Anda di halaman 1dari 1

ESEI : SAINS DAN TEKNOLOGI NICHOLSON

Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan


dalam mana-mana bidang pekerjaan yang ada. Walaupun aplikasi sains dan
teknologi telah banyak membawa kemajuan dalam bidang pertanian, namun
masih ada golongan petani yang sukar menggunakannya.

Antara kemajuan sains dan teknologi dalam bidang pertanian


termasuklah penggunaan teknologi nano.Teknologi ini dapat meningkakan
produktiviti pertanian. Hal ini demikian kerana, baja yang dihasilkan
menggunakan teknologi nano dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan dengan
cekap. Baja yang ditabur dapat diserap bagi menjamin tumbesaran pokok dan
meningkatkan hasil tanaman. Partikel nano dalam racun serangga dapat
menembusi sel asid amino virus tanaman bagi mengawal serangan serangga
atau penyakit tanaman dengan berkesan.

Selain itu, penggunaan teknologi yang moden.  Penggunaan jentera


moden dalam proses membajak, menanam, menuai dan sebagainya
mengambil masa yang singkat berbanding menggunakan kaedah lama
. Dengan adanya jentera yang besar dan dan mempunyai fungsi yang
variasi, ini akan membolehkan tanah yang diusahakan dalam skala besar
untuk kegiatan pertanian. Kesannya, produktiviti penanaman akan meningkat
dengan cepat

Seterusnya, penggunaan bioteknologi. Bioteknologi bererti sebarang


penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup,
atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau
proses bagi kegunaan khusus.Penggunaan bioteknologi dapat menghasilkan
penemuan baka baru dalam bidang pertanian oleh Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).  Penggunaan teknologi berasaskan
nuklear mampu menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan
bermutu melalui mutasi aruhan. Daya ketahanan yang tinggi, lebih berkualiti
dan berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat. 

Antara sebab golongan petani sukar menggunakannya termasuklah


kekurangan modal. Hal ini demikian kerana perkara tersebut menjadi
penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya
menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau
klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Untuk
menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat
tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak
mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun
teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak
berkemampuan untuk menerimanya dan menggunanya

Akhir sekali, kurangnya pengetahuan tentang teknologi moden. Hal ini


demikian kerana,kebanyakan petani tidak diberikan latihan dan pendidikan
tentang pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian.Ini akan
menyebabkan mereka sukar mengguna baka benih atau klon yang berdaya
pengeluaran tinggi yang terkini. Mereka juga menghadapi masalah untuk
menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul.

Kesimpulannya, sains dan teknologi membawa banyak kemajuan dalam


bidang pertanian. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk
mengatasi masalah yang ada dalam bidang pertanian untuk kebaikan
bersama.

Anda mungkin juga menyukai