Anda di halaman 1dari 23

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

MEI 2014

HBEF 2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAMA

: SUZIE BINTI ABDULLAH

NO KAD PENGENALAN
NO MATRIKS
NO TEL
EMAIL

:
:
:
:

780328-13-5428
780328135428001
019-8708788
suzieabdullah85@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)


TUTOR
ENCIK MOHD. ZAKI BIN JAMALUDDIN

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 1

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1.0

MUKA SURAT

Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah


1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif

3-5
5-6
6-7

2.0

Tinjauan Literatur

7-9

3.0

Kaedah Kajian

4.0

5.0

3.1 Pemilihan Aplikasi


3.2 Pelaksanaan Kajian

9 - 11
12

Dapatan Kajian

12

4.1 Analisis Bahagia A: Profil Responden


4.2 Analisis Bahagian B: Isi Kandungan
4.3 Analisis Bahagian C: Dokumentasi
4.4 Analisis Bahagian D: Teknikal

12 - 13
14
15
16

Kesimpulan

16 - 17

Lampiran

18 - 20

Rujukan

21 - 22

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 2

1.0 PENGENALAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan bidang sains dan teknologi telah
banyak memberikan impak dan perubahan yang besar di dalam kehidupan manusia sejagat.
Jika dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu di dalam kelas dan
bergantung kepada bahan-bahan seperti buku nota dan rujukan sahaja. Kini, dengan
kewujudan kemudahan alat-alat teknologi seperti komputer, telefon mudah alih, tablet dan
sebagainya, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kreatif dan memudahkan
penyampaian ilmu pengetahuan di samping membantu meningkatkan pencapaian para pelajar
ke tahap yang lebih cemerlang. Perkara ini telah memberi kesan terhadap pendidikan dan
kesannya boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian, fasa peralihan dan fasa
perubahan (Williems, Stakenborg & Veugelers, 2000). Dalam fasa penggantian, guru tidak
mengubah kaedah pengajaran tetapi menggunakan alat-alat teknologi sebagai bahan bantu
mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran manakala di dalam fasa peralihan, para guru
mengubah kaedah pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
atau Information and Communication Technology (ICT) bagi tujuan merangsang cara
pengajaran yang baru. Dalam fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas peranan pelajar
dan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, perkembangan
bidang teknologi telah dilihat dapat membantu bidang pendidikan untuk lebih maju dan
berdaya saing di masa hadapan serta lebih kreatif dalam menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan efektif.

1.1 Latar Belakang Masalah


Perkembangan pesat dalam bidang teknologi menunjukkan bahawa kaedah pengajaran
tradisional ataupun konvensional tidak lagi relevan untuk diamalkan dan ianya tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan pendidikan pada masa kini. Ini kerana kaedah pengajaran juga
telah berubah seiring dengan kepesatan ICT dan lebih bersifat mudah dan menarik. Sebagai
contoh, buku teks tradisional tidak dapat menampung peningkatan dan pembaharuan
maklumat yang sejajar dengan peredaran zaman (Chan, 2001). Tambahan pula, kaedah
tradisional lebih menyusahkan kerana memerlukan masa yang lama untuk mencari maklumat
dan bahan pengajaran yang sesuai berbanding menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi seperti telefon mudah alih, tablet, komputer dan sebagainya di mana kita hanya
perlu melayari internet dan mencari bahan pengajaran yang dapat menarik minat para pelajar
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 3

untuk terus mengikuti pembelajaran. Dengan kemudahan seperti ini, alat-alat teknologi juga
telah disediakan dengan aplikasi Android dan Apple Apps (iOS) yang mudah dan terdapat
lebih 200,000 aplikasi berbentuk pendidikan yang boleh dimuat turun dan ianya
berkonsepkan belajar sambil bermain. Persoalannya, adakah aplikasi Android atau iOS yang
berbentuk pendidikan sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK)?
Di dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, sesuatu
yang baru seperti aplikasi Android atau iOS ini tidak seharusnya menjadi penghalang tetapi
digunakan sebagai batu loncatan kepada negara untuk mencapai kejayaan dan boleh berdiri
sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang pendidikan. Lebih-lebih lagi, alat
teknologi seperti telefon pintar dan tablet berteraskan pelantar Android dan iOS telah menjadi
alat yang amat popular terutamanya dalam kalangan pelajar. Andriod merupakan Operation
System (OS) iaitu sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon pintar, tablet dan
komputer riba dan dibangunkan oleh Google Inc manakala iOS adalah sistem pengendalian
peranti bergerak yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc.

Gambar 1 Antara telefon pintar dan tablet yang menggunakan pelantar Android

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 4

Gambar 2 Antara telefon pintar dan tablet keluaran Apple Inc yang mempunyai iOS
Justeru itu, pelajar perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android
percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan di dalam kaedah
pembelajaran mereka (Hamdan et al., 2012). Lagi pula, bagi memudahkan para guru
menyampaikan ilmu pengetahuan, aplikasi Android atau iOS berbentuk pendidikan yang
sesuai adalah salah satu pendekatan terbaik dalam menarik minat para pelajar untuk belajar
dan memahami sesuatu subjek dengan lebih berkesan.

1.2 Penyataan Masalah


Berdasarkan latar belakang yang telah dinyatakan, terdapat banyak aplikasi berbentuk
pendidikan yang telah dibangunkan lebih-lebih lagi aplikasi Android yang jauh lebih murah
dan kebanyakannya percuma untuk dimuat turun pada bila-bila masa dan di mana jua
berbanding aplikasi iOS. Antara aplikasi Android percuma berbentuk pendidikan yang
terdapat dalam play store atau market telefon pintar dan tablet ialah Math Practice Flash
Cards, Learn English 6000 Words, Mari Belajar Alif Ba Ta, AppsLearn-UPSR, iStoryBooks
dan banyak lagi. Aplikasi ini tidak terhad kepada satu mata pelajaran sahaja tetapi
merangkumi semua subjek yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Selain itu,
aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun berasarkan tahap atau peringkat pelajar dan boleh
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 5

dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dari peringkat prasekolah sehingga
universiti.

Gambar 3 Antara aplikasi Android yang terdapat dalam Play Store


Melihat dari segi penggunaannya sebagai alat PPBK, aplikasi Android ini lebih mudah dan
menjimatkan masa di samping mampu menarik minat para pelajar yang kebanyakannya lahir
dalam era kemajuan teknologi. Alasannya, aplikasi ini hanya perlu dimuat turun secara
percuma perdasarkan tahap atau peringkat pelajar yang diajar tanpa perlu dicetak terlebih
dahulu dan ditulis di papan hitam ataupun papan putih. Tambahan pula, aplikasi ini tidak
memerlukan guru untuk membawa buku-buku bagi subjek yang perlu diajar, tetapi cuma
perlu membawa telefon pintar atau tablet yang bersesuaian dan menyambungkannya pada
alat teknologi yang mempunyai skrin yang besar seperti televisyen interaktif. Oleh yang
demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui samaada aplikasi Android ini berkesan
membantu para guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara utama yang
perlu dilihat ialah aplikasi Android yang dipilih dan tahap kesesuaian dan penerimaannya
sebagai bahan yang berguna untuk PPBK di sekolah.

1.3 Objektif
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang merangkumi keseluruhan isi
kandungan iaitu:
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 6

(i)

Mengenalpasti tahap kesediaan para pelajar dalam penggunaan aplikasi


Android bagi tujuan pembelajaran.

(ii)

Mengkaji

tahap

kesesuaian

aplikasi

Android

bagi

Pengajaran

dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).


(iii)

Meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar di dalam subjek Matematik


khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi ke tahap yang lebih
cemerlang dan seimbang.

(iv)

Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi


Android untuk meningkatkan tahap pembelajaran dalam subjek Matematik.

(v)

Membantu memudahkan para guru menjalankan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang menarik dan berkesan.

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Kemajuan dalam bidang teknologi telah memberi impak dan kesan yang besar terhadap
bidang pendidikan. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih
bersifat global sepanjang hayat (Sharples, 2000). Ini mendorong penyelidik untuk menerokai
potensi teknologi dan peralatan mudah alih bagi menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran tanpa had ruang dan sempadan (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang,
Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat
memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Zurita
& Nussbaum, 2004). Ini menyebabkan proses pembelajaran bukan sahaja sekadar menatap
buku dan menulis nota, tetapi juga boleh diaplikasikan dengan menggunakan telefon pintar
yang mempunyai kemudahan aplikasi Android percuma berbentuk pendidikan dan boleh
dimuat turun pada bila-bila masa. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan alat mudah alih
lebih mudah berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan
lama (Ahmad Sobri 2010; Shafiza 2007). Oleh itu, alat mudah alih seperti telefon pintar dan
tablet lebih banyak kelebihannya daripada bahan yang bersifat konvensional seperti buku.
Menurut Yaakub (1996), pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan
yang baru mahupun yang mengalami perubahan, kemahiran dan penyusunan semula
pengetahuan yang sedia ada. Ini membuktikan bahawa pembelajaran adalah proses
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 7

mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui M-Pembelajaran atau Mobile


Learning.
Mobile Learning adalah penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat
komputasi mobile agar ianya dapat diakses pada bila-bila masa dan dari mana juga kita
berada. M-pembelajaran (m-learning) wujud hasil dari kaedah pembelajaran jarak jauh (dlearning) dan pembelajaran secara elektronik (e-learning) (Brown, 2005; Keegan, 2005). MLearning merupakan konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan kepada
keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran itu (Kukulska-Hulme et al., 2005).
Menurut Prensky (2001) M-Learning adalah pembelajaran berbantukan ICT yang
menggunakan peralatan mudah alih khasnya peralatan mudah alih yang terkini seperti PDA,
telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC. Menurut Siraj (2005) pula menyatakan bahawa
M-Learning adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran
berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Antara kajian terawal berkenaan dengan MLearning di Malaysia iaah kajian penilaian pelaksanaan program M-Leaning kepada pelajarpelajar Tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini ialah
untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Learning mencapai hasrat yang
ditetapkann ke atasnya dan juga bagi menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kaijan
mendapati pelaksanaan program itu telah mencapai hasrat yang telah ditetapkan. Kajian juga
mendapati program M-Learning mempunyai banyak kekuatan di samping terdapat beberapa
kelemahan (Siraj, 2005). Di dalam kajian ini, aplikasi Android atau iOS boleh dijadikan
sebagai M-Learning kerana dengan adanya M-Learning ini, PPBK akan lebih mudah untuk
dilaksanakan kerana konsepnya yang mudah alih, boleh dimuat turun secara percuma dan
boleh digunakan di dalam kelas pembelajaran asalkan mempunyai sambungan internet.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan kaedah
penting di dalam menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran dan ianya akan
menghasilkan pembelajaran yang bermutu dan berkesan kepada para pelajar sekiranya
dilaksanakan dengan berfikrah dan terancang. Dengan itu, para pelajar akan dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan kendiri. Jensen (1996), dalam satu kajian,
telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar
yang menggunakan kaedah konvensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang
menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik pencapaiannya daripada pelajar yang
menggunakan kaedah konvensional. Selain itu, Lockard et al. (1989) mendapati kanak-kanak
yang menggunakan perisian kursus berjaya mengekalkan tumpuan berbanding dengan kanakSUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 8

kanak yang menggunakan kaedah biasa. Kaedah PPBK ini pada kebiasaannya dijalankan
dengan menggunakan perisian kursus yang merangkumi topik-topik tertentu bagi
memudahkan penyampaian melalui komputer kepada para pelajar. Ini boleh meningkatkan
kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran di samping meningkatkan motivasi
pelajar dalam pembelajaran serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar dengan melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya
untuk dibuat sekaligus membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada
pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi
dapat dijimatkan. Oleh itu, dengan kelebihan aplikasi Android atau iOS sebagai PPBK, para
pelajar akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan para guru akan lebih
mudah untuk menarik minat pelajar untuk belajar secara kreatif dan efektif.

3.0 KAEDAH KAJIAN


3.1 Pemilihan Aplikasi
Di dalam kajian ini, saya memilih aplikasi Android Math Practice Flash Cards di mana ianya
khusus untuk mata pelajaran Matematik bagi pelajar sekolah rendah Tahap 1 iaitu Darjah
Satu, Dua dan Tiga dan Tahap 2 iaitu Darjah Empat, Lima dan Enam.

Gambar 4 Muka utama aplikasi Android Math Practice Flash Cards


SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 9

Math Practice Flash Cards ini lebih berfokuskan kepada operasi asas dalam matematik iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi. Math Practice Flash Cards ini dicipta oleh studio
TeachersParadise.com. Kelebihan aplikasi Android ini ialah nilai kad boleh digubah dari
nombor 0 hingga 35.

Gambar 5 Nilai kad aplikasi yang boleh digubah mengikut kesesuaian tahap pelajar
Selain itu, aplikasi ini menyimpan masa yang lepas dan prestasi bagi setiap kuiz. Masa
terpantas dengan skor yang tertinggi akan mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi di
dalam subjek Matematik. Di samping itu, pelajar dapat mengulang semula kad yang telah
dijawab dengan salah sehingga mendapat jawapan yang betul. Terdapat dua mod yang telah
disajikan oleh pencipta iaitu mod seronok dan mod pantas. Mod seronok dan bunyi yang
disediakan dipasang bagi menggalakkan dan menarik minat para pelajar untuk belajar
menggunakan aplikasi ini. Mod pantas pula membolahkan pelajar mencapai soalan
seterusnya tanpa animasi.
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 10

Gambar 6 Operator yang terdapat dalam aplikasi yang boleh diubah mengikut kesesuaian
tahap pelajar.

Gambar 7 Antara isi pembelajaran yang terdapat dalam aplikasi Android Math Practice
Flash Cards

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 11

3.2 Pelaksanaan Kajian


Bagi melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi android Math Practice Flash Cards ini
sebagai salah satu bahan PPBK, seramai 10 orang responden terlibat di dalam kajian ini yang
terdiri daripada guru yang mengajar subjek Matematik Tahap 1 dan 2 di sekolah rendah serta
guru ICT telah terlibat. Mereka diminta untuk menjawab borang soal selidik atau borang
penilaian yang berkaitan dengan tahap kesesuaian aplikasi Android ini untuk PPBK. Terdapat
beberapa bahagian di dalam soal selidik yang telah diedarkan iaitu;
a)

Profil responden - Latar belakang diri dan pendidikan responden.

b)

Isi kandungan - Berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam aplikasi


Android sama ada mudah difahami ataupun disusun dengan teratur.

c)

Dokumentasi - Berkenaan panduan dan manual aplikasi Android.

d)

Teknikal - Maklumat penggunaan dan bentuk grafik aplikasi Android yang menarik.

Setelah soal selidik dikutip, data yang telah dikumpulkan dimasukkan ke dalam perisian
Microsoft Excel dan dianalisis secara diskriptif. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan ini
adalah penting kerana hasil dapatan akan digunakan untuk membantu proses kajian yang
seterusnya.

4.0

DAPATAN KAJIAN

4.1

Analisis Bahagian A: Profil Responden

Bahagian A terdiri daripada 5 item soalan iaitu jantina, umur, bilangan tahun dalam
perkhidmatan perguruan, kelayakan akademik dan penglibatan dalam kursus IT dalam
perkhidmatan.

Jadual 1 Taburan Profil Responden


Aspek
Jantina

Kategori
Lelaki
Perempuan

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Kekerapan
4
6

Peratusan
40
60
Page 12

Umur

Pengalaman Mengajar

Kelayakan Akademik

Kursus IT Dalam
Perkhidmatan

20 - 35 tahun
36 - 50 tahun
Lebih daripada 50 tahun
1 - 15 tahun
16 - 25 tahun
Lebih daripada 25 tahun
Sijil
Diploma
Sarjana
Sarjana Muda
PhD
Lain-lain

6
3
1
7
1
2
0
8
0
2
0
0

60
30
10
70
10
20
0
80
0
20
0
0

Ya
Tidak

5
5

50
50

Berdasarkan Jadual 1, seramai 10 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar
subjek Matematik Tahap 1 dan 2 di sekolah rendah serta guru ICT terlibat dalam kajian ini.
dari aspek jantina, didapati lelaki adalah seramai 4 orang guru mewakili 40% manakala
perempuan adalah seramai 6 orang guru dengan peratusan 60%. Dari aspek umur, seramai 6
orang guru yang berumur antara 20 - 35 tahun manakala 3 orang guru berumur di antara 36 50 tahun. Selebihnya ialah guru yang berumur 50 tahun dan ke atas. Dari segi pengalaman
mengajar, kebanyakan guru mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 1 tahun ke atas.
Bagi kelayakan akademik pula, guru yang mempunyai Diploma adalah seramai 8 orang iaitu
80% berbanding hanya 2 orang yang mempunyai kelayakan akademik Sarjana Muda iaitu
sebanyak 20%. Selain itu, terdapat 5 orang guru yang pernah menghadiri kursus IT dalam
perkhidmatan dan sebanyak 50% guru yang tidak pernah menghadirinya.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 13

4.2

Analisis Bahagian B: Isi Kandungan

Bahasa penyampaian mudah difahami

Kandungan aplikasi Android adalah mengikut urutan yang sesuai (mudah kepada kompleks)

Maklumat disusun dengan teratur

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju

Maklumat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pengguna

Maklumat boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian

Maklumat tidak terlalu mendalam


0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Rajah 1 Isi Kandungan


Rajah 1 di atas menunjukkan hasil penilaian atau soal selidik daripada responden terhadap isi
kandungan aplikasi Android. Terdapat 30% responden sangat bersetuju maklumat di dalam
aplikasi Android tidak terlalu mendalam manakala 50% responden bersetuju dan selebihnya
kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dalam pada itu, bagi maklumat di dalam
aplikasi Android boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian, 80%
responden bersetuju manakala 20% memilih skala 3 iaitu setuju. Bagi hasil respons maklumat
dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pengguna, responden yang sangat bersetuju dan
kurang bersetuju masing-masing mempunyai 2 orang responden manakala selebihnya
memilih untuk setuju. 50% responden bersetuju maklumat disusun dengan teratur, 40%
sangat bersetuju dan hanya 10% responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Selain itu, 60% responden sangat bersetuju dengan kandungan aplikasi Android
adalah mengikut urutan yang sesuai daripada mudah kepada kompleks dan selebihnya hanya
bersetuju. 90% responden juga setuju bahasa penyampaian yang digunakan dalam aplikasi
Android adalah mudah difahami.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 14

4.3

Bahagian C: Dokumentasi

M aklumat berkenaan aplikasi lain yang berkaitan disediakan


Manual tersusun rapi
Manual mudah difahami

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju

Maklumat lengkap berkenaan aplikasi adalah disediakan


Pertolongan (help) disediakan
Panduan untuk melakukan proses installasi aplikasi mudah diikuti
0

8 10

Rajah 2 Dokumentasi
Rajah 2 menunjukkan hasil respons para guru sebagai responden berkenaan dengan
dokumentasi aplikasi Android yang telah dipilih. Terdapat 9 orang responden sangat bersetuju
panduan untuk melakukan proses installasi aplikasi mudah diikuti. Manakala bagi respons
berkenaan dengan pertolongan (help) disediakan, 100% responden sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Ini menunjukkan aplikasi Android membantu pengguna yang kurang
tahu menggunakan aplikasi tersebut. Bagi responden yang memberi respons terhadap
pernyataan maklumat lengkap berkenaan aplikasi telah disediakan, 70% responden bersetuju,
10% sangat setuju dan 20% kurang bersetuju. Hasil respons bagi manual mudah difahami dan
manual tersusun rapi, masing-masing mempunyai 40% responden yang bersetuju, 30% sangat
bersetuju dan selebihnya kurang bersetuju. 6 orang responden bersetuju dan 4 orang
responden pula sangat bersetuju maklumat berkenaan aplikasi lain yang berkaitan disediakan.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 15

4.4

Bahagian D: Teknikal

Keseluruhan aplikasi Android adalah menarik

Aplikasi tidak mudah tergendala (hang)

Arahan jelas dan mudah difahami

T idak Setuju
Kurang Setuju
Setuju

Grafik yang ditunjukkan dalam aplikasi Android adalah jelas dan memuaskan

Sangat Setuju
Saiz huruf mudah dibaca

Paparan skrin (layout) adalah menarik


0

10

Rajah 3 Teknikal
Rajah 3 menunjukkan respons bagi bahagian teknikal oleh responden yang terlibat. 7 orang
responden bersetuju paparan skrin (layout) adalah menarik. 100% responden sangat bersetuju
saiz huruf mudah dibaca. 50% responden pula sangat bersetuju grafik yang ditunjukkan
dalam aplikasi Android adalah jelas dan memuaskan. Bagi respons arahan jelas dan mudah
difahami, 40% responden bersetuju dan 20% sangat bersetuju. Namun, 40% responden
kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. 60% responden pula bersetuju memilih aplikasi
Android ini tidak mudah tergendala (hang). Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya,
70% responden bersetuju keseluruhan aplikasi Android adalah menarik.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian terhadap penggunaan aplikasi Android yang sesuai digunakan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) masih lagi di peringkat
awal di Malaysia. Namun begitu, pengkaji tempatan semakin minat untuk meneroka potensi
aplikasi Android dan iOS yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya kewujudan teknologi seperti ini, pendidikan di Malaysia boleh berubah dari
pendidikan secara konvensional kepada pendidikan secara moden dan atas talian yang lebih
mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. Justeru itu, aplikasi Android dan iOS tidak
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 16

seharusnya dipandang remeh dan dihadkan kelebihannya yang selama ini hanya bertujuan
untuk mengisi masa lapang dengan memuat turun permainan semata-mata tetapi diterokai
juga dari segi kegunaanya lainnya agar dapat membantu pendidikan di negara kita untuk
lebih maju, kreatif, moden dan berdaya saing. Dengan itu, aplikasi Android dan iOS akan
dapat dijadikan sebagai salah satu bahan yang sesuai untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) selain daripada pilihan-pilihan bahan pengajaran yang lain.

2728 patah perkataan

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 17

LAMPIRAN

BORANG PENILAIAN PERISIAN APLIKASI ANDROID


MATH PRACTICE FLASH CARDS
Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan
aplikasi Android dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK).

BAHAGIAN A (Profil Responden)


Sila tandakan () pada petak yang berkenaan.

A1

Jantina

: Lelaki

A2

Umur

: 20 35 tahun

Perempuan

36 50 tahun
Lebih daripada 50 tahun

A3

Bilangan tahun dalam perkhidmatan perguruan:


0 15 tahun
16 25 tahun
Lebih daripada 25 tahun

A4

Kelayakan:
Sijil

Sarjana Muda

Diploma

Sarjana

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 18

PhD

A5

Lain-lain (Sila Nyatakan): _______________________

Adakah anda pernah mengikuti kursus IT dalam perkhidmatan?


Ya

Tidak

Jika Ya, nyatakan berapa kali: ____________________________________________

BAHAGIAN B (Isi Kandungan)


Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:
1 Tidak Setuju

2 Kurang Setuju

3 Setuju

4 Sangat Setuju

B1

Maklumat tidak terlalu mendalam.

B2

Maklumat boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

harian.
B3

Maklumat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pengguna.

B4

Maklumat disusun dengan teratur.

B5

Kandungan aplikasi Android adalah mengikut urutan yang

sesuai (mudah kepada kompleks).


B6

Bahasa penyampaian mudah difahami.

BAHAGIAN C (Dokumentasi)
Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:
1 Tidak Setuju

2 Kurang Setuju

3 Setuju

4 Sangat Setuju

C1

Panduan untuk melakukan proses installasi aplikasi mudah diikuti.

C2

Pertolongan (help) disediakan.

C3

Maklumat lengkap berkenaan aplikasi adalah disediakan.

C4

Manual mudah difahami.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 19

C5

Manual tersusun rapi.

C6

Maklumat berkenaan aplikasi lain yang berkaitan disediakan.

BAHAGIAN D (Teknikal)
Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:
1 Tidak Setuju

2 Kurang Setuju

3 Setuju

4 Sangat Setuju

D1

Paparan skrin (layout) adalah menarik.

D2

Saiz huruf mudah dibaca.

D3

Grafik yang ditunjukkan dalam aplikasi Android adalah jelas

dan memuaskan.
D4

Arahan jelas dan mudah difahami.

D5

Aplikasi tidak mudah tergendala (hang).

D6

Keseluruhan aplikasi Android adalah menarik.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 20

RUJUKAN
Ahmad Sobri Shuib. 2010. Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah:
Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in
Information and Communication Technology 2010, pp. 652-665.
Aliff Nawi, Mohd. Isa Hamzah, (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit
Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic
Education 5(1), 1-10.
Brown, T. (2005). Towards a model for M-Learning in Afrika. International Jurnal on ELearning. 4(3), 299-315.
Chan, Y., F. (2001). Cabaran Pengurusan Pendidikan di Era Baru. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan. 11, 68-79.
Hamdan. A., Din, R. & Abdul Manaf, S. Z. (2012). Penerimaan M-Pembelajaran dalam
Sistem Pendidikan di Malaysia. The Unified Theory of Acceptance and use of
Technology (UTAUT) : Satu Analisis Literatur. UKM, Malaysia 1 st International
Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilecase2012).
Keegan, D. 2005. The incorporation of mobile learning into mainstream education and
training. Paper presentation, mLearn 2005, the 4th world conference on mobile
learning, October 25-28, Cape Town, South Africa.
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educators
And Trainers. London, UK: Routledge.
Liu, T.C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003). Wireless
and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer
Assisted Learning, 19(3), 371-382.
SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 21

Mohd. Fadli Ahdon, Supian Jolen, (2011). Ke Arah Pembelajaran Mobile Learning di
Politeknik Malaysia. Kajian Tindakan. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Norliza Binti A. Rahim, (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan
Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Tesis. Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Prensk, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants, On the Horizon, 9(5), p. 1-6.
Sharples, M. (2000). The Design of Personel Mobile Technologies for Lifelong Learning,
Computers and Education, 34, 177-193.
Sharples, M. Corlett, D., Westmancott, O. (2002). The design and implementation of a
mobile learning resource. Personal and Ubiquitous Computing, 6(3), 234.
Siraj, S. (2005). M-Learning Dalam Pembangunan Sekolah Berteknologi Di Malaysia:
Prospek Pelaksanaan. Prosiding Seminar Pendidikan. -USM.
Syafiza Abd. Wahab. (2007). Mobile Learning Notes for SPM Sejarah: Islam di Asia
Tenggara. Latihan Ilmiah. Fakulti Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
Williems, G. M., Stakenborg, J. H. J., & Veugelers, W. (2000). Trends in Dutch Teacher
Education.

Netherlands:

Garant.

Dicapai

pada

Disember

1,

2012,

dari

http://books.google.com/book?id=U9UUBsOdnDYC&pg=ICT+in+teacher+education
Yaakub, I. (1996), Alamak Pendidikan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur. Berita Publising.
Zurita, G., & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported
by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning, 20(4), 235SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 22

243.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)

Page 23

Anda mungkin juga menyukai