Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 4 / TAHUN 2018

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 PENGENALAN 1
2 MAKNA TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 2-3
3 PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 4-6
4 HUBUNGAN ANTARA TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN 7-9
PRINSIP-PRINSIP UTAMA PEMBELAJARAN
5 TEORI DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN 9-12

PEMBELAJARAN
6 RUMUSAN 13
BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN
Kita selalu mendengar orang menyebut isitilah teknologi pendidikan tetapi
kurang sekali mendengar orang perkataan teknologi instruksional.Sebenarnya
terdapat kekeliruan dalam kedua istilah tersebut utama bagi negara-negara maju yang
pesat menggunakan teknologi instruksional khususnya dan teknologi pendidikan
amnya dalam sistem pendidikan.

Bagi negara kita Malaysia,kekeliruan ini masih belum ketara kerana istilah
teknologi instruksional itu masih lagi baru dan untuk mengelakkan kekeliruan di
masa-masa akan datang,ada baiknya kita perhatikan perbezaan antara kedua-dua
istilah ini.

Teknologi pendidikan adalah satu bidang utama yang luas lagi


kompleks.Mengikut AECT (1977),kita perlu melibatkan 16 bahagian sebelum kita
memberi suatu definisi yang tepat mengenai teknologi pendidikan.Teknologi
pendidikan adalah lebih luas bidangnya dari teknologi instruksional jika kita dapat
menerima hakikat bahawa bidang pengajaran adalah suatu set kecil dalam
pendidikan.Memandangkan bidang teknologi pendidikan itu terlalu luas bagi
kompleks,ada baiknya kita hadkan skopnya kepada teknologi instruksional supaya
lebih tepat dan sesuai bagi kita sebagai pendidik yang tugas utamanya adalah
memudah dan memajukan proses PdP.

Definisi teknologi instruksional adalah merupakan proses yang kompleks dan


bersepadu yang melibatkan manusia,prosedur,idea,peralatan dan organisasi untuk
menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk,menilai dan menguruskan
penyelesaian masalah kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses
pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.Menurut Seels dan Richey
(1994),istilah Teknologi Instruksional dalam definisi ini yang menekankan teknik
atau cara untuk membolehkan pembelajaran lebih berkesan berdasarkan teori tetapi
teori dalam makna yang luas,bukan sahaja teori saintifik.

Kita akan membincangkan makna dan peranan Teknologi Instruksional


sebagai penjana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan lebih lanjutnya.

2.0 MAKNA TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL


Teknologi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu
proses pengajaran.Ini disebabkan ia meliputi manusia,idea,prosedur,alat dan
organisasi untuk merancang,membuat analisis masalah,melaksana,menilai dan
seterusnya mengelola usaha pemecahan masalah yang berhubung kait dengan semua
aspek pembelajaran.Teknologi instruksional pula adalah sesuatu proses yang serupa
seperti teknologi pendidikan yang mempunyai tujuan dan terkawal.Menurut Sharifah
(1992),teknologi instruksional memberi tumpuan bagaimana cara hendak mengajar
dan bukannya apa yang hendak dipelajari.Selain itu,teknologi instruksional mencari
cara terbaik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar termasuklah
kaedah,strategi dan jenis teknologi yang sesuai bagi memudahkan pelajar menguasai
kandungan pengajaran yang disampaikan di dalam kelas.

Seels dan Richey (1994),mendefinisikan teknologi instruksional sebagai teori


dan amalan reka bentuk,pengembangan/pembinaan,penggunaan,pengurusan dan
penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran.

Berdasarkan keterangan di atas,teknologi instruksional dilihat sebagai satu


proses sistematik melibatkan amalan reka bentuk pengajaran yang bertujuan bagi
memudahkan pelajar memahami penyampaian pengajaran dalam sesi
pembelajaran.Teknologi instruksional bukan hanya terhad pada pengajaran semata-
mata,namun ia meliputi semua aspek yang melibatkan teori,reka bentuk
pengajaran,penggunaan,pembangunan dan penilaian yang dijalankan ketika proses
pengajaran berlaku.

Seels dan Richey (1994),membahagikan teknologi instruksional kepada lima


domain utama.Lima domain utama tersebut adalah domain reka bentuk,domain
pengembangan/pembinaan,domain penggunaan,domain pengurusan dan domain
penilaian.Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi
instruksional.Teori mengandungi konsep,konstruk,prinsip dan saranan yang
menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan.Manakala amalan adalah
aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran.

3.1 Domain Reka Bentuk


Domain teknologi instruksional yang pertama adalah Domain reka
bentuk.Domain ini adalah satu proses bagi menentukan kompenen sistem
instruksional,ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran.Terdapat empat bidang
utama dalam domain reka bentuk ini iaitu reka bentuk sistem instruksional,reka
bentuk mesej,strategi instruksional dan ciri-ciri murid.
.
3.2 Domain Pengembangan
Domain kedua dalam teknologi instruksional adalah domain
pengembangan.Domain pengembangan dikenali sebagai domain pembinaan yang
melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk untuk menghasil bahan
instruksional.Bahan-bahan instruksional adalah bahan pandang dengar,bahan
cetak,bahan berasaskan komputer dan bahan berasaskan multimedia.

3.3 Domain Penggunaan


Domain penggunaan merupakan domain ketiga dalam teknologi instruksional.
Domain penggunaan ialah tindakan dalam menggunakan bahan,perkakasan media dan
persekitaran,kaedah dan model instruksional bagi meningkatkan suasana
pembelajaran.

3.4 Domain Pengurusan


Domain keempat dalam teknologi instruksional ialah domain
pengurusan.Domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional
menerusi penyusunan,perancangan,penyeliaan pusat sumber untuk membolehkan
aktiviti PdP dapat berjalan lancar,tersusun dan berkesan.

3.5 Domain Penilaian


Dalam domain yang kelima ini,domain penilaian merupakan satu proses untuk
menentukan keberkesanan dan kesesuaian dalam proses PdP seperti penilaian
pencapaian murid,penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran,penilaian
pengaplikasian bahan media,penilaian program.Terdapat empat kategori dalam
domain ini iaitu penilaian analisis masalah pengajaran,penilaian kriteria,penilaian
formatif dan penilaian sumatif.

3.0 PERANAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL


Menurut Asiah Abu Samah(1990),abad ke-21 mengundang pelbagai
perubahan dan cabaran dengan keperluan latihan dan pendidikan di sekolah,institusi
pengajian tinggi,sektor perdagangan dan industri.Kewujudan teknologi multimedia
dan teknologi maklumat telah meninggalkan impak yang besar sehingga
menimbulkan dua persoalan utama tentang peranan teknologi instruksional iaitu
kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada berbanding dengan
teknologi masa kini dan kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan
masa kini.Penggunaan teknologi pada masa kini telah menunjukkan peningkatan
pembelajaran dalam institusi pendidikan.Ramsden dalam Adibah(2012) menyatakan
bahawa belajar di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah
pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang
kompleks,mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar dan
menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan menyelesaikan masalah di luar
kelas.

Teknologi instruksional dilihat dapat memberikan alternatif yang lebih mudah


kepada penyampaian guru di dalam mahupun di luar bilik darjah.Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) misalnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan hasil
pembelajaran.Hal ini kerana seseorang guru boleh membuat persediaan dan bersedia
lebih awal sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Maklumat yang
berkaitan dengan pengajaran lebih mudah diakses melalui internet dan guru mampu
mendapatkan input yang lebih baik kepada pelajar.Melalui penggunaan ICT sebagai
alat bantu mengajar seperti bahan interaktif,powerpoint,bahan multimedia dan
animasi pastinya dapat menarik perhatian dan berkesan semasa penyampaian di bilik
darjah.Kaedah yang digunakan ini dapat dijalankan dengan lebih ringkas,mudah serta
padat dengan maklumat.Hal ini disebabkan melalui internet,pelajar akan didedahkan
dengan persembahan grafik mahupun video yang menarik dan mudah difahami.Oleh
itu,para pelajar tidak akan berasa bosan dan akan memberikan perhatian semasa
pengajaran berlangsung lantaran tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui ICT.

Selain itu,penggunaan ICT menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran


lebih aktif serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Guru
dapat membina suasana pembelajaran yang mencabar,seronok dan berbentuk
penerokaan.Melalui teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran,pelajar dapat belajar secara berkesan dan dapat mengumpul maklumat
yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa daripada pelbagai laman
pembelajaran.Guru juga boleh menerangkan kepada pelajar dengan lebih mendalam
dan terperinci mengenai sesuatu tajuk atau subjek yang diajar serta dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu
kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
ICT.Sebagai contoh,penggunaan internet sebagai alat untuk mencari maklumat yang
terkini berkaitan dengan dunia pendidikan.Kemahiran melayari internet membolehkan
guru dan pelajar mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan aktiviti
pembelajaran secara efisien dan cepat tanpa menunggu masa yang lama seterusnya
dapat digunakan dalam pembelajaran.Cara ini boleh meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan kerana semua maklumat yang diperlukan
dapat diakses secara terus tidak kira di dalam bilik darjah ataupun di rumah.

Teknologi instruksional melalui penggunaan ICT juga berperanan untuk


membantu pelajar dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan tepat
dan cepat.Guru dan pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran teknologi sedia ada
melalui pendedahan pelbagai bahan dan alatan ICT yang mempunyai kegunaan dan
fungsi tersendiri seperti komputer,LCD,CD,pendrive,software,hardware dan lain-lain
lagi.Penguasaan teknologi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan
nilai tambah kepada guru untuk mempraktikkannya semasa penyampaian ilmu di
dalam kelas.Di samping itu,guru juga dapat menambahkan pengetahuan dan
menambahkan kualiti penyampaian mengenai sistem ICT berdasarkan pengalaman
yang berlangsung semasa interaksi bersama pelajar.

Aplikasi teknologi melalui penggunaan ICT sebenarnya mewujudkan peluang


pembelajaran yang sama rata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai
kecerdasan dan kebolehan.Pengajaran di dalam sebuah kelas biasa mempunyai
pelbagai kebolehan untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh
guru.Kesimpulannya,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dilihat dapat menyelesaikan masalah pelajar yang tidak fahami ilmu yang
disampaikan.Pelajar pastinya lebih cenderung untuk mengetahui perkara yang
dipelajari kerana ia mudah difahami dan menarik.Contohnya,melalui penggunaan
Frog VLE semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun di
rumah,pelajar akan meneroka pembelajarannya sendiri berdasarkan arahan yang
diberikan oleh guru.Pembelajaran interaktif ini memudahkan pemahaman pelajar dan
menyenangkan kerja guru.

Melalui persembahan grafik,persembahan slaid Powerpoint mahupun


tayangan video pendek di dalam laman pembelajaran mampu memberikan
pemahaman maksimum kepada pelajar.Melalui cara ini,segala permasalahan dan
tanda tanya yang timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat segera
diselesaikan oleh pelajar mahupun guru dengan cara yang mudah.Pelajar boleh
mengulang kaji pembelajaran pada hari tersebut di rumah dengan hanya mengakses
laman pembelajaran yang dibekalkan di sekolah.Pelajar juga mudah mengakses bahan
pembelajaran dan nota melalui internet.

Justeru,teknologi instruksional memainkan peranan yang sangat penting


sebagai penjana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Guru dan pelajar perlu
menggunakan setiap teknologi yang ada dalam era dunia tanpa sempadan ini supaya
tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam
berkaitan dengan ICT sangat penting bagi guru supaya ianya dapat diaplikasikan
dalam proses PdP di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah bagi memudahkan lagi
pemahaman pelajar.

4.0 HUBUNGAN ANTARA TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PRINSIP-


PRINSIP UTAMA PEMBELAJARAN
Menurut Wan Zah Wan Ali(2000),teknologi pembelajaran dibina berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang diambil daripada teknologi psikologi,terutamanya hasil-hasil
penelitian dan teori pembelajaran dalam kegiatan pembelajaran.Proses pembelajaran
adalah suatu perkara yang sangat penting dalam mengimplementasikan Kurikulum
termasuklah prinsip-prinsip pembelajaran sendiri.Pembelajaran yang efisien dan
efektif bergantung kepada teknologi pembelajaran yang ditekankan di dalam
kelas.Oleh itu,seseorang tenaga pendidik harus mengetahui cara terbaik untuk
memudahkan pembelajaran yang berkesan dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang diinginkan melalui pemilihan pedagogi yang sesuai di dalam
kelas.

Salah satu prinsip pembelajaran ialah aktif.Belajar merupakan satu proses aktif
yang dilakukan oleh seseorang untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku menjadi
lebih baik.Aplikasi teknologi instruksional perlulah digunakan dalam pengajaran
dengan melihat kaedah dan strategi yang sesuai dengan pemilihan aktiviti dan tajuk
yang dirancang.Pengajaran yang berlangsung sepatutnya aktif dan mempunyai
komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar mahupun guru dengan pelajar.Guru
hendaklah menggunakan strategi pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan
kepada bahan supaya pembelajaran tidak menjadi bosan lantaran komunikasi sehala
semata-mata.Guru juga harus lebih kreatif untuk merancang aktiviti yang dapat
menjana pemikiran pelajar dan memberi peluang kepada semua pelajar mengikuti
pembelajaran.Sebagai contoh,aktiviti perbincangan dalam kumpulan berkaitan tajuk
“Keburukan Merokok Terhadap Manusia”.Aktiviti ini akan melibatkan semua pelajar
dan komunikasi dua hala pastinya akan wujud kerana perkongsian pendapat dan
perbincangan yang berbeza daripada semua ahli kumpulan.

Seterusnya,prinsip yang kedua ialah perhatian dan motivasi.Guru sebagai


fasilitator di dalam kelas memainkan peranan yang amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Guru haruslah membuat persediaan awal sebelum
pengajaran berlangsung.Penggunaan teknologi instruksional menekankan strategi dan
reka bentuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Guru hendaklah memastikan
perhatian pelajar dititikberatkan semasa proses pengajaran berlangsung kerana ia
adalah perkara yang penting dalam menggalakkan aktiviti pembelajaran
berlaku.Menurut Anon(2014),motivasi mempunyai berkaitan dengan kepentingan
pelajar supaya boleh meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dan mempunyai
minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu.Penggunaan teknologi di dalam
kelas mesti dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar seiring memotivasikan
pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru.Contohnya,penggunaan klip video atau
gambar-gambar pada awal set induksi dapat membina naluri dan rasa ingin tahu pada
langkah pengajaran seterusnya.

Selain itu,prinsip yang ketiga ialah prinsip pengulangan.Pembelajaran


melibatkan prinsip pengulangan memerlukan pelajar mengulangi apa yang telah
dipelajari oleh mereka sebelumnya.Pengalaman pembelajaran pelajar pada masa lalu
akan diaplikasikan dalam pembelajaran yang akan datang.Pembelajaran yang
mengalami proses pengulangan menguatkan daya ingatan dan memudahkan
pemahaman pelajar.Contohnya,pembelajaran menggunakan komputer di dalam kelas
agak kekok untuk pelajar yang pertama kali menggunakannya.Namun,pelajar akan
mahir dan tahu mengendalikan komputer tanpa bimbingan dan bantuan daripada guru
jika pembelajaran menggunakan komputer digunakan setiap minggu.Tambahan
pula,kemahiran yang diajar kepada pelajar perlulah mengikut aras kebolehan pelajar
supaya pembelajaran yang diterima oleh pelajar menyeronokkan.Hal ini dapat
meningkatkan nisbah pengulangan pembelajaran pada masa hadapan.

Di samping itu,prinsip yang keempat ialah penglibatan secara langsung.Prinsip


ini menekankan pengalaman pelajar secara langsung terlibat dalam aktiviti yang
dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut Anon (2014),setiap
individu mesti terlibat secara langsung untuk mengalami dan merasainya.Guru
hendaklah melaksanakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar bagi memberikan
pengalaman baru kepada pelajar.Contohnya,dalam aktiviti berkumpulan menyusun
perkataan menjadi ayat,setiap pelajar dalam kumpulan perlulah memberi pandangan
dan pendapat tentang susunan perkataan tersebut.Guru hendaklah menitikberatkan
faktor bilangan ahli kumpulan.Ini disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai di
dalam satu kumpulan akan mewujudkan pelajar yang diam dan tidak melibatkan diri
dalam sebarang aktiviti berkumpulan.
Prinsip yang seterusnya ialah perbezaan individu.Guru perlu sedar akan
hakikat bahawa proses pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza,secara fizikal
mahupun mental.Maka,guru hendaklah bijak mengatur proses pembelajaran yang
sesuai mengikut tahap kebolehan pelajar.Guru hendaklah membantu pelajar untuk
memahami dan mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendirinya
supaya pelajar dapat membaiki kelemahannya sesuai dengan kebolehan yang ada pada
diri sendirinya.Bilik darjah lazimnya mempunyai tahap kebolehan pelajar iaitu
lemah,sederhana dan cepat.Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk
menentukan aktiviti yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
ketiga-tiga tahap kebolehan pelajar tersebut.

Prinsip terakhir ialah cabaran.Pelajar akan tertarik kepada pembelajaran yang


berunsurkan cabaran.Menurut Anon(2014),bahan pembelajaran yang dilaksanakan
mestilah mencabar seperti soalan berkaitan masalah yang perlu diselesaikan supaya
pelajar tercabar untuk terus mengkajinya.Guru hendaklah merancang aktiviti yang
sesuai dan seiiring dengan kebolehan pelajar.Aktiviti penyelesaian masalah secara
berkumpulan dapat menjana pemikiran kritis dan mencabar Kemahiran berfikir aras
tinggi pelajar.Sebelum memberikan masalah kepada pelajar,guru boleh menunjukkan
video slaid nota kepada pelajar.Selain itu,guru juga boleh merancang aktiviti
permainan berunsurkan pertandingan.Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan
penglibatan pelajar semasa akviti berlangsung.

5.0 TEORI DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Mengikut Seels dan Richey (1994),teknologi instruksional mencakupi lima
domain iaitu reka bentuk,pengembangan,penggunaan,pengurusan dan
penilaian.Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi
instruksional.Pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas perlulah
mempraktikkan teknologi instruksional untuk memudahkan guru dan pelajar
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Penggunaan ICT
merupakan pilihan yang utama bagi para pendidik untuk menyampaikan ilmu kepada
para pelajar.Domain reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem
instruksional,keperluan dan ciri-ciri bagi proses pembelajaran.Terdapat empat bidang
yang ada di dalam domain reka bentuk iaitu reka bentuk mesej,reka bentuk
instruksional dan strategi instruksional dan ciri-ciri pelajar.Reka bentuk sistem
instruksional adalah sebuah tatacara yang sistematik dan tersusun untuk
membina,membuat analisis,mereka bentuk,melaksana dan menilai satu kurikulum
atau satu unit pelajaran supaya dapat menambahbaik atau membantu guru mengajar
dan pelajar belajar.Sebagai contoh,dalam bahan pengajaran yang dihasilkan oleh
Arumugam Raman dan Habibah Lateh yang mengkaji tentang bahan “Web-based
Map Reading in Geography”.Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengkaji
penggunaan peta interaktif dalam meningkatkan pencapaian pelajar dari segi
mentafsir peta,membaca peta serta memahami geografi berbanding dengan
menggunakan peta statik.Terdapat dua kumpulan yang dibentuk iaitu kumpulan
kawalan yang menggunakan peta statik dan kumpulan eksperimen yang menggunakan
peta interaktif dalam mempelajari kemahiran membaca peta.Menurut Arumugam dan
Habibah (2005),peta interaktif mampu mengubah hamparan peta secara
topografi,sempadan,tumbuhan-tumbuhan,menfokuskan kawasan yang dikehendaki
dan boleh mencetak peta.Dalam kajian mendapati kumpulan eksperimen
menggunakan peta interaktif dapat menguasai latihan berbentuk animasi berbanding
kumpulan kawalan yang hanya menggunakan peta statik.

Bidang kedua dalam domain reka bentuk adalah reka bentuk mesej yang
melibatkan perancangan untuk menentukan format media dan cara yang paling
berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar.Guru hendaklah merancang
mesej atau pengajaran yang ingin disampaikan dengan lebih awal supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.Guru hendaklah memilih cara
yang paling berkesan dan mudah kepada pelajar.Contohnya,guru menunjukkan klip
video tentang “Air” dalam tajuk pengajaran “Kegunaan Air”.Klip video tersebut
mengandungi pelbagai input yang dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang
kegunaan air.

Bidang ketiga dalam domain reka bentuk ialah reka bentuk instruksional yang
melibatkan menyusun dan memilih aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran
seperti domain pembelajaran,kandungan,urutan,kaedah dan media yang paling sesuai
untuk mengukuhkan proses pembelajaran.Contohnya,guru akan bermula dengan set
induksi,diikuti langkah-langkah pengajaran dan akhirnya penutup dalam satu proses
pengajaran dan pembelajaran.Guru menunjukkan klip video dalam set
induksi.Kemudian,guru akan menyusun aktiviti daripada aktiviti berkumpulan kepada
aktiviti individu dalam langkah-langkah pengajaran.

Bidang terakhir dalam domain reka bentuk adalah menganalisis ciri-ciri


pelajar seperti menentukan pengetahuan,kemahiran pelajar serta sikap sedia ada yang
memberi kesan terhadap proses pembelajaran.Guru seharusnya berkenalan dan peka
dengan ciri-ciri pelajar yang ada di dalam kelas sebelum memulakan pengajaran.Guru
hendak mengenal pasti aras pengetahuan dan kebolehan sedia ada murid serta
mengetahui latar belakang pelajar supaya pengajaran guru akan menjadi lebih mudah
dan menarik.

Domain kedua dalam teknologi instruksional adalah domain pembinaan atau


domain pengembangan yang melibatkan proses menterjemah spesifikasi reka bentuk
untuk menghasilkan bahan instruksional.Bahan instruksional terdiri daripada alat
pandang dan dengar,bahan bercetak,bahan berasaskan komputer dan bahan
multimedia.Domain ini menekankan pembinaan bahan bagi mengembangkan
pengetahuan dan potensi pelajar.Guru hendak membina bahan bantu untuk
memudahkan pengajaran.Contohnya,guru membina sebuah klip video berkaitan
air.Guru hendak mencari bahan dan maklumat berkaitan dengan air dan dimasukkan
di dalam klip video “air”.Walaubagaimanapun,bahan-bahan dan maklumat dapat
dicari dalam laman-laman web pembelajaran bagi memudahkan guru.Guru boleh
mendapatkan audio dari laman web yang menyediakan audio yang diperlukan dan
mendapatkan klip video pembelajaran di Youtube.Tambahan pula,guru juga boleh
menyediakan bahan interaktif yang mengandungi pembelajaran pada hari itu,nota dan
juga kuiz atau soalan.

Seterusnya,domain ketiga teknologi instruksional adalah domain


penggunaan.Domain ini ialah tindakan menggunakan model dan kaedah
instruksional,persekitaran di dalam proses pengajaran,bahan dan perkakasan media
untuk meningkatkan suasana pembelajaran.Selepas guru menyediakan bahan
pengajaran klip video “air”,guru akan menggunakan bahan tersebut di dalam sesi
PdP.Penggunaan bahan adalah bergantung kepada kreativiti dan pilihan
guru.Contohnya,guru boleh memancarkan klip video kepada kelas dan pelajar akan
menonton klip video tersebut.Guru juga boleh menggunakan cara lain seperti
membina laman pembelajaran di Frog VLE dan setiap pelajar akan mengakses laman
ini pada skrin komputer mereka.Jika dibandingkan dengan kaedah
tradisional,penggunaan Frog Vle dilihat lebih ringkas dan mudah kerana dengan
adanya laman interaktif ini.Guru hanya memberikan arahan ringkas dan pelajar hanya
perlu melaksanakan arahan yang diberi.Guru akan memberikan bimbingan minimum
dan sekadar menjadi fasilitator di dalam kelas,manakala pelajar pula akan melakukan
segala aktiviti pembelajaran.

Domain keempat teknologi instruksional ialah domain pengurusan.Domain ini


melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi
penyusunan,perancangan,penyeliaan dan penyelarasan teknologi pengajaran untuk
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan dan
sistematik.Guru perlu menekankan pengurusan bilik darjah semasa sesi PdP
berlangsung.Kawalan kelas semasa aktiviti dijalankan tidak boleh dipandang
enteng.Contohnya,penggunaan komputer untuk sesi PdP yang menggunakan Frog
VLE dapat menimbulkan rasa teruja pelajar.Hal ini pastinya menyebabkan kelas
berada dalam keadaan kurang terkawal dan bising.Guru hendak memainkan peranan
dan mengembalikan keadaan yang tenang dan terkawal.

Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian.Domain


penilaian adalah proses untuk menentukan keberkesanan dan kesesuaian proses PdP
atau program pendidikan yang telah dijalankan.Contohnya seperti penilaian
penggunaan media,penilaian pencapaian pelajar,penilaian program atau serta
penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran.Terdapat empat kategori
dalam domain penilaian iaitu penilaian kriteria,penilaian analisis masalah
pengajaran,penilaian formatif dan penilaian sumatif.Penilaian analisis masalah dilihat
melalui refleksi guru terhadap sesi PdP yang telah berlangsung pada hari
tersebut.Penilaian formatif dan sumatif lazimnya diberikan kepada pelajar.Pelajar
akan menjawab soalan berbentuk penilaian formatif pada akhir aktiviti pengajaran
untuk menilai pemahaman pelajar terhadap pembelajaran pada hari tersebut.
6.0 RUMUSAN
Teknologi instruksional adalah satu proses sistematik yang melibatkan amalan
reka bentuk pengajaran yang bertujuan bagi memudahkan para pelajar memahami
penyampaian pengajaran dalam sesi pembelajaran.Teknologi instruksional tidak
terhad pada pengajaran semata-mata,tetapi meliputi aspek yang menunjukkan
teori,reka bentuk pengajaran,penggunaan,pembangunan dan penilaian yang dijalankan
semasa proses pengajaran berlaku.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran sangat efektif dan bersesuaian dalam


menyampaikan pengajaran.Penggunaan ICT dalam kelas boleh meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan hasil pembelajaran.Pembelajaran juga boleh berlaku di
rumah selain di dalam kelas.

Penggunaan ICT dapat menjadikan proses PdP lebih aktif serta mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Pelajar boleh mengumpul
maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa daripada laman
pembelajaran dapat belajar secara berkesan.Tambahan pula,pengajaran menggunakan
ICT dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang sama rata kepada semua pelajar
yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan kebolehan.

Justeru,teknologi instruksional bukan sahaja memberi tumpuan kepada alat


pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran bagi
meninggikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di samping prestasi di
tempat kerja guru.

( 3209 patah perkataan )


APENDIKS

RUJUKAN BUKU

Seels, B. B., & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition and
domains of the field. Washington, DC: AECT

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka

Asiah Abu Samah, ‘Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui Penerapan Teknologi
Pengajaran’, Jurnal Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 34/37,
Jemaah Nazir, Kuala Lumpur, 1990.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

Yusuf Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Arumugam & Habibah (2005). Web-based Map Reading In Geography. Pulau


Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Anon (2014). Prinsip-prinsip pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan


Bahsa Dan Pustaka.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai