Anda di halaman 1dari 14

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

SEMESTER I (2019/2020)

TUGASAN GOOGLE CLASSROOM: PENULISAN ESEI

APLIKASI E-PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR
HAFIZI BIN OMAR
NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK
910223-08-5957 CIAL 19057111

MAKLUMAT KURSUS
NAMA KURSUS TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KOD KURSUS DWP10403
NAMA PENSYARAH PN. HAZIMAH BINTI HJ. SAMIN
TARIKH SERAH 14 DISEMBER 2019

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya terima dan rujuki.

Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI TEKNOLOGI 3

3.0 DEFINISI e-PEMBELAJARAN 4

4.0 CIRI-CIRI E-PEMBELAJARAN 5

5.0 TPACK 6

6.0 APLIKASI E-PEMBELAJARAN 8

6.1 QUIZLET.COM 8

6.2 GOANIMATE.COM 10

7.0 KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) 11

8.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 14

2
1.0 PENGENALAN

Sepanjang sedekad yang lepas, proses pembelajaran yang bersifat tradisional semakin
hari meniti arus yang berevelosikan dengan perkembangan dunia tanpa sempadan
melalui penggunaan teknologi. Revolusi dalam pembelajaran dan aplikasi pendidikan
komputer dan juga penggunaan komputer dalam pendidikan adalah masih baru dan
berkembang dari hari ke hari sehingga akhirnya konsep E-Pembelajaran (ELearning)
berpandukan teknikal diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada
pelajar melalui cara yang efektif.

2.0 DEFINISI TEKNOLOGI

Istilah teknologi adalah salah satu istilah yang bukan lagi asing dalam kalangan
masyarakat pada masa kini. Hari ini kebanyakan setiap individu memiliki teknologi
sendiri seperti: komputer riba atau komputer peribadi, telefon bimbit, kereta dan
banyak lagi. Teknologi dan manusia pada hari ini mempunyai pertalian yang sangat
erat. Gambaran mudah pada dunia masa kini, kebanyakan manusia saling memerlukan
antara satu sama lain contoh yang boleh diberikan antara perhubungan manusia dan
teknologi.

Mengikut beberapa tokoh saintis dan cendiakawan Eropah; Finn (1960),


Galbraith (1967), Heinich, Molenda dan Russell (1989), dan Seattler (1990)
menyatakan bahawa teknologi dilihat sebagai satu proses pendekatan atau teknik
berkesan dengan menggunakan ilmu pengetahuan saintifik atau cabang ilmu yang lain
bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berkaitan. Teknologi juga difahami
sebagai satu produk atau bahan yang terhasil daripada proses-proses teknologi itu
sendiri. Antara contoh seperti perkakasan dan perisian. Kesimpulan daripada takrifan
di atas, boleh difahami bahawa teknologi bukan sekadar melibatkan penggunaan
sesuatu perkakasan atau perisian yang canggih dan terkini, tetapi teknologi juga
berkait rapat dengan cara atau teknik serta proses yang berkesan dalam penggunaan
perkakasan atau perisian itu sendiri.

3
3.0 DEFINISI e-PEMBELAJARAN

Penggunaan istilah e-pembelajaran merupakan terjemahan daripada istilah bahasa


Inggeris iaitu e-learning. Singkatan daripada educational learning atau electronic
educational learning (teknologi pendidikan berasaskan elektronik) yang menghasilkan
istila e-learning. Walaupun terdapat banyak definisi kepada istilah e-pembelajaran ini,
namun begitu tiada satu definisi yang tepat mengenai e-pembelajaran ini. Malahan
terdapat definisi menghasilkan maksud yang keliru dengan istilah-istilah lain seperti;
online learning (pembelajaran atas talian), learning management system (sistem
pengurusan pembelajaran), pembelajaran berasaskan komputer atau teknologi dan
lain-lain (Buku Dasar e-Pembelajaran (DePAN), Ogos 2010).

Secara ringkasnya, e-pembelajaran (e-learning) dapat didefinisikan sebagai


satu platform penggunaan medium elektronik (sama ada alatan ataupun
perisian/aplikasi) dalam proses P&P. Penggunaan alatan atau perisian dalam proses
P&P tidak hanya tertumpu kepada pemilihan teknologi berspefikasi tinggi sahaja,
namun boleh dipelbagaikan penggunaan teknologi tersebut dengan cara menyeluruh
(https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_technology, 12 September 2015).

Berdasarkan takrifan yang ditulis didalam buku DePAN (2010) didapati


bahawa kebanyakan takrifan menjelaskan dua perkara pokok iaitu teknologi
(penggunaan alatan teknologi) dan pedagogi (cara/teknik/proses pendidikan yang
dilaksanakan). Hasil daripada takrifan ini, Jawatan Kuasa ECAP (mereka yang terlibat
dalam perletakan DePAN) bersetuju dengan definisi e-pembelajaran adalah
“penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses
pembelajaran dan pengajaran”. Definisi ini dilihat lengkap kerana merangkumi
aktiviti e-pembelajaran dan juga penggunaan peralatan elektronik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (Buku DePAN, Ogos 2010).

Kesimpulan daripada semua takrifan yang dibentangkan diatas, fokus utama e-


pembelajaran adalah untuk memaksimakan penggunaan peralatan teknologi dalam
proses P&P dan kepelbagaian aktiviti berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan
minat para pelajar “Gen-Y” yang tidak dapat lagi dipisahkan dengan teknologi. Dalam
pada massa yang sama kaedah e-pembelajaran ini membuka ruang P&P secara lebih

4
luas dan menyeluruh serta tidak terikat di dalam kelas sahaja bahkan dimana sahaja
pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan.

4.0 CIRI-CIRI E-PEMBELAJARAN

Menurut Bell (2007), E-Pembelajaran (E-Learning) didefinisikan sebagai fleksibiliti


dan kawalan bagi seorang pelajar untuk dapat memilih waktu dan tempat untuk
belajar serta dapat mengatur kegiatan pembelajaran mereka. E-Pembelajaran (E-
Learning) mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri (ASTD & Masie,
2001).

Perlakuan individu sangat dipengaruhi oleh sikap individu tersebut terhadap


sesuatu perkara itu. Sikap yang positif sentiasa membawa kepada perlakuan yang
positif dan begitu juga sebaliknya, sikap yang negatif sentiasa membawa kepada
perlakuan yang negatif (Manusia et al., 2005). Ini disokong oleh Bandura (1994) yang
mendapati bahawa sikap positif terhadap pembelajaran memberi kesan yang kuat
kepada motivasi pelajar. Ini berkait rapat dengan tabiat pelajar itu sendiri sama ada
menjadikan penggunan E-Pembelajaran (E-Learning) sebagai satu kepentingan ketika
menggunakan internet atau sebaliknya.

Menurut Veloo & Muhammad (2011), tabiat adalah satu perkataan yang
merujuk kepada sesuatu yang dapat dimiliki, konsisten, kaedah pembelajaran
berkesan dan tabiat. E-Pembelajaran (E-Learning) membolehkan pembelajaran
kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan (Pengajaran, Pembelajaran, & Di, n.d.) E-
pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran
mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selamat tanpa
berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian (Jaya
Kumar, 2001).

Hall dan Lindzey (Abdul Hamid, et al. 1999) menyatakan bahawa ahli
psikologi bersependapat bahawa setiap individu ‗boleh‘ dan berpotensi untuk maju
dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna.

5
E-Pembelajaran (E-Learning) memerlukan motivasi diri sendiri (Pollard & Hillage,
2001; Timura, 1995), dedikasi dan disiplin diri sendiri (Pollard & Hilage, 2001).
Kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting kerana penggunaan E-
Pembelajaran (E-Learning) adalah berpandukan kepada diri sendiri (SHIUNG, 2007).

5.0 TPACK

Pengetahuan Pedagogi (PK) – “pengetahuan yang mendalam Guru tentang proses


dan amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi, antara lain,
tujuan pendidikan keseluruhan, nilai dan matlamat. Ini bentuk generik pengetahuan
terpakai untuk memahami bagaimana pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik
darjah umum, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar. “(Koehler & Mishra, 2009).

Pengetahuan Teknologi (TK) – Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk


berfikir tentang, dan bekerja dengan teknologi, alat dan sumber. dan bekerja dengan
teknologi boleh digunakan untuk semua alat teknologi dan sumber. Ini termasuk
teknologi maklumat pemahaman yang cukup luas untuk memohon secara produktif di

6
tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari, dapat mengenali apabila teknologi
maklumat boleh membantu atau menghalang pencapaian matlamat, dan dapat terus
menyesuaikan diri dengan perubahan dalam teknologi maklumat (Koehler & Mishra,
2009).

Pengetahuan Teknologi (CK) – Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk


berfikir tentang, dan bekerja dengan teknologi, alat dan sumber. dan bekerja dengan
teknologi boleh digunakan untuk semua alat teknologi dan sumber. Ini termasuk
teknologi maklumat pemahaman yang cukup luas untuk memohon secara produktif di
tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari, dapat mengenali apabila teknologi
maklumat boleh membantu atau menghalang pencapaian matlamat, dan dapat terus
menyesuaikan diri dengan perubahan dalam teknologi maklumat (Koehler & Mishra,
2009).

Teknologi Pengetahuan Kandungan (TCK) – Koehler& Mishra, 2009


“Pemahaman tentang cara bagaimana teknologi dan pengaruh kandungan dan
mengekang satu sama lain. Guru-guru perlu menguasai lebih daripada hal perkara
mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang
cara bagaimana hal perkara (atau jenis representasi yang boleh dibina) boleh diubah
oleh penggunaan teknologi tertentu. Guru perlu memahami teknologi tertentu yang
paling sesuai untuk menangani pembelajaran hal perkara yang domain mereka dan
bagaimana telunjuk kandungan atau mungkin juga perubahan teknologi atau naib juga
sebaliknya.

Pedagogi Pengetahuan Kandungan (PCK) – “Selaras dengan dan sama


dengan idea Shulman pengetahuan pedagogi yang terpakai kepada pengajaran
kandungan tertentu. Tengah ke konsep Shulman terhadap PCK adalah tanggapan
transformasi hal perkara untuk mengajar. Secara khususnya, menurut Shulman
(1986), perubahan ini berlaku kerana guru menafsirkan hal perkara, mendapati
pelbagai cara untuk mewakilinya, dan menyesuaikan diri dan menyesuaikan bahan-
bahan pengajaran untuk konsep alternatif dan pengetahuan sedia ada murid. PCK
meliputi perniagaan teras pengajaran, pembelajaran, kurikulum, penilaian dan
laporan, seperti syarat-syarat yang menggalakkan pembelajaran dan pautan antara
kurikulum, pentaksiran, dan pedagogi “(Koehler & Mishra, 2009).

7
Teknologi Pedagogi Pengetahuan (TPK) – “Pemahaman tentang proses
pengajaran dan pembelajaran boleh berubah apabila teknologi tertentu yang
digunakan dalam cara yang tertentu. Ini termasuk mengetahui affordances pedagogi
dan kekangan pelbagai alat teknologi kerana ia berkaitan dengan disciplinarily dan
sesuai dengan perkembangan reka bentuk pedagogi dan strategi “(Koehler & Mishra,
2009).

Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPACK) – “Di sebalik


pengajaran benar-benar bermakna dan amat mahir dengan teknologi, TPACK adalah
berbeza daripada pengetahuan mengenai ketiga-tiga konsep secara individu.
Sebaliknya, TPACK adalah asas kepada pengajaran yang berkesan dengan teknologi,
memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang membina untuk mengajar kandungan;
mengetahui apa yang menyebabkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan
bagaimana teknologi boleh membantu membetulkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar; ilmu pengetahuan terdahulu dan teori epistemologi pelajar; dan pengetahuan
tentang bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada untuk membangunkan epistemologi baru atau
mengukuhkan yang lama “(Koehler & Mishra, 2009).

6.0 APLIKASI E-PEMBELAJARAN

6.1 QUIZLET.COM

Quizlet.Com adalah merupakan satu laman sesawang yang menyediakan satu platfom
secara atas talian untuk dimanfaatkan oleh para pelajar dan pengajar. Laman
sesawang ini yang berpusat di San Francisco, California, Amerika Syarikat telah
dibangunkan sejak tahun 2005 oleh seorang anak muda berumur 15 tahun untuk
kegunaan peribadi, bagi memudahkan proses menghafaz perbendaharaan kata bahasa
Perancis. Laman ini mula berkembang pesat setelah dikongsikan kepada kawan-

8
kawannya, seterusnya dibuka untuk umum (The Quizlet story:
http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Perkhidmatan Quizlet.Com adalah secara percuma. Walau bagaimanapun,


untuk tambahan fungsi yang lebih terperinci, seperti; menambah gambar dari
simpanan peribadi, tiada sebarang gangguan iklan, membentuk kelas secara atas talian
tanpa had dan beberapa keistimewaan lain, Quizlet.Com menawarkan akaun
langganan secara tahunan, dengan bayaran USD15 (akaun Quizlet Plus) dan USD25
(akaun Quizlet Teacher) (The Quizlet story: http://quizlet.com/mission, 17 September
2015). Quizlet.Com dapat dicapai secara atas talian di alamat http://quizlet.com/.
Quizlet.Com juga boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi ke tablet dan
telefon pintar (smart phone) yang memiliki operating system (OS) android (play
store) atau IOS Apple (app store) secara percuma (http://quizlet.com/mobile, 17
September 2015).

Secara umumnya, Quizlet.Com berfungsi sebagai satu medium atau alat bantu
dalam proses P&P yang mana pelajar bebas memilih pelajaran (dikenali sebagai set
pelajaran) untuk dipelajari, manakala pengajar pula dapat membina set pelajaran
tersendiri mengikut kesesuaian topik yang diajar. Quizlet.Com menyediakan ruang
dengan pelbagai aturan dan tema untuk dipilih oleh pelajar dan pengajar itu sendiri
(How Quizlet works: http://quizlet.com/mission, 17 September 2015).

Set pelajaran untuk sesuatu topik (berkaitan perbendaharaan kata) sangat


bersesuaian bagi proses P&P bahasa. Terdapat beberapa aturan yang menyokong set
pelajaran tersebut bagi memastikan proses P&P secara atas talian lebih interaktif dan
efektif. Aturan sokongan itu berbentuk permainan dan aktiviti yang santai, iaitu;
Flashcards (untuk proses hafazan dan sebutan), Learn (untuk memulakan
pembelajaran), Speller (untuk proses sebutan dan ejaan yang betul), Tests (untuk ujian
ulangkaji pelbagai bentuk soalan), Scatter (permainan uji kecekapan ingatan melalui
perkataan yang diselerakkan) dan Space Race (permainan uji ingatan dan ejaan yang
betul).

Kesimpulannya, Quizlet.Com ini sangat menarik dan amat bersesuaian untuk


kegunaan P&P bahasa terutama berkaitan dengan hafazan perbendaharaan kata.
Fungsi dan aturan yang dipaparkan di dalam laman ini menjadikan proses hafazan
tidak lagi menjadi sesuatu aktiviti yang membosankan dan membebankan, bahkan

9
memberi ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menghafaz secara santai dan
menyeronokkan.

6.2 GOANIMATE.COM

Goanimate.Com adalah merupakan satu laman sesawang yang menyediakan platfom


untuk membina video animasi secara mudah tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi
dalam bidang seni grafik dan animasi video. Laman ini dapat diakses secara atas
talian melalui alamat http://goanimate.com/.Goanimate.Com menyediakan
perkhidmatan secara percuma dengan fungsi yang sangat terhad.

Tujuan asal Goanimate.Com diwujudkan adalah untuk pembinaan video


animasi bagi tujuan pengiklanan dan promosi secara mudah dan menjimatkan kos.
Walau bagaimanapun, video animasi yang menarik turut dapat dimanfaatkan dalam
proses P&P, seperti; pembinaan video animasi untuk pembentangan pelajaran secara
interaktif. Manakala dalam proses P&P bahasa, laman ini antaranya digunakan bagi
menggilap kemahiran mendengar melalui video yang disediakan oleh pengajar atau

10
kemahiran bertutur melalui video yang disediakan oleh pelajar itu sendiri. Pembinaan
video animasi adalah sangat mudah dengan menggunakan Goanimate.Com. Langkah
pembinaan sesuatu video hanya dengan pemilihan templat yang tersedia (pilihan
terhad untuk pakej percuma), seterusnya latar belakang, karakter, menetapkan
timeline, rakaman suara (sama ada rakaman asli, atau boleh menggunakan khidmat
google speech).

Seterusnya, video yang siap perlu disimpan (save and publish) dan pautannya
boleh dikongsi secara meluas tanpa had. Kesimpulannya, video animasi melalui
Goanimate.Com ini membuka satu dimensi baru dalam teknik penyampaian
pengajar yang mana memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar mendapatkan
kefahaman melalui mendengar berulang kali di mana-mana sahaja asalkan
mempunyai capaian internet. Selain itu, laman ini juga membentangkan satu
pendekatan terkini untuk para pelajar mempraktikkan pembelajarannya secara lebih
interaktif. Dari sudut P&P bahasa, laman ini menjanjikan satu teknik baru dalam
meningkatkan kemahiran-kemahiran bahasa, terutama kemahiran mendengar dan
bertutur.

7.0 KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING)

Menurut Lim (2002) dan Fakhrul Anuar Aziz (2002), keberkesanan penggunaan E-
Pembelajaran (ELearning) bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien.
Keberkesanaan E-Pembelajaran (E-Learning) terhasil daripada sebuah pembelajaran
yang meliputi motivasi diri, komunikasi, kecekapan dan teknologi. Menurut Zainal
Ariffin Ahmad (2009) dalam penulisannya mengatakan bahawa motivasi
didefinisikan sebagai daya lingkungan seseorang individu yang mempengaruhi

11
haluan, kegigihan dan ketekunan dalam tingkah laku individu secara sukarela (Steers
et al., 2004). Pendapat ni disokong di dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)
untuk Institusi Pengajian Tinggi (Asia e University, 2010) dimana E-Pembelajaran
(E-Learning) membentuk pelajar yang aktif dan bertanggungjawab, bebas dan
berdikari dalam pendidikan.

Menurut Al-Mobaideen, Allahawiah, & Alkhawaldeh (2012), revolusi dalam


pembelajaran dan aplikasi pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer
dalam pendidikan adalah masih baru dan berkembang dari hari ke hari sehingga
akhirnya konsep E-Pembelajaran (E-Learning) berpandukan teknikal diperkenalkan
untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar melalui cara yang efektif. E-
Pembelajaran (E-Learning) juga menuntut budaya belajar lebih efektif sehingga
penggunanya harus dapat memotivasikan dirinya sendiri untuk belajar. Pelajar akan
menjadi lebih fleksibel dalam memilih waktu dan tempat belajar kerana tidak perlu
datang di suatu tempat pada waktu tertentu. Disamping itu juga, distributed learning
merujuk kepada pembelajaran dimana pengajar, pelajar dan bahan pembelajaran
terletak di lokasi yang berbeza sehingga pelajar dapat belajar tahap batasan waktu dan
tempat.

8.0 KESIMPULAN

E-pembelajaran merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui


bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Penerimaan inovasi
ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang
diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui saluransaluran tertentu
mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial. Penggunaan teknologi
baru sebagai alat dalam perlaksanaan epembelajaran adalah untuk meningkatkan
keupayaan pelajar agar pembelajaran mereka yang efektif. Ia juga mewujudkan
suasana yang menggalakkan pelajar lebih inovatif dan kreatif dalam pembelajaran.

Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, asalkan ada capaian


internet. Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada aplikasi e-pembelajaran untuk
proses P&P adalah terdedah kepada masalah-masalah seperti; tiada capaian internet
atau ketidak stabilan capaian, alatan elektronik rosak, kurang berkemahiran

12
menggunakan alatan dan kesuntukan masa untuk menukar bahan daripada hard-copy
kepada soft-copy/e-copy. Secara ringkasnya, memastikan kestabilan infrastruktur
sokongan kepada e-pembelajaran, seperti; capaian internet, alatan yang baik dan
latihan kemahiran penggunaan adalah sepatutnya diberi keutamaan supaya
pembudayaan e-pembelajaran secara berperingkat dapat direalisasikan tanpa sebarang
masalah.

13
RUJUKAN

ASTD. (1998). Learning Technology Research Report. Alexandria, VA:ASTD

Fakhrul Anuar Aziz (2002). Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan


WWW untuk Pendidikan. Dalam Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang.

Finn, J. D. (1960). Technology and The Instructional Process, Audiovisual


Communication Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.

Galbraith, J. (1967). The New Industrial State. Boston: Houghton Mifflin.

Khan, K. (2010). Organizational Justice and Jobs Outcome : Moderating Role Of


Islamic Work Ethic. SpringerScience and Business Media Dordreht.

Lim, Jonathan LH. (2002). e-Learning: A New Frontier in Education. Dalam Seminar
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan
Batu Lintang.

Quizlet: Simple free learning tools for students and teachers. Dirujuk pada 12
September – 17 September 2015, dari http://quizlet.com/.

Rogers, E.M. 1995. Diffusion of Innovations (4th edition). New York. The Free Press.
Shirley, A. 2001. e-learning Developments and Experiences, Education and
Training.

Saettler, P. (1990). The Evolution Of American Educational Technology. Englewood,


Colorado: Libraries Unlimited.

14

Anda mungkin juga menyukai