Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / TAHUN 2017

OUMH1103

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK PELAJAR JARAK JAUH

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
1.0 PENGENALAN
Melalui hasil kaji selidik yang dijalankan oleh iMoney,sebanyak 87 peratus generasi
milenial berusia antara 21 hingga 36 tahun di Malaysia berpendapat kos sara hidup yang
tinggi telah menjadi satu cabaran yang utama kepada mereka dari segi kewangan.Selain
itu,lebih daripada 1,200 responden yang menyertai kaji selidik ini didapati kurang kemahiran
pengurusan kewangan telah meningkatkan bebanan terhadap situasi kewangan terutama
dalam golongan yang berpendapat RM3,000 ke bawah.Menurut Pegawai Eksekutif
iMoney,Lee Ching Wei berkata,generasi milenial membelanjakan hampir separuh daripada
pendapatan untuk membeli makanan,sekali gus menyukarkan mereka menyimpan kerana kos
makanan semakin meningkat disebabkan inflasi.Kaji selidik ini dijalankan adalah bagi
mengenal pasti jurang celik kewangan dan memahami kebimbangan dalam golongan milenial
agar kerajaan dan organisasi dapat menangani cabaran generasi masa kini.Pengumuman dari
Kementerian Kewangan dalam mesyuarat fokus Bajet 2017 telah menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia menghabiskan 31.2 peratus pendapatan untuk makanan,23.9 peratus ke atas
perumahan dan utiliti,petrol,serta 14.6 peratus bagi pengangkutan.Dalam perkataan kos sara
hidup yang saya difahami ialah kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang
diperlukan oleh seseorang individu untuk meneruskan kehidupan seharian.Ia merupakan satu
pengiraan kos yang diperlu ditanggungkan oleh seseorang atau satu keluarga bagi memenuhi
keperluan asas seperti tempat tinggal,pakaian,makanan dan keperluan-keperluan untuk
keselesaan hidup.Oleh itu,tujuan dalam tugasan esei ini adalah kita akan membincangkan
tentang ramai keluarga menghadapi masalah untuk menguruskan perbelanjaan kerana kos
sara hidup yang tinggi.Dengan masalah ini, apakah cabaran yang kita dihadapi dalam
menguruskan kos sara hidup yang tinggi dan bagaimanakah masalah-masalah ini dapat
dikurangkan.

2.0 TIGA CABARAN DALAM MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP YANG


TINGGI
2.1 Harga barang semakin tinggi
Harga barang semakin tinggi menjadi cabaran yang pertama dalam menguruskan kos
sara hidup yang tinggi.Kenaikan harga barang menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia
semakin bertambah.Kenaikan in pasti menimbulkan beban kepada golongan yang hidup
seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang ataupun berpendapatan rendah.Selain
itu,terdapat beberapa kesan kenaikan harga barang.Pertama ialah kesan kepada kehidupan
golongan yang berpendapat rendah.Sebagai contoh,barang-barang keperluan dapur semakin

1
meningkat dan dianggarkan akan meningkat dalam lingkungan antar 20 hingga 50 peratus
daripada harga sebelumnya.Ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapat
rendah semakin himpit kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup untuk
makan.Kedua ialah sosioekonomi. Hal ini kita dapat dilihatkan kegiatan mengambil untung
berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksplotasi peniaga.Peniaga yang tidak hendak
memikul beban kenaikan dan memindahkan lebihan kos kepada pembekal atau peruncit telah
menyebabkan pengguna menjadi mangsa.Sikap yang tidak bertanggungjawab akan membawa
kesan negatif kepada sosioekonomi.Ketiga ialah sumber bahan bakar tinggi.Sebagai
contoh,kos perkhidmatan yang membebankan akan bertambah seperti tambang teksi dan bas
kerana keperluan bahan bakar ini.Peniaga juga menaikkan harga barang yang dijual untuk
megurangkan beban kenaikan kadar sewa dan cukai juga telah menyebabkan pengguna
menghadapi tekanan harga yang tinggi.Keempat ialah kenaikan kos pengangkutan dan kos
memproses.Contohnya,bahan makanan setelah siap diproses akan diangkut dari tempat
pengeluaran kepada tempat pemasaran.Kenaikan kos pengangkutan dan proses akan
dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang.Oleh itu,pengguna dapat
mengatasi masalah kenaikan barang dengan menjimatkan perbelanjaan harian.Pengguna
digalakkan menanam sayuran-sayuran.Sebagai contoh,masyarakat boleh menanam sayuran-
sayuran yang mudah ditanam di belakang rumah seperti kangkung,sawi,tomato dan
sebagainya.Tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan secara tidak langsung.Selain
itu,pengguna digalakkan selalu memasak di rumah dan kurangkan makan di restoran.Ini
disebabkan harga makanan di luar lebih mahal berbanding memasak di dalam rumah.Di
samping itu,pengguna dinasihati membeli barangan yang diperlukan sahaja dan menjadi
pengguna yang bijak.Contohnya,pengguna pergi membeli barangan yang diperlukan sahaja
semasa pusat beli-belah membuat promosi.Ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

2.1 Pendapatan gaji rendah dan kenaikan gaji yang tidak setara
Seterusnya,pendapatan gaji rendah dan kenaikan gaji yang tidak setara juga
merupakan cabaran dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi.Menurut Ketua Jabatan
Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra
Malaysia (UPM) Dr Mohamad Fazli Sabri,kadar inflasi dijangka sekitar 3.2 peratus bagi
2014 dan peningkatan gaji tahunan rakyat Malaysia hanya dua hingga tiga peratus ini
menyebabkan kebanyakan pendapatan boleh digunakan dalam perbelanjaan keperluan
asas.Sebagai contoh,seseorang individu yang berpendapatan gaji yang rendah serta
mempunyai tanggungan keluarga yang banyak,pendapatan mereka telah digunakan untuk

2
bayaran ansuran seperti kenderaan,perumahan,pendidikan dan pinjaman peribadi.Ini telah
menyebabkan mereka tidak mempunyai lagi wang yang lebihan untuk berbelanja ke atas
barangan yang lain.Secara umumnya,kos sara hidup semakin tinggi,semakin kurang kuasa
beli pengguna.Oleh itu,pengguna dapat mengatasi masalah ini dengan rajin bekerja atau
membuat kerja sambilan untuk mendapat sumber yang mencukupi.Sebagai contoh,pekerjaan
yang dapat dilakukan dengan mengambil upah seperti menjahit baju,mencuci
pakaian,membuat kek dan sebagainya yang tidak memerlukan kos tinggi dan juga boleh
dapat memberikan keuntungan yang lumayan.Secara tidak langsung,pengguna dapat
memperoleh pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada gaji bulanan yang
diberikan oleh majikan sahaja.Selain itu,perbelanjaan secara berjimat-cermat juga boleh
mengatasi masalah kos sara hidup tinggi.Pengguna hendaklah mengamalkan sikap berjimat-
cermat dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat dengan menguruskan perbelanjaan
yang bijaksana dan berhemah.Pendapatan seseorang hendaklah diurus dengan baik bagi
mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan dan sebaiknya menukar simpanan wang
kepada asset yang lebih kukuh seperti emas ataupun matawang yang lebih kukuh.Amalan
berjimat cermat sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW merupakan contoh
tauladan umat manusia selari tuntutan Islam seperti firman Allah AWT bermaksud:
“Dan jangan berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berlebih-lebihan”.(Surah Al-A’raaf 7:31).
Akhirnya,dengan menabung,mengurang perbelanjaan,menambahkan pendapatan dapat
menangani masalah peningkatan kos sara hidup tinggi.

2.3 Seseorang individu atau masyarakat yang tidak merancang perbelanjaan


Di samping itu,seseorang individu atau masyarakat yang tidak merancang
perbelanjaan juga merupakan satu cabaran dalam menguruskan kos sara hidup yang
tinggi.Jika seseorang tidak merancang penggunaan wang,risiko untuk kekurangan wang pada
masa akan datang akan tinggi.Oleh itu,setiap individu hendaklah merancang perbelanjaan
rumah supaya keseimbangan ekosistem di dalam sebuah keluarga dan rumah dapat menjadi
seimbang dan teratur.Dengan cara ini,pendapatan dapat membantu mereka dalam
membahagikan wang perbelanjaan bulanan dengan wang kecemasan sekirannya berlaku
kemalangan.Namun kalau sesebuah keluarga kurang berkemampuan,mereka tidak perlu
membahagikan wang kepada beberapa bahagian tetapi mereka hendaklah bertindak bijak
untuk menguruskan wang dengan baik.Golongan kurang berkemampuan tidak akan
mempunyai masalah dalam mengatur keperluan perbelanjaan di rumah dengan cara ini.

3
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,kos sara hidup yang tinggi agak sukar untuk diturunkan disebabkan
arus pembangunan yang semakin maju.Oleh itu,para pengguna harus memikirkan cara
berjimat-cermat dalam mengatasi kos sara hidup mereka di samping mestabilkan keadaan
ekonomi.Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.
( 997 patah perkataan )

4
APENDIKS

RUJUKAN BUKU

Zainal Md.Zan., & Kamarudin Ngah. (2016). Agenda 21 Di Malaysia Keberkesanan


Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

James Midgley., & David Piachaud. (1995). Bidang dan Kaedah Perancangan Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2

Lai Moon Chang. (2016). Revisi Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal
3.
Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.Bhd

Muhamed Zulkhibri Abdul Majid. (2004). Ekonomi Malaysia Alaf Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Theng Kock Leing. (2017). Nexus Sukses SPM Ekonomi Asas. Kuala Lumpur: Sasbadi
Sdn.Bhd

5
6

Anda mungkin juga menyukai