
ini, pelajar lebih menonjol berbanding yang lain malah dapat mengelakkan mereka daripada
sukar mendapat pekerjaan.
Oleh itu, objektif dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepekaan mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia daripada pelbagai fakulti terhadap pelaksanaan Revolusi
Industri 4.0. Selain itu, menilai tahap ketersediaan mahasiswa dari segi kemahiran yang
diperlukan dalam era Revolusi Industri 4.0.
KAJIAN LITERASI
Semakin berkembang IR 4.0 ini maka seharusnya seluruh negara perlu mengetahui
tentangnya terutamanya institusi pengajian tinggi (IPT) (Bo Xing dan Tshilidzi Marwala, 2017).
Schwab (2005) menyatakan IR 4.0 mampu meningkatkan pendapatan dunia dan seiring
meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dunia di mana penciptaan produk dan perkhidmatan
baharu telah meningkatkan keberkesanan kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun,
transformasi dalam teknologi penciptaan robot menyebabkan tenaga buruh yang diperlukan
semakin berkurangan. Menurut Erik dan Andrew (2015) kesan penggunaan teknologi dalam
pengeluaran firma terhadap buruh telah wujud sejak pertengahan abad ke-19. Namun, juga
terdapat sebahagian yang menyatakan upah benar dan peluang pekerjaan telah meningkat seiring
dengan perkembangan dalam dunia industri ini semenjak pertengahan abad ke-19 di mana
pencetusan transformasi teknologi adalah luas. IR 4.0 menggantikan manusia dengan robot tapi
pada masa yang sama ia mewujudkan peluang pekerjaan yang lain berasaskan tenaga manusia
(Nadia, 2018, p. 1).
Sehubungan dengan itu, IPT memainkan peranan penting untuk memberi pendedahan
dan ilmu yang mencukupi supaya graduan baharu mampu bersaing dalam pasaran kerjaya.
Universiti berperanan menghasilkan sumber modal manusia bagi memenuhi kehendak ekonomi
yang kini ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (Nooriah dan Zakiah, 2017, p. 19). Ahmad
dan Zakaria (2011, p. 22) berpendapat perubahan pesat yang berlaku dalam IPT di Malaysia
meningkatkan persaingan dan tahap kompetitif antara mahasiswa. Maka, kajian ini dijalankan
bagi menilai ketersediaan mahasiswa UKM bagi menghadapi cabaran IR 4.0 dalam keadaan
sengit begini. Kayu ukur dalam kajian ini ialah tahap kepekaan pelajar di UKM terhadap era IR
4.0 dan penguasaan kemahiran seperti kerjaya dan komunikasi serta teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan inovasi dalam kalangan pelajar.
1. Kepekaan pelajar terhadap Revolusi Industri 4.0
Kepekaan merujuk kepada kesedaran tentang sesuatu perkara yang berlaku di sekitar dan
mempunyai hubungan dengan diri sendiri. Ahmad dan Zakaria (2011, p. 27) dalam kajiannya
mendapati mahasiswa mempunyai kesedaran tentang matlamat mereka di universiti dan
kefahaman tentang pemilihan kerjaya ketika masih berada di universiti. Situasi ini menunjukkan
mahasiswa peka tentang tujuan mereka menimba ilmu bahawa mendapatkan kerjaya yang
relevan dengan bidang pengajian yang diceburi. Namun disebaliknya mahasiswa turut dikatakan
tidak peka kerana sifat mereka yang tidak mengambil tahu secara mendalam tentang sektor
kerjaya yang dipilih. Situasi ini dapat dilihat apabila 92% pelajar yang dikaji dari Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin tiada maklumat tentang realiti kerjaya dan tidak mengambil inisiatif
untuk mengetahui tentang bidang kerjaya. Malah, mereka yang memilih kerjaya tertentu tidak
tahu syarat kelayakan dan kriteria yang diperlukan untuk menceburi kerjaya yang dipilih. Maka,
kepekaan terhadap sesuatu perkara dapat diukur melalui ujian sama ada mereka tahu atau tidak
mengenai perkara yang dilakukan untuk masa depan.
Sharita et al. (2018) telah menyatakan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan
telah berkembang dengan pesat di dunia termasuk di Malaysia dan mempengaruhi manusia dari
hari ke hari hinggakan mustahil untuk membayangkan dunia hari ini tanpa pengaplikasian
teknologi dalam kehidupan seharian. Sharita et al. (2018) melaksanakan kajiannya terhadap
pelajar POLIMAS tentang kefahaman maksud dan kandungan IR 4.0, ketersediaan pelajar
menempuh era IR 4.0 dan keinginan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang
meningkatkan pengetahuan tentang IR 4.0. Sebanyak 61.8% pelajar pernah mendengar tentang
IR 4.0 tetapi 42.8% tidak pasti mengenai maksudnya. Data ini menunjukkan tahap kepekaan
mahasiswa POLIMAS yang masih rendah walaupun topik IR 4.0 hangat dibincangkan di dalam
dan di luar negara. Ia menunjukkan sikap diri sendiri yang menjadi penghalang utama untuk
meningkatkan pengetahuan tentang IR 4.0 walaupun terdapat banyak cara untuk memperoleh
maklumat mengenainya.
Antara pengaplikasian teknologi IR 4.0 di kampus universiti ialah penggunaan aplikasi
bacaan kod respon pantas (QR) untuk tujuan merekod kedatangan pelajar ke kuliah. Fadi dan
Nael (2014, p. 1) dalam kajiannya menyatakan penciptaan ini adalah untuk menjimatkan masa
yang digunakan untuk merekod kehadiran pelajar hanya dengan mengimbas kod QR. Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah 2 IPT yang
terawal di Malaysia menggunakan aplikasi tersebut (Hayati, 2017). Pembaharuan ini jelas
menunjukkan bahawa IR 4.0 semakin mendekati mahasiswa dan mereka terlibat secara langsung
dalam penggunaan teknologi berasaskan IR 4.0. Maka, pelajar UNIMAS dan UTM akan peka
dengan sebarang inovasi yang terhasil daripada IR 4.0 kerana mereka mempunyai pengetahuan
asas tentang IR 4.0.
Seterusnya, kemahiran yang dimiliki oleh para pelajar turut menjadi pengukur mengenai
tahap ketersediaan mahasiswa untuk mengharungi cabaran IR 4.0. Patti (2016) mendapati dunia
digital dan robotik akan mengambil alih tugas manusia terutamanya di sektor pentadbiran dan
pengurusan dengan adanya cloud technology, tempat kerja yang fleksibel dan kuasa internet.
Tetapi menurutnya bidang arkitek dan kejuruteraan mempunyai masa depan yang baik kerana
memerlukan kepakaran manusia yang banyak. Berdasarkan pendapat-pendapat tersebut,
perkembangan teknologi robotik dalam IR 4.0 akan meningkatkan permintaan terhadap buruh
mahir dan yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya.
2. Kemahiran menghadapi Revolusi Industri 4.0

Perbincangan kemahiran menghadapi IR 4.0 telah dibahagikan kepada dua topik utama
iaitu yang pertama kemahiran kerjaya dan komunikasi dalam kehidupan. Kemahiran tersebut
memfokuskan tahap penguasaan komunikasi pelajar yang akan menjadi perkara utama dalam
dunia kerjaya. Kedua, kemahiran ICT dan inovasi yang menunjukkan tahap soft-skill mereka
yang penting untuk IR 4.0.

Jadual 1: Signifikasi Kemahiran Menghadapi IR 4.0

Kemahiran Kekerapan ANOVA

Pembelajaran atas talian 9 0.28

Pemikiran kritis 8 0.005

Komunikasi berkesan 8 0.047

Jaringan global 7 0.014

Perkembangan peribadi 9 0.005


Sumber: (Ruslin et al. 2018) dan (Bassou El Mansour, Jason C. Dean, 2016, p. 46)

Jadual 1 di atas menunjukkan penilaian pelajar terhadap kemahiran seperti pembelajaran


atas talian, pemikiran kritis, komunikasi berkesan, jaringan global dan perkembangan peribadi
(Ruslin et al. 2018). Berdasarkan kajian Ruslin et al. (2018), pembelajaran atas talian dan
perkembangan peribadi adalah kemahiran yang menjadi penting bagi responden kajiannya.
Manakala berdasarkan kajian Bassou dan Jason (2016, p. 46) yang menggunakan ANOVA pula
menguji kesignifikasian kemahiran bagi menghadapi IR 4.0 dalam kalangan respondennya.
Berdasarkan data ANOVA, pembelajaran atas talian dan komunikasi berkesan adalah dikatakan
tidak signifikan dalam kajian tersebut tetapi ia bercanggah dengan kajian tempatan di mana
kedua-dua kemahiran tersebut menerima tahap penilaian yang tinggi. Penggunaan teknologi
secara terhad dalam bahagian latihan dan pembangunan sumber manusia dan belum diselaraskan
aplikasi teknologi dalam organisasi tersebut menjadi punca kedua-dua kemahiran tersebut
menjadi tidak signifikan sebagai kemahiran kerjaya (Bassou dan Jason, 2016, p. 47) . IR 4.0
adalah berteraskan teknologi yang canggih maka kesignifikasian kemahiran haruslah seiring
dengan perkembangan teknologi juga.

Namun begitu, pasaran kerjaya di Malaysia amat menitikberatkan kemahiran komunikasi


dalam kalangan graduan. Antara kelemahan utama yang dinyatakan oleh majikan terhadap
graduan kini ialah kesukaran mereka untuk berkomunikasi.

Kemahiran kerjaya dan komunikasi

Kemahiran komunikasi merupakan penyampaian sesuatu mesej kepada pihak tertentu


melalui pelbagai pengantara sama ada secara tulisan,pertuturan atau bahasa badan (Asliza dan
Normaliza, 2014, p. 387). Menurut mereka juga, pelajar-pelajar menggunakan strategi tertentu
seperti penggunaan kata-kata singkatan, pengulangan, penggunaan bahasa bukan verbal,
penggunaan istilah baru dan percampuran kod semasa berinteraksi secara lisan dalam konteks
rasmi dan cenderung memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara untuk memudahkan
interaksi sesama mereka. Namun keadaannya adalah berlainan di dunia kerjaya apabila graduan
memohon pekerjaan.
Kebanyakan firma atau syarikat di Malaysia merupakan syarikat antarabangsa dan
memfokuskan jaringan perkhidmatan global. Maka, penilaian terhadap penguasaan komunikasi
menjadi antara keutamaan mereka terhadap graduan yang mohon kerja. Firma sektor
perindustrian ingin graduan yang memohon pekerjaan menguasai kemahiran berkomunikasi
terutamanya dalam Bahasa Inggeris (Mohd Fadhli, 2017, p. 39). Selain itu, menurut Datuk
Shamsuddin Bardan semakin sukar untuk memberi pekerjaan kepada graduan yang boleh
bertutur dalam Bahasa Inggeris secara efektif. Hal ini kerana, kefasihan mereka tidak memberi
keyakinan kepada majikan untuk menawarkan pekerjaan yang dimohon (Yuen Meikeng, 2015).
Walaupun, pelajar gemar dan yakin menggunakan Bahasa Melayu mereka masih perlu
menguasai Bahasa Inggeris bagi memenuhi kehendak majikan.
Penguasaan kemahiran komunikasi oleh seseorang adalah dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti keluarga, rakan sebaya, media massa,pembelajaran dalam kelas dan budaya
(Abdillah dan Suriani, p. 7). Selain itu, kemahiran sosial turut menjadi faktor sampingan bagi
menentukan kemahiran komunikasi dan dilihat dari segi kebolehan bertindak balas dengan
persekitaran dan mengawal diri menghadapi cabaran (Salmi dan Isha, 2014, p. 45). Bagi
seseorang menguasai kemahiran komunikasi untuk kerjaya bukan sahaja dipengaruhi oleh
kebolehan diri sendiri tetapi juga masyarakat di sekitar.
Pada era ini, tidak boleh dinafikan penguasaan kemahiran ICT dan inovasi dalam
kalangan pelajar adalah sangat penting. Kemahiran ini akan menentukan sama ada graduan
bersedia atau tidak untuk menghadapi dunia teknologi canggih dan robotik.
(a) Kemahiran ICT dan Inovasi
Pelajar yang mempunyai tahap inovasi tinggi merupakan golongan yang mempunyai
gaya pembelajaran pragmatis. Pragmatis merupakan sifat mengaplikasikan teori dan idea yang
dipelajari dalam kehidupan sebenar dan menguji sama ada ia berfungsi atau tidak (Ahmad dan
Zakaria, 2011, p. 25). Generasi kini adalah sedia maklum dengan penggunaan alat-alat teknologi
dalam kehidupan harian. Pelbagai aktiviti manusia memerlukan kecekapan pengendalian
teknologi yang semakin canggih. Pengendalian gajet dan ilmu ICT adalah antara kemahiran yang
sangat diperlukan dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0. Kajian Ruslin et al. (2018)
menunjukkan sebanyak 90% setuju bahawa perlunya kemahiran ICT dan pengendalian gajet bagi
menghadapi IR 4.0. Walau bagaimanapun, mengejar teknologi dan sentiasa seiring dengan
perkembangan teknologi adalah agak menyukarkan tetapi harus ada usaha untuk mencapai
tingkat kepuasan yang optimum (Ruslin et al. 2018). Perkembangan teknologi turut
membincangkan saluran-saluran media sosial dan aplikasinya dalam aktiviti harian terutamanya
bidang pendidikan bagi pelajar. Media sosial berperanan sebagai saluran penyampai maklumat
yang cepat, mudah dan berkesan. Media sosial amat membantu untuk menyampaikan sesuatu
maklumat kepada yang terlibat selain daripada cara tradisional melalui surat dan memo (Mohd
Azul et al. 2018). Mohd Azul et al. (2018), juga mengatakan dalam sesebuah organisasi pihak
pengurusan dapat menerima maklumat dan maklum balas daripada pelajar dengan cepat dan
mudah serta pada kos yang rendah.
Bagi bidang pembelajaran, perkembangan teknologi akibat Revolusi Industri 4.0 telah
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan (Mohd. Noor Hadi &
Zurinah, 2017). Penguasaan teknik penggunaan media sosial dalam pendidikan adalah penting
dalam kalangan pensyarah supaya dapat melahirkan generasi graduan yang mempunyai nilai
tambah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah secara terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kualiti pengajaran (Nor Arinah & Mohd Azul, 2017). Di
samping itu, pengaplikasian teknologi ini dapat merangsang perkembangan inovasi dalam
kalangan pelajar dan pensyarah terutamanya berkaitan bidang akademik. Pelajar dapat
menggunakan pelbagai cara atau membaharui kaedah yang sedia ada untuk penyelesaian sesuatu
masalah. Inovasi merupakan antara kualiti yang perlu ada pada graduan untuk bersaing di
pasaran graduan (Ahmad dan Zakaria, 2011,p. 22).
Sekaligus, pelajar yang berinovasi mampu berfikir secara kritis dalam sesuatu perkara
sebelum mengambil sebarang keputusan. Orang berfikiran kritis tidak mudah percaya dengan
apa-apa fakta dan mempunyai perasaan curiga terhadap isu yang dikemukan sehingga mengenal
pasti kebenarannya dengan sendiri (Izhab, 2004). Namun begitu, dalam realitinya majikan
mengatakan graduan yang cemerlang akademik masih mempunyai kekurangan dalam bidang
inovasi (Ruslin et al. 2018). Apabila diberi sesuatu tugasan graduan menghadapi kesukaran
untuk mengenal pasti cara alternatif jika kaedah yang lazim digunakan gagal.
Maka, seharusnya sedar bahawa perkembangan ICT bukan sahaja untuk memudahkan
kerja manusia tetapi juga untuk mengembangkan kemahiran inovasi. Era IR 4.0 merupakan era
inovasi yang berintegrasi dengan pengetahuan dan ilmu dalam kehidupan sebenar (Vichian,
2016, p. 2). Dengan itu, manusia harus bijak menggunakan perkembangan teknologi untuk
meningkatkan kemahiran berfikir secara inovatif.

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Sabitha Marican, 2009, metodologi ialah satu kaedah yang digunakan bagi
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian tertentu mengikut disiplin yang teratur. Matlamatnya
adalah untuk menghasilkan kajian yang tepat dan terperinci. Oleh yang demikian, pengkaji
dengan bersungguh-sungguhnya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan
kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif dalam mendapatkan
data bagi menjawab objektif kajian dan persoalan kajian yang dijalankan. Kaedah kualitatif
digunakan dengan membuat rujukan mengenai kajian lepas di perpustakaan dan juga melalui
laman sesawang. Kaedah kuantitatif pula digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik
kepada responden terpilih khususnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang
diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji (Majid, 2000).

Borang soal selidik dalam kajian ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A mengenai demografi responden yang merangkumi
jantina, umur, fakulti, tahun pengajian, tahap pengajian, negeri asal, kaum, dan pendidikan
sebelum ijazah. Bahagian B pula soalan berkaitan kepekaan mahasiswa UKM pelbagai fakulti
terhadap pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 manakala Bahagian C mengenai tahap ketersediaan
mahasiswa dari segi kemahiran yang diperlukan dalam era Revolusi Industri 4.0. Kajian ini
menggunakan dua bentuk soalan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka
memberikan responden bebas untuk memberikan pendapat mereka manakala soalan tertutup
mengkehendaki jawapan pendek dengan menggunakan skala Likert 4 aras dan jawapan ‘Ya’ atau
‘Tidak’. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan lebih mudah
dianalisis (Gillham, 2000). Skala Likert 4 aras yang digunakan ialah 4 = sangat setuju, 3 =
setuju, 2 = tidak setuju, dan 1 = sangat tidak setuju. Borang soal selidik diedarkan kepada 100
orang pelajar UKM secara manual dan atas talian. Secara ringkasnya, pengkaji telah
menggunakan dua kaedah dalam kajian ini iaitu borang soal selidik dan bahan rujukan.
Pada peringkat akhir kajian ini, sebuah proses menganalisis telah dijalankan secara
deskriptif untuk menganalisis data daripada borang soal selidik untuk menghasilkan laporan
kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
the Social Science (SPSS) dan akan dihuraikan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min, dan
sisihan piawaian. Data dikumpulkan dalam bentuk jadual, carta pai, dan graf.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan soalan yang telah diberikan kepada responden dan maklum balas
yang dianalisis bagi menilai tahap kepekaan mahasiswa UKM terhadap pelaksanaan IR 4.0.

Jadual 1: Tahap Kepekaan Mahasiswa UKM Terhadap Pelaksanaan IR 4.0

Butiran Min Sisihan Piawai

Pernah mendengar berkenaan Revolusi Industri 4.0 ( IR4.0) 3.09 0.986

Memahami maksud Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.77 0.908

Sangat memahami perkara berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.59 0.922

Memahami tentang cabaran-cabaran yang dihadapi untuk


mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.78 0.927

Selalu didedahkan tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.51 0.98

selalu membincangkan tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.24 0.911

Sering melibatkan diri dengan aktiviti Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 2.2 0.841

Pernah membuat penyelidikan tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) 1.96 0.816

Pernah mengakses maklumat mengenai Revolusi Industri 4.0 2.68 1.014

Mengetahui berkenaan aplikasi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam


pembelajaran 2.53 1.01
Berdasarkan jadual 1, min tertinggi dicapai pada 3.09 di mana 74 responden pernah
mendengar berkenaan IR 4.0. Hal ini kerana responden yang terdiri daripada kalangan
mahasiswa/i UKM yang pernah mendengar tentang IR 4.0 daripada pensyarah ketika kuliah.
Kemudian, min kedua tertinggi adalah pada 2.78 dimana hanya 62 responden sahaja yang
menyatakan faham tentang cabaran–cabaran yang akan dihadapi untuk menghadapi era IR 4.0
terdapat 38% responden yang masih tidak faham tentang cabaran yang akan dihadapinya. Antara
cabaran responden bakal hadapi ialah teknologi automasi dilihat sebagai keupayaan teknologi
yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung (Sharita et. al, 2018, p. 2). Selain itu, min
sebanyak 2.53 tercapai apabila 51 responden sahaja yang setuju bahawa mengetahui aplikasi IR
4.0 yang terdapat dalam proses pembelajaran. Hal ini bermakna hampir separuh iaitu 49%
daripada responden tidak menyedari penggunaan teknologi yang terhasil daripada IR 4.0. Secara
keseluruhannya, peratus responden yang tidak setuju dengan pernyataan yang menilai tahap
kepekaan adalah dalam lingkungan 26% hingga 73%. Dapatan ini sangat menggambarkan
bahawa kepekaan pelajar UKM terhadap pelaksanaan IR 4.0 masih berada pada tahap yang
rendah dan mempunyai kurang inisiatif untuk mengambil tahu tentang perkara ini.
KEMAHIRAN KERJAYA DAN KOMUNIKASI
Jadual 2 menunjukkan maklum balas responden yang menjawab soal selidik yang
berkaitan dengan kemahiran kerjaya dan komunikasi dalam kehidupan.
Jadual 2: Kemahiran Kerjaya Dan Komunikasi Dalam Kehidupan

Butiran Min Sisihan Piawai

Menguasai bidang yang dipelajari 3.01 0.611

Menguasai bidang selain daripada bidang yang dipelajari 2.76 0.638

Boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan 3.1 0.611

Pernah menggunakan aplikasi atas talian untuk mencari pekerjaan (contoh: Linked In) 3.08 0.929

Sering menggunakan internet untuk mengukuhkan fokus kerjaya 3.3 0.659

Boleh menulis dalam selain daripada bahasa rasmi 3.17 0.753


Boleh bertutur dalam selain daripada bahasa ibunda 3.3 0.689

boleh memahami selain daripada bahasa ibunda 3.27 0.75

Boleh berinteraksi dengan orang baru dikenali 3.39 0.665

Boleh menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas 3.23 0.664

Boleh menyampaikan sesuatu maklumat dengan tepat 3.13 0.661

Boleh memahami pendapat orang lain 3.36 0.612

Mempunyai keyakinan yang tinggi ketika sesi pembentangan 3.1 0.772

Boleh memahami bahasa isyarat dalam sesuatu keadaan 2.79 0.782

Boleh memberi arahan yang jelas dalam mengagihkan tugasan 3.14 0.667

Kebolehan untuk berinteraksi dengan orang baru dikenali mempunyai min paling tinggi
dalam kemahiran kerjaya dan komunikasi dalam kehidupan. Kemahiran ini adalah penting dalam
era IR 4.0. Hal ini demikian kerana apabila seseorang mempunyai kemahiran tersebut, mereka
senang untuk mengenali rakan sekerja yang baru serta mudah untuk bekerjasama dengan orang
lain dalam melaksanakan tugasan seperti projek dalam universiti. Oleh itu, kebanyakan
responden dalam kalangan UKM boleh berinteraksi dengan orang baru dikenali.
Menurut Briggs dan Hodgsm di antara kelemahan graduan yang paling ketara ialah
kelemahan dalam penguasaan kemahiran komunikasi (Ahmad Esa et al., 2005). Kemahiran
komunikasi ini penting kepada graduan kerana ia merupakan antara keperluan kemahiran yang
diperlukan oleh pihak majikan (Zaiton Mohd Hassan, 2003). Bagi melaksanakan Kemahiran
Insaniah di IPT ianya memerlukan komitmen yang tinggi daripada staf terutamanya tenaga
akademik. Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi, dan bekerja secara efektif bersama
untuk mencapai objektif yang sama.
Kenyataan menguasai bidang selain daripada bidang yang dipelajari mempunyai min
paling rendah. Kemahiran ini menunjukkan responden UKM yang kurang mempunyai ilmu
daripada bidang lain. Hal ini berpunca daripada terdapat kebanyakan orang yang hanya fokus
pada bidang yang dipelajari sahaja. Mereka berasa kemahiran dalam bidang tersebut sudah
mencukupi untuk pekerjaan mereka yang akan datang. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk
Seri Richard Riot, kadar pengangguran di Malaysia pada 2017 dijangka tidak melebihi 3.5
peratus. Graduan universiti juga tidak terkecuali dalam kelompok pengangguran ini. Umum
sedia maklum, jika dicongak dengan mata kasar sekalipun, pengangguran dalam kalangan
graduan di Malaysia semakin meningkat.
Satu hari kelak kita mungkin menjadi seseorang yang pakar dalam bidang itu. Pengajian
di peringkat tinggi bukan sahaja untuk memperoleh keputusan yang cemerlang tetapi secara tidak
langsung untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus, setimpal dengan usaha yang dilakukan bak
kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pada peringkat ini juga, kita akan dilatih
bagaimana untuk menghadapi dan mengawal tekanan pekerjaan. Selain itu, ia juga melatih
kemahiran komunikasi dengan orang serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
Tuntasnya, kita tidak akan rugi sekiranya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Berada di alam pengajian adalah suatu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Tidak semua
dapat merasai dan berpeluang untuk menyesuaikan diri dengan budaya luar, melatih keyakinan
diri, dan juga menghadapi cabaran dengan semangat yang kental. Jadi keputusan untuk
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ataupun tidak bergantung tahap keyakinan
seseorang menurut Nur Ain Shahira Mat Hassan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

KEMAHIRAN ICT DAN INOVASI


Jadual 3 menunjukkan butiran kenyataan soalan yang ditanyakan kepada responden mengenai
kemahiran ICT dan inovasi. Maklumat yang diterima ditunjukkan dalam bentuk min seperti
dalam jadual 3.

M
i Sisihan
Butiran n Piawai
3
.
Sanggup menerima risiko atas keputusan yang telah dibuat 2 0.588

3
.
Selalu menilai maklumat baru yang diperolehi dalam pembelajaran 3 0.537

3
.
Akan menilai kebaikan dan keburukan sebelum membuat keputusan akhir 4 0.586

3
.
selalu menghubung kaitkan bidang yang dipelajari dengan kehidupan seharian 1 0.63

2
.
6
Pernah mereka cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baru 1 0.803

3
.
Mahir menggunakan alat peranti pintar terkini 1 0.644

3
.
5
sering menggunakan media sosial seperti whatsapp untuk berkongsi maklumat 6 0.574

3
.
Selalu menggunakan internet untuk untuk mencari untuk mencari maklumat berkaitan 6
tugasan yang diberi 3 0.58

3
.
Mahir menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office untuk membuat 4
tugasan yang diberi 6 0.576
3
.
6
Selalu mengakses internet untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran 2 0.546

Jadual 3 : Kemahiran ICT Dan Inovasi

Berdasarkan jadual 3, sebanyak 67% responden bersetuju bahawa selalu menggunakan


internet untuk mencari maklumat berkaitan tugasan yang diberi dengan mencatatkan min yang
paling tinggi iaitu sebanyak 3.63. Keadaan ini berlaku kerana, kemajuan teknologi yang sangat
pesat seiring dengan penguasaan pelajar terhadap teknologi tersebut mendorong mereka untuk
selalu mengakses internet bagi mencari sesuatu maklumat khususnya dalam era IR4.0. Menurut
(Fitrisehara Kazilan et al., 2009, p. 156) keupayaan menggunakan teknologi untuk melaksanakan
kerja adalah penting untuk memudahkan penyelesaian tugasan.
Selain itu, bagi kenyataan pelajar selalu mengakses internet untuk menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran mencatatkan min yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 3.62 dan
disetujui oleh sebanyak 64% responden dengan kenyataan tersebut. Kita tidak dapat menafikan
bahawa internet sangat mempengaruhi pelajar-pelajar zaman kini dalam apa jua perbuatan yang
dilakukan oleh mereka kerana penggunaan internet memudahkan aktiviti kehidupan seharian
mereka. Kemahiran ICT turut mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran
pekerjaan yang semakin menjadi sengit dalam era IR 4.0 (Gurvinder dan Sharan 2007, p. 31).
Majoriti responden juga iaitu sebanyak 44% tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa
mereka pernah terlibat dalam reka cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Oleh itu, min
bagi kenyataan tersebut mencatatkan yang paling rendah iaitu sebanyak 2.61. Hal ini demikian
kerana, pelajar-pelajar tidak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan IR4.0
untuk memberi peluang kepada mereka bagi mencipta sesuatu yang baru. Hal ini menunjukkan
pelajar UKM kekurangan kemahiran inovasi yang sebenarnya penting bagi menghadapi era ini.
E-pembelajaran merupakan satu platform yang terbaik untuk mendedahkan pelajar dengan isu-
isu yang terkini dan memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini. Pelajar besifat lebih
terbuka dan berpandangan luas dengan menggunakan kaedah e-pembelajaran tetapi mereka tidak
selalu menggunakannya dalam proses pembelajaran kerana pensyarah yang kurang
menitikberatkan aplikasi e-pembelajaran dalam kuliah (Nihra dan Nurulhakimah, 2007, p. 9).
Maka, sebahagian responden yang terdiri daripada pelajar UKM mempunyai penguasaan
ICT yang baik dan boleh mengaplikasikannya manakala sebahagiannya lagi kurang menguasai
kemahiran inovasi yang sangat diperlukan untuk menghadapi era 4.0.
Secara keseluruhannya, pelajar UKM mempunyai kepekaan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk menghadapi IR 4.0 pada tahap yang sederhana. Pelajar UKM masih perlu
menambah baik kemahiran yang ada pada mereka untuk berhadapan dengan persaingan yang
sengit dalam dunia berteknologi digital ini.

Anda mungkin juga menyukai