Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 CABARAN MENANGANI MASALAH KOS SARA HIDUP TINGGI

2.1 CABARAN 1 – GEJALA SOSIAL

2.2 CABARAN 2 – MENCARI KERJA SAMPINGAN

2.3 CABARAN 3 - KESAN SOSIOEKONOMI

3.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH KOS SARA HIDUP TINGGI

3.1 BERJIMAT CERMAT

3.2 MENUKAR GAYA HIDUP

4.0 KESIMPULAN

5.0 BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN
Dalam bidang sosioekonomi selalu menyatakan bahawa kemajuan ialah ‘kos’. Maksud Kos
adalah peningkatan nilai berbayar terhadap semua keperluan asas. Sejak kebelakangan ini
banyak perbincangan mengenai peningkatan kos sara hidup telah meningkat. Semenjak tahun
2008 hingga hari ini kos sara hidup adalah terlalu tinggi. Keluarga yang berpendapatan isi rumah
rendah telah terjejas akibat kos sara hidup tinggi. Fenomena tersebut teruk dirasai oleh golongan
tersebut. Dalam situasi ini, Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh masyarakat.

2.0 CABARAN MENANGANI MASALAH KOS SARA HIDUP TINGGI

2.1 Pelbagai cabaran menguruskan kos sara hidup yang tinggi telah dihadapi oleh
masyarakat. Salah satunya adalah masalah gejala sosial di kalangan masyarakat. Semakin hari
kos sara hidup semakin meningkat. Dengan hal ini menyebabkan peningkatan gejala tidak sihat
di kalangan masyarakat. Peluang pekerjaan yang terhad dan bertambahnya harga barang ataupun
lebih dikenali sebagai kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka bertindak di luar
jangkaan seperti melibatkan diri dalam gejala sosial seperti kes penipuan , mencuri, merompak ,
meragut, melacurkan diri dan lain-lain lagi. Hal ini kerana kos untuk membeli barangan
keperluan asas yang mahal. Untuk memenuhi keperluan asas, mereka melibatkan diri dalam
gejala yang tidak sihat untuk membantu keluarga.

2.2 Antara cabaran menguruskan kos sara hidup yang tinggi adalah masyarakat sekarang
kena mencari kerja sampingan. Pada masa kini seseorang individu terpaksa membuat kerja
sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Golongan tersebut mengkorbankan banyak perkara
untuk menangani masalah kos sara hidup tinggi. Kebanyakkan masa mereka untuk mencari
kebendaan dan ini menjadi ketagihan. Oleh hal demikian itu,mereka tidak meluangkan masa
sepenuh dengan keluarga mereka. Selain daripada itu, kesayang ibubapa kepada anak akan
berkurang. Apabila penyakit materialistik atau kebendaaan ini berterus masalah dalam keluarga
akan bertimbul. Mangsanya adalah kanak – kanak. Kasih sayang ibubapa akan berkurang.
Kebahagian dan kesejahteraan keluarga akan merosot.

2.3 Kesan sosioekonomi menjadi teruk sepeti yang dialami senelum ini. Pengguna menjadi
mangsa dalam kegiatan mengambil untung yang berleluasa. Peniaga mengambil kesempatan
untuk menaik harga barangan. Selain itu, terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya
menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini mambawa kesan
negatif kepada sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara. Keadaan ini akan
merumitkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya. Terutamanya golongan yang
berpendapatan kerang seperti buruh, petani dan pekerja ladang. Fenomena ini akan dianggap
suatu cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

3.0 Langkah-langkah untuk menangani masalah kos sara hidup tinggi

3.1 Timbalan Presiden gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) jangka kos sara
hidup akan terus meningkat dan menghadapi pelbagai cabaran. Untuk menangani masalah
tersebut, pengguna menggalakkan berjimat cermat ketika membuat perbelanjaan. Budaya
berjimat cermat merupakan yang digunakan apabila berada dalam situasi begini. Langkah
tersebut amatlah sesuai dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Tabiat berjimat
yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu
seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Ketika tidak diperlukan
menutup lampu dan kipas. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan
sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada
sikap. Jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru
penggunaan domestik tersebut adalah percuma. Ini adalah merupakan salah satu contoh untuk
menangani masalah tersebut.

3.2 Selain daripada itu, mengubah gaya hidup yang sederhana. Gaya hidup yang bersesuai
dengan pendapatan dan keadaan semasa mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi. Gaya
hidup yang bersesuai berkait rapat dengan mengubah kadar perbelanjaan. Begitu juga dengan
rakyat jelata, gaya hidup sederhana sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri. Disiplinkan diri
untuk tidak berbelanja melainkan apabila memerlukan. Sesetengah golongan berbudaya membeli
pakaian berjenama, aksesori kenderaan kita sehingga kemewahan makanan harian kita. Budaya
seperti ini boleh menimbangkan atas keperluan asas kehidupan mereka. Masyarakat perlu
memberikan keutamaan perancangan berbelanja. Gaji kecil tetapi perbelanjaan besar, jadi jangan
terikut-ikut kepada perbelanjaan emosi. Misalnya kerap menukar telefon bimbit baharu, bercuti
di luar negara sedangkan kita banyak komitmen untuk belanja anak ke sekolah. Ini masalah
kawalan diri, tepuk dada tanya selera. Apabila duit di tangan, kadangkala hilang punca hendak
berbelanja. Masyarakat harus lebih bijak menangani keadaan teperti ini. Selain itu, boleh juga
membawa bekal makanan ke pejabat atau sekolah.

4.0 Kesimpulan

Isu kenaikan kos sara hidup perlu ditangani dengan mengambil pendekatan dasar pelbagai
dimensi. Ini termasuk langkah-langkah untuk menangani cabaran pembandaran seperti
perumahan dan kesalinghubungan, meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan, serta
meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Yang penting, usaha lebih gigih perlu ditumpukan
pada peningkatan tahap produktiviti rakyat Malaysia menerusi penggunaan teknologi moden dan
peningkatan kemahiran pekerja melalui akses kepada pendidikan dan latihan yang lebih baik. Ini
akan membolehkan rakyat Malaysia bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai ke arah pekerjaan
bernilai tambah lebih tinggi untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya menikmati
taraf hidup yang lebih baik.

5.0 BIBLIOGRAFI
1. http://www.bharian.com.my/node/113068

2. http://www.bharian.com.my/

3. http://w2.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2015/cp01_003_rencana.pdf

Anda mungkin juga menyukai