Anda di halaman 1dari 9

Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi bukan merupakan satu-satunya petunjuk untuk mencapai taraf negara

maju. Bincangkan.

1+4

Petunjuk taraf negara maju


Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi bukan merupakan satu-satunya petunjuk untuk mencapai taraf
negara maju. Bincangkan.

Isi-isi:
1. Tingkat dan kualiti hidup
masyarakat tinggi
1+4 2. Tahap kesihatan yang tinggi
3. Prasarana yang moden dan
Petunjuk taraf negara maju mencukupi
4. Sumber alam dimanfaatkan
sepenuhnya
5. Masalah kependudukan diatasi
PENDAHULUAN

Wawasan 2020 telah menetapkan Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuannya tersendiri pada
tahun 2020. Terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan asas untuk mencapai taraf negara maju
tersebut.
ISI 1

Petunjuk negara maju yang pertama adalah tingkat dan kualiti hidup masyarakat yang tinggi disebabkan
kualiti hidup masyarakat yang tinggi memantul pendapatan per kapita yang tinggi. Peningkatan kualiti
rakyat mendorong peningkatan produktiviti dan lalu meningkatkan pendapatan negara. Hal ini akan
menyebabkan kualiti hidup bertambah baik dan mempunyai pendapatan yang tinggi.
ISI 2

Selain itu, industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat juga merupakan salah satu
petunjuk kerana produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan tidak terlalu
bergantung pada hasil pertanian. Kegunaan teknologi yang canggih akan mengembangkan industri
sekunder dan industri pertanian selaras dengan perkembangan pesat sektor industri. Maka kilang-kilang
perindustrian akan dibina dan peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
ISI 3

Petunjuk negara maju yang seterusnya merupakan sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya melalui
kemajuan teknologi dan keupayaan modal. Melalui teknologi dan modal, masyarakat di negara maju dapat
memanfaatkan sumber alam secara optimum. Sebagai contoh, negara tersebut dapat memanfaatkan
sumber daya alam yang telah wujud ada sebagai tenaga. Misalnya, pemanfaatan tenaga air atau matahri
sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga fosil.
ISI 4

Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi juga merupakan petunjuk negara kerana kerajaan yang
stabil mampu menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyatnya. Kemudahan-kemudahan seperti
sistem pengangkutan yang moden, hospital dan lain-lain yang lengkap dan mencukupi bagi kegunaan
rakyatnya. Ini juga akan meweujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk
memeilihara dan memanfaatkan infrastruktur tersebut.
ISI 5

Akhir sekali, tingkat kesihatan yang tinggi kerana menunjukkan jangka hayat yang panjang. Ini
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan pembangunan prasarana
kesihatan yang berkualiti juga akan disediakan. Tingkat kesihatan yang tinggi dapat dilihat daripada angka
kematian penduduk yang rendah dan rendahnya angka kematian bayi.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, bagi Malaysia mencapai negara yang bertaraf maju, masyarakat, kerajaan dan sektor
swasta perlu bekerjasama untuk menepati piawaian piawaian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai