Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Pengurusan dan perancangan perbelanjaan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua
urusan kehidupan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kewangan. Kegagalan mengurus
dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan.
Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang individu
terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.

Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan


memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala
tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan
membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

MAKSUD KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

Pada alaf baharu ini, harga barang semakin meningkat secara mendadak dari sehari ke sehari.
Hal ini berpunca daripada permintaan terhadap sesuatu produk yang mencatatkan
peningkatan sedangkan pengeluarannya tidak berlandaskan kadar permintaan di pasaran.
Sehubungan dengan itu, masyarakat terkena akan tempiasnya kerana kuasa beli mereka
menjadi lebih terhad. Oleh hal yang demikian, rakyat haruslah mengambil inisiatif supaya
perbelanjaan keluarga dapat diurus dengan baik.

Selalu timbul persoalan perhubungan di antara taraf hidup dan kos sara hidup. Kos sara hidup
merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang, atau satu keluarga (jika
telah berkeluarga) untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal dan keperluan-keperluan untuk keselesaan hidup. Taraf hidup pula mengukur
perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau satu
keluarga yang tinggal serumah dengan kos sara hidup. Sekiranya peningkatan pendapatan
berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, bererti taraf hidup
seseorang dikatakan semakin merosot.

TUJUAN ESEI

Tujuan esei ini adalah untuk membincangkan tiga cabaran Kos sara hidup yang tinggi dan
cara-cara mengatasi masalah ini.
SKOP ESEI

Penulisan ini secara ringkasnya merangkumi kesan kenaikkan beberapa harga barang
keperluan seharian, cara-cara menguruskan Kos sara hidup yang tinggi serta langkah-
langkah untuk mengurangkan masalah Kos sara hidup yang tinggi ini.

3 CABARAN MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

1. SUMBER BAHAN BAKAR TINGGI

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan
kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri
perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Kos perkhidmatan
yang membebankan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan
terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa
menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau
bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup
restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Bagi
mengurangkan bebanan ini, peniaga terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya,
tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Dalam keadaan sekarang,
masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

2. KENAIKAN KOS PENGANGKUTAN DAN KOS PEMPROSESAN

Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga
barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah,
separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan
kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu
akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang
diangkut. Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan
pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan penggunaan bahan api terus meningkat. Walau
bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika mutu
perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter masih kurang
memenuhi kehendak dan permintaan rakyat.
3. SOSIOEKONOMI

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alami
sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa
eksploitasi peniaga. Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk
menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan
akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan
mangsanya ialah pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya
menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini mambawa
kesan negatif kepada sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara.

3 CARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH DISEBABKAN OLEH


CABARAN-CABARAN DI ATAS

1. KEMPEN JIMAT CERMAT

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan anggota masyarakat
di negara kita untuk menangani masalah ini. Langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu
menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan pengguna. Hal ini berlaku demikian
kerana dengan melalui kempen atau mesej kerajaan, kerajaan boleh menggalakkan
masyarakat supaya berjimat cermat bagi mendatangkan hasil. Kempen tersebut boleh
dijalankan melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio dan juga media cetak.

2. MENJIMATKAN PERBELANJAAN HARIAN

Masyarakat yang juga merupakan pengguna digalakkan untuk menanam sayur-sayuran


bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada
1970an dengan rancangan Buku Hijau. Dengan cara ini, para pengguna tidak perlu membeli
sayur-sayuran di pasar setiap hari. Contohnya, masyarakat boleh menanam sayur-sayuran
yang mudah ditanam di belakang rumah ataupun di dalam pasu seperti cili, kangkung, sawi,
kunyit, serai, tomato dan sebagainya. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga
boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran. Sudah tentu tindakan ini akan
menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan
hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
3. MEMBUAT PEMANTAUAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEGAS

Pihak kerajaan hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang
tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati tanpa
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah
mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat.
Contohnya, mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati hendaklah
didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk
mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kenaikan harga barang.

KESIMPULAN

Jelas kepada kita bahawa kenaikan harga melibatkan keperluan asas ini akan memberi kesan
langsung kepada kos sara hidup yang tinggi rakyat. Ini akan menjejaskan taraf hidup rakyat
jelata dan sudah pasti akan memberi kesan kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Apa guna mencapai taraf negara maju jika
rakyatnya hidup sengsara dengan segala kemiskinan dan kesempitan.

Hasil laporan Jabatan Audit Negara saban tahun memberikan gambaran ketirisan, kebocoran,
salahlaku dan juga pembaziran dalam pengurusan sumber kewangan negara yang seharusnya
ditangani dengan sebaik cara.

(998 PATAH PERKATAAN)


Rujukan

http://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menangani-kenaikan-
harga-barang-keperluan/

http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/05/contoh-karangan-pmr.html

http://agy7500.blogspot.com/2008/10/karangan-contoh-pmr-kenaikan-harga.html

http://goaypastpm.wordpress.com/2009/08/27/rencana-masalah-kenaikan-harga-barang-
keperluan/

http://www.tutor.com.my/bank/SPM/BM/SPM_BM_TRIAL_2_1.PDF

http://khirkassim.blogspot.com/2008/11/karangan-stpm-2008.html

http://gerbangsejaraham.blogspot.com/2010/11/contoh-karangan-spm-langkah-langkah.html

http://www.scribd.com/doc/22370591/kesan-kenaikan-harga-minyak-terhadap-masyarakat

Anda mungkin juga menyukai